Friday, August 05, 2016

Sah tanah 68054 Mukim Tanjong Dua Belas, Kuala Langat terletak dalam kawasan Paya Indah Wetland

Catatan Umum

5 Ogos 2016

Apa yang sedang diselindungkan ?

Sah tanah lot 68054 Mukim Tanjong Dua Belas, Kuala Langat pernah ditolak permohonan untuk ditukar status ke pembangunan ketika Kerajaan Selangor dibawah Khalid Ibrahim kerana alasan lot tersebut terletak di dalam kawasan Paya Indah Wetland. Ketika yang sama juga Elizabeth Wong merupakan exco Kerajaan Negeri yang turut terlibat menolak penokaran status tersebut.

Tetapi kenapa kini beliau sanggup menipu apabila mengatakan lengkungan semula (re-zone) dan pertukaran status  tidak berlaku ? Apa yang sedang disembunyikan, Sangat yakin sesuatu yang sangat salah telah berlaku dan sedang disembunyikan.

Kenapa tanah ini menjadi keutamaan untuk diselesaikan pertukaran status pada bulan - bulan awal Azmin menduduki kerusi MB, adakah ia ada kaitan dengan 'membalas jasa' tokoh - tokoh korporat yang menjadi pelobi pintu belakang ketika perebutan kerusi MB dari Presiden Parti Keadilan Rakyat ?

Perbagai maklumat dan dokumen sedang di teliti, insyaAllah tanpa berselindung dan dengan jujur pendedahan akan terus dilakukan. Walaupun ugutan serta tawaran mula diberikan.

Lucu dengan respon panik Azmin yang lari dari sidang media minggu lepas yang gagal menjawab dan menuduh saya makan dedak ia hanya taktik Azmin mengalihkan isu, namun tuduhan ini hanya gambarkan panik Azmin dan saya tak akan layan. Tuntutan kami tidak berganjak dari status tanah ini perlu dikembalikan kepada kawasan hijau dan yang menipu bagi pihak kerajaan negeri perlu mengosongkan kerusi.



catatan : che'GuBard, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

untuk lebih memahami anda juga dijemout membaca dengan klik tajuk.

1 comment:


  1. Pertanian sudah dibangunkan atas tanah tersebut. Samalah merosakkan alam sekitar. Kenapa tak halang semasa ia masih hutan?
    Maka pertukaran status berlaku atau tidak tidak menghalang merosakkan pada wetland..
    Isu tiada dibuat isu.. macam org bodoh. Tu Dato' Noh ceroboh hutan buat empangan di sg. Panjang tak pulak buat isu. Tiada keperluan buat empangan sebab terusan ban canal da ade.

    ReplyDelete