Friday, August 12, 2016

SAMM menyokong himpunan #tangkapMO1



Sekumpulan teman Mahasiswa dan anak muda baru ini mengumumkan akan mengadakan himpunan pada 27 Ogos ini dengan tema #tangkapMO1 dan SAMM dengan ini menyatakan sokongan terhadap himpunan tersebut dan mengajak seluruh rakyat untuk sama berhimpun sama.

Isu MO1 ini bukan sahaja memberikan kesan terhadap imej negara tetapi ekonomi dan kos hidup rakyat itu sendiri, maka seajarnya usaha teman - teman Mahasiswa dan anak muda disambut sederap dan kerajaan harus menyatakan siapa MO1 itu dan tindakan berdasarkan keluhuran undang - undang harus diambil jika tidak jangan salahkan rakyat terus mengadakan bantahan dan perbagai usaha lain.

SAMM juga merakamkan syabas dan penghargaan pada teman anak muda mahasiswa yang berani tampil sebagai penganjur. Negara memerlukan anak muda seperti kalian yang tegas mempertahankan kepentingan negara dan integriti dan sebegitulah seharusnya perjuangan melawan korupsi dan penindasan ini tidak mengira siapa.

1 comment:

  1. Himpunan GST saya sokong... Berbillion Perolehan profit buta + 6% mereka peroleh ~ Adakah Rakyat Bijak 'Mahaseksa' sedar atau tidak perkara ini tidak sensasi

    ReplyDelete