Thursday, May 14, 2009

Tangguh esok , kerana masih susun fakta

Maaf kepada semua, berkenaan posting semalam yang menyatakan akan mendedahkan mengenai kewujudan surat yang menyatakan terdapat seorang ADUN di Negeri Sembilan akan didedahkan hari ini. Namun masih belum boleh didedahkan lagi.

Bukan apa sejak semalam menerima perbagai input dari teman pembaca blog. Isu ini rupanya tak terhenti setakat itu ia bersangkutan dengan politik dalam an ketika pemilihan Umno baru ini. Masih mengumpul maklumat akan didedahkan sehari dua ini. Ramai juga yang hantar masej berbau ancaman bersangkutan posting semalam, namun seperti kata arwah Kapt. (B) Zaki....kalau takat gempaq macam filem tamil baik tak yah....

Mengenai kewujudan kelemahan MAINS Holding sehingga menyebabkan kerugian besar juga sedang disiapkan penyusunan faktanya.

Hujung minggu ini akan berbincang dengan aktivis Solidariti Anak Muda Malaysia mengenai kempen 'Mencari Pembunuh Altantuya' yang akan diperhebat menjelang PRK Penanti. Ada cadangan pula katanya gunakan PRK Penanti ini untuk 'menghabiskan' target lama... apapun kali ini SAMM akan turun dengan team tersendiri dengan taktik kempen yang lebih kreatif dan 'makan dalam' tak kisah lah adakah ia target baru atau target lama yang akan diputuskan dalam pertemuan SAMM hujung minggu ini.

Cuma persoalanya sekarang adakah Bn berani lawan....

Dalam isu pencalonan Bn di PRK Penanti ...Najib sebenarnya serius dengan cadangan untuk tidak menurunkan calon kerana khuatir pertarungan yang hampir terlalu sukar untuk Bn menang itu hanya akan menjadi medan serangan terhadap beliau dan lebih parah lagi kesempatan itu diambil oleh orang Bn yang tidak sukakan Najib memburukkan lagi imej Najib untuk memudahkan jalan Muhiyuddin mengganti kan.

Namun dijangkakan Najib terpaksa akur dengan 'desakan' Mahathir dan geng yang hendakkan pilihanraya, maka Bn akan meletakkan calon juga mengikut kata Mahathir.

Baru tadi dapat sms dari seorang teman berbangsa India dari Perak...

"kenapa kalau sebut Nizar je mesti depa kaitkan sebagai alat cina,pro cina,penjual bangsa kpd cina dll kenapa semua cina tapi satu pun tak kata pasal India....hahahah cuba teka ?"

Tak tahu kenapa tapi che'GuBard gelak besar lepas baca sms.

No comments:

Post a Comment