Wednesday, May 06, 2009

Bapa Altantuya mahukan keadilan untuk anaknya

PUTRAJAYA, 6 Mei (SK) : Bapa kepada Altantuya, Dr Shaariibu Setev menghantar surat kepada Perdana Menteri, Najib Razak meminta kebenaran dan keadilan diberikan kepada keluarganya berhubung kes kematian anaknya yang dibunuh dengan kejam tiga tahun lalu.

Surat tersebut turut dibawa bersama oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang diwakili Badrul Hisham Saharin ke Pejabat Perdana Menteri di PutraJaya tengahari tadi, selain menghantar kek mengingati ulangtahun kelahiran ke 31 Altantuya kepada Perdana Menteri, Najib Razak.

Dalam surat bertulisan tangan bertarikh 5 May itu, Dr Shariibu meminta supaya semua isu berhubung kes pembunuhan anaknya diselesaikan secepat mungkin kerana rakyat di Mongolia dan Malaysia mahukan kebenaran terhadap kes pembunuhan itu didedahkan. Katanya, kes tersebut telah menjejaskan hubungan diplomatik antara dua kerajaan tersebut.

“Kami perlu tamatkan semua isu berhubung kes pembunuhan anak saya secepat mungkin dan dalam masa yang singkat kerana rakyat dari dua negara sudah menunggu lama supaya kes ini diselesaikan,”

“Hubungan kedua negara telah renggang dan terdapat situasi mustahil yang berterusan berhubung kes pembunuhan anak saya,”

“Ia memerlukan fokus kepada masalah sekarang terhadap dua cucu lelaki saya yang kini yatim iaitu anak kepada Altantuya. Kami perlu penyelesaian dari saman sivil yang telah saya failkan - daripada kamu, Kerajaan dan polis.

“Saya mahu roh anak saya tenang dengan mengadakan acara pengkebumian ke atas mayatnya, di mana saya belum melakukannya, sehingga semua isu yang berlegar di sekitar kematian anak saya diselesaikan,”jelas surat berkenaan.

No comments:

Post a Comment