Sunday, June 29, 2008

Pusingan akhir !!!

Fitnah menggunakan skrip sama 1998 berlaku lagi. Semua penyokong harus bertenang dan sila gunakan maklumat dari sumber sahih.




— KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA —
29hb Jun 2008, SHAH ALAM, MALAYSIA

Laporan polis yang dibuat terhadap saya awal hari ini adalah satu rekaan semata-mata. Saya percaya kita sedang menyaksikan ulangan pendekatan sama yang digunakan terhadap saya seperti pada tahun 1998 apabila tuduhan palsu dibuat dengan paksaan. Nyatalah ini satu tindakan terdesak oleh regim Barisan Nasional untuk menghalang usaha rakyat Malaysia menuju kebebasan, demokrasi dan keadilan.

Laporan palsu ini dirancang oleh pihak-pihak berkepentingan untuk menyerang saya sebagai satu serangan balas terhadap bukti yang saya perolehi mengaitkan Ketua Polis Negara Musa Hasan dan Peguam Negara Gani Patail dengan perbuatan salah laku, termasuk usaha pemalsuan bukti-bukti kes yang melibatkan saya pada tahun 1998-99. Serangan jahat ini tidak akan menghalang saya dari mendedahkan bukti-bukti tersebut kepada awam.

Saya menyeru rakyat Malaysia untuk bangun menentang kuasa-kuasa menindas yang akan digunakan oleh kerajaan pada hari dan minggu-minggu berikutnya. Kita menjangkakan pihak media, badan kehakiman dan pihak polis akan tunduk di bawah telunjuk serta arahan pemerintah.

Rakan-rakanku rakyat Malaysia - kita telah mengambil langkah berani pada 8hb Mac 2008 untuk mara demi harapan baru untuk kebebasan dan keadilan untuk semua rakyat. Gerakan rakyat untuk perubahan mesti terus maju dengan segala kekuatan dan keberanian.

ANWAR IBRAHIM
juga boleh baca komen mso sila klik

12 comments:

  1. Cekgu, muka cekgu pon macam pernah kena cocok dgn abang nuar

    ReplyDelete
  2. Anonymous1:56 AM

    http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/9363/84/

    tengok link kat atas...... siapa dia tuh? yang sanggup mengakau diliwat??


    http://ainisazreen.wordpress.com/2008/06/29/saiful-bukhari/


    Yang kat atas nih pun adalah pendedahan kawan2nya.

    ReplyDelete
  3. Kepimpinan politik negara kita daripada PM, TPM, Menteri, MB, KM, Exco baik dari parti Kerajaan mahupun pembangkang dan macai-macai mereka kini sedang sibuk. Sibuk mempertahankan diri mereka masing-masing daripada segala macam masalah dan tragedi politik.

    Sedangkan mereka sepatutnya mempertahan dan memperjuangkan nasib rakyat ketika kita sedang berhadapan dengan masalah-masalah berbangkit akibat daripada kenaikan harga minyak.

    Saya tidak puas hati. Mereka tidak melaksanakan amanah yang diberikan oleh rakyat kepada mereka. Wakil rakyat kita makan gaji buta!!

    Tidak sedar diri dan memalukan negara. Malaysia would be better wihout all of you.

    http://c-bok.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Anonymous3:16 PM

    Lama tak buat akhirnya gian juga.

    ReplyDelete
  5. Che Gu, awat tak updet blog ni..waduh2...ni isu tengah panas..kami di luar negara jenuh berusaha nak dpt mklmt pkmbgn tkini politik ngr khusus kes pak sheikh anwar brahim..

    nasaie damsyik..

    ReplyDelete
  6. ANWAR THE GREAT BOLLYWOOD ACTOR!

    One interesting outcome from this latest 'bontot' event is the cleverness of Anwar in diverting the criminal case against him. Anwar is known for his dramatisation of events, if he wants something or trying to get out of the mud.

    Remember the Baling case during his student days? Or the last trial - remember his arsenic poisoning? Remember his complaint about his back pain? Remember his dog collar always stuck on his neck when he went to courts? Remember he moved about on wheel chair? Now no back pain or neck pain. So fast got cured!

    Now the truth has come out, he went to the Turkish Embassy uninvited said the Turkish Ambassador. He just deposited himself there to get international attention. He got many friends outside Malaysia, who will believe him and will raise their concerns. That's what Anwar wants.

    By the way, who wants to kill him? if that is the case, he has been assassinated a long time ago! Even before the opposition could win many state governments in the last elections. Anwar is best described as the great Hindustani or Bollywood actor. Pity his wife Azizah, she has to defend Anwar because he is her husband although she knows Anwar inside out.

    ReplyDelete
  7. Anonymous10:57 AM

    Budak Bud ni kaki liwat jugak ke?

    ReplyDelete
  8. Assalamualikum,

    1. Betul, rakyat harus bertenang.

    2. Kita tiada hak untuk mengatakan dia bersalah.

    3. Kita tiada hak untuk mengatakan dia tidak bersalah.

    4. Kita tiada hak untuk mengatakan laporan itu palsu.

    5. Kita tiada hak untuk mengatakan laporan itu benar.

    6. Biarkan proses keadilan melaksanakan tugasnya.

    7. "KEADILAN"...sudahkah kita lupa pada prinsip ini ? Perkataan ini bukanlah milik parti politik. Ianya merupakan satu proses dimana seseorang itu menyerahkan dirinya untuk diadili.

    8. Jangan kita terlalu taksub memperjuangkan seseorang sehinggakan ianya membuat kita buta terhadap perkara yang sebenar.

    9. Kebenaran akan menjelmakan dirinya.

    10. Yang pastinya di dalam hal ini, wujud pihak yang benar dan pihak yang tidak benar. Kebenaran akan menunjukkan siapa adalah apa.

    ReplyDelete
  9. Anonymous4:32 PM

    kebenaran akan menjelma jua..siapa dia DSAI dan juga tindak-tanduknya selama ini...

    di melaka, ramai penyokong keadilan sudah mula berfikir ttg perjuangan PKR sendiri..atas dasar apa PKR ditubuhkan..sudah jelas perjuangan PKR hanya untuk insan yg bernama ANWAR IBRAHIM..bila duduk semeja dgn penyokong PKR mereka sudah mengeluh ttg hal ini..bukan sbb kes ini ttp kes dalaman PKR juga..PKR diselangor...

    saya rasa anwar ni, hatinya tidak tenang kerana sll memikirkan bagaimana utk meraih simpati rakyat..menipu,menipu,menipu,menipu...

    saya lihat vlog chegu bard pun dh xmenarik seperti dulu..setiap artikel ,esti penuh dgn komen yg pedas2 tp skarang mcm hambar..mungkin org membaca artikel chegu bard ttp mungkin org ramai sudah pandai menilai bentuk tulisan yg berbentuk fitnah,auta dan penghinaan..

    ikhlas...

    ReplyDelete
  10. Anonymous4:46 PM

    Kalau tak salah buat apa nak takut?
    Buat apa nak sembunyi?
    Kan ada ramai pwengawall keselamatan..
    Cikgu bard pun ada...
    Pengikut pun ramai...
    Saper ar plak yang nak bunuh die...
    Ni yang dikatakan Bagai anjing dengan bayang2...
    Takut dengan bayang2 sendiri...

    ReplyDelete
  11. Anonymous10:10 PM

    kebenaran pasti akan menjelma,dalam islam pun mengajar kita supaya jangan menjatuhkan hukuman sebelum seseorang itu diadili oleh mahkamah dengan syarat menampilkan 4 orang saksi.samalah kita lihat kebenarannya nanti,kepada para penyokong dan ahli keadilan yang beragama islam marilah kita sama-sama bermunajat pada yang maha kuasa ALLAH HURABBUL ALAMIN semoga diberikan kekuatan dan semangat kepada Anwar Ibrahim agar dapat menempuh segala cubaan dalam menegakkan kebenaran dan menghapuskan kezaliman.kepada sesiapa yang membuat angkara yang ingin menjatuhkan maruah serta aib Anwar Ibrahim serta keluarga sedarlah bahawa ALLAH itu maha kaya bedoalah dan memohon maaflah kepada ALLAH sebelum bala dunia menimpa kamu sebelum terlambat,kerana sejarah silam telah membuktikanya,pengajaran pertama; Khalid jafri pengarang buku 50 dalil Anwar Ibrahim tidak boleh jadi PM telah menemui ajal dengan aibnya,mungkin itu balasan ALLAH terhadap hambanya yang membuat fitnah,kedua;Mokhtar Dahlan mendapat balasan yang serupa juga,meninggal dunia.mungkin episod diatas hanya kebetulan tetapi kita sebagai hambaNYA haruslah mengabil iktibar dari sesuatu kejadian.Wallahualam.

    ReplyDelete
  12. Anonymous6:38 AM

    dr tenungan org tidak berparti....


    aku tgk kes ni rs mcm nk tergelak plak..
    sapalah si dungu yg buat skrip kali ni yer n sapa plak tuan direktornyer...
    klu edisi pertama dl tokdet yg jd direktornya pn dh terng2 mengaku semua itu hanya rekaan n fitnahan dia semata2,kenapa la 'iblis2 n setan2' dlm UMNO msih nk gunakan idea yg sama lg..???
    dh xde idea jahat lain ke yg dorg blh fikirkan??
    apa mereka ni igt rakyat yg 'celik n berakal' akan percaya dgn fitnah yg digarap kali ni??

    tp aku tahu,masih ramai lg manusia2 khasnya yg sebangsa dgnku akan percaya bulat dgn tohmahan ni..
    mereka ni jenis malas nk berfikir ke atau jenis yg xberakal.
    cubalah korang guna ckit otak korang yg 'mahal' tu..

    msuk akal ke org dewasa diliwat mcm tu?
    dlm keadaan sedar n hanya berdua dgn si peliwat.
    umumnya kita tahu yg bila jadinya 'liwat' dh tentunya secara paksa.
    klu suka sama suka ni bukan liwat namanya..
    dlm penjara n pusat serenti mmg ada terjadi kes2 liwat ni.
    diasrama2 sekolah pn ada jugak terjadi.
    bila diliwat ni dh tentunya org yg diliwat ni xrela tp xplak mampu utk melawan,klu melawan pun dh tentu kna blsh smpai lembik.

    ok,dlm kes DSAI kali ni plak,
    si saiful mamat
    yg mngaku kna liwat dgn DSAI ni ckp dia kna liwat kt kondo n mgkin pd ms tu hanya dia berdua dgn DSAI sj dlm kondo tu.
    klu la korang kt tmpt dia,xkan korang xmampu utk melawan??
    dgn umur si saiful 2,mstahil dia xmampu utk mmpertahankan diri dia dr diceroboh oleh lelaki yg berusia spt DSAI tu.
    dia bknnya perempuan,dia bukannya kanak2 tp dia LELAKI DEWASA yg NORMAL...!!
    andaikata dia ingin melawan,
    kudrat dia jauh lebih kuat dari DSAI.dgn mudah dia blh mempertahankan dirinya.xtahu la plak klu masa tu DSAI mengacukan pistol atau M16 kt kepala dia..
    klu dgn mudah dia menyerahkan bontotnya utk di'tala',sudah pasti yg dia ni memang jenis 'main blkg' la kot.

    aku rasa apa yg aku utarakan kt sini pn dh cukup utk mmbuat korang berfikir n mmbuat penilaian.
    itupun bg mereka yg mahu menggunakan akal fikiran yg ALLAH anugerahkan utk kita.
    jgn kita terlalu percayakan berita,khususnya media massa arus perdana kerana mereka ini hanyalah media propaganda n dakyah kerajaan REJIM DOLLAH HADHARI AND SON.

    kpd 'iblis2 n setan2' yg mnghidupkan fitnah ini,segeralah bertaubat sementara masih sempat.
    dosa2 kalian xkan mampu kalian tanggung pd hr kalian dihadapkan dihadapan ALLAH nnt,
    lupakah kalian akan janji ALLAH di hari PENGHITUNGAN DI PADANG MAHSYAR nnt???
    jahil benarkah mereka dgn hukum ALLAH?????
    kpd mrk yg msih ddlm UMNO,tahukah kalian apa hukumnya mrk yg bersubahat???

    NAUZUBILLAHIMINZALIK...

    ReplyDelete