Wednesday, May 06, 2009

Tiga aktivis SAMM di tangkap semasa sambutan ‘harijadi Altantuya’

PUTRAJAYA, 6 Mei (SK) : Tiga aktivis Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) ditahan di depan kompleks pejabat Perdana Menteri di Putrajaya dalam satu perhimpunan “menyambut ulang tahun kelahiran Altantuya Shaariibuu”, wanita Mongolia yang dibunuh tiga tahun lalu.

Kek dan kain rentang itu yang dibawa oleh SAMM yang diketuai pemimpin Majlis tertinggi KeADILan Badrul Hisham Shaharin atau Cikgu Bard turut dirampas polis.

Ketiga-tiga yang ditahan ialah Sani Md Shah, 28, ditahan jam 11.15 pagi apabila memegang kek, sementara Saufi Mihad, 26, dan Yasir Sheikh Abdul Rahman, 26 yang juga menyambut harijadi beliau pada hari ini ditahan sejurus selepas itu sewaktu memegang kain rentang di depan pintu masuk kompleks tersebut.

Kek berwarna krim seberat lima kilogram dan kain rentang bertulisan “Happy Birthday Altantuya” dan dihiasi dengan bunga ros merah diatas kanan dan bawah kiri permukaan kek tersebut berkemungkinan juga dibawa ke ibu pejabat polis daerah Putrajaya.

Polis merampas kek dengan pantas dan bertindak menangkap ketiga-tiga aktivis berkenaan dengan tidak memberi penjelasan atas dasar apa mereka di tangkap,” jelas Cikgu Bard kepada sekumpulan wartawan yang berada di lokasi perhimpunan tersebut.

Seramai 30 aktivis SAMM yang berhimpun di perkarangan Pejabat itu bertujuan untuk menyerahkan sepucuk surat daripada bapa Altantuya iaitu Shaariibuu Setev dan satu memorandum khas kepada Perdana Menteri Najib Razak.

Jika masih hidup, wanita itu kini berusia 31 tahun.

Cikgi bard bergegas ke Balai, setengah jam kemudia beliau dimaklumkan untuk hadir semula jam 2 petang ini untuk mengetahui keputusan nasib ketiga-tiga aktivis tersebut.

No comments:

Post a Comment