Tuesday, August 10, 2010

Memo SAMM ke presiden MCA pagi ini

Solidariti .Anak Muda Malaysia (S.A.M.M.) akan hantar memorandum desak Presiden MCA tarik balik penghinaan terhadap Islam di HQ MCA
Tarikh : 10.08.2010
Masa : 11.40 Pagi
Kumpul depan bagunan MCA Jalan Ampang, Kuala Laumpur
Pertanyaan : 012
3696474 Azizi
 
Mohon pihak media hadir. Terima kasih

1 comment:

  1. Sivakumar1:57 PM

    Chegu,

    Tidak sokong tindakan Solidariti Anak Anak Muda kali ini.

    Kita tidak harus menjadi macam Pemuda UMNO dan PERKASA.

    Kalau kita tidak setuju dengan sesebuah kenyataan yang dibuat, kita bidas hujah lawan dengan hujah dan akal. Ini salah satu ajaran asas dalam Islam.

    Janganlah kita jadikan PKR dan Pakatan macam fotokopi UMNO dan Barisan, asyik asyik nak buat laporan polis atau ugut tarik balik ini atau itu.

    Mari kita buat kenyataan yang menyangkal dan membidas kenyataan Presiden MCA dan tunjukkan dia itu salah dengan hujah dan fakta. Kemudian kita biarkan kepada dia untuk meminta maaf atau untuk tarik balik. Jangan kita nak desak desak atau ugut ugut macam kumpulan-kumpulan yang saya sebutkan tadi.

    Kita di PKR dan Pakatan kena tunjuk kita ni lagi bijaksana dan damai, dan bertindak dengan rasional, bukan ikut emosi. Ini sahajalah yang membezakan kita dengan gerombolan perasuah dan tidak bermaruah iaitu UMNO-BN.

    Sekian,

    Seorang penyokong kuat kepada prinsip-prinsip dasar PKR dan Pakatan.

    ReplyDelete