Saturday, May 16, 2009

Jabatan tidak layan aduan dari pembangkang

KUALA LUMPUR, 17 MEI (SK) - WALAUPUN telah memudahkan rakyat untuk memanjangkan laporan kepada jabatan berkaitan, namun respon yang diberikan oleh pihak kerajaan amat mengecewakan rakyat.

Begitulah luahan Ketua KeADILan Rembau, Badrul Hisham Shahrin, yang kecewa dengan tindakan kerajaan tidak mengedahkan aduan yang telah diberikan oleh pusat khidmat KeADILan Rembau.

Jelasnya, sehingga kini mereka telah mengumpulkan kira-kira 30 aduan yang diterima dari rakyat di kawasan Kuala Sawah yang terletak di bawah parlimen Rembau dan aduan berkenaan telah dipanjangkan ke beberapa jabatan.

“Aduan telah dipanjangkan ke pihak berkenaan seperti Jabatan Kebajikan, Pusat Zakat, Pejabat Daerah dan Tenaga Nasional, namun hampir semua aduan tersebut tidak dilayan. Malah ada respon yang diperolehi ‘maaf kami tak layan aduan dari pembangkang,” katanya ketika dihubungi Suara Keadilan Online petang ini.

Jelasnya lagi, beliau sendiri mengeluarkan bantuan untuk meringan beban segilintir rakyat yang tidak mendapat bantuan dari pihak yang sewajarnya.

Dalam satu majlis di Kuala Sawah baru-baru ini, beliau sendiri telah menyampaikan sumbangan kepada lapan keluarga yang berkemampuan.

Walaupun ditekan dan dipinggirkan oleh beberapa jabatan kerajaan, menurut Badrul,Keadilan Rembau tidak pernah berhenti untuk berbakti kepada rakyat.

“Kami tetap berbakti kepada rakyat walau dengan sumber kewangan yang amat terhad kepada lapan keluarga. Keluarga berkenaan telah mendapat bantuan makanan dan wang nai sumbangan peribadi saya dan seorang warga emas telah mendapat bantuan basikal sumbangan Muru, Naib Ketua AMK Rembau,” katanya lagi.

Turut hadir dalam majlis ringkas ialah Naib Ketua Bahagian Rembau Aisyah Lamsah, Setiausaha KeADILan Rembau Norazizi Aziz dan beberapa pimpinan KeADILan tempatan.

No comments:

Post a Comment