Wednesday, September 19, 2007

Pencabulan 'kebebasan' Institusi kehakiman : Tubuh segera suruhanjaya diraja kes Anwar Ibrahim

Beberapa perkembangan sejak kebelakangan ini jelas membuka ruang untuk ketelusan dan integriti Institusi Kehakiman Negara dipertikaikan.

Pendedahan lengkap oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendedahkan bukti bagaimana Hakim dipengaruhi oleh pihak luar dalam membuat keputusan dalam kes melibatkan beliau. Ini mengukuhkan lagi kenyakinan bahawa apa yang berlaku ke atas Anwar merupakan satu konspirasi politik jahat menjatuh beliau.

Implikasi pendedahan tersebut ialah negara berada dalam krisis. Institusi yang seharusnya menjadi pelindung keadilan dan harapan rakyat kini hancur maruah dan kehormatanya. Negara yang rakyatnya tidak menghormati sistem perundangan serta kehakiman bakal berdepan dengan masalah yang lebih hebat. Di mata dunia juga Malaysia akan dipandang lebih buruk.

Negara diambang krisis.

Menyingkap fakta mahkamah pada 18 Ogos 2005 yang lepas Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Hishamuddin Mohd Yunus membuat keputusan kes saman Anwar Ibrahim ke atas penulis buku ‘50 dalil’ Khalid Jafri.

Keputusan kes ini menjadi perhatian media hampir di seluruh dunia, termasuk di negara jiran apabila hampir semua akhbar utama memberikan liputan di muka utama.Keadaan berbeza di Malaysia apabila rakyat hanya difokuskan mengenai jumlah RM4.5 juta yang di arahkan kepada Khalid untuk dibayar kepada Anwar, yang sebenarnya jumlah wang itu tidak penting.

Rakyat Malaysia perlu melihat keputusan kes ini dengan skop yang lebih besar. Paling penting sekali ialah intipati keputusan penghakiman bertulis hakim Datuk Hishamuddin Mohd Yunus yang antaranya mengakui bahawa fakta buku tersebut merupakan fitnah semata mata dan turut mengakui bahawa wujud konspirasi hingga terbitnya buku tersebut dan menggunakan buku tersebut untuk menjatuhkan Anwar.

Maka kini terbukti buku yang selama ini dijadikan kitab rujukan membenarkan penyingkiran dan penyiksaan terhadap Anwar merupakan satu fitnah malah telah disahkan terdapatnya pakatan jahat dibelakang kewujudan buku ini.Terbukti fitnah, penyiksaan terhadap Anwar dirancang dan kekacauan dalam negara sehingga mengakibatkan kerugian yang tak ternilai mesti dicari penanggungjawabnya!

Segalanya telah terserlah kerana mahkamah telah membersihkan Anwar dari segala sabitan jahat. (dari sudut agama pertuduhan tersebut jelas pincang berdasarkan pendapat Yusof Qardawi).Bermula dengan 2 September 2004 Mahkamah Persekutuan telah membersihkan Anwar dari tuduhan liwat dan kini semuanya terbukti.

Mata rakyat seharusnya kini tertumpu kepada Abdullah Ahmad Badawi pengasas Islam Hadhari.

Apakah beliau benar benar berani berdepan dengan kebenaran?

Abdullah mendapat tempat kedudukan yang hari ini ialah hasil keadaan yang gawat dan kalut ketika kemuncak fitnah dan konspirasi itu belaku. Maksudnya walaupun mungkin beliau boleh menyatakan beliau tidak terlibat dalam mengganggotai “majlis konspirator” pada ketika itu tetapi beliau tidak boleh lari dari fakta bahawa beliau mendapat peluang menjadi Perdana Menteri hasil dari fitnah dan konspirasi yang berlaku. Maka Abdullah harus berani untuk mencari kebenaran.

Pendedahan terkini Anwar yang mendedahkan bagaimana (Tun) Mahathir, Vincent Tan dan VK Lingam terlibat dalam mempengaruhi keputusan perlu dilihat sebagai kemuncak pendedahan kecurangan ini. ia bukan pendedahan biasa ia dengan bukti bervideo.

Abdullah dan Islam hadhari akan dipandang tinggi jika beliau berani mengambil langkah mencari kebenaran.Ini bukan setakat permasalahan seorang ahli atau pimpinan parti yang dipecat. Ini merupakan maslahah negara apabila pemimpin no 2 dipecat dan mengakibatkan kerugian kepada negara dan rakyat.Untuk itu Abdullah seharusnya berjiwa besar untuk menasihatkan majlis raja – raja menubuhkan satu suruhanjaya siasatan untuk mencari siapa yang bertanggungjawab atas semua kemusnahan yang berlaku. Yang bersalah perlu diadili.
untuk mengetahui latar belakang kes Konspirasi ke atas Anwar sila klik

ini bukan persoalan Anwar semata - mata ini persoalan kedaulatan rakyat...... Ayuh bangkit !

2 comments:

  1. adihamka9:51 PM

    cikgu,

    sebelum ni bukti atas kertas semua direject oleh BPR,polis,mahkamah etc.

    skrg kita bagi bukti video.doakan la ramadhan ni terbuka hati manusia2 ni untuk sedar dan betulkan kesilapan.

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah...

    tetapi jangan lupa tidak akan ada media arus perdana yang berani menyiarkan kebenaran ini...makanya menjadi tanggungjawab semua menyebar luaskan kepada rakyat...

    tiada ertinya pendedahan kerana regim ini akan cuba terus menyelindungkan kebenaran... cuma dengan kesedaran rakyat keadilan akan terlaksana...

    gunakan kesempatan ramadhan ini sebaiknya !

    ReplyDelete