Wednesday, November 03, 2010

Ketua AMK dinasihat lebih matang dan jangan terburu-buru ke media.

chegubardOleh Nazli Ibrahim

PETALING JAYA: Calon Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard hari ini melahirkan rasa terkilan terhadap tindakkan lawannya, Shamsul Iskandar Mohd Akin bertemu media berhubung isu pengundi hantu dalam perebutan kerusi nombor satu itu.

"Saya terkejut dan terkilan terhadap tindakan Shamsul. Mungkin dia terburu-buru buat macam itu demi mempertahankan jawatan Ketua AMK yang disandangnya," kata Chegu Bard.

Beliau juga menasihatkan agar calon-calon bertanding dalam pemilihan jawatan-jawatan dalam AMK agar bertindak matang dan tidak cepat melatah.

"Saya harap agar Shamsul tidak cepat melatah dan beliau sebagai Ketua AMK tentu matang untuk menentukan keputusan yang baik untuk parti. Begitu juga dengan calon-calon lain khususnya dalam AMK," katanya.

Beliau menyifatkan tindakan Shamsul adalah satu tindakan yang terburu-buru apabila menggunakan media berhubung isu pengundi hantu.

Tak perlu terburu-buru

"Shamsul agak terburu-buru. Saya sendiri telah mengemukakan beberapa laporan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) tanpa mengumumkannya kepada mana-mana media. Tak perlu terburu-buru," beritahu beliau lagi kepada FMT.

Chegu Bard memberitahu, antara perkara yang telah beliau laporkan kepada JPP antaranya jumlah undi yang melebihi kehadiran ahli, penglibatan jentera kempen lawannya dalam JPP, tindakan manipulasi dan beberapa tindakan yang lain yang beliau tidak boleh sebutkan demi memelihara imej parti dan semangat setiakawan.

Sementara itu, ketika menyangkal kenyataan Shamsul kepada media baru-baru ini yang mendakwanya telah membawa pengundi hantu di Cabang Rembau dan Tampin, beliau melahirkan rasa ragu terhadap kenyataan itu.

"Antara tuduhan yang dilemparkan ialah saya membawa pengundi hantu dan salah seorangnya ketua AMK Cabang Rasah sedangkan kedudukan Rasah dan Rembau hanya bersebelahan sahaja.

"Secara logiknya pula, mengapa saya hendak membawa pengundi hantu seorang Ketua AMK Cabang yang mudah dikenali.

Kalau nak bawa pengundi hantu pun, bawalah orang yang tidak mudah dikenali,"
kata beliau lagi.

Beliau berharap JPP dapat menyiasat semua laporan dan dakwaan yang telah dibuat termasuk laporan yang dibuat terhadap dirinya.

"Parti harus menyiasat dengan teliti dan mendalam terhadap laporan yang telah dibuat oleh semua calon. Tentang pengundi hantu pula, saya ingin mengulang pendirian saya sebelum ini iaitu tiada kompromi terhadap isu ini," kata beliau.

sumber http://freemalaysiatoday.com/bahasa/?p=9859

4 comments:

  1. kassim selamat12:17 AM

    Bagus bard ekau memang steady. Perjuangan adalh plaksanaan kata2 bukan membodek tak tentu hala mcm si anu.adios..

    ReplyDelete
  2. Pada pandangan saya sdr.Shamsul tidak perlu terburu-buru mengadakan sidang media untuk meluahkan perasaan tidak puas hati beliau,kerana ada saluran yang sepatutnya digunakan oleh Shamsul demi menjaga imej parti. Sebagai seorang Pemimpin beliau harus memikirkan implikasi diatas tindakan beliau itu nanti, apatah lagi beliau seorang Ketua yang memimpin anak muda, disebabkan kedangkalan beliau kini parti dipandang rendah oleh musuh dan parti rakan Pakatan.bagi saya Shamsul adalah seorang pemimpin yang tak konsisten dalam membuat keputusan beliau boleh berubah dalam beberapa saat dengan mengubah keputusan yang dibuat, contohnya dalam keputusan membuat U-turn untuk mempertahankan jawatan Ketua AMK, tetapi sebelum itu beliua telah menwarkan diri untuk bertandig diperingkat yang lebih tinggi lagi iaitu jawatan Naib Presiden, disebabkan tiada keyakinan diri yang tinggi beliau membuat U-turn, bagaimana beliau ingin menyakinkan anak muda bahawa beliau mempunyai Intergriti dan mampu memimpin anak muda sedangkan beliau sendiri tidak yakin pada diri sendiri,kalau begini pemimpin yang terpilih nanti saya yakin Angkatan muda keadilan akan hilang jati diri dan hilang semangat juang.saya yakin sidang media dilakukan oleh shamsul adalah untuk menyerang Chegu Bard kerana ketika ini Chegu Bard sedang mendahului Shamsul, bukannya disebabakan undi hantu yang dibangkitkan oleh Shamsul,kerana tiada berlakunya perkara seperti itu.Saya sendiri selaku Ketua AMK Telok Kemang memantuau proses pengundian agar proses pengundian berjalan dengan adil dalam padang rata untuk kedua-dua calon.Saya berharap Sdr Shamsul hentikan sepukulasi yang mengatakan ada undi hantu dalam pemilihan di cabang Negeri Sembilan, kerana ini akan menjadi bahan gelak dan pada masa sama akan menjatuhkan lagi imej parti.Saya ucapkan selamat bertanding kepada kedua-dua calon dan semoga berjaya.

    ReplyDelete
  3. takkan seorang saja pengundi hatu...bawa la sekurang2nya satu bas pengundi hantu..baru berbaloi...

    ReplyDelete
  4. setuju saranan cgu bard..semestinya media ini tdak mmihak kite...so jgn cari pasal x de pasal...fokus pru ke 13 menjelang tibe...TAWAN PUTRAJAYA....

    ReplyDelete