Saturday, May 30, 2009

Lim Kit Siang pula dipanggil








Pagi ini YB Lim Kit Siang pula telah dipanggil oleh Polis untuk merakamkan percakapannya berikutan ada laporan polis terhadap ucapanya yang menyentuh mengenai Perak dan Altantuya.

Regim nampaknya makin panik akan terus dan dijangka akan ramai lagi pimpinan Pakatan Rakyat akan dikehendaki Polis.

Semalam che'GuBard telah hadir ke IPD Seberang Perai Tengah jam 3.00 petang seperti yang dijanjikan. Di sambut oleh ASP Norazizi B. Saad (Pengawai Penyiasat Kanan IPD SPU) yang terus menjalankan sesi soal siasat. Sesi soal siasat selama tiga jam itu turut disertai oleh dua orang anggota polis yang tidak beruniform. Seorang membuat rakaman video selama 3 jam dan seorang membuat rakaman gambar pegun.


Najib 'pengecut' untuk saman 19 media yang menyiarkan tulisan Najib terlibat dalam pembunuhan Altantuya, tetapi hanya berani menggunakan kuasa polis 'membelasah' rakyat sendiri sahaja.

Soal siasat ekoran ada beberapa laporan polis terhadap ucapan che'GuBard. Antara yang membuat laporan polis tersebut ialah C/Inspektor Suhaimi Che Noh, Inspektor Naseer dan Inspektor Ahmad Shafiq Ahmad Nordin.

Laporan tersebut berkisar kepada ucapan yang kononya menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara.
che'GuBard nyatakan dengan tegas bahawa membuat kenyataan menjatuhkan populariti regim Bn tidak ada kena mengena dengan kententeraman awam. Keselamatan Bn untuk terus berkuasa amat berbeza dengan keselamatan negara. Negara tidak akan huru - hara dengan Najib dijatuhkan dari kerusi Perdana Menteri malah sebaliknya negara akan lebih aman dan imej dihormati.

Altantuya dikenang sebagai bukti penyelewengan (RM500juta rasuah) dan sistem negara yang melindungi penjenayah yang punya kedudukan.

Kebanyakan laporan polis dibuat oleh anggota polis sendiri, tetapi bagaimana polis boleh biarkan Umno membuat program dalam keadaan takut untuk bertanding pilihanraya dan dengan jelas penceramah Bn juga menghasut untuk rakyat melawan kerajaan sah Pulau Pinang. Bila diasak dengan soalan ini Polis tersebut hanya kata ....maaf saya tak dapat jawab saya hanya jalankan tugasan.

Siasatan berkisar kepada isu Altantuya dan isi ucapan che'GuBard. Siasatan di bawah sekseyen 4(1)(b) Akta Hasutan dan Seksyen 500 (1) (b) KK. Namun hampir semua soalan che'Gubard menggunakan sub seksyen (ii) untuk tidak menjawab.

Paling pelik ialah laporan polis oleh Inspektor Naseer yang menyatakan dalam ucapan cheGuBard menyatakan tahun 1993 Umno telah melantik Ibrahim Ali sebagai Sultan Kelantan, maka Umno derhaka.... ketawa dengan rakaman tulisan yang salah tersebut... apa yang dinyatakan sebenarnya ialah tahun 1990 Pas menewaskan Bn di Kelantan, lantas Umno menuduh istana punca Bn kalah. Maka bermula dari 1990 Umno Kelantan serang istana dengan perbagai tohmahan. Kemuncak 1993 apabila Tengku Ibrahim (kononya kerabat Kelantan) telah di iring oleh Anuar Musa dan Ibrahim (Katak) Ali dari Kuala Lumpur ke Ketereh Kelantan. Di bawah pokok di padang Sekolah Ketereh, Ibrahim dan Anuar Musa telah menabalkan Tengku Ibrahim sebagai Sultan Kelantan yang sah sedangkan DYMM Sultan Kelantan masih hidup di Istana Besar Kota Bharu.

Nampak sangat anggota polis yang turun ke tempat ceramah buat kerja sambil lewa. Lebih menyusahkan kerja sambil lewa anggota cawangan khas ini akan menyusahkan ramai lagi orang. Saya dalam pertimbangan untuk membuat laporan polis terhadap Insp. Naseer kerana laporan palsu tersebut.

Selepas jam 6 petang dilepaskan dengan di iring terus ke kenderaan untuk mengelakkan sebarang sidang media di kawasan balai cheGuBard diberikan tugasan dua ceramah malam semalam.

Ramai yang tertunggu ceramah semalam di Kubang Ulu. Selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap semalam che'GuBard mengambil tempat dengan berucap masih mengekalkan nada ucapan dan isi yang sama.

Hari ini jadual tetap diteruskan, lawatan rumah ke rumah, penyebaran risalah dan ceramah umum

1 comment:

  1. Anonymous9:43 PM

    woww.. back-up lim kit siang gile babi punye..
    payah nk cari melayu back-up cino kominih ni... apo-apopun gambar yang last tu sesuai pasal makan daging sedaro sendiri.. lg ganeh..

    - parti jahat -

    ReplyDelete