Monday, August 01, 2016

Kenyataan Media tidak bertarikh Exco hari ini , hanya penipuan menutup penipuan.

kenyataan media Exco Kerajaan Negeri Selangor yang tak bertarikh

Kenyataan Media

2 Ogos 2016

1. Bila mendapat kenyataan akhbar kawan saya YB Elizabeth Wong yang dihantar oleh teman wartawan saya hanya mampu tersenyum saya sifatkan satu lagi kenyataan tergesa - gesa dan hanya penipuan bagi menutup penipuan. Kegagalan menulis tarikh dalam kenyataan media itu sendiri menggambarkan dia tergesa - gesa dan panik, bagaimana Exco yang punya pejabat dan kakitangan yang lengkap boleh melakukan kesilapan sebegitu kerana tergesa - gesa dan panik.

2. Elizabeth tidak perlu menunjukkan ketidak cerdikan beliau bila hanya untuk 'cover bos' soalan lain ditanya lain dijawab. Sejak dari kenyataan media saya yang pertama dalam isu ini bertarikh 26 Julai 2016 saya menyebut dengan jelas lot 68054. Malah tajuk kenyataan media saya sendiri tertera dengan jelas "PERTUKARAN STATUS TANAH LOT 68o54, 619 HEKTAR MUKIM TANJONG 12 KUALA LANGAT JEJAS KAWASAN HUTAN WARISAN DUNIA".

3. Petikan cabutan minit mesyuarat 2014 ketika Kerajaan Negeri dibawah Tan Sri Khalid Ibrahim menyebut dengan jelas MMKN telah menolak permohonan ubah status lot 68054 kerana alasan kawasan tersebut terletak dalam kawasan Paya Indah Wetland.


4. Seperti yang saya pernah peringatkan yang mahu menjawab isu ini sila lebih berhati hati kerana SAMM sudah membentuk pasukan meneliti isu ini berbulan lamanya, maka bukan sedikit dokumen dan data yang telah dikumpulkan juga diperingatkan SAMM sedang meneliti beberapa fakta dan dokumen serta yakin ia akan membawa kepada penemuan dan pembongkaran lebih besar lagi.

5. Contohnya kamu mungkin boleh tutup carian di kaunter pejabat Tanah tetapi untuk pengetahuan kamu carian rasmi telah pun kami buat seawal April yang lepas sebaik sahaja geran tanah tersebut diperbaharui statusnyadan cacatan carian rasminya adalah seperti ditunjukkan, jelas MMKN di bawah Azmin Ali luluskan pertukaran status 2015 sebaik sahaja memegang jawatan dan pertukaran geran telah dibuat April 2016.

6. Malah menurut dokumen yang bocor dari pejabat Exco Kerajaan Negeri sendiri menyatakan perlengkungan semula (re-zone) telah dibuat walaupun tidak mendapat sokongan semua jabatan. Direkodkan antara Jabatan yang membantah ialah Jabatan Alam Sekitar.

Paling menarik untuk dibaca dari dokumen yang bocor itu ialah turut terlibat dalam proses perlengkungan semula (re-zone) ialah Hutan Simpan Kuala Langat Utara untuk dijadikan kawasan pembangunan.


Dalam Peta Rancangan Tempatan Kuala Langat 2020 jelas keseluruhan kawasan Paya Indah sehingga Hutan Simpan Kuala Langat Utara merupakan kawasan hijau namun Kerajaan Negeri kelihatan tergesa - gesa memberikan tumpuan untuk menukar status kawasan tersebut, kenapa ?


Kawasan Paya Indah Wetland ialah kawasan besar yang terletak di sebelah Selangor dan Putrajaya, sebarang pembangunan besar akan saling memberikan impak. 



Mengambil petikan rencana sempena 30 tahun perjanjian Ramsar tersiar di beberapa media dengan tajuk "Wetland : Dunia lembab untuk diteroka" dengan jelas tertera
"Malaysia menjadi negara anggota Perjanjian Ramsar yang ke-84 pada tahun 1995. Pelancaran Taman Wetland Putrajaya yang terletak dalam Wetland Putrajaya hari ini adalah kelangsungan ikrar Malaysia memulihara dan mempertahankan wetland serta memanfaatkan kegunaannya sebaik mungkin mengikut perjanjian itu. 
Wetland Putrajaya itu merupakan kawasan simpanan atau pusat wetland yang keenam di negara ini selepas Tasik Bera di Pahang, Taman Alam Kuala Selangor dan Kawasan Perlindungan Wetland Paya Indah di Selangor, Wetland Likas di Sabah dan Kawasan Perlindungan Burung Kuala Gula di Perak."

Hari ini, kemungkinan Kerajaan Negeri tidak sangka kami mampu memiliki dokumen bagi membuktikan pendakwaan awal kami dan membuktikan penafian palsu mereka sebagai tipu. Kesimpulanya hari ini setelah panik dengan tergesa -gesa terpaksa mengeluarkan kenyataan media tidak bertarikh dengan cuba mengalihkan ke nombor lot lain.

Pada peringkat awal ramai juga yang mempertikaikan saya dan pasukan, namun setelah berjumpa (ada antaranya berjumpa dengan marah) , saya tunjukkan semua dokumen dan terangkan fakta mereka menyokong usaha ini.

Contohnya pagi tadi akar umbi PKR sendiri, saudara Nasiruddin Mohamed anggota aktif dan merupakan bekas calon Ketua Cabang PKR Sepang tampil membacakan kenyataan medianya dan dia sendiri menempelak penipuan Kerajaan Negeri. (klik http://chegubard.blogspot.my/2016/08/bukti-penafian-palsu-kerajaan-negeri.html)

Tuntutan kami, tukar semula status tersebut bagi mengekalkan kawasan hijau, yang bertanggungjawab menipu harus bertanggungjawab dan hentikan penipuan bagi menutup penipuan. Jangan perbodohkan rakyat yang cerdik pernah menumbangkan Umno - Barisan Nasional.


Sekian ;

che'GuBard
Anggota PKR Seumur hidup
(digantung kerana mendedahkan kepincangan)

1 comment:

  1. Anonymous9:34 AM

    Huduh perangai azmin dan kartel buruk dr umno

    ReplyDelete