Monday, June 16, 2008

Minyak naik sapa untung....Rakyat susah tapi anak beranak PM terus cekik darah

Minyak naik.... kemudian kononya bayar rebet tunai melalui POS Malaysia. Tahu tak setiap rebet tunai yang dibayar melalui POS Malaysia dikenakan caj perkhidmatan ? Tahu tak POS Malaysia perkhidmatan milik negara yang telah diswastakan dan baru baru ini sahamnya telah dimiliki oleh sebuah syarikat yang ada kaitan rapat dengan menantu PM dan orang lingkungan PM sendiri sedang menikmati keuntungan hasil dari pada mekanisma pembayaran subsidi baru ini...?
Tahukah anda, setiap plan yg diperkenalkan oleh Pak Lah mesti ada motif rasuah atau salahguna kuasa. CONTOH untuk kenaikan harga minyak ini. Penstrukturan subsidi yg dibayar menggunakan wang pos. Tahukah anda, Pos Malaysia adalah milik ECM-LIBRA, dan ECM-Libra adalah syarikat berkepentingan menantu Pak Lah dan orang lingkungan Pm itu sendiri. Perancang strategik Pak Lah dari tingkat 4. Bayangkan duit yg masuk ke dalam poket mereka, makluman kiraan awal yang dimaklumkan dari email yang diperolehi dari kakitangan Pos Malaysia sendiri menyatakan setiap RM10 yg dibayar sbg subsidi.. 10 sen akan masuk ke poket sebagai komisen wang pos. Maknanya ada 6 juta kenderaan di malaysia dan setiap kenderaan akan dapat subsidi Rm 620, iaitu RM 6.20 komisen kepada menantu
Kenyataan che'GuBard penuh ada dalam Suara Keadilan yang akan terbit. (pagi tadi temuramah melalui telefon oleh Zul wartawan SK)
sama juga dengan kenaikan lalu sebanyak RM0.30. Kononya selamatkan RM 4.4 billion atas nama untuk mempertingkatkan sistem pengangkutan awam. Wang subsidi yang diselamatkan itu sudahpun habis tetapi adakah pengangkutan awam negara meningkat ? Siapa untung... buat badan bas Scomi dapat ...servis gerabak keretapi scomi dapat.... monorail scomi dapat......
di bawah diperturunkan sebahagian kecil pendedahan berkaitannya...sila klik untuk baca lanjut
Lepas ini akan wujud pula SCOMI Food untuk dapat kontrak beli beras sesuai dengan penjimatan subsidi untuk tabung makanan negara.

9 comments:

  1. Anonymous6:05 PM

    Hari ini tajuk utama berita surat khabar adalah mengenai kenaikan harga minyak tetapi ada bermacam berita lagi yang patut juga di ambil perhatian.

    Dengan tiba-tiba Abdullah Hj Ahmad pelajar universiti yang “drop out” dalam bidang ekonomi kemudian beralih kepada pengajian Islam dan akhirnya menjadi Perdana Menteri Malaysia dan sering berkata “Saya Perdana Menteri” dan “Saya Masih Di sini” dengan pencapaian utama adalah membawa masuk Islam Hadhari yang atas garisan panduan meletakan Menteri dan pembantunya yang mempunyai latar belakang seorang penagih arak dan kalau boleh dalam kategori tegar seperti Zaid Ibrahim dan Kalimullah a/l Masheerul Hassan.

    Berdasarkan pandangan pemabuk-pemabuk dan kaki botol ini itulah keputusannya. Dan agak aneh bila bayaran tunai kepada pengguna yang berhak mendapat pulangan tunai tahunan setiap kali membaharui cukai jalan dibayar melalui Pos Malaysia? Bukan Pos Malaysia sudah dimiliki oleh keluarganya dengan nama ECM-Libra di mana nama-nama Kamalludin Abdullah dan Kalimullah a/l Masheerul Hasaan ada kaitan dengan pembelian yang dipanggil ular lidi menelan naga. Maka nampaknya Abdullah Hj Ahmad masih lagi hendak mengutamakan perniagaan anak beranak dan kroni. Berapa bilion wang kerajaan akan menjadi simpanan tetap di Pos Malaysia dan berapa untung Pos Malaysia memperniagakan wang itu dengan keuntungan yang didepositkan ke tempat lain.. Itu tanya dengan AmerSham.

    Dalam hiruk pikuk kenaikan minyak pula Abdullah Hj Ahmad mengambil kesempatan mengurangkan cukai perkhidmatan lima peratus dari RM 300 ribu hasil jualan kepada RM 3 juta. Ini pun permainan silap mata Abdullah Hj Ahmad, kenapa dia tidak mahu menunggu dialog bajet setiap tahun untuk berjumpa dengan pengusaha restoran supaya memorandum diserahkan dan umumkan kepada rakyat semasa pembentangan bajet? Kenapa main suka-suka nak menaik dan menurunkan cukai perkhidmatan dan bagaimana nanti kalau semua orang buat aduan kurang jualan kerana cukai perkhidmatan ini termasuk hotel dan “home stay” yang jualan ratusan ribu sahaja setahun.. Agaknya Abdullah Hj Ahmad bukan PM Malaysia tetapi PM Koboi Malaysia .

    Sebabnya kerana aduan itu hanya datang dari satu Restoran yang bernama Lotus, sebuah restoran bukan Islam milik orang Hindu tetapi pemilik atau towkey cukup baik dan bersahabat dengan Abdullah Hj Ahmad, dahulunya kesemua katering di rumahnya atau majlis hari raya dibekalkan oleh restoran Lotus. Tetapi sekarang kerana beberapa restoran mamak yang memang dikenali milik orang Islam seperti Pelita dan DeKayu telah menguasai pasaran, maka hasil jualan Lotus telah berkurang. Maka pemilik Lotus kerana ada hubungan dengan Abdullah Hj Ahmad membuat aduan dan itulah keputusannya.

    Kenaikan minyak ini yang menarik bukan kerana kenaikannya tetapi jumlah penjimatan itu ialah RM 13 Billion, makanya Abdullah Hj Ahmad masih lagi percaya dengan no 13, dan apa cara pun akan dicari no 13 bagi kesesuaiannya seperti berlaku di Sabah sejumlah 13 perkara disetujui terima. Wal-hal no 13 lah yang menyebabkan Barisan Nasional kalah tempoh hari bila dia dibubarkan pada 13hb Februari 2008. ini satu perangai pelik Abdullah Hj Ahmad, dia berfikir seperti datuknya yang ahli falak tetapi dia entah lah.

    Harga minyak sudah naik, ada yang untung dan ada yang rugi. Yang untung ialah pembekal minyak kerana minyak yang tersimpan dibeli dengan harga lama tetapi dapat dijual harga baru. Mana-mana orang yang bijak macam Scomi yang hubungan dengan Abdullah Hj Ahmad tentu sudah membeli minyak dengan Petronas harga-harga lama tapi sekarang mula dijual dengan harga baru. Itu sebab rakyat sejauh mana ada kebencian dengan Tun Dr Mahathir Mohamed tetapi dalam perkara nak tubuhkan Suruhanjaya Kerajaan Bersih yang melibatkan Abdullah Hj Ahmad mesti disokong.

    Sebenarnya tidak perlu dinaikkan harga minyak di Malaysia , sebaliknya kita terpaksa mengurangkan peratus penjualan minyak mentah kita yang sedia ada, di mana minyak untuk kegunaan dalam negeri ditingkatkan kepada 70 peratus dan selebihnya untuk eksport. Tetapi sebaliknya jadi terbaliknya di mana minyak mentah kita di eksport hampir 80 peratus keluar negeri dan kegunaan dalam negeri hanya dalam purata 20 peratus. Maka kita terpaksa membeli dari luar negeri dan bila membeli luar negeri tentulah menggunakan kapal dan kapal itu milik Singapura yang dijenamakan dengan Scomi, maka dengan sendiri Malaysia sedikit sebanyak memberi makan kepada rakyat Singapura.

    Tetapi jika kita menjual minyak mentah kita, mana lagi hasil selain dari kelapa sawit. Hasil pembuatan kita sudah lama nazak hanya hendak tunggu mati sahaja. Kita tidak lagi menjadi pengeksport hawa dingin yang terkenal, semuanya sudah berpindah ke negera lain. Maka minyaklah sahaja untuk menampung kewangan bagi menyara hidup negara ini.

    Ini bertambah pula lagak Abdullah Hj Ahmad yang hendak hidup bergaya, semuanya hendak hebat termasuk kapal terbang eksekutif yang baru dan ubah suai rumah kerajaan menelan belanja berjuta ringgit. Kos sara hidup kerajaan memang sudah sedia tinggi dan dia terus bertambah tinggi kerana polisi-polisi yang dibuat oleh Abdullah Hj Ahmad.

    Sebagai contohnya kenaikan usia bersara kepada 58 tahun kakitangan kerajaan dan badan berkanun. Sepatutnya ada mekanisme bagi tujuan perlaksanaan mereka yang layak. Dari segi keperluan dan sokongan ketua jabatan di boleh seseorang bekerja hingga 58 tahun dan dia berada dalam keadaan sihat dan jawatan itu tidak boleh di isi oleh orang lain kerana tidak ada kemahiran atau seperti di Hospital, banyak alat kelengkapan yang dibeli dengan harga berjuta ringgit tetapi hanya seorang dua sahaja yang mengendalikannya, maka selagi tidak ada pengganti yang bertauliah, penjawat yang menjaga mesin itu boleh terus bekerja walau pun berusia 60 tahun jika dia sihat.

    Tetapi hari ini, semuanya pukul rata sehingga ke peringkat buruh am dan pemandu kereta dan sebilangan sudah mula sakit dengan kencing manisnya dan darah tinggi akhirnya banyak pejabat menyimpan sahaja mereka kerana tidak boleh digunakan tetapi kos gaji mereka meningkat setiap tahun, dan kos itu semuanya ditanggung oleh rakyat melalui berbagai cukai yang dikenakan. Ini cara fikiran ahli ekonomi yang drop out yang menjadi Menteri Kewangan.

    Sang Kelembai: Kesian juga tengok cara berfikir orang Malaysia bila diberi tahu kenaikan harga minyak semua pergi membeli minyak sebelum jam 12 malam seolah-olah minyak yang dibeli tidak akan digunakan esok. Bukankah lebih baik setiap pengguna kereta sekarang kena bersikap macam cerita lucu ini: Bila orang Melayu beli kereta, dia akan tanya berapa laju kereta itu tetapi bila orang China hendak membeli kereta, dia akan bertanya berapa tahan kereta itu dan berapa jimat minyaknya tetapi bila sampai kepada orang India, dia akan tanya berapa banyak boleh isi penumpang? Yang mana satu anda? Melayu , Cina atau India atau bangsa Malaysia yang membeli kerana laju, tahan lama dan kurang minyak dan boleh isi satu keluarga.

    ReplyDelete
  2. Anonymous6:05 PM

  3. Anonymous11:37 AM

    chegubard. Tak tahulah saya memang chegu suka mencari kesalahan Pak Lah. Kesalahan Khairy tu saya tak kisah la, dan memang boleh saya bajet kerana Khairy tu kanmusuh ketat chegu...

    Tapi ini opinion yang lain ckit jugak. Di sebalik huru-hara kenaikan harga minyak di negara kita, ada juga anak orang lain yang jadi kaya-raya dek duit minyak/industri petroleum. Tak lain dan tak bukan Mokhzani Mahathir. Beliau "dinobatkan" one of the richest man in Malaysia dalam majalah Forbes katanya dalam industri petroleum. Boleh cari link di internet.

    Perihal duit komisen 10 sen yang kononnya diambil ECM Libra saya kurang pasti, saya akan lihat2 juga link lain di internet.

    ReplyDelete
  4. Anonymous11:48 AM

    betul kah dakwaan ini? Khairy telah menjual sahamnya di ECM Libra dua tahun lepas. mungkin kita dapat cungkil cerita sebenarnya..jom cari2 cerita sebenar..

    ReplyDelete
  5. Anonymous12:00 PM

    Rasanya tertinggal pulak satu fakta yg begitu penting : khairy's shares dlm ECM Libra was sold almost 2 years ago.

    ReplyDelete
  6. Salam...Bukan ke KJ dah jual syernya dalam ECM Libra 2 tahun lalu?..Just nak tau kedudukan sebenar.

    ReplyDelete
  7. Anonymous3:51 PM

    aik..mana korang baca pasal khairy jual saham dia ni..bagi link boleh tak?nak tahu juga cerita sebenar.. takda lah takut nanti tersebar fitnah ke apa..

    ReplyDelete
  8. Anonymous4:24 PM

    Kat Malaysia ni dah banyak sangat geng pakatan anak-beranak. Isu khairy ni dah lapuk. Sekarang kita beralih pula kepada isu2 lain. Bak kata tukang komen kat atas nu ha. Pakatan anak beranak Tun Mahathir. Dan paling up and coming Pakatan anak beranak DS Anwar Ibrahim...

    Baru arr rancak agenda politik malaysia ni!

    ReplyDelete
  9. Anonymous3:58 PM

    dapat subsidi salah,tdiak dapat subsidi pon salah.macam mana ini.bila buat kerja ada saja yang nak cr "salah silap" dari kerja tu.siapa yang tak nak upah bila buat kerje.penjaga tandas juga nak upah walaupun dia cuma jaga tandas saja.

    pasal pakatan anak beranak,politician lain juga ada buat.jangan hanya menuding jari pada satu pihak sahaja.

    ReplyDelete