http://www.jkr.gov.my/tender/index.php
When injustice becomes law, resistance becomes duty"...."Many will call me an adventurer - and that I am, only one of a different sort: one of those who risks his skin to prove his platitudes."— Che Guevara (1928-1967) International Revolutionary
Thursday, October 18, 2012
Tender bangunan Hospital Rembau masih belum dikeluarkan
http://www.jkr.gov.my/tender/index.php
Monday, February 20, 2012
Tender Hospital Rembau Terpaksa dibuka menjelang Pilihanraya


Parti Keadilan Rakyat Rembau
PKR Rembau
Wednesday, March 28, 2012
Kenyataan Media : PKR Rembau 28 Mac ; Rembau bakal ditipu lagi ?
Kenyataan Media
28 Mac 2012
REMBAU BAKAL DITIPU LAGI ?
1. Berdasarkan beberapa perkembang ramai menyakini pilihanraya umum akan datang tidak lama lagi. Pasti Bn akan datang sekali lagi dengan janji – janji manis bagi menagih undi rakyat Rembau. Sehubungan dengan itu PKR Rembau ingin mengingatkan janji –janji (penipuan) kosong dalam PRU yang lepas.
2. Semua di ingatkan dengan laporan akhbar terbitan Utusan yang bertarikh 31 Januari 2008 yang menyatakan janji Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga merupakan pengerusi Barisan Nasional Negeri Sembilan dan Rembau. Dalam laporan media tersebut menyatakan janji akan menukar Rembau sebagai pusat pelancongan porpular jika orang Rembau terus memilih Bn. Dia mengatakan akan menukar wajah kawasan kolam air panas Rembau dengan hotel bertaraf antarabangsa yang lengkap dengan dewan persidangan. Beliau juga dengan bangga mengumumkan akan membina Kampus UITM Rembau. Semua ini dengan jelas bagi menarik undi pengundi Rembau ketika PRU 2008 terlalu hampir.
3. Dalam Akhbar Utusan Malaysia 21 Febuari 2008 pula Menteri besar yang sama menjanjikan akan membina Lapangan terbang di Batu Hampar, Rembau. Bukan sahaja lapangan terbang tetapi turut akan dibina ialah pusat latihan penerbangan bagi Kelab Penerbangan Awam.
4. Janji untuk membina Hospital pula bukan sekadar kenyataan atau ucapan sebaliknya telah diadakan upacara meletakkan batu asas dalam tempoh kempen PRU 2008 bagi mengelirukan atau menipu rakyat pada 7 Mac 2008.
5. Isu hospital Rembau pula tiba tiba kawasan yang yang 'berhutan' tempat konon nak bina Hospital itu tiba - tiba berpagar dan naik papan tanda tertulis "Cadangan Tapak Projek Membina Hospital Rembau". Persoalanya siapa di Rembau yang tidak tahu di situ tapak projek yang dijanjikan ? Kenapa perlu dinaikkan pagar, dibersihkan kawasan hutan dan membina pagar serta papan tanda di kawasan tersebut ? Persoalanya ialah berapa perbelanjaan yang dibelanjakan hanya untuk memperdayakan rakyat Rembau sekali lagi dengan janji lama ini ? Siapa menanggung perbelanjaan tersebut ? Jika benar tender nak dikeluarkan seharusnya syarikat yang mendapat tender projek tersebutlah yang perlu membina pagar keselamatan termasuk membuat kerja pembersihan tersebut, mengapa wang rakyat terus terbazie sedemikian rupa.
6. Berapa banyak buget atau nilai wang yang terpaksa ditambah rakyat dengan kelewatan pembinaan hospital ini ? (itupun jika dibina) Jika Hospital ini dibina pada tahun 2008 kosnya hanya sekitar RM100juta sahaja memandangkan peningkatan kos bahan binaan kemungkinan kerana kelewatan ini kosnya akan meningkat sekitar 100%. Ini semua kerana kelemahan pentadbiran kerajaan.
7. Dari segi nilai tanah tapak projek hospital tersebut juga amat meragukan. harus diingatkan untuk projek landasan berkembar tanah orang kampung yang berdekatan dengan tapak hospital diambil dengan pampasan hanya sekitar RM1.20 - RM 2.80 sekaki manakala tanah tapak projek Hospital tersebut diambil dengan nilai RM22.00 sekaki. Kenapa wujud begitu jauh perbezaan ? Adakah berlaku penipuan dalam isu penilaian tanah orang kampung yang diambil dalam projek landasan berkembar atau berlaku kegiatan 'mark up' melampau dalam menentukan nilai harga tanah Hospital tersebut yang membawa kepada perbezaan sekitar RM900,000 seekar. Itu belum lagi dibesakan dengan nilai pengambil alihan tanah untuk projek bekalan air yang mengambil tanah orang kampung (secara paksarela) dalam kawasan Rembau (Batu Hampar dan sekitarnya) yang jauh lagi rendah.
8. Namun setiap kali program Bn di Rembau khususnya asyik menuduh konon orang di negeri bawah Pakatan rakyat terniaya dan ditipu dengan janji tak di tunai.... adakah Bn Rembau itu sendiri di mana Ketua Umno Rembau ialah Menteri Besar dan Ketua Pemudanya Ketua Pemuda Umno Malaysia sudah tertunai janji PRU mereka ?
9. Orang Rembau harus sedar dan pengundi di seluruh negara harus tahu apa yang jadi Rembau khususnya mengenai janji PRU yang tak tertunai di Rembau ini. Khabar yang terakhir ialah bagaimana projek UITM akan dibina tetapi bukan di Rembau sebaliknya di kawasan yang dimenangi PR di NS. Maknanya pengundi Umno akan terus dianak tiri kerana mereka menganggap pengundi Umno bodoh dan akan berjaya terus diperbodoh dengan janji yang akan diguna semula pada PRU akan datang. Projek ditumpukan dikawasan PR di N.S ialah untuk memujuk pengundi memilih Bn semula. Akhirnya pengundi perlu cerdik pilih Umno hanya dapat janji, undi PR akan dapat projek pembangunan dan seumpamanya.
10. PKR Rembau juga mengecam tindakan terbaru dimana pimpinan utama Umno Rembau sendiri memperbodohkan pengundi Rembau dengan mengatakan kononya lapangan terbang yang dijanjikan Cuma lapangan terbang mainan.
11. Itu belum menyebut janji – janji kecil seperti menyediakan tuisyen percuma kepada semua anak pengundi Rembau (Pusat tuisyen Emas).
Sekian
BADRUL HISHAM SHAHARIN (che’GuBard)
Ketua Cabang PKR Rembau
* kenyataan ini dibacakan dalam sidang media pada 28 Mac , 11.30 pagi di Rahang, Seremban. Sidang media dihadiri oleh che'GuBard (Ketua Cabang Rembau),Ust Norazman Ahmad (Ketua Penerangan PAS NS), Sani Md Shah (Ketua AMK Rembau), Sharul (AJK PKR Rembau), Zubir (Pengarah P.raya PKR Rembau) dengan menunjukkan semua keratan akhbar yang disebut dalam kenyataan media tersebut.
Thursday, January 13, 2011
Tuntut janji PRU ke 12 Rembau
Khairy dah umum tak nak pertahan kerusi Rembau, tak pasti tapi ada bbrp pendapat mengenai pengumumannya :
- merajuk : dia merajuk dan cuba nak tarik perhatian untuk dia diberi perhatian oleh Najib kalau Najib beri perhatian dia ambil lah balik kerusi Rembau.
- tawaran undur diri : ada pendapat mengatakan dia terlibat dalam isu skandal Alcatel - Telekom yang terbongkar baru ini. Maklumat ini pun blogger Umno yang beri. Maka selaku taraf Naib presiden Umno yang memang dia tahu ramai orang nak dia 'pergi' maka dia tawar dia 'pergi' dan kes itu senyap.
- dah tahu tak dapat tempat : atau pun ada juga pendapat yang kata dia dah memang sedar dah tak ada tempat. Di Negeri Sembilan, khabarnya pertukaran MB akan dibuat. MB sekarang akan bertanding kerusi Rembau maka dia memang sedar dah tak ada tempat maka dia sendiri buat plan keluar.
Majlis gilang gemilang yang disiar di media arus perdana.
Ikrar che'GuBard akan tuntut juga sampai Hospital tersebut dibina untuk rakyat Rembau.
Janji kedua ialah lapangan terbang Rembau. Isu ini memukau orang Rembau. Ayat ini muncul dalam banyak ceramah Bn. Dalam satu ucapan MB ketika kempen pilihanraya ketika pecah tanah Masjid Pedas yang disiarkan di hujung buliten utama TV3 menyatakan dengan jelas. "tahniah sekarang dah boleh ada masjid baru....itu sebab kita bawa menantu Perdana Menteri ke Rembau...bukan sahaja Masjid, Hospital.... Rembau akan dapat Lapangan Terbang pun" begitulah lebih kurang bunyi ucapan MB ketika itu.
Bila tak boleh laksana mereka tuduh ia fitnah che'GuBard. Minta rujuk Utusan Malaysia. Akhbar Utusan Malaysia bertarik 21 Februari 2008 antara lain menyebut bahawa Datuk Seri Mohamad Hasan berkata bahawa kerajaan negeri bercadang untuk membina landasan pesawat kecil. Keratan akhbar pada pautan berikut http://rembau-hari-ini.
Janji ke tiga ialah UITM Rembau. Kononya dengan memilih seorang anak Melayu balik England maka dia akan beri tumpuan pendidikan tinggi kepada anak Rembau. Ketika itu dicanang UITM Rembau. Di ulang UITM Rembau. Namun selepas pilihanraya maka che'GuBard himpit untuk tuntut hak orang Rembau mendapat UITM Rembau. Mula hari tu MB masih pegang janji Khairy untuk bina UITM di Rembau 22 Nov 2011 MB masih menyebut UITM Rembau di Chengkau tetapi sudah bertukar kepada pembiayaan swasta.
Namun terbaru apabila dihimpit isu janji UITM ini Umno sudah pusing cerita dengan kata "pembinaan UiTM , ianya memang akan dibina di Seremban 3, walaupun luar Rembau tapi ianya berhampiran dan sempadan dengan Rembau. Apakah ini menjadi satu isu yang besar kepada pembangkang jika ianya dibina di Seremban 3"
Rujuk semula akhbar Utusan klik http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1123&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_02.htm dengan jelas di Seremban 3 itu ialah projek Campus City dan MB menyebut Projek UITM Rembau di Chengkau ialah projek yang berbeza.
Janji yang ke empat ialah semua anak Rembau akan dapat perkhidmatan pendidikan tuisyen percuma. Melalui projek tuisyen emas. Terpedaya dengan janji ini Khairy mendapat undi tetapi sehingga kini tidak nampak bayang projek tuisyen untuk semua anak Rembau. Menang ada satu pusat tuisyen dibukak di satu ceruk kampung dalam dua tahun lebih dan akhirnya ditutup. Kalau setakat buka satu pusat tuisyen di ceruk kampung itu bukan tunai janji pendidikan tuisyen percuma semua anak Rembau. Dia harus ingat dia ahli Parlimen bukan ketua kampung. Bila didesak dikata kan pula dah tak payah sebab semua sekolah dah bagi tuisyen.
Janji ke lima iaitu membuat masjid Pedas, projek ini tertangguh lama dan baru ini siap itupun setelah ada dermawan korporat yang membuat sumbangan.
Bagi pihak rakyat Rembau janji-janji ini akan dituntut. che'GuBard akan pastikan Bn (Khairy) laksanakan janji mereka. Namun usaha ini tentu tak disenangi laman-laman dan media Umno akan terus serang dan perlekeh usaha tuntut hak orang rembau ini, tapi tak mengapa apapun che'GuBard akan terus tuntut.
Thursday, March 22, 2012
Adakah Bn akan datang dengan janji pilihanraya yang dikitar semula



Friday, March 30, 2012
Jawapan Menteri dalam isu hospital mengundang banyak lagi persoalan.
Tuesday, April 03, 2012
Kos tanah Hospital Rembau RM 42.64 juta?

KUALA LUMPUR 29 Mac 2012 - Pembinaan Hospital Daerah Rembau di Negeri Sembilan akan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu melibatkan kerja-kerja tanah dan pembinaan bangunan dengan kos dianggarkan berjumlah RM122.6 juta.Hospital Daerah Rembau akan dibina di atas tapak seluas 18 hektar di Mukim Chembong dengan kapasiti 76 katil.
Ketua Cabang Rembau
Monday, February 28, 2011
Siapa Yang Menjanjikan Hospital Kepada Orang Rembau ?

11 JAN 2011 – Setelah hampir 3 tahun, Chegubard, Ketua Cabang PKR Rembau melawat Batu Asas Hospital Rembau dimana projek RM 100 Juta Hospital Rembau masih belum berjalan
Kenapa ? Tak Percaya ?
Berita berkaitan :
http://solidaritianakmuda.blogspot.com/2011/01/penganiayaan-rakyat-rembau-oleh.html
http://pasns.blogspot.com/2010/03/dap-dan-hospital-baru-tampin-rembau.html
http://amkns.blogspot.com/2011/01/chegubard-lancar-dana-pembinaan.html
Thursday, October 01, 2009
Surat terbuka kepada MB NS menjelang PRK B.Pinang
Selepas itu satu sidang media telah dibuat menjelaskan mengenai penghantaran surat tersebut. Malangnya keesokan harinya hanya akhbar berbahasa cina menyiarkan berita tersebut. Akhbar berbahasa melayu semua tidak menyiarkan termasuk akhbar harian saiz tabloid yang kononya agak bebas juga tidak menyiarkan.
Menurut seorang wartawan berita surat terbuka itu tidak boleh disiarkan kerana 'amaran' pejabat Menteri Besar......
Berikut diperturunkan semula surat terbuka tersebut. Dalam sidang media tersebut cheGuBard telah tunjukkan kepada wartawan sekeping cek yang mengaitkan seorang exco kerajaan negeri dengan rasuah. Salinan cek tersebut ialah antara bukti rasuah pemimpin kerajaan negeri yang ada pada SPRM. cheGuBard punya beberapa bukti tersebut dan InsyaAllah masa sesusai akan dedahkan.
Badrul Hisham Bin Shaharin,
Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP),
Parti Keadilan Rakyat.
Tarikh : 16 September 2009
YAB Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hassan,
Menteri Besar Negeri Sembilan.
YAB Dato' Seri Utama ;
SURAT TERBUKA : PERSOALAN YANG PERLU DIJAWAB MENJELANG PILIHANRAYA KECIL BAGAN PINANG.
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
Seperti yang diketahui PRK Bagan Pinang tidak boleh dielakkan dan akan diadakan tidak lama lagi. Walaupun sejak kebelakangan ini PRK telah dilabelkan dengan oleh regim Bn sebagai membazir namun menjelang PRK Bagan Pinang persepsi yang cuba diberikan oleh pemimpin Bn ternyata berbeza. Merujuk kenyataan Exco Pelancongan Negeri semalam menyebut PRK Bagan Pinang akan menarik pelancong ke negeri ini.(rujuk m/s N3 Sinar Harian, 15.9.09)
Namun bagi Pakatan Rakyat PRK dilihat sebagai manifestasi dan kesempatan implementasi kuasa rakyat. PRK di peringkat DUN seharusnya dijadikan ruang penilaian prestasi pertengahan penggal. Kerajaan Pakatan Pulau Pinang contohnya telah diuji dengan dua penilaian prestasi pertengahan penggal dan dilihat diberi penilaian lulus cemerlang oleh pengundi.
Di N.Sembilan terlalu banyak isu yang selama ini tidak terjawab atau dengan sengaja rakyat diberikan fakta salah atau dilarikan perhatian rakyat ke isu lain untuk mengelak dari memberikan jawapan.
Sehubungan dengan itu tujuan surat terbuka ini ditulis ialah untuk menuntut jawapan spesifik dan lengkap dari kerajaan negeri khususnya pihak Menteri Besar mengenai beberapa persoalan. Ini akan dijadikan perhatian utama pengundi Teluk Kemang untuk dijadikan bahan ukuran penilaian prestasi pertengahan penggal.
Isu pertama
Tuduhan 'kerajaan adik beradik' kedengaran sejak dari awal lantikan Menteri Besar sekarang ini. Tuduhan bukan sahaja dari luar kerajaan negeri namun kuat kedengaran dikalangan pentadbiran kerajaan termasuk dalam Umno itu sendiri. Tuduhan ini bukan sahaja kerana tuduhan campurtangan keluarga Menteri Besar dalam pentadbiran kerajaan negeri sahaja tetapi juga berkaitan dengan agihan projek dan kontrak kerajaan.
Melalui surat ini penjelasan dituntut, Bagaimana 2 syarikat 'Bumi Highway' dan 'Selia Selenggara' yang punya kaitan dengan keluarga Menteri Besar mendapat begitu banyak kontrak dan tender dalam Negeri Sembilan ?
Adakah benar ketika menjadi Setiausaha Umno Negeri, Datuk Azman Hassan (abang Menteri Besar) telah menemui beberapa pegawai kerajaan dengan memberikan beberapa 'arahan' ? Adakah Setiausaha parti politik berhak memberikan arahan kepada pegawai kerajaan ?
Isu kedua
Penswastaan Air Negeri Sembilan tetap berlaku walaupun mendapat perbagai tentangan. Malang lagi penswastaan ini berlaku ketika dasar penswastaan negara telah jelas menunjukkan kegagalan khususnya dalam menjamin kepentingan rakyat. Penswastaan ini jelas bertentangan dengan kenyataan Menteri Besar selaku Pengerusi Bn ketika pilihanraya 2008 mengenai penswastaan air negeri.
Alasan penswastaan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan amat meragukan kerana bulan pertama penswastaan sudah timbul persoalan pengiraan bil air yang merugikan pengguna. Ini kerana pihak pemegang konsesi gagal membaca meter dalam masa 30 hari.
Di ketahui penswastaan (menyerahkan tanggungjawab kerajaan kepada agensi swasta) akhirnya akan merugikan pengguna. Bn amat porpular dengan perjanjian konsesi yang berat sebelah (amat menguntungkan syarikat). Perjanjian dengan pemegang konsesi lebuhraya contoh terbaik di mana kini kerajaan terpaksa membazirkan wang rakyat setiap kali jika kenaikan perlu dielakan kononya kerana perjanjian, jika tidak kenaikan akan ditimpa terus atas kepala rakyat. Pendek kata perjanjian menjanjikan kenaikan harga dan keuntungan dijanjikan kepada syarikat. Jika tidak dibenar naik kerajaan terpaksa bayar terus (juga wang rakyat). Ketika rakyat ingin melihat apa perjanjian tersebut, kerajaan dan pemegang konsesi mengelak dengan mengatakan ia sulit.
Di Selangor contohnya Kerajaan Negeri semasa di bawah Bn telah menganugerahkan pembekalan air Selangor kepada sebuah syarikat yang dimiliki oleh bekas Bendahari Umno Bahagian dan dijanjikan siri kenaikan tarif untuk menjamin keuntungan berganda syarikat. Syarikat membuat keuntungan amat besar tiap tahun. Namun ketika Kerajaan diambil alih oleh Pakatan Rakyat, polisi air percuma ditolak oleh syarikat. Namun kerajaan negeri terpaksa membayar jutaan ringgit kepada syarikat air negeri hanya kerana perjanjian berat sebelah yang ditandatangani oleh Menteri Besar Bn yang lalu.
Melalui surat ini dituntut perlu didedahkan perjanjian penswastaan / konsesi air negeri ini.Apakah jadual kenaikan kadar tarif air yang dijanjikan kepada syarikat ? Siapa yang kini memegang kepentingan di sebalik konsesi air ini ? Adakah ia berkaitan rapat dengan parti pemerintah ?
Isu ketiga (isu ini juga harus dijawab oleh Pengarah SPRM Negeri Sembilan)
Surat ini juga menuntut penjelasan mengenai isu campur tangan Menteri Besar (atau cuba mempengaruhi) dalam isu siasatan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam pentadbiran dan pimpinan kerajaan negeri.
Bukan sedikit laporan rasuah yang ditujukan kepada pentadbiran, pemimpin termasuk kepada Menteri Besar sendiri. Laporan dibuat bukan sekadar oleh kalangan orang biasa namun melibatkan tokoh Umno itu sendiri.
Namun terdapat tuduhan Menteri Besar telah 'memohon' kepada SPRM agar tindakan tidak perlu dilanjutkan kerana jika dilanjutkan nescaya kerajaan negeri ini yang hanya mempunyai majoriti tipis di Dewan Undangan Negeri bakal tumbang.
Melalui surat ini juga Pengarah SPRM dituntut menjawab 'adakah tidak salah' beliau memohon bantuan kewangan dan menerima cek dari Menteri Besar Negeri Sembilan. Perkara ini pernah didedahkan namun Pengarah SPRM membisu. Menurut maklumat SPRM (Pusat) mengakui kegiatan Pengarah SPRM Negeri Sembilan meminta dan menerima 'bantuan' kewangan dari Menteri Besar adalah salah tetapi hanya diberi 'amaran keras'. Menteri Besar Negeri Sembilan hanya mengulas isu ini dengan penafian dangkal namun Pengarah SPRM Negeri Sembilan hanya membisu dalam isu ini.
Tuduhan diatas dilihat serius kerana ia berkait rapat dengan 'kegagalan SPRM menjalankan siasatan terhadap pemuka Umno yang jelas terlibat dalam kegiatan 'rasuah'.
Dalam kes seorang ADUN Negeri Sembilan, jelas pengadu telah memberikan contoh cek sogokan untuk politik wang dari ADUN tersebut bagi mempengaruhi undi dalam pemilihan Umno, namun fail siasatan 'disenyapkan' kerana kalau diteruskan ia bakal menipiskan lagi majoriti yang tipis di dewan. Jika SPRM menjalan tanggungjawab secara bermanah dan beretika Kerajaan Negeri Sembilan dibawah Bn sudah pasti akan tumbang.
Isu keempat
Ketika Pilihanraya Bn telah menaburkan perbagai janji. Banyak antara janji tersebut telah dibohongi, antaranya Pengarah Pilihanraya Bn Pusat telah berjanji bahawa minyak 'pasti' tidak naik tahun ini (2008) namun selepas Bn menang pilihanraya minyak dinaikkan dalam tahun yang sama. Begitu juga di peringkat tempatan sehingga kini terlalu banyak janji pilihanraya tidak tertunai. Melalui surat ini juga selaku Ketua KEADILAN Cabang Rembau ingin menuntut janji pilihanraya Bn dikawasan Rembau. Kini sudah 18 bulan dari tarikh rakyat mengundi Bn di Rembau kerana janji pilihanraya, dari ratusan janji pilihanraya cukup disenaraikan empat janji yang sehingga kini masih belum nampak seperti mahu ditunaikan.
* Janji Hospital Daerah Rembau
o berpuluh tahun dibawah Bn daerah Rembau terpinggir, bukan hospital yang sempurna tetapi langsung tidak punya hospital daerah. Orang Rembau terpaksa ke Tampin atau Seremban untuk mendapat rawatan 'sempurna'. Setelah lama tersiksa akhirnya rakyat dijanjikan Hospital Daerah Rembau ketika pilihanraya. Namun seperti tertipu sehingga kini langsung tidak nampak bayang Hospital Rembau.
* Masjid Pedas
o bukan sedikit kerja pecah tanah ketika pilihanraya antaranya pecah tanah Masjid Pedas.Namun sehingga kini tanah yang diratakan untuk majlis pecah tanah dan kempen pilihanraya Bn itu tinggal kosong dan dipenuhi semak samun.
* Pusat Tuisyen Emas
o kononya calon Bn amat prihatin isu pelajaran penduduk setempat dengan menjanjikan pusat tuisyen percuma. Namun sehingga kini kerja semudah membuka pusat tusiyen yang dijanjikan ini juga gagal dilaksanakan.
* Lapangan Terbang 'ringan'
o orang Rembau bukan setakat dijanjikan hospital, masjid tetapi turut dijanjikan Lapangan Terbang. Begitulah usaha Bn untuk menang pilihanraya dengan menabur janji. Menjadi bahan jenaka jika difikirkan dengan waras namun sehingga kini orang Rembau menantikan lapangan terbang yang dijanjikan buat mereka.
Isu Kelima
Sudahlah syarikat – syarikat dibawah kerajaan negeri tidak menunjukkan prestasi yang baik malah laporan mengenai kadar indeks kepuasan pelanggan terhadap sektor awam di negeri ini juga perlu diberi perhatian. Perbelanjaan mengurus yang tinggi dalam buget agensi kerajaan juga perlu diperhatikan. Peningkatan kadar atau nilai cukai terhadap rakyat terus meningkat. Ini semua menggambarkan prestasi lemah kerajaan negeri.
Dalam keadaan tersebut, kerajaan negeri jelas tidak prihatin tetapi sebaliknya terus mengeluarkan perbelanjaan untuk perkara tidak perlu. Contohnya dalam keadaan banyak pihak berkuasa tempatan (PBT) menyeksa orang ramai dengan menaikkan kadar cukai kebelakangan ini. Namun dilihat berlaku perbelanjaan tidak berhemah. Berapakah perbelanjaan PBT seluruh negeri ini yang membazirkan wang rakyat hanya untuk menggantungkan gambar Menteri Besar di tiang – tiang dan papan iklan gergasi untuk ucapan raya. Ini adalah pembaziran wang cukai rakyat untuk populariti peribadi pemimpin politik. Persoalan ini penting khususnya dibawah pentadbiran yang pernah terpalit dengan 'penyalah gunaan' peruntukan wang rakyat miskin untuk kegiatan lain berdasarkan laporan Audit negara yang dibentangkan di parlimen beberapa tahun lalu.
Menteri Besar bolah sahaja mengelak dari memberikan jawapan kepada surat ini atau dengan menyerang kembali kewujudan surat ini dengan mengatakan ia fitnah, namun yakinlah maklumat dan respon serta jawapan mengenai persoalan di atas amat penting untuk diketahui oleh pengundi di DUN Bagan Pinang sebelum membuat keputusan dalam PRK nanti. Lebih penting jika persoalan semudah yang dinyatakan gagal diperjelaskan mana mungkin pengundi Bagan Pinang mampu mempercayai pemimpin Bn yang datang dengan perbagai janji anak angkat atau anak emas nanti.
Sekian dan terima kasih.
BADRUL HISHAM BIN SHAHARIN (che'GuBard)
eMail : cheGuBard@gmail.com
blog : http://chegubard.blogspot.com
Thursday, April 28, 2011
Kerajaan Umum bina Hospital baru di Nilai, Janji Hospital Rembau mana ?

Cadangan ini telah mendapat respon positif dari ADUN kawasan berkenaan YB Yap Yau Weng (DAP - Nilai) yang mengucapkan terima kasih.
"“Jika adanya hospital besar di situ, orang ramai khasnya pesakit di Nilai tidak perlu bersusah payah berulang-alik ke Hospital Tuanku Ja’afar di Seremban untuk mendapatkan rawatan,” Yau Weng dilaporkan berkata demikian semasa membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir pada Persidangan Pertama Penggal Ke Empat Dewan Undangan Negeri ke-12, di sini, semalam.
Perkembangan ini mengesahkan teori bahawa Kerajaan Barisan Nasional menggunakan peruntukan dan tawaran pembangunan sebagai alat politik meraih undi. Kawasan Nilai dimenangi oleh Pakatan rakyat termasuk kawasan Parlimennya maka kawasan tersebutlah mendapat tawaran pembangunan. Malangnya di kawasan yang Umno dan Barisan Nasional kuat bukan sahaja seolah tercicir malah janji yang ditabur juga tidak ditunaikan kerana Barisan Nasional yakin mereka akan terus menang dikawasan tersebut.
Contohnya Hospital Besar Rembau telah dijanjikan beberapa kali dan yang terbaru ia diulang dalam pilihanraya umum yang lalu. Siap dengan upacara meletakkan batu asas yang mendapat liputan media dan dipaksa pula dihadiri oleh penjawat awam. Namun sehingga ini Hospital tersebut masih gagal dibina. Tapak pembinaan hospital tinggal sunyi.
klik sini untuk membaca lanjut perihal tawaran Hospital Besar Rembau.
Maka jika banyak permintaan atau janji tak tertunai, maka pengundi seharusnya bijak... tukar status kawasan yang kuat Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat nescaya kawasan anda akan menjadi tumpuan.
Monday, July 09, 2012
Janji di tepati ? Rembau macam mana ?
1. janji akan menukar Rembau sebagai pusat pelancongan porpular jika Rembau terus memilih BN
2. akan menukar wajah kawasan kolam air panas Rembau dengan hotel bertaraf antarabangsa yang lengkap dengan dewan persidangan
3. akan membina Kampus UITM Rembau, semua ini dengan syarat orang Rembau mengundi BN.
4. menjanjikan akan membina Lapangan terbang di Batu Hampar, Rembau
5. turut akan dibina juga ialah pusat latihan penerbangan bagi Kelab Penerbangan Awam.
6. Janji untuk membina Hospital batu asas dah buat, bayang tak nampak lagi.
Untung orang Rembau... semua janji dah tertunai...
klik
- Rembau bakal di tipu lagi ? (bukti janji Bn)
- Janji PRU Rembau (video)
- Janji kitar semula (keratan media)
- tender hospital menjelang PRU ?
Sunday, January 09, 2011
PAKATAN RAKYAT TIDAK PERNAH IKTIRAF Khairy Jamaludin
"Mustahil Pakatan Rakyat mahu mengiktiraf Khairy Jamaludin sedangkan UMNO sendiri jelas meminggirkan Khairy. Lagipun apa sumbangan dan jasa Khairy kepada rakyat yang boleh diiktiraf?".
Menurut Norazizi, tindakan Nasarudin mempelawa Khairy menyertai PAS bukan atas dasar pengiktirafan tetapi adalah atas rasa belas kasihan melihat Khairy teruk dibuli didalam UMNO.
"Saya tidak berminat untuk mencampuri urusan dalaman UMNO namun semua orang tahu yang Khairy dipinggirkan apabila tidak dilantik ke jawatan menteri mahupun jawatan timbalan menteri padahal naib Ketua Pemuda mahupun pesaing beliau dalam jawatan Ketua Pemuda UMNO telah mendapat tempat timbalan menteri. Ketika itu alasan Khairy adalah perlu memberikan fokus terhadap golongan anak muda. Namun setelah berlaku rombakan, Khairy tetap diketepikan dan inilah yang mengecewakan beliau sebenarnya."
Menurut beliau lagi, jarang berlaku dalam sejarah umno di mana seorang pemegang jawatan Ketua Pemuda UMNO tidak mendapat jawatan menteri kabinet.
"Bagi saya, Pemuda UMNO di dalam era Khairy ini adalah yang paling lemah dalam sejarah kerana kita tidak nampak sebarang perjuangan yang berasaskan kepada mendahulukan kepentingan rakyat. Program dan aktiviti Pemuda UMNO lebih kepada sekadar mendapatkan publisiti tanpa mendasari denyut dan nadi kesusahan rakyat. Pemuda UMNO dalam era terdahulu lebih kepada kuasa pendesak dalam UMNO sendiri namun Pemuda UMNO di era Khairy lebih kepada menjadi "tukang angguk" kepada segala keputusan pihak atasan UMNO. Khairy juga gagal memainkan peranan beliau sebagai ahli parlimen Rembau apabila beliau gagal menunaikan janji pilihanraya PRU 12 yang lepas. Mana hospital Rembau? Mana hilang Pusat tuisyen emas untuk pelajar miskin Rembau? Mana Uitm Rembau? dan mana lapangan terbang yang dijanjikan? Rakyat Rembau masih menunggu.."
Norazizi juga menyatakan bahawa beliau tidak menolak kemungkinan bahawa tindakan Khairy ini adalah untuk memancing rasa simpati pimpinan atasan UMNO agar memberi perhatian terhadap beliau namun sehingga kini tiada sebarang respon terhadap tindakan beliau yang merajuk setakat ini.
"Pesanan saya pada beliau hanya satu ; tiada istilah merajuk dalam kamus seorang pejuang rakyat."
Monday, March 22, 2010
Dari lensa SAMM
- Ketika Gemencheh masih kecoh dengan pembunuhan 'saudara kepada Rosmah Mansor' SAMM bersama Md Sabu menggegarkan Felda Bukit Rokan, Gemencheh. Menurut penduduk tempatan itulah 'crowd' paling ramai pernah berkumpul di kawasan Bukit Rokan.sila klik untuk lihat gambar
- Rakyat Selangor terus mendapat 'habuan' atas keberanian mereka berubah. SAMM hadir mengiringi YB Lau Weng San (ADUN Bukit Tunku) berceramah selepas menyampaikan bantuan persekolahan, warga emas dan rumah ibadat di kawasan beliau. sila klik untuk lihat gambar
- Bukan satu dua janji pilihanraya Bn di dalam Parlimen Rembau tidak terlaksana. Selain 5 janji utama (Hospital Rembau, UITM Rembau,Masjid Pedas,Pusat Tusyien Percuma buat semua anak sekolah dan Lapangan Terbang Rembau) banyak janji lain juga tak tertunai. Antaranya ialah projek pembentungan najis yang banyak menyusahkan penduduk di Senawang dalam Dun Paroi. Projek ini dah tertangguh lebih 4 tahun meninggalkan lubang amat besar dan dalam di depan rumah dan di tengah jalan. Berbelas luabng maut ini terbiar di kawasan perumahan. Ia boleh mengundang maut dan terbaru Senawang mencatatkan peningkatan demam denggi antara sebabnya ialah kerajaan menyediakan kolam ternakan nyamuk yang sempurna. Sebaliknya SAMM telah melepaskan sehingga kini 50 ekor ikan keli dan puyu bagi memusnahkan jentik - jentik. sila klik untuk melihat gambar
- SAMM Gempur Teluk Intan, bukan sekadar berceramah...team SAMM yang turun mengadakan perjumpaan dan taklimat tertutup menerangkan mengenai kes DSAI, mengedarkan risalah. sila klik sini untuk lihat gambar.
- Tidak kira kecil ke besar, gempur tetap dengan semangat. Perkampungan Cina, Bertam Ulu, Melaka sempena Tahun Baru Cina SAMM gempur. Tahniah kepada Kak Non dan jawatankuasa yang gigih. sila klik untuk melihat gambar.
- Ramai orang ingat bila cheGuBard dan SAMM mampu turun ramai gempur satu satu tempat sudah tentu cheGuBard ada banyak ringgit dan team SAMM dibayar. Kami tak dapat dana dari mana mana atau siapa pun.... kami cari sendiri. Anak muda yang turun sebagai sukarelawan SAMM juga tak berbayar, malah kadang kadang mereka yang belanja che'GuBard haha... ini contoh cara kami cari duit... jual cd ..jual buku... sila klik sini untuk tengok gambar.
- Demi kepercayaan perubahan perlu didesak bukan ditunggu maka SAMM pasti sampai juga, walaupun orang lain susah nak sampai. Dalam kebun durian di Lenggong SAMM Gempor. Malam itu sempat rasmi pusat informasi Fitnah 2. Tahniah Hj Hamzah dan sahabat dari KEADILAN Lenggong, ikatan PR di sana juga subur. sila klik gambar untuk melihat.
- SAMM ketika depan mahkamah menanti keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes MB Perak. Sila klik untuk membaca lanjut.
- Hadir dalam program anjuran Saiful, Pengerusi AIC Johor di kampung beliau. sila klik untuk melihat.
- Bersama Dato Tn Man Tn Ibrahim dan Dato Fauzi di Sendayan (Rembau). sila klik untuk melihat gambar.
- SAMM ke utara bantu program bersama DSAI di Kangar dan Kota Sarang Semut, kesempatan diambil untuk mencari dana dengan membuat jualan. sila klik untuk melihat gambar.
- dengan mengenepikan politik sempit SAMM dengan kerjasama hampir semua AMK Cabang di NS menyelaraskan pengedaran 100,000 risalah laporan perubatan Fitnah 2 ke seluruh NS. Alhamdunillah berjaya walaupun ada anasir yang cuba menggagalkan. sila klik untuk melihat gambar.
- bukan sekadar di NS tetapi SAMM juga menggempur Kuala Terengganu, Dungun, Kemaman, Marang dan Cherating dengan mengedarkan 15,000 risalah. sila klik untuk tengok gambar.
- Bersama ribuan penyokong di Dungun. sila klik untuk melihat gambar.
- SAMM melihat serius isu GST dan turut bersama dalam mempertingkatkan kesedaran rakyat dalam isu GST ini. sila klik dan sila klik sini untuk melihat gambar
- walaupun ada yang mengetepikan namun SAMM terus mainkan peranan. lebih 10,000 sambut DSAI di Seremban. Sila klik sini untuk membaca lanjut.
- Umno dan juak mereka hanya gagah depan media sahaja, tetapi diajak berdebat menikut macam cencorot sebab mereka tiadak ada hujah fakta pun. Sila klik sini untuk melihat Debat Perdana Pulau Pinang.
- SAMM buat laporan polis terhadap laman Umno lucah dan menghina kaum. sila klik untuk melihat gambar.
- Apapun kata orang tapi SAMM terus fokus gembeling tenaga muda. Telah disiapkan SAMM Cabang Pekerja Muda. sila klik untuk melihat perjumpaan pertama bersama Syed Shahir, MTUC
- Menyerang adalah pertahanan terbaik. SAMM terus mengasak misteri pembunuhan Altantuya. sila klik sini untuk melihat ganmbar laporan polis mengenai keuntungan luar biasa syarikat wakil Rosmah yang membayar Balasubmaniam untuk lari ke India.
- Iringi AMKPP gempur PWTC hantar surat cabaran debat. sila klik tengok gambar gempar di PWTC
- Pertemuan aktivis SAMM dengan wakil peneroka Felda dalam NS bagi membentuk kerjasama menggempur 'peti simpanan deposit undi Bn' di NS. sila klik sini untuk melihat gambar.
- Ribuan penyokong menyambut SAMM di Belanja Kiri di Perak. sila klik untuk melihat gambar.
- Merancang dan bergerak secara strategik antara pegangan SAMM. SAMM dan AMK PP telah berjaya mengadakan retreat bagi merancang gerakan di Pulau Pinang. sila klik sini untuk melihat gambar.


.jpg)