Wednesday, November 10, 2010

Surat terbuka : Mohon respon S/U sulit Kanan PM





(klik imej untuk membaca dengan jelas)

Tarikh : 10 November 2010

Kepada :

Dato' Zakiah Ibrahim,
Setiausaha Sulit Kanan,
Perdana Menteri Malaysia.

Ybhg. Dato' ;

MAKLUMAT KAITKAN DATO' DENGAN PENYELEWENGAN, MOHON RESPON

Telah memperolehi satu maklumat dari individu yang mendakwa 'orang dalam' JPM dengan memberikan dokumen dan fakta mengenai penyelewengan yang mengaitkan Dato' dengan kegiatan penyelewengan dan pengumpulan harta yang luar biasa.


Pemberi maklumat telah menggelarkan Dato' sebagai 'ZAKAYA' dan menyifatkan Dato' sebagai merupakan wanita yang mempunyai pengaruh besar di Pejabat Perdana Menteri.


Pemberi maklumat menyatakan Dato' Tidak menyukai publisiti, tetapi dalam diam 'mengumpul harta bernilai 'RM200 juta dalam masa tidak sampai tiga tahun menguasai pejabat PM.


Pemberi maklumat menyifatkan Dato' Zakiah adalah individu yang memuktamadkan siapa yang mendapat projek melalui direct nego atau restricted tender di Kementerian Kewangan.


Kononya menurut pemberi maklumat Kuasanya melebihi kuasa Datuk Seri Husni Hanazlah, Menteri Kewangan Kedua.


Pemberi maklumat menyatakan juga Dato' menggunakan bilik yang betul-betul terletak di sebelah bilik PM, Zakiah membuat keputusan untuk menguasai dan menukar syarikat yang mendapat kontrak kerajaan samada untuk Ketua UMNO bahagian, kerabat diraja mahupun kroni-kroni beliau sendiri.


Pemberi maklumat menyatakan dalam masa yang singkat telah mengumpul kekayaan sebanyak RM200 juta dengan cara diam-diam melalui dua orang rakannya Dato Norida Hamzah, CEO Aero Tree Defence & Services Sdn Bhd dan seorang lagi Halim Othman, bekas petugas Sri Satria dan “Nominee Director” untuk Zakiah.


Menurutnya lagi, modus Operandi Zakiah adalah dengan menukar proposal syarikat yang terpilih kepada syarikat Dato Norida dan Halim atau memanggil ketua bahagian UMNO atau Kerabat Diraja yang berjaya merebut tender untuk berkongsi kekayaan dengan beliau.


Menurut pemberi maklumat kononya satu lagi keistimewaan Zakiah adalah beliau boleh terus menghubungi menteri untuk “rundingan terus” dengan beliau supaya projek itu boleh dikongsi antaranya dan pihak menteri atau pegawai kanan kementerian tersebut., Pemberi maklumat turut mengemukakan dua bukti 2 syarikat milik Zakiah yang menggunakan kroni beliau dengan memaksa Bank Pembangunan dan Malaysia Debt Ventures Berhad memberikan pinjaman berjumlah hampir RM200 juta untuk projek bernilai RM20 juta.


Sehubungan dengan itu saya menulis surat terbuka ini untuk memohon penjelasan segera Dato'. Saya bersedia menyiarkan penjelasan Dato' sebagaimana surat terbuka ini disiarkan. Maklumat yang diberikan mungkin sahaja ada ketidak kebenaranya, namun selaku penjawat awam Dato' seharusnya juga bertanggungjawab untuk dilihat bersih dan perlu menjawab kepada rakyat awam. Dato' Boleh sahaja menafikan, namun perlu memberikan penjelasan termasuk kewujudan dokumen berkaitan. Harap Dato' dapat respon perkara ini dengan hati terbuka untuk menjelaskan perkara sebenar kerana demi menjaga kepentingan awam.


Sekian dan terima kasih


cheGuBard

ahli Majlis Pimpinan Pusat

Parti Keadilan Rakyat.


* satu masej twitter telah dihantar kepada PM berkenaan surat terbuka ini

38 comments:

  1. Memang hebat Cikgu.

    Memang celaka betul lah puak2 ni.

    ReplyDelete
  2. SelamatkanMalaysia3:56 PM

    Ah, kalu betul maklumat ini, ni boleh dikira sebagai pengkhianat kepada negara...mati hukumannya

    ReplyDelete
  3. Anonymous8:12 PM

    apo la kesudahan erh najib n bik mama ni...

    ReplyDelete
  4. Anonymous10:53 AM

    semua ini hanya nak tukar isu besar yang melanda PKR.Jika betul dan berani tak perlulah tulis dalam bloq. Tak payahlah susah-susah anda kreate story memburukkan kerajaan dan PM. saya rasa, anda terus buat laporan kepada PSRM atau pihak PDRM untuk menyiasat. kedua-dua pihak berkuasa ini amat profesional dalam tugasan mereka. Jika PKR dah tunggu masa untuk punah-ranah, jangan nak diheret kerajaan BN dan PM dengan cerita yang gila macam ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesian la anda ni.. che'gubard ni bkan sembang kedai kopi, die dah tlis mcm2 buku untk isu2 di Malaysia ni.. siap kene tgkap polis lsgi, tpi x didakwa kerana ape yg die tlis btul.. sekian..

      Delete
    2. Anonymous2:40 PM

      depa dah report kat polis n SPRM tp biasa lah kes high profil camni, PDRM & SPRM "terrrrrrrrrrrrlalu profesional". Dah byk sgt macai2/ejen UMNO BN ni buat hal, tp bila kes2 melibatkan pembangkang waduh lbh laju dari KTM rasanya bagi diambil tindakan. Kecian kat anda yg kurang (tak mau sebut TAK) cerdik!!!!!!

      Delete
    3. Anonymous5:39 AM

      Wei pencacai.....dah jelas..kerajaan yg ada sekarang nie amalkan rasuah..terang2 kaut 200 juta dlm tempoh 3 tahun...buat malaysia mcm harta bapak diaorg.....untuk dato....bawak2 la taubat..esok dlm kubur....jawab la....

      Delete
  5. Replies
    1. Anonymous11:29 AM

      Lebih baik diam dari merapu, c.Bad nak cari kebenaran Tok tak sekolah kot.Nilai sendiri, fikir dlm2 jgn tuduh org. menipu....C.Bad menipu Tuhan tahu Tok merapu jugak Tuhan tahu.

      Delete
    2. Knapa yg mengkritik che gu bad bangang mcm lembu nfc kak Zat. Klau ye pn buta akai sokong umno bn,bg la dato zakiah buat penjelasan. Klau dato tk bg respon atau respon yg tk berfakta,betul la apa yg ce gu bad dakwa.bodoh betui pencacai umno ni!!!

      Delete
    3. Anonymous2:42 PM

      kecian kat anda yg sgt kurang (tak mau sebut TAK) cerdik, rasanya pak pandir pun lagi cerdikkkkkkkkkk

      Delete
  6. Anonymous11:06 AM

    manusia yg berbelanja dgn duit haram (bkn haknya) ne, mewah di dunia..? tapi celaka diakhirat nanti.. api neraka bakal menyambut jenazahnya nanti....!!

    ReplyDelete
  7. Sireh Pulang Ke Ganggang11:18 AM

    heret je pompuan ni ke muka keadilan ataupun heret je ke jalanan biar dia malu . .tak ingat langsung akan YANG MAHA BESAR

    ReplyDelete
  8. Anonymous11:26 AM

    KIta tengok betul atau tidak dakwaan cikgu ..

    -IjoK MaLi-

    ReplyDelete
  9. Rm200 juta mcm 2 hengget jek.duit haram.
    lahanat puak2 UMNO

    ReplyDelete
  10. Rm200 mcm Rm2 je bg org UMNO
    nk kaya masuk UMNO
    makan duit haram...

    ReplyDelete
  11. AMK subang12:50 PM

    la..ingatkan apa..rupanya kes buat pinjaman. cikgu tukar la ayat tu tak betui..

    kalau dapat 200 juta pun bukan dia rompak,dia pinjam,kira mcm salah guna kuasa la

    apa la cikgi nak spin pun tak reti

    buat malu AMK saja ceh

    ReplyDelete
  12. Anonymous12:52 PM

    ala cikgu buard...ckp ja nak publisiti sebab nak dok tanding jwtn la nie dlm PKR....yg dato nala kata anwar ambik rm60j dr magnum mcmana....???? bekas timb gabenor bank negara kata dulu anwar lulus projek rm15bilion utk kroni mcmana??? biasa la org politik....semua nak jwtn dan duit ja...

    ReplyDelete
  13. Anonymous1:22 PM

    buat pinjaman la.. apa la

    ReplyDelete
  14. Anonymous2:09 PM

    Tahniah cikgu.... ambil risiko tulis surat ni... rasanya ini bukan fitlah ler.. harap datuk tu jawab....

    ReplyDelete
  15. Anonymous2:27 PM

    Tahniah cikgu.. Tak paham la dokumen tu.. boleh explainkan tak? orang bodoh cam saya ni tak paham la cikgu..

    ReplyDelete
  16. Kalau harta diperolehi secara halal takpe la. Senang anak cucu di dunia tapi kalau dapat secara haram, itu mencari nahas di akhirat....Kalau dah mati hanya kain kapan putih yang dibawa....

    ReplyDelete
  17. Anonymous4:21 PM

    Salam Cikgu Bard,

    1. Sedikit pembetulan. Dato Zakiah adalah setiausaha sulit kepada Menteri Kewangan. Bukannya setiausaha sulit kanan kepada Perdana Menteri. Dato Seri Najib sebagai Menteri Kewangan & Perdana Menteri mempunyai setiusaha sulit yang berbeza. Di Kementerian Kewangan, setiusaha sulit reports to setiausaha sulit kanan dan di Pejabat Perdana Menteri, reports to Ketua Setiausaha Sulit. Sila check MOF & PMO websites.

    2. Dato Zakiah sebelum ini adalah PA kepada Menteri Kewangan sebelum dinaikkan pangkat sebagai setiausaha sulit lebih kurang 2 tahun lepas. Dato Zakiah memilih untuk bertugas di Kementerian Kewangan berbanding di Pejabat Perdana Menteri, Jabatan Perdana Menteri bagi mengelakkan diri dari terlibat dgn politiking, tikam belakang, mengadu domba dan fitnah memfitnah untuk meraih kepercayaan Dato Seri Najib. Secara purata, Dato Seri Najib lebih banyak menghabiskan masa di Jabatan Perdana Menteri berbanding di Kementerian Kewangan.

    3. Semasa bertugas sebagai PA di pejabat Menteri Pertahanan, beliau pernah meminta untuk ditukarkan ke bahagian lain untuk mengelakkan diri dari perkara seperti di atas. Ini berlaku setelah Dato Seri Najib dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri. Bagaimanapun, Dato Seri Najib telah mengarahkan beliau kembali bertugas ke pejabatnya selepas beberapa bulan.

    4. Malah, Dato Zakiah pernah membayangkan untuk pencen awal ketika di Kementerian Pertahanan lagi tetapi dilarang oleh Dato Seri Najib.

    5. Dato Seri Najib juga pernah bertanyakan kepada Dato Zakiah, kenapa tidak pernah terlihat suaminya (seorang ahli perniagaan) datang ke rumah beliau samada Langgak Duta (rumah peribadi), Sri Satria (kediaman TPM) dan Seri Perdana (kediaman PM). Jawabnya, suami beliau enggan datang bagi menggelakkan sebarang pandangan serong terhadapnya.

    6. Saya menulis bukannya untuk 'defend' Dato Zakiah atau menafikan kesahihan artikel. Saya tidak mempunyai sebarang kepentingan. Cuma pendapat saya mengenai beliau yang mengenalinya secara 'suam2 kuku'.

    7. Sedikit keliru mengenai pinjaman sebanyak RM200 juta untuk projek bernilai RM20 juta. Bukankah pinjaman RM200 juta perlu dibayar balik RM200 juta. Projek baru RM20 juta. Ini bunuh diri namanya tuan.

    Sekian, wasallam.
    AMC

    ReplyDelete
  18. Pak KOMAT10:30 PM

    Semuanya tak betul.. Pemimpin atau khalifah yang sebenar adalah yang takut dengan jawatannya (takut disoal oleh Allah S.W.T) di akhirat kelak. Bukan Pemimpin yang berebut-rebut jawatan semata-mata demi kepintingan diniawi..

    ReplyDelete
  19. Anonymous11:39 PM

    Betullah cakap mak aku masa aku kecik2 dulu...mak aku kata kalau nak kaya cepat kena masuk UMNO...tp aku degil dn x join mana2...Now kawan2 aku di kampung yg join UMNO dan ada jawatan, mmng dah kaya-raya wpn ada sorang kawan aku tu masa keputusan SPM tahun 1986, result yg dia dpt "Anda tidak layak menerima apa-apa sijil" tp selepas sekolah dia join UMNO dan now ada jawatan dlm UMNO...erm dah kaya pun dia....mmng rezeki dia kot sbb apek yg x sekolah pun ada yg kaya raya. Tapi aku nyesal gak x join UMNO sbb now baru aku nmpk keistimewaan Melayu banyak Kjaan hulurkan pd ahli2 UMNO...Mmng malang sungguh nasib kebanyakan rakyat negara aku yg tercinta ni coz x join UMNO.

    -aku anak merdeka-

    ReplyDelete
  20. Anonymous7:57 AM

    Nak cakap Duit saya boleh beli apa saja...KM Swak.
    Gangster/mafia/al qeada pun saya dpt beli YB2 seluruh Msia ..kecil aja tuu..

    ReplyDelete
  21. Anonymous9:19 AM

    bro...gua bukan lah cikgu...tp apa yg gua paham, ini dokument pinjaman...bukan dia sebat duit tue buta2 je @ amik komisen 200 juta...
    Lg 1 bro, lu bongkarkan cerita Tan Sri Khalid n Anwar tau...lu dah derhaka ngan Anwar lu tau x. Zaman Anwar jd menteri Kewangan dulu, Tan Sri Khalid dpt wat personal loan ngan bank islam juta2 lg tau. nk compare ngan loan atas nama syarikat...apa cii bai.

    ReplyDelete
  22. Anonymous9:27 AM

    saya rayu semua kita marilah kita bina sikap berbaik sangka sesama kita orang melayu..Jika anda rasa ada yang lakukan perkara yang melanggar undang-undang, buatlah report pada pihak berkuasa berkenaan. Jika kita guna media dedahkan kesalahan dan keburukan,rasanya kehidupan kita orang melayu tak ceria dan bahagia. terlalu bermasaalah dalam kehidupan. jadi perkara yang salah buatlah laporan, tak perlu disebarkan kepada khalayak. JOM KITA BERBAIK SANGKA SESAMA KITA...ALHAMDULILLAH SYUKUR...ALLAH MAHA BESAR DAN MAHA BERKUASA...AMIN..

    ReplyDelete
  23. Anonymous4:07 PM

    Dato' Zakiah ni mak sedara saya.. family kitorg sume mmg dah tau Dato' ni mmg banyak buat duit.. kayanya mmg lain macam... haish.. fenin2.. apela nak jd dgn kerajaan UMNO nih..

    ReplyDelete
  24. Anonymous8:38 PM

    duniawi duniawiii.......
    hmmmmmmmm.......ape la...nk jd ni..

    ReplyDelete
  25. Anonymous8:54 AM

    untuk anak cucu juga knknkn...suku sakat...aiman x kesah...

    ReplyDelete
  26. keropok lekor2:44 PM

    Tak sangka... dalam blog chegu bard pun ada anjing umno berkeliaran. boss dia orang ni tak bagi makan ke sampai menyalak kat tempat orang

    ReplyDelete
  27. Anonymous7:43 PM

    salam, jangan buat fitnah jahat terhadap dato zakiah... ini semua rekaan... benda macam ni bukan boleh percaya... surat pun dipalsukan dan diputar untuk mendatangkan rasa tidak puas hati rakyat... insaflah... jangan tabur fitnah...kalau tak minta maaf kepada dato zakiah tak masuk syurga...

    ReplyDelete
  28. Anonymous7:47 PM

    agak2 nya kalau ada org cakap mcm ni korang percaya x?

    "Dato' Anwar ni pak sedara saya.. family kitorg sume mmg dah tau Dato' ni mmg banyak buat perangai pelik..menjubo dan balun pelacur... perangainya mmg lain macam... haish.. fenin2.. apela nak jd dgn PKR nih.."

    mesti korang cakap, guna air liur x payah nak bukti apa2...

    dato zakiah tu punyalah baik...sedap2 mulut korang je nak fitnah... teruskanlah... moga2 tuhan beri hidayah pada korang untuk jadi baik...

    ReplyDelete
  29. Anonymous12:09 PM

    Apa lah kau org ni, isunya Zakaya ni penjawat awamg memang mustahil boleh memiliki harta bernilai jutaan ringgit. Sebagai penjawat awam berprofil tinggi kena declare aset yg dimiliki termasuk simpanan. So biar lah dia jawab. Nape nak dikaitkan dgn Anwar dan org lain. Jwb jgn tak jawab

    ReplyDelete
  30. Anonymous1:25 PM

    eh mane comment i? xapprovekan ker? hmmm jahatla awak ni cikgu...

    ReplyDelete