Thursday, August 18, 2016

26 Ogos 'persembah' bukti pada rakyat dan fail laporan SPRM #skandalAzmin68054

Catatan Umum

18 Ogos 2016

Semalam isu berkaitan #skandalAzmin68054 panas sedikit kembali apabila seorang Pegawai Khas (P.A) kepada salah seorang exco Kerajaan Negeri Selangor , Abdul Razak Ismail melalui laman sosialnya menyatakan kesedian untuk mengangkat kes berkaitan isu Paya Indah Wetlands ke SELCAT atau SPRM dalam masa terdekat. Beliau juga menyatakan kesediaan hilang jawatan beliau kerana tindakan tersebut.


Terkejut tetapi che'GuBard menyambut baik kesediaan beliau serta menghargai keberanian beliau tampil. Seperti mana yang diperkatakan dari awal sejak Mac 2016 pasukan yang dibentuk menemui perbagai pihak termasuk pegawai kerajaan. Malah juga pihak kami turut menemui dua orang ADUN bagi saling bertukar maklumat dalam perkara ini. 

Kami juga menyambut cabaran bagi kami ke SPRM. Seperti dimaklumkan sebelum ini, kami pasti akan ke SPRM malah sedangmerangka beberapa tindakan berasaskan undang- undang berkenaan berkara ini cuma perlu menyusun semua fakta, dokumen bukti, saksi dan seumpamanya. Keyakinan Menteri besar dan kuncunya mungkin berasaskan kerana ia akan dilindungi kerana ia melibatkan kapitalis besar yang mesra regim. Keyakinan ini mungkin berasas kerana apabila kitamula memasuki fasa pendedahan libat GAMUDA maka media perdana sendiri mengecilkan malah mula tidak melaporkan kes ini seperti sebelumnya.

Bersedia dengan itu kami pasukan kempen #skandalAzmin68054 mencetak booklet yang mengandungi semua dokumen bukti, fakta kes dan kronologi bagi 'dipersembahkan' kepada mahkamah rakyat, biar rakyat menjadi hakim.

Kita tidak mahu seperti laporan Rafizi Ramli berkaitan 'rasuah seks di Pejabat Menteri Besar Selangor' yang disapu dibawah permaidani tanpa rakyat boleh menghakimi butiranya.

Booklet #skandalAzmin68054 akan dilancarkan serentak dengan usaha membuat laporan rasmi ke SPRM seperti maklumat dibawah : 

Semua dijemput
Laporan SPRM ‪#‎skandalAzmin68054‬
26 Ogos 2016 (Jumaat), 3ptg
SPRM Putrajaya

Sebelum masuk failkan laporan rasmi SPRM, SAMM akan melancarkan booklet yg mengandungi hampir semua bukti, dokumen, fakta dan kronologi #skandalAzmin68054 (termasuk yg belum pernah didedahkan) di hadapan SPRM.
Pengamal media juga dijemput untuk membuat liputan.

muka depan dan belakang (kulit) booklet
" ....yang kita lawan ialah sistem yang menyebelahi kapitalis dan menindas rakyat. Musih kita ialah ahli politik yang diperkuda pemodal besar..."

cacatan ; che'GuBard, SAMM

Klik juga jemput baca http://chegubard.blogspot.my/2016/08/bukti-korupsi-ditemui-7-hari-diberi.html?m=1

No comments:

Post a Comment