Friday, May 08, 2009

OCPD Putrajaya Menipu !!

berikut ialah kenyataan OCPD Putrajaya yang disiarkan dalam mStar Online

PETALING JAYA: Tiga lelaki ditahan polis dipercayai kerana cuba menghantar kek ke pejabat Perdana Menteri sempena ulang tahun hari kelahiran wanita Mongolia di Putrajaya pagi tadi walaupun telah dilarang berbuat demikian.

Ketua Polis Putrajaya, Supt Abdul Razak Abd Majid berkata, tiga lelaki tersebut iaitu Md Sani Md Shah, 32; Saufi Mihad, 28, dan Yasser Sheikh Abdul Rahman, 26 daripada kumpulan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) ditahan kira-kira pukul 11.15 pagi tadi.

Setakat malam ini mereka masih ditahan polis bagi memberi keterangan lanjut.

"Mereka bertiga telah pun memberi keterangan tadi tapi kita masih menahan mereka untuk melengkapkan siasatan," katanya ketika dihubungi mStar Online, lewat petang tadi.

Kira-kira 20 ahli SAMM berkumpul di kawasan letak kereta bangunan Perdana Putra dipercayai cuba menghantar sebiji kek sempena hari lahir wanita Mongolia yang mati dibunuh, Altantuya Shaariibuu.

Katanya, dua lagi lelaki daripada kumpulan itu iaitu Badrul Hisham Shaharin iaitu ahli Majlis Tertinggi PKR dan Nor Azizi A Aziz yang turut berada di tempat kejadian hanya diminta memberi keterangan.

"Kita hanya tahan tiga orang itu kerana kumpulan itu yang membawa kek.

"Sementara itu, yang dua lagi tidak ditangkap kerana mereka hanya mahu menyerahkan memorandum," katanya.

2 comments:

  1. salam berape ramai sebenarnye kene tangkap? ada YB yg terlibat?

    ReplyDelete
  2. ADA RAMAI LAGI MANGSA BUNUH YANG PERLUKAN PEMBELAAN..KALAU PANDAI SANGAT CUBA CARI MAKLUMAT DENGAN POLIS..DAPATKAN FAKTA-FAKTA KES YANG MEMBABITKAN MANGSA PEMBUNUHAN KEJAM, ROGOL DAN CULIK..MENSENSASIKAN KES ALTANTUYA JELAS MENUNJUKKAN CHEGU BARD PUNYA AGENDA TERSEMBUNYI YANG MEMUALKAN..KALAU BETUL-BETUL MAHU JADI PEJUANG SEBENAR JGN ADA NIAT TERSEMBUNYI YANG CABUL..KEBENARAN AKAN MENGATASI NIAT YANG CURANG..KAMU TUNGGU SAHAJA CHE BARD..MOGA MASYARAKAT AKAN TERSEDAR DARIPADA SANDIWARA PEMBANGKANG YANG CULAS..

    ReplyDelete