Wednesday, May 20, 2009

Kempen Sejuta Poskad PPSMI disambut baik tetapi...

Parti Keadilan Rakyat menyambut baik dan turut menyokong usaha Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) dalam kempenya yang dikenali sebagai Kempen Sejuta Poskad mansuh PPSMI. Kempen ini ialah usaha berterusan kumpulan penggiat bahasa ini dalam kempenya memansuhkan PPSMI dan memartabatkan kembali Bahasa Melayu.

Sila klik sini untuk berita kempen lanjut.

Cuma secara peribadi che'GuBard menginatkan GMP ini agar terus memberikan tumpuan penerangan rakyat ke arah mobilisasi massa sebagai usaha tekanan kepada regim pemerintah. Ini kerana kempen poskad ini mungkin berhasil jika kita dibawah kerajaan rakyat yang mahu mendengar sebaliknya kita dikuasai oleh regim yang pekak. PPSMI ini dilaksanakan bukan sekadar kerana polisi bahasa tetapi ia didokong kuat oleh kumpulan kapitalis yang mengaut keuntungan besar dari aspek jualan bahan bantuan mengajar seperti komputer riba dan sebagainya, masalahnya dikalangan kapitalis terlibat ada juga mereka yang menjadi orang kuat regim pemerintah.

Maka mereka akan terus buat pekak, biarlah 'bahasa jiwa bangsa' mati asalkan perut mereka berisi.

2 comments:

  1. Anonymous3:15 PM

    mana datul nalla...mana ezam.... nanti sat depa akan muncul di penanti..then hilang dan akan muncul masa pilihanraya

    ReplyDelete
  2. Anonymous12:48 AM

    Kempen apo ni poikk... blog kau ni malap yo camno nak berkempen..

    - parti jahat, kato eh -

    ReplyDelete