Thursday, November 11, 2010

Email penjelasan kes Datuk Zakiah

mendapat email yang menyentuh mengenai posting surat terbuka kepada Datuk Zakiah.

berikut ialah penjelasan tersebut

  • Dato Zakiah adalah setiausaha sulit kepada Menteri Kewangan. Bukannya setiausaha sulit kanan kepada Perdana Menteri. Dato Seri Najib sebagai Menteri Kewangan & Perdana Menteri mempunyai setiusaha sulit yang berbeza. Di Kementerian Kewangan, setiusaha sulit reports to setiausaha sulit kanan dan di Pejabat Perdana Menteri, reports to Ketua Setiausaha Sulit.
  • Dato Zakiah sebelum ini adalah PA kepada Menteri Kewangan sebelum dinaikkan pangkat sebagai setiausaha sulit lebih kurang 2 tahun lepas. Dato Zakiah memilih untuk bertugas di Kementerian Kewangan berbanding di Pejabat Perdana Menteri, Jabatan Perdana Menteri bagi mengelakkan diri dari terlibat dgn politiking, tikam belakang, mengadu domba dan fitnah memfitnah untuk meraih kepercayaan Dato Seri Najib. Secara purata, Dato Seri Najib lebih banyak menghabiskan masa di Jabatan Perdana Menteri berbanding di Kementerian Kewangan.
  • Semasa bertugas sebagai PA di pejabat Menteri Pertahanan, beliau pernah meminta untuk ditukarkan ke bahagian lain untuk mengelakkan diri dari perkara seperti di atas. Ini berlaku setelah Dato Seri Najib dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri. Bagaimanapun, Dato Seri Najib telah mengarahkan beliau kembali bertugas ke pejabatnya selepas beberapa bulan.
  • Malah, Dato Zakiah pernah membayangkan untuk pencen awal ketika di Kementerian Pertahanan lagi tetapi dilarang oleh Dato Seri Najib.
  • Dato Seri Najib juga pernah bertanyakan kepada Dato Zakiah, kenapa tidak pernah terlihat suaminya (seorang ahli perniagaan) datang ke rumah beliau samada Langgak Duta (rumah peribadi), Sri Satria (kediaman TPM) dan Seri Perdana (kediaman PM). Jawabnya, suami beliau enggan datang bagi menggelakkan sebarang pandangan serong terhadapnya.
seperti yang dijanjikan sebarang penjelasan mengenai kes ini akan di siarkan. pengirim email ini hanya mahu dikenali sebagai orang yang mengenai Dato Zakiah.

Sudah berhubung semula dengan penyalur maklumat pertama. Mungkinkah ini adalah persaingan 'politiking' dalaman orang di sekeliling PM ? apapun jika Dato Zakiah sudi tampil memberikan penjelasan amat dihargai selaku penjawat jawatan penting awam rakyat ada hak memohon penjelasan dan selaku manusia Dato Zakiah juga berhak memberikan penjelasan.

6 comments:

  1. Anonymous6:03 PM

    Salam Chegu Bard,
    Ada satu posting yang dibaca oleh penulis 'Satu Hala' mengatakan yang Direct Nego ni dah tak buat sejak Dato Najib naik jadi PM. Ni saya nak bagi tau,masih lagi dijalankan Direct Nego projek ni oleh kerajaan, yg melibatkan kos jutaan ringgit.Puluhan juta ringgit. Contoh paling terbaru ialah di Kementerian Wanita Keluarga dan Masyarakat, under Dato Shahrizat. Under projek pembekalan Kotak Nutrisi untuk rakyat termiskin, dgn jumlah Direct Nego award sebanyak RM40 juta! Senang sangat org yang berkedudukan utk buat duit disitu, sbab mereka yang menentukan company mana yang nak di beri projek, ini adalah kebenaran, kalau tak percaya boleh periksa di sana.Sekadar makluman ...

    ReplyDelete
  2. Anonymous8:07 PM

    Assalamualaikum.

    Kepada semua, saya adalah satu pehak yg berkecuali. Saya bukan ahli UMNO atau PKR atau mana2 parti politik di Malaysia. Sebagai rakyat MALAYSIA saya berhak mendapat apa jua kebebasan dan hak mutlak saya sebagai rakyat MALAYSIA tanpa ada sekatan atau pun ugutan.

    Dalam kes Dato Zakiah atau yg lebih mesra dipanggil Kak Zakiah yang saya kenali walaupun tidak serapat suami isteri... sejak beliau di Kem. Pertahanan lagi, beliau adalah seorang PA Menteri yg amat peramah, merendah diri dan bersopan santun. Apa yg di kenali selama ini tidak mungkin Kak Zakiah melakukan perkara sebegini.

    Tetapi sebagai manusia, Kak Zakiah juga mempunyai nafsu dan naluri. Mungkin di tempat baru yg merupakan lubuk membuat duit, kemungkinan peribadi Kak Zakiah telah bertukar dgn sendiri atau pun Kak Zakian di pergunakan oleh pehak ketiga untuk mencari keuntungan dan kekayaan. Secara peribadi Kak Zakiah yang saya kenali tidak mungkin melakukan perkara saperti ini.

    Sebagai pangkat adik kepada Kak Zakiah saya merayu dan mencadangkan kepada Kak Zakiah supaya tampil kepada umum dan memberi penjelasan yang jujur bagi melindungi maruah diri Kakak. Jika Kak Zakiah di pehak yg benar tidak perlu di takutkan. Ramai yg akan menyokong Kak Zakiah nanti termasuk pehak Chegubard sendiri.

    Secara tidak langsung tindakan Kak Zakiah ini akan menghilangkan anggapan masyarakat dan termasuk diri saya sendir bahawa setiap org yg di sekeliling Dato Najib terlibat dengan rasuah dan mengumpul kekayaan secara haram.

    Merayu kepada Kak Zakiah yg saya kenali tampil membersihkan diri Kak Zakiah.

    ReplyDelete
  3. Anonymous9:47 PM

    Awak juga perlu menyelideki siapa Norlida dan Halim Osman dari syarikat Aerotree. Kalau tak silap RPK dalam MT pernah mendedahkan syarikat tersebut dalam urusan Simulator ACMI TUDM dan persekongkolan mereka dengan bantuan PAT, PTU and KSU kementerian pertahanan... apa dah jadi?
    Lu cari lah itu 2 orang kontrektor.

    ReplyDelete
  4. takkan jumpa lubang jarum utk masukkan benang jika semuanya kata tangan yg dok ada semua nya senget..cam mana nak jahit spender yg semakin koyak..jaga2 lambat jahit ..koyak..bila koyak nampak lah telur..
    nun pru dah dekat..che gu bard ni pun dah dok tak tentu hala..ubah cara berfikir selesai masalah.nak kemana ..tak masuk parlimen suara garang mu ..bak mcm naga yg bernafas wap2 panas..tarak api..habuk pun tarak..cakap dlm kedai kopi saja..tumpukan usaha betui2 ..pastikan suara anda diparlimen..bukannya setakat mcm ni saja..pandai la sikit..zaid tu tak pa..dia dah kaya ..kiri kanan dia ada geng..tak yah la ikut dia sgt..biar dia betulkan peribadi dia dulu..
    co'mon..bro..jadi mcm geng muda kat parlimen tu..izzah, yus, gobin..join depa..baru boleh ubah..ganti geng tua ..gendut berbaju batik..tu..
    ni asyik..memorandum..paa la..pru dah dekat..hg menang ketua amk..InsyaAllah masuk parlimen..ni baru masa dia..

    ReplyDelete
  5. setiausaha sulit kepada Menteri Kewangan. Bukannya setiausaha sulit kanan kepada Perdana Menteri. Dato Seri Najib sebagai Menteri Kewangan & Perdana Menteri mempunyai setiusaha sulit yang berbeza. Di Kementerian Kewangan, "setiusaha sulit reports to setiausaha sulit kanan dan di Pejabat Perdana Menteri, reports to Ketua Setiausaha Sulit.
    Dato Zakiah sebelum ini adalah PA kepada Menteri Kewangan sebelum dinaikkan pangkat sebagai setiausaha sulit lebih kurang 2 tahun lepas. Dato Zakiah memilih untuk bertugas di Kementerian"

    BANYAK BENOR SULITNYA!
    ALAT SULIT DIA NASIB BAIK TAK DISEBUT.
    KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH!!!!!!

    ReplyDelete
  6. Anonymous3:46 PM

    Duti haram ke duit halal!!! campur aduk dari duit haram dan halal...tapi dijadikan duit halal sepenuhnya...

    ReplyDelete