Thursday, November 04, 2010

Kerajaan digesa bela nasib belia India di estet



TeaPickersMakaibariEstateDarjeelingIndiaSempena Menyambut Deepavali

SANDAKAN: Kerajaan digesa membela nasib kaum India yang bekerja di ladang-ladang estet khususnya golongan belia dan tidak sekali-kali meminggirkan mereka dari arus pembangunan negara.

Demikian gesaan yang dibuat oleh Badrul Hisham Shaharin (Chegu Bard) dan Chang Lih Kang hari ini dalam satu kenyataan bersama berhubung sambutan Deepavali yang bakal disambut penganut agama Hindu esok.

Kerajaan juga diingatkan agar tidak mengambil sikap ‘ambil madu, sepah dibuang’ apabila hanya prihatin terhadap nasib masyarakat di estet apabila adanya pilihan raya diadakan di kawasan tersebut.

"Apabila ada pilihan raya barulah pemimpin-pemimpin kerajaan mahu bertanya khabar dengan pekerja di ladang-ladang estet. Lebih malang lagi apabila ada antara mereka yang gemar menabur janji manis ketika pilihan raya. Bila sudah menang, janji cuma tinggal janji.

"Belia India di estet jangan sesekali disisihkan daripada arus pembangunan negara. Kerajaan harus lebih peka tentang apa yang mereka perlukan untuk membantu mereka supaya lebih kehadapan," menurut kenyataan itu lagi.

Hidup bersama dengan aman

Dalam kenyataan itu lagi, di samping mengucapkan selamat menyambut Deepavali kepada penganut agama Hindu, mereka turut mendoakan agar semua kaum di negara ini dapat hidup bersama dengan aman dan dijauhkan daripada api perkauman.

"Sempena Hari Deepavali yang bakal disambut esok, kita sama-sama mendoakan agar seluruh rakyat di negara ini dapat hidup sejahtera dalam satu negara yang kita cintai ini tanpa ada batas perkauman.

"Diharap ‘Cahaya Deepavali’ kali ini dapat menerangi hati dan kehidupan kita semua. Selamat Deepavali Malaysia," ucap Badrul Hisham dan Chang.

Ketika ini, Chegu Bard dan Chang sedang berada di Batu Sapi, Sabah bagi membantu jentera kempen pilihan raya Pakatan Rakyat untuk memenangi pilihan raya kecil di sana.

Chegu Bard kini berentap dengan Shamsul Iskandar Mohd Akin bagi merebut jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR manakala Chang, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Teja sedang bertanding untuk jawatan timbalan ketua AMK.


sumber http://freemalaysiatoday.com/bahasa/?p=9868

2 comments:

  1. Anonymous12:49 AM

    Selamat Hari Deepavali kepada semua!!! Harap Angkatan Muda Keadilan dapat menggembleng golongan belia dari semua kaum bersatu untuk meneruskan perjuangan reformasi.Inilah satu-satu senjata yang paling ditakuti oleh UMNO Barisan Nasional.
    Ravi

    ReplyDelete
  2. Anonymous2:15 PM

    bad ingat tulis benda ni nak tarik sokongan undi bukan Melayu... sudah lah tu Bad dogol...

    parti ini majoriti melayu tau....

    hormat Shamsul dan Azmin yang terus fokus demi bangsa Melayu

    ReplyDelete