When injustice becomes law, resistance becomes duty"...."Many will call me an adventurer - and that I am, only one of a different sort: one of those who risks his skin to prove his platitudes."— Che Guevara (1928-1967) International Revolutionary
Friday, June 23, 2006
Group Urges ACA To Investigate Alleged Graft In Judiciary
Wednesday, June 21, 2006
FIESTA FUTSAL WORLD CUP 06 ANGKATAN MUDA BERLANGSUNG MERIAH
Fiesta World Cup 06 Angkatan Muda anjuran Angkatan Muda N.Sembilan telah berlangsung dengan meriah.Penganjur terpaksa menolak 18 pasukan malah 2 pasukan yang terus datang tanpa mengesahkan penyertaan seperti yang diperlukan turut di tolak. Hanya 40 pasukan sahaja di terima berdasarkan tempat dan masa.
bendera perbagai negara yang digantung sepanjang jalan menuju ke tempat program.
Penentuan tempat ke tiga dan ke empat pula di antara
Muda
Keputusan penuh :
Juara :
Naib Juara : German (current naik 12%)
Ketiga :
Ke empat :
Pasukan Terceria : TSI FC (
* semua pemain datang dengan keluarga yang menjadi penyokong setia
SEKALUNG BUDI Jika di lihat dari sudut kewangan, tekanan, masa dan tenaga sudah tentu program ini tidak akan berjaya tanpa bantuan, sokongan dan kerjasama perbagai pihak. Maka dengan rendah hati Seluruh jawatankuasa penganjuran fiesta Futsal world cup 2006 Angkatan Muda Merakamkan setinggi tinggi penghargaan kepada
YB Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail Mohamad Ezam Mohd Nor (penaung kehormat)
Dr Ahmad Azam Hamzah YM Dato’ Aladzhar Abd Khalid (penaung penasihat)
KAMEL YASIN KETUA & JAWATANKUASA keADILan BAHAGIAN RASAH
Penyumbang Faizal Sanusi Sharifah Shahida Syed Kamaruzaman Syamsul Iskandar Md Akin Erahanem Md Zaki Saiful Izham Ramli (yang terdiri dari exco Angkatan Muda Pusat)
Pasukan – pasukan yang menyertai dengan penuh semangat kesukanan
Penaja – penaja Pihak pengurusan e – Stadium,Port Dickson Pusat Aktivis Gerakan Reformasi (PAGER) Malaysia Norizam Yassin Pengurusan Football Indoor Centre,Seremban Dan semua penyumbang secara langsung mahupun tidak langsung yang tidak sempat dicatat dalam menjayakan fiesta ini.
SPECIAL THANX TO ERA HANEM, AMIR, AZIZI DAN ALL AMNS
ISU RASUAH HAKIM : GERAK FAIL REPORT BPR
21 Jun 2006
LAPORAN BPR : DAKWAAN HAKIM RASUAH DAN SALAH GUNA KUASA
Gerakan Demokrasi Dan Anti Korupsi (GERAK) dengan ini menyatakan rasa kesal di atas respon pemimpin politik kerajaan terhadap dakwaan bekas Hakim Mahkamah Tinggi Dato’ Syed Ahmad Aided tentang berlakunya rasuah dan salah guna kuasa dalam institusi kehakiman negara.
14 Jun lepas Dato’ Seri Nazri Tan Sri Aziz telah menolak sebarang siasatan lanjut mengenai dakwaan tersebut dan yang terbaru dan lebih mengecewakan ialah kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak juga menolak untuk melakukan siasatan malah menegur tindakan pendedahan Dato’ Syed Ahmad Aided sebagai tidak sesuai.
Alasan menolak sebarang tindakan lanjut kerana ianya berbentuk surat layang dan tidak mempunyai fakta khusus tidak boleh diterima sama sekali kerana Dato’ Syed Ahmad Aided telah menyatakan kesediaan bertanggungjawab terhadap isi surat tersebut.
Kedudukan beliau yang pernah menjadi hakim kanan di negara ini seharusnya memberi alasan yang cukup kepada pemerintah negara untuk terus menyiasat sekiranya kita benar - benar serius dalam usaha kita memerangi rasuah di negara ini.
GERAK melihat institusi kehakiman yang bebas dan adil merupakan antara nadi penting dalam negara demokrasi. Institusi kehakiman bukan sahaja perlu bersih tetapi penting dilihat bersih dan adil untuk diletakkan kepercayaan oleh masyarakat dalam dan luar negara.
Sebagai sebuah badan yang berjuang ke arah mewujudkan negara yang serius memerangi rasuah, GERAK memandang berat pendedahan bekas hakim mahkamah tinggi itu.
GERAK akan membuat menghantar laporan mengenai perkara ini ke Badan Pencegah Rasuah pada tarikh dan waktu seperti berikut:
Tarikh : 23 Jun 2006 (Jumaat)
Masa : 2.30 petang
Tempat : BPR KUALA LUMPUR, Rumah Persekutuan ,
Jln Sultan Hishamuddin, KL
Sekian dan terima kasih.
MOHAMAD EZAM MOHD NOR
Pengerusi
Monday, June 12, 2006
Monday, June 05, 2006
Yang Amat Berbahagia Tun Musa Bin Hitam,
Level 47, Menara Citibank,
No. 165, Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur
Malaysia
Kami percaya penganugerahan ini dalah tepat dan wajar kepada seorang negarawan ulung tanah seperti Tun yang telah banyak berjaya terutamanya dari sudut mempertahankan serta mempertingkatkan prinsip demokrasi semenjak dari awal penglibatan Tun dalam politik dan pentadbiran negara.
Yang Berbahagia Tuin juga dalam pengamatan kami, jelas tampil dengan kesungguhan dan komitmen yang jelas menentang gejala rasuah dalam pentadbiran sepanjang berada di tampuk pentadbiran negara. Satu cirri yang sukar di cari di kalangan tokoh politik negara.
Kami berharap penganugerahan ini akan terus memantapkan semangat dan cita – cita tun untuk terus memberi manafaat kepada negara khususnya dari suduh memperkasakan institusi demokrasi dan membenteras rasuah di negara ini. Bagi kami dan golongan muda melihat penganugerahan ini merupakan pengiktirafan juga kepada usaha memperkasakan masyarakat dengan nilai demokrasi dan anti korupsi.
Ingatan dari semua warga GERAK
Tunku, Singapura dan Singa pura - pura
Bila Tunku Abd. Rahman Putra (Almarhum) mengeluarkan Singapura dari Malaysia di tahun 1965, beliau terus menentang tindakan tersebut kerana tiada bersetuju dengan Tunku, sehingga sanggup meletakan jawatan sebagai Timbalan Menteri Penerangan dan juga Setiausaha Agung UMNO. Sejarah juga mencatat kisah Albar yang menentang pemecatan Dr Mahathir Mohamad selepas peristiwa 13 Mei 69, oleh Majlis Tertinggi UMNO. Walaubagaimana pun beliau jugalah orangnya yang bermatian menentang kemasukan semula Dr Mahathir Mohamad oleh Tun Razak setelah dibuka jalan oleh Datuk Harun Idris untuk menerima Dr Mahathir Mohamad semula di dalam UMNO,
Hari ini selepas 40 tahun anaknya Syed Hamid Albar yang memegang jawatan Menteri Luar yang mana pada asalnya tidak diterima oleh Sultan Johor untuk bertanding di Benut tahun 1986. Tetapi dengan inisiatif Dr Mahathir Mohamad, beliau dapat memujuk Sultan Johor, agar dipersetujui untuk beliau bertanding di Kota Tinggi, kawasan lama bapanya dahulu bernama Panti pada tahun 1990.
Mungkin Dr Mahathir Mohamad juga mudah lupa akan sikap bapanya Syed Jaafar Albar berhubung permohonan beliau untuk menjadi ahli UMNO semula dengan melantik anaknya menjadi Menteri, itu pun atas cadangan Abd Ghafar Baba yang semasa itu adalah Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan kerana beliau adalah Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang yang sewaktu itu tidak terdapat seorang pemimpin UMNO menjadi Menteri mewakili Wilayah Persekutuan.
Malangnya dalam satu perjumpaan orang UMNO di UKM, Syed Hamid Albar selaku Menteri Luar dalam ucapan seperti tidak mengambil kira apa yang pernah dilakukan oleh Dr Mahathir Mohamad sehingga beliau berjaya dalam kedudukan beliau sekarang ini. Beliau bukan sahaja tidak berusaha untuk menggunakan cara-cara diplomat supaya peserta tidak mengambil peluang bagi menghentam Dr Mahathir Mohamad tetapi beliau juga semacam menggalakkan dan membiarkan peserta untuk menghentam Dr Mahathir Mohamad.
Selaku Menteri Luar, beliau mestilah menggunakan secara diplomasi jika hendak sangat mempertahankan bossnya yang ada sekarang ini. Sekarang semua orang jadi hairan akan sikap anak dan bapak, maka tidak silaplah bila semua orang mengatakan bahawa bapanya diakui Singa UMNO tetapi anaknya hanya sekadar anak singa sirkus yang mana boleh dilatih untuk menghibur. Maka dalam kes ini hilanglah peribahasa Melayu, kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Jauh bezanya pendekatan bapanya dengan isu Singapura sewaktu itu dengan isu Singapura hari ini. Maknanya kalau melihat cara Syed Hamid Albar dalam isu jambatan setaraf dengan iklan biskut, sekejap buat, sekejap jangan buat, lepas tu buat, kemudian itu batal. Jelaslah Syed Hamid Albar kalau nak diambil perkataan yang agak manis sikit.. dia sebenarnya bau badan Syed Jaafar Albar pun tak ada.. walau pun dia anak lelaki Syed Jaafar Albar.
Kini semua orang ber-gosip tetapi tidak bertanya dan bila orang bertanya dengan soalan ini kepada Syed Hamid Albar, "nak tanya betul/benar keluarga YB Ds Dtk dan Pak Lah terlibat dalam penjualan pasir dengan Singapura dan adakah benar hendak ditandatangan perjanjian itu?", jawapannya adalah seperti berikut, "Saya tak pernah cari rezeki daripada pasir. Saya bertanggungjawab memberi syor pada kerajaan untuk membatal export pasir ke Singapura". Baca soalan dan kemudian baca jawapan.
Maka kesimpulan Menteri Luar tidak menjawab soalan, sepatutnya jawapan ringkas yang sepatut diberi ialah " saya tidak terlibat sama sekali". Hairan, siapa pula yang menyoal samada dia makan atau tidak rezeki pasir?. Orang ramai akan terus buat andaian sendiri samada benar atau tidak, tetapi jawapan akan diperolehi adalah serupa dengan kes kenaikan harga minyak yang dikatakan untuk membantu perkhidmatan pengangkutan awam, tetapi digunakan semata untuk membayar dengan cepat kepada Scommi syarikat milik anak Perdana Menteri yang kuat menentang rasuah dan tidak ada kroni, sebagai pembekal utama semua gerabak keretapi, bas dan mungkin sampai keperingkat pensil dalam syarikat GLC pengangkutan.
Sebagai contoh yang nyata sekarang kesemua pembekal kertas komputer yang dahulunya dibekalkan oleh beberapa syarikat bumiputra sudah bertukar tangan diberikan kepada syarikat yang ada hubungan dengan keluarga Abdullah Ahmad Badawi secara menopoli dan berpuluh syarikat pembekal kertas terpaksa tutup kedai dan ini menyumbang kepada indek penganggur Melayu dan bakal bangkrap.
Pemimpin UMNO sekarang sudah jadi macam orang primitif, nampak tunggul disangka hantu, baru main-main kata nak sambut Dr Mahathir Mohamad, sudah mengelabah, talifon sana talifon sini, supaya jangan datang. Kalau real tunggul jadi hantu, tak tahu kita macam mana mereka nak hafal ayat kursi kerana jangan sampai ada pemimpin pemuda, baca fatiha pun dalam bahasa Inggeris.
Monday, May 29, 2006
Poster ceramah ditanggal, poster 'rumah urut' dibiar hiasi Seremban
SEREMBAN, 28 Mei (Hrkh) - Angkatan Muda KeADILan (AMK) kesal, poster-poster yang menghebahkan kunjungan rasmi Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim ke Negeri Sembilan pada 3 Jun ini disyaki telah ditanggalkan oleh pihak tertentu sejak beberapa hari lalu, kata Timbalan Ketua Penerangan AMK, Badrul Hisham Shaharin.
Sejak tiga malam lalu pasukan menggantung poster dan banner AMK Negeri Sembilan (NS) dengan dibantu oleh Pemuda PAS Negeri Sembilan telah menggantung tiga kain pemidang besar dan lebih 3500 poster hebahan mengenai himpunan rakyat di sekitar Seremban, Rasah dan Nilai, katanya.
Bagaimanapun, sehingga hari ini (28 Mei 2006) keadaan amat mengecewakan kerana hampir semua poster termasuk semua kain pemidang yang digantung telah hilang.
Menurut sumber yang membuat intipan, mereka mengesyaki petugas pihak tertentu yang diarah orang berkepentingan bertungkus lumus menanggalkan poster himpunan rakyat bersama Anwar yang dijadualkan pada 3 Jun ini di jalan Seremban Tampin dan di Restoran Dragon Seremban 2, katanya.
"Kelihatan di sekitar bandar Seremban pekerja membawa pemancut air untuk memastikan poster yang ditanggalkan tidak mempunyai kesan. Poster dan banner Fiesta Futsal World Cup 2006 anjuran AMK yang ditampal awal turut menjadi mangsa," dakwa Badrul Hisham ketika menghubungi Harakahdaily hari ini.
Seorang penduduk Seremban, Rauda Ibrahim,59 tahun dari Taman Bukit Chedang yang ditemui menyatakan rasa kesal terhadap tindakan menanggalkan poster Anwar yang disyakki dilakukan pihak tertentu.
Dalam masa yang sama, poster dan iklan mengenai rumah urut serta along tetap terus dibiarkan menghiasi tiang lampu, bangunan dan sekitar bandar, katanya.
Sementara sumber menyatakan, arahan menghapuskan poster aktiviti pembangkang ini dibuat pihak berkepentingan di negeri ini yang bimbang dengan jentera pembangkang lebih-lebih lagi parti mereka dalam keadaan bergolak.
"Kami amat kecewa cara pihak tertentu memperkudakan semua jentera kerajaan.....penakut ! kita mohon permit nak gantung banner mereka tidak bagi" kata Ketua AMK Negeri Sembilan, Haji Ramlan Roes pula.
Begitupun, AMKNS akan melipatgandakan usaha hebahan program Anwar pada 3 Jun ini dan berharap rakyat negeri ini akan turun beramai-ramai bukan sahaja untuk mendengar amanat Anwar.
Malah, untuk menunjukkan tanda protes terhadap keadaan yang begitu menghimpit rakyat mutakhir ini, khususnya di negeri ini dengan pelbagai cukai telah dinaikkan dalam wakil rakyat terus bermewah, kata Ramlan.
AMK dakwa wujud kem-kem Umno di Negeri Sembilan
(Bahagian Pertama)
KUALA LUMPUR, 17 Mei (Hrkh) - Negeri Sembilan cukup terkenal dengan adat pepatihnya, malah masyarakat negeri ini dilihat agak taksub dengan adat hingga lahirlah satu falsafah 'biar mati anak jangan mati adat' yang dipegang seutuhnya.
Begitupun penulis bukanlah mahu membincangkan soal adat mahupun ketaksuban masyarakat negeri bersendi adat itu, sebaliknya isu pergolakan politik Umno negeri disebalik ketenangan wajah Menteri Besarnya (MB), Dato' Mohammad Hassan.
Umum mengetahui, Mohammad Hassan adalah 'orang baru' dalam politik Umno negeri mahupun peringkat nasional.
Beliau dilantik menjadi MB berikutan hubungannya yang rapat dengan keluarga Dato' seri Abdullah Ahmad Badawi serta pengaruh menantu Abdullah, Khairy Jamaluddin yang menebal, dakwa Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Badrul Hisham Shaharin.
Tidak dinafikan, Mohammad Hassan adalah 'star' dalam senarai korporat Bumiputera yang berjaya di negara ini, katanya ketika ditemui di Seremban baru-baru ini.
Bagaimanapun, Mohammad Hassan bukanlah seorang pentadbir yang cekap mengendalikan hal ehwal pengurusan sebuah negeri, katanya.
Kematangan politiknya belum cukup untuk memerintah sebuah negeri yang sebelum ini 'dijajah' oleh Dato'Seri Utama Mohd Isa Samad, kata Badrul Hisham yang juga calon yang menentang Mohammad di Dewan Undangan Negeri (Dun) Rantau dalam pilihan raya ke 11 yang lalu.
Pengaruh Mohd Isa masih menebal mengakibatkan politik dan pentadbiran Mohammad Hassan 'goyah' tetapi MB Negeri Sembilan ini masih beruntung kerana salahsilah keluarganya dalam Umno membantu beliau duduk ditangga teratas di negeri itu.
Abangnya, Dato' Azman Hassan serta Abdul Ghani adalah orang kuat Umno negeri dan telah bersetia kepada Umno negeri selama lebih 30 tahun, katanya.
Hingga kini khidmat Azman sebagai 'playermaker' mentadbir urus kerajaan negeri diperlukan hinggalah kepada soal pembahagian kontrak dan sebagainya ditentukan Azman yang lebih popular di kalangan 'tauke tauke besar', dakwa Badrul Hisham.
Akibatnya beberapa individu yang tidak sehaluan dan tidak berpuashati dengan kaedah pentadbiran Mohammad Hassan mewujudkan kumpulan mereka sendiri sebagai tanda protes ke atas Mohammad Hassan kata Badrul Hisham.
Kumpulan-kumpulan ini katanya sudah mula meraih sokongan ahli untuk melancarkan perang saraf ke atas Mohammad Hassan, katanya.
Semuanya kerana mahu bergantung kepada populariti keluarga, hinggalah digelar sebagai pemimpin lemah dan masyarakat Negeri Sembilan mula merasai kelemahan pentadbiran MB ini, katanya.
Bantahan kenaikan minyak: 18 ditahan, dua cedera
Kemuncak bantahan terhadap kenaikan harga minyak di Kuala Lumpur hari ini berakhir dengan 18 ditahan dan sekurang-kurangnya dua seorang mengalami kecederaan ketika polis meleraikan perhimpunan tersebut.
Ketua Polis Dang Wangi, ACP Kamal Pasha mengesahkan 18 orang ditahan, termasuk dua orang wanita.
Pada jam 10.30 pagi, bantahan itu yang sertai kira-kira 500 orang berhampiran pintu masuk ke KLCC di Jalan Ampang berjalan lancar sehinggalah penceramah ketiga Ronnie Liu menyatakan penghargaannya terhadap sokongan yang diberikan kepada pembangkang dalam pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini.
Pihak polis dengan serta-merta memberi amaran kepada mereka supaya bersurai. Bagaimanapun, arahan itu tidak perdulikan dan lima minit kemudiannya, tembakan meriam air dilepaskan ke arah mereka.
Walaupun basah kuyup, sebahagian besar mereka masih enggan berganjak dari situ, dan sejurus kemudian, anggota polis berpakaian biasa masuk membuat tangkapan.
Tembakan meriam air
Mereka yang ditahan termasuk Liu, Ahli Parlimen PAS Kubang Krian, Salahuddin Ayub, yang juga Ketua Pemuda PAS pusat dan Timbalan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shaharin.
Sewaktu orang ramai beredar untuk mengelak terkena tembakan meriam air itu, anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) menyerbu ke arah mereka, menyebabkan ramai, termasuk wanita dan kanak-kanak bertempiran lari mencari perlindungan.
Para saksi mendakwa, anggota FRU bertindak ganas terhadap mereka yang menyertai bantahan tersebut, termasuk terhadap Timbalan Setiausaha Agung PKR, Zahir Hassan (foto), yang disepak terajang berulangkali ketika tertiarap di atas jalan.
Zahir sedang beredar dari tempat bantahan tersebut bersama dua orang anak perempuannya apabila dia ditolak berkali-kali dari belakang oleh seorang pegawai FRU dengan perisainya.
Pegawai FRU berkenaan kemudiannya beralih kepada dua orang anak perempuan Zahir – kedua-dua berusia dalam 20-an. Zahir cuba melindungi anak-anaknya itu daripada pegawai polis berkenaan.
Sebaliknya, Zahir dibelasah oleh beberapa anggota FRU. Dia ditolak ke lantai, dipukul dengan cota dan sekurang-kurang disepak sebanyak tiga kali – dua kali di belakang dan sekali di bahagian perut – menyebabkan kedua-dua anaknya itu menjerit dan menangis.
Menurut Ketua Penerangan PKR, Tian Chua, Zahir – yang turut ditahan polis – telah dihantar ke hospital untuk rawatan perubatan.
Hasil X-ray telah diambil sebelum Zahir dihantar ke balai polis Pudu, tempatan yang lainnya ditahan. Dalam satu lagi pertengkaran, seorang lagi yang menyertai bantahan tersebut, dikerumuni 10 anggota FRU.
Dia memegang seorang pegawai polis untuk melindungi dirinya daripada pukulan, termasuk satu hentakan daripada pelancar gas pemedih mata.
Kesan darah juga dapat dilihat di pintu masuk KLCC di mana dikatakan berlaku pergelutan antara anggota FRU dengan seorang peserta bantahan tersebut. Dia dipercayai dimasuk ke hospital kerana kecederaan kepala.
Bawa sepanduk
Seramai kira-kira 100 individu kemudiannya berkumpul di balai polis Pudu untuk menyatakan sokongan terhadap mereka yang ditangkap polis.
Menurut AFP, mereka yang menyertai bantahan tersebut melaungkan “protes” sambil membawa sepanduk berbunyi ‘kroni menjadi kaya, pekerja ditindas’.
Mereka juga mengecam kenaikan tarif elektrik minggu lalu – kenaikan pertama sejak hampir satu dekad lalu.
Kira-kira 100 anggota polis antirusuhan yang bersenjatakan cota serta rifel mengawal di kawasan hadapan menara tersebut, bersama beberapa trak meriam air, manakala helikopter polis dilihat berlegar-legar di udara.
Dalam ucapannya, penganjur utama bantahan tersebut, Dr Hatta Ramli yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS berkata, rakyat menderita akibat kenaikan harga minyak, dan kini ditambah lagi dengan kenaikan tarif elektrik.
'Mempertahankan diri'
Ketika ditanya oleh malaysiakini mengapa polis bertindak menyepak mereka, ACP Pasha memberitahu pemberita, anggotanya terpaksa bertindak demikian untuk mempertahankan diri.
Katanya, mereka melawan ketika hendak ditahan dan mula menyepak polis terlebih dahulu.
Tindakan ganas polis : AMK akan lapor kepada tatatertib Bukit Aman
KUALA LUMPUR, 4 Mei (Hrkh) - Dalam beberapa perhimpunan aman yang dianjur pertubuhan bukan kerajaan dan pembangkang mutakhir ini, polis dilihat mula bertindak ke atas peserta dan penganjur dengan beberapa siri penahanan.
Terbaru, dalam satu perhimpunan aman sempena sambutan Hari Pekerja 1 Mei di Seremban, polis telah menahan empat aktivis Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (AMK) sebelum sempat sidang media dimulakan.
Berikutan tindakan itu, empat aktivis AMK yang ditahan komited untuk membawa kes penahanan mereka itu kepada Bahagian Tatatertib Ibu Pejabat Polis Bukit Aman 5 Mei ini (Esok), kata Timbalan Ketua Penerangan, Badrul Hisham Shaharin kepada Harakahdaily hari ini.
Badrul Hisham mendakwa, penahanan beliau dan tiga lagi rakannya itu disyaki ada kaitan dengan arahan dari 'orang politik' yang berkepentingan di Negeri Sembilan.
Turut ditahan ketika kejadian ialah, Ketua AMK Negeri Sembilan, Haji Ramlan Roes; Setiausaha AMK negeri, Azizi Abdul dan penolongnya, Amer Hariss.
"AMK akan failkan satu laporan tatatertib kepada Bahagian Tatatertib Bukit Aman, dan selepas itu satu salinan laporan akan dihantar ke Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam),"kata Badrul Hisham.
Ditahan sebelum mulakan sidang media
Empat aktivis AMK itu ditahan di hadapan Wisma Umno 1 Mei ketika belum sempat memulakan sidang media pengedaran risalah perhimpunan kesedaran rakyat sempena sambutan hari pekerja 1 Mei dekat sini.
Perhimpunan yang dijangka dimulakan pada jam 11.35 pagi itu akhirnya tidak berjalan seperti yang dirancangkan setelah polis terlebih dahulu menghalang kumpulan perhimpunan.
Ketika mahu memulakan sidang media, kumpulan perhimpunan aman didatangi oleh OCPD Seremban, Hasanuddin Hassan yang mahu semua peserta yang berhimpun bersurai segera tanpa mengadakan apa-apa aktiviti termasuk sidang media kepada wartawan.
Timbalan Ketua Penerangan AMK, Badrul Hisham Shaharin, yang ketika itu cuba berbincang dengan Hasanuddin akhirnya ditahan oleh lima anggota polis berpakaian preman.
Badrul dan rakan diheret
Akibat dari tindakan 'ganas' polis mengheret Badrul Hisham, tiga lagi rakan aktivis AMK cuba berbincang dengan polis bagi membebaskan Badrul Hisham, bagaimanapun mereka turut ditahan ketika pergelutan berlaku.
Ketika diheret ke dalam trak polis, Badrul Hisham dan tiga yang lain sempat mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan pihak polis hari ini didakwa sebagai tindakan 'pengecut' dan tidak 'bermaruah'.
"OCPD Seremban jadi alat kepada Mohammad Hassan (Menteri Besar Negeri Sembilan)," laung Badrul Hisham disahut rakan-rakannya dengan laungan reformasi dan Umno pengecutEmpat aktivis AMK dibebaskan jam 1.20 petang
KUALA LUMPUR, 2 Mei (Hrkh) - Empat aktivis Angkatan Muda KeADILan (AMK) yang ditahan dalam perhimpunan aman di hadapan Wisma Umno semalam akhirnya dibebaskan jam 1.20 petang tadi dengan jaminan polis.
Empat aktivis yang ditahan ialah, Timbalan Ketua Penerangan AMK, Badrul Hisham Shaharin; Ketua AMK Negeri Sembilan, Haji Ramlan Roes; Setiausaha AMK negeri, Azizi Abdul dan penolongnya, Amer Hariss.
Badrul Hisham yang dihubungi Harakahdaily selepas dibebaskan berkata, tindakan polis itu adalah disyaki ada kaitannya dengan arahan dari pihak tertentu yang tidak mahu risalah kesedaran kenaikan harga minyak diedar di Negeri Sembilan.
Polis alat Umno?
"Saya kecewa, polis bertindak sedemikian dan menjadi alat Umno lebih-lebih lagi selepas AMK membuat cabaran terbuka kepada Umno untuk berdebat mengenai isu harga minyak di Wisma Anwar, Seremban baru-baru ini.
"Kita ambil inisiatif edar risalah setelah cabaran terbuka AMK itu tidak disahut Umno," katanya.
Sambil melahirkan rasa kecewa dengan tindakan ganas polis mengheret beliau dan tiga lagi rakannya tanpa sebarang perbincangan, beliau menyatatkan tindakan itu menggambarkan Umno Negeri Sembilan di bawah pimpinan Menteri Besar, Mohammad Hassan takut kepada kebangkitan rakyat berikutan isu kenaikan harga minyak, katanya.
Ini ditambah pula dengan isu keretakan hubungan antara pemimpin Umno negeri sehingga wujudnya kem-kem dikalangan mereka, dakwanya.
"Kita akan teruskan lagi usaha menyedarkan rakyat.Penahanan saya semalam tidak melunturkan semangat dan ianya pembuka jalan kepada usaha menyedarkan rakyat negeri ini khasnya seluruh Malaysia amnya,' katanya.
Empat aktivis AMK itu ditahan di hadapan Wisma Umno semalam (1Mei) ketika mahu memulakan sidang media pengedaran risalah perhimpunan kesedaran rakyat sempena sambutan hari pekerja 1 Mei dekat sini.
Perhimpunan yang dijangka dimulakan pada jam 11.35 pagi itu akhirnya tidak berjalan seperti yang dirancangkan setelah polis terlebih dahulu menghalang kumpulan perhimpunan.
Ketika mahu memulakan sidang media, kumpulan perhimpunan aman didatangi oleh OCPD Seremban, Hasanuddin Hassan yang mahu semua peserta yang berhimpun bersurai segera tanpa mengadakan apa-apa aktiviti termasuk sidang media kepada wartawan.
Timbalan Ketua Penerangan AMK, Badrul Hisham Shaharin, yang ketika itu cuba berbincang dengan Hasanuddin akhirnya ditahan oleh lima anggota polis berpakaian preman.
Badrul dan rakan diheret
Akibat dari tindakan 'ganas' polis mengheret Badrul Hisham, tiga lagi rakan aktivis AMK cuba berbincang dengan polis bagi membebaskan Badrul Hisham, bagaimanapun mereka turut ditahan ketika pergelutan berlaku.
Ketika diheret ke trak polis, Badrul Hisham dan tiga yang lain sempat mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan pihak polis hari ini didakwa sebagai tindakan 'pengecut' dan tidak 'bermaruah'.
"OCPD Seremban jadi alat kepada Mohammad Hassan (Menteri Besar Negeri Sembilan)," laung Badrul Hisham disahut rakan-rakannya dengan laungan reformasi dan Umno pengecut.
Perhimpunan 1 Mei : Empat ditahan di hadapan Wisma Umno Negeri Sembilan
SEREMBAN, 1 Mei (Hrkh) - Empat aktivis Angkatan Muda Parti KeADILan Rakyat (AMK) ditahan di hadapan Wisma Umno Seremban hari ini ketika mahu memulakan sidang media bersempena pengedaran risalah perhimpunan kesedaran rakyat sempena sambutan hari pekerja 1 Mei dekat sini.
Perhimpunan yang dijangka dimulakan pada jam 11.35 pagi itu akhirnya tidak berjalan seperti yang dirancangkan setelah polis terlebih dahulu menghalang kumpulan perhimpunan.
Ketika mahu memulakan sidang media, kumpulan perhimpunan aman didatangi oleh OCPD Seremban, Hasanuddin Hassan yang mahu semua peserta yang berhimpun bersurai segera tanpa mengadakan apa-apa aktiviti termasuk sidang media kepada wartawan.
Timbalan Ketua Penerangan AMK, Badrul Hisham Shaharin, yang ketika itu cuba berbincang dengan Hasanuddin akhirnya ditahan oleh lima anggota polis berpakaian preman.
Badrul dan rakan diheret
Akibat dari tindakan 'ganas' polis mengheret Badrul Hisham, tiga lagi rakan aktivis AMK cuba berbincang dengan polis bagi membebaskan Badrul Hisham, bagaimanapun mereka turut ditahan ketika pergelutan berlaku.
Badrul Hisham ditahan bersama tiga yang lain iaitu, Ketua AMK Negeri Sembilan, Haji Roslan Roes; Setiausaha AMK Negeri Sembilan, Azizi Abdul dan Penolong Setiausaha AMK Negeri Sembilan, Amer Hariss.
Ketika diheret ke trak polis, Badrul Hisham dan tiga yang lain sempat mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan pihak polis hari ini didakwa sebagai tindakan 'pengecut' dan tidak 'bermaruah'.
"OCPD Seremban jadi alat kepada Mohammad Hassan (Menteri Besar Negeri Sembilan)," laung Badrul Hisham disahut rakan-rakannya dengan laungan reformasi dan Umno pengecut.
Kesemua yang ditahan dibawa ke Balai Polis Seremban dan sehingga berita ini ditulis, semua yang ditahan belum dibebaskan.
Belakangi demokrasi
Mengulas penahanan itu Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Dr Rosli Yaakop yang turut serta dalam perhimpunan berkata, tindakan itu sekali lagi membelakangi demokrasi.
Ini kerana kehadiran Barisan Alternatif (BA) hari ini di Seremban hanyalah untuk mengedarkan risalah kepada orang ramai mengenai kesan kenaikan harga minyak lebih-lebih lagi kepada golongan pekerja, katanya.
"Ini satu tindakan yang tidak bermaruah yang membelakangi semangat demokrasi.Hak untuk berhimpun sememangnya ada malah jika Umno yang berhimpun tidak ada tindakan dibuat oleh polis sebaliknya jika pembangkang yang berhimpun inilah yang terjadi (merujuk kepada penahanan)," katanya.
Beliau seterusnya mengecam tindakan ganas polis itu malah mendesak polis segera membebaskan empat yang ditahan tanpa sebarang pendakwaan, katanya.
Lagi tindakan cemar nama polis
Sementara itu Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan, Haji Taufek Abdul Ghani pula menyatakan rasa kesal di atas insiden hari ini.
Tindakan polis yang dilihat sebagai 'pak turut Umno' itu sekali lagi mencemar imej pasukan keselamatan yang seharusnya bertindak tidak menyebelahi mana-mana parti politik hatta PAS sekalipun, katanya.
"Amat rugi kerajaan membelanjakan wang untuk mengadakan suruhanjaya bebas mengupah tokoh bagi membaikpulih imej polis, tetapi polis masih bersikap demikian dengan mengikut telunjuk pihak tertentu," dakwanya ketika ditemui selepas perhimpunan aman itu.
Bercakap bagi pihak AMK pula, Exco AMK, Zarerah Hanim yang turut hadir dalam perhimpunan itu berkata, tindakan polis itu menggambarkan satu lagi episod 'malang' berlaku dalam negara demokrasi ini.
Malah penahanan aktivis AMK itu sekali lagi membayangkan betapa takutnya pemerintah terutamanya di Negeri Sembilan dengan gelombang kesedaran rakyat setelah kenaikan harga minyak menjadi fokus kelemahan pentadbiran kerajaan, katanya.
Terdahulu sebelum penahanan dan perhimpunan dimulakan, kira-kira 60 pemuda disyaki dari Pemuda Umno Negeri Sembilan berkawal di hadapan Wisma Umno Negeri Sembilan.
Sementara tiga trak polis bersama lebih 50 anggota Pasukan Simpanan Khas Persekutuan (FRU) berkumpul di tempat yang sama.
Wednesday, April 19, 2006
5 pemimpin Angkatan Muda ditahan di Tasek Gelugor
Oleh Zulkifli Mohamed
TASEK GELUGOR: Lima pemimpin Angkatan Muda Keadilan,
termasuk Timbalan Ketua Penerangannya Badrul Hisham Saharin ditahan polis pagi ini, kerana menyertai perhimpunan aman dan mengedarkan risalah berkaitan kenaikan harga minyak di Kompleks Tasek Gelugor, di sini, Ahad.Empat yang lain ialah Exco Angkatan Muda Pusat, Rezal Huzairi Md Zaki, Ketua Penerangan Angkatan Muda Pulau Pinang, Amir Mohd Ghazali, Ketua Penerangan Angkatan Muda Tasek Gelugor, Sabri Salleh dan Setiausaha Angkatan Muda Kepala Batas, Latif Abdullah.Kesemua mereka ditahan kira-kira jam 11 pagi dan dibawa dengan sebuah trak polis ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara, Butterworth.Selepas 5 minit perhimpunan berlangsung, Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Supritendan Sukri Awang terus meluru kepada para penunjuk perasaan dan mengarahkan perhimpunan bersurai dalam masa lima minit.Ketika itu, Timbalan Ketua Angkatan Muda Kedah, Khairul Anuar Ramli baru hendak memulakan ucapannya.“Perhimpunan ini kena diberhentikan kerana telah banyak kali menyusahkan pihak polis,” katanya ketika berlangsung rundingannya dengan Ketua Penerangan Keadilan Pulau Pinang, Johari Kassim.Tasek Gelugor menjadi lokasi ke-10 dalam siri demontarasi aman di sebelah utara.Arahan beliau dipatuhi, setelah mereka diarahkan meninggalkan kawasan tepi jalan raya yang menjadi lokasi perhimpunan.Bagaimanapun, beliau mengarahkan para penunjuk perasaan berkumpul di perkarangan Kompleks berkenaan untuk satu sidang media oleh pemimpin Angkatan Muda .Ketika berlangsung kira-kira 10 minit sidang media oleh Badrul Hisyam, Sukri sekali lagi polis meluru dan mengarahkan para pemimpin Angkatan Muda ditahan, termasuk Latif dan Amir yang sedang memegang satu-satunya
sepanduk pada hari itu yang tertera: ‘Pak Lah! kami orang kampung, tak kaya, barang naik lagi kedana la kami. Pak Lah tak sayang kami ka?”Rezal Huzairi dan Sabri pula ditahan ketika mengedarkan risalah kenaikan harga minyak kepada orang ramai, termasuk kepada anggota polis.Seorang pemuda yang mempunyai ‘masalah mental’ hampir ditahan polis, kerana mengetuai orang ramai melaungkan ‘reformasi’ ketika trak yang membawa tahanan aktivis Angkatan Muda mula bergerak.Kad pengenalannya turut diperiksa polis, bagaimanapun dia dibebaskan setelah pihak polis mengetahui hal sebenarnya.Perhimpunan pada pagi itu dihadiri kira-kira 100 orang.Lima trak polis dan sebuah water canon bersiap sedia di Balai Polis Tasek Gelugor. Sementara sekatan jalan raya diadakan dari kedua-dua arah Tasek Gelugor dan Kepala Batas.Ketika berita ini ditulis (1.00 tengah hari), kesemua mereka belum diambil sebarang keterangan.“Belum ada sebarang keterangan diambil,” jelas salah seorang tahanan, Amir Ghazali ketika dihubungi di Ibu Pejabat Polis berkenaan.Semalam (Sabtu), kira-kira 3 petang, sepasukan FRU dan sebuah ‘water canon’ yang bersedia di Dewan Millenium Kepala Batas, pulang hampa setelah tiada sebarang perhimpunan aman di sana.Sebelum itu, telah tersebar maklumat palsu tersebut melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) oleh pihak-pihak tertentu.Ketika ini, para pemimpin Barisan Alternatif (BA) sedang berkumpul di Ibu Pejabat Polis berkenaan untuk memberikan sokongan moral kepada para tahanan.
Tuesday, April 18, 2006
UMNO perkuda Polis
Wednesday, April 12, 2006
Empat demo ‘Protes Sampai Turun’ di utara bermula 16 April
PULAU PINANG: Empat demo aman ‘Protes Sampai Turun’ anjuran Angkatan Muda keADILan akan menggegarkan kawasan utara meliputi Tasek Gelugor, Bukit Mertajam, Kepala Batas dan Sungai Petani pada 16 dan 23 April depan.16 April, AhadPada 16 April Angkatan Muda Keadilan Tasek Gelugur dan Kepala Batas akan mengadakan demo tersebut di Kompleks Tasek Gelugor di sini, bermula jam 10.00 pagi.
Menurut Ketua Penerangan Angkatan Muda Tasek Gelugor, Sabri Salleh pihaknya akan turut mengedarkan risalah berkaitan kenaikan harga minyak kepada orang ramai pada hari tersebut.
Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Pusat, Badrul Hisham Saharin dijangka turut serta pada hari itu.
Pada sebelah malamnya, jam 9.00 akan diadakan pidato ‘Pentas Perdana’ yang dibarisi oleh Badrul Hisham Saharin, AJK Keadilan Perak Gobalakrisnan dan Exco Pemuda PAS Pulau Pinang, Yusni Mat Piah di Markas PAS Padang Menora, Tasek Gelugor.Sebelum itu, pada jam 5.00 petang, demo yang sama akan diadakan di Tapak Pasar Malam Alma, Bukit Mertajam. Program anjuran Keadilan dan PAS Bukit Mertajam.Di Sungai Petani, Kedah, bermula jam 4.00 petang, ‘Protes Sampai Turun’ bagi kenaikan harga minyak dan cukai tanah di negeri itu, bagi siri ketiga akan diadakan di hadapan bangunan jam besar di bandar tersebut.
Program anjuran Angkatan Muda Kedah.23 April, Ahad Pada 23 April, bermula jam 5.00 petang sekali lagi Kompleks Dato’ Kailan, Kepala Batas menjadi lokasi demontrasi aman. Program tersebut anjuran PAS Kepala Batas dengan kerjasama Keadilan bahagian itu.26 Mac lalu lebih seribu penunjuk perasaan menghadiri perhimpunan di kawasan Parlimen Perdana Menteri tersebut, walaupun mendapat gangguan pihak polis.Turut hadir ketika itu, Naib Ketua Angkatan Muda Pusat Shamsul Iskandar Mohd Akin dan beberapa exco Angkatan Muda Keadilan.
Thursday, April 06, 2006
Cabaran DEBAT : kerajaan lemah dan korup punca Minyak dan Gas naik harga
Seperti yang telah diumumkan awal maka jam 10.30 pagi ini, 3 orang Ahli Jawatankuasa Angkatan Muda Negeri Sembilan yang diketuai oleh Setiausaha Angkatan Muda Negeri, saudara Amiruddin Wahab dan penolong setiausaha Angkatan Muda Negeri Saudara Azizi telah menghantar surat ke pejabat UMNO negeri dan mengadakan sidang media selepas itu.
Cuma yang 'terlalu menariknya' ialah sambutan yang mereka terima di pejabat UMNO Negeri Sembilan pagi ini.
Mereka telah disambut oleh 12 orang anggota tidak kurang dari 5 anggota polis beruniform dan 15 orang anggota polis tidak beruniform - dapat dikenal pasti kerana mereka merupakan anggota cawangan khas yang sentiasa terlibat memantau prog. keADILan (termasuk trafic yang ditempatkan di depan bangunan UMNO melarang semua kenderaan parking di depan). Pemuda UMNO Negeri Sembilan pula telah menggerakkan tidak kurang dari 50 orang ahli mereka yang memenuhi ruang hadapan pejabat UMNO Negeri. Helikopter polis juga berkeliaran di ruang udara atas Pejabat UMNO selama hampir 30 minit. (24 anggota 'lsf' berada di depan bangunan umno sehingga jam 10.30 pagi dan kemudian balik).
Kumpulan pemuda UMNO yang 'berkawal' di sekeliling bangunan UMNO di ketuai oleh bekas adun rantau Ghani Hasan (adik menteri besar negeri sembilan).
Malangnya hanya dua wartawan akhbar cina yang hadir membuat liputan dan kemudian mereka balik tanpa menunggu habis sidang media. Salah seorang dari mereka memaklumkan dihubungi editor mengarahkan mereka pulang kerana orang atas minta jangan buat liputan mengenainya.
Surat tersebut telah diterima oleh salah seorang kerani yang tidak mahu memperkenalkan diri tetapi menandatangai akuan terima surat cabaran debat tersebut. Dalam surat tersebut Angkatan Muda Negeri Sembilan menyatakan cabaran debat dan memberikan masa 14 hari untuk UMNO negeri sembilan menjawabnya.
rombongan 3 orang wakil angkatan muda negeri meninggalkan bangunan umno negeri sembilan jam 11.05 pagi tanpa kejadian tidak diingini.
maklumat tambahan call 0176688404.
amiruddin wahab menyatakan rasa kesal kerana umno menunjukkan sikap seperti gangster. namun ini menunjukkan ketakutan penguasa kerana tertekan dengan isu kenaikan minyak ini. amk ns harap umno berani tampil untuk mempertahankan hujah mereka mengenai kenaikan minyak dan kami (amk) mempunyai terlalu banyak bukti dan fakta untuk diperdebatkan membuktikan kenaikan ini berlaku kerana kelemahan pentadbiran kerajaan dan amalan korupsi yang membarah.kami memberikan masa 14 hari untuk mereka jawab.
gambar atas : sebahagian dari pemuda umno yang berkawal di satu sudut bangunan umno, juga
kelihatan ghani hassangambar sebelah : amirudin menerangkan kepada wartawan mengenai penghantaran surat sebelum menghantar surat. masa selepas hantar surat wartawan dah tiada untuk sidang PC
Tuesday, April 04, 2006
SMS perhimpunan Guling Kerajaan 15 April 'palsu'
3 April 2006Semenjak seminggu lalu saya telah di hujani ratusan panggilan yang meminta pengesahan mengenai satu perhimpunan yang bakal diadakan di Wisma Anwar Ibrahim, Rasah pada 15 April 2006. Setelah di siasat berita kononya akan ada perhimpunan ini tersebar melalui sistem pesanan ringkas (SMS).
Puluhan teman – teman telah mendapat sms yang dihantar dari nombor yang sama iaitu 0172731385 dengan pesanan yang berbunyi seperti berikut :
“Perhimpunan 100000 rakyat M’sia berkampung di WISMA ANWAR IBRAHIM (dekat tol Rasah) sempena meingati Perhimpunan 100000 KESAS, ia terdiri 14 aktivis2 Black14 sdr Mahfus Omar,Ezam mohd Nor,Tian Chua,Dr.Hatta,Mohamad Sabu, Faizal Sanusi, NGO2-GRik,Blk pulau dn lain2. TEMA : JATUHKAN KERAJAAN BN tempat wisma anwar Ibrahim,Tmn Seputeh, jln look,Rasah,NS 8.30pm 15/4/06. Bawa bersama lilin tanda protes kenaikan harga minyak. c’gu Bad 0176688404”
Di sini saya dan pihak Pusat Aktivis Gerakan Reformasi (PAGER) Malaysia (badan yang mengendalikan operasi Wisma Anwar Ibrahim) ingin menafikan terlibat mengadakan atau merancang mengadakan perhimpunan seperti yang dinyatakan.
Saya meminta teman – teman supaya jangan terlibat memanjangkan (forward) pesanan tersebut.
Sebarang program melibatkan parti atau kegiatan pro reformasi yang di anjurkan saya atau teman – teman aktivis akan dibuat pengumuman rasmi secara terbuka . Semua program yang sahih boleh dirujuk kepada http://keadilanrakyat.org/ atau tersiar dalam akhbar suara keADILan atau sekurang – kurangnya akan tersebar melalui sistem sms ADIL News Net.
yang benar ;
Badrul Hisham Shaharin
Timbalan Ketua Penerangan
merangkap
Pengarah PAGER Malaysia
0176688404
badrul_angkatanmuda@yahoo.com
www.chegubard.blogspot.com
Monday, April 03, 2006
RMK 9 - disebalik .....
Saturday, April 01, 2006
Debat Rakyat

Pertamanya merujuk kenyataan Saudara Setiausaha Perhubungan Umno Negeri Sembilan dalam Utusan Malaysia 25 Mac 2006 bertajuk ‘UMNO nafi sertai debat isu minyak’, di mana dalam laporan saudara menyatakan
- Menafikan penglibatan Umno dalam debat isu minyak
- Menafikan Umno menerima jemputan
Di sini ingin saya tegaskan untuk pengetahuan saudara.Sememangnya Umno tidak terlibat dalam penganjuran kerana ia dianjurkan oleh Angkatan Muda Negeri Sembilan dengan kerjasama PROTES (gabungan ngo dan parti politik menentang kenaikan harga minyak)
Sememangnya kami tidak menjemput Umno tetapi kami menjemput
- YB Ir Jamlus Aziz (selaku Ketua Pemuda UMNO NS dan Exco Kerajaan Negeri Sembilan)
- YB T.Rajagopalu (selaku exco yang bertanggungjawab mengenai Hal Ehwal pengguna)
- Surat jemputan bertarikh 7 Mac 2006 {Ruj. Kami : amns/keluar/2006/ (235)}telah disampaikan melalui email dan faks pada hari yang sama dan penghantaran tangan telah dihantar ke tingkat 1, Wisma Negeri telah dibuat pada 13 Mac.
Kami mengaggap serius kenyataan Perdana Menteri Malaysia iaitu mengarahkan semua ahli UMNO termasuk ahli BN berani untuk turun kebawah dan mengambil setiap kesempatan untuk memberikan penerangan kepada rakyat mengenai kenaikan harga minyak. Berdasarkan kenyataan Perdana Menteri itu kami mengganggap sudah tentu kedua wakil rakyat yang kami undang berani untuk menggunakan kesempatan ini untuk tampil dan memberikan penerangan isu berkenaan. Maka selepas menghantar jemputan kami terus membuat hebahan dengan menggunakan poster dan banner. Sehingga tarikh program debat kami tidak mendapat sebarang makluman bahawa mereka tidak mahu hadir.
Pada program tersebut kira – kira 600 orang membanjiri kawasan dalam dan luar dewan yang hanya mampu mengisi 250 orang sahaja. Bagaimanapun semua mereka termasuk kami penganjur hampa kerana kegagalan untuk panelis dari parti pemerintah hadir dan tidak menghantar wakil.
CABAR UMNO NEGERI SEMBILAN ATAU WAKILNYA DEBAT !
Sehubungan dengan itu kami juga memuji sedikit keberanian saudara untuk memberikan komen mengenai isu ini di media arus perdana. Setelah kegagalan Ketua Pemuda Umno Negeri Sembilan berdebat dengan kami dalam isu kenaikan minyak ini maka, dengan ini secara rasmi kami mempelawa untuk Umno Negeri Sembilan untuk berdebat.
Kami bersedia untuk menghantar wakil di mana sahaja tempat dan waktu yang ditetapkan oleh pihak saudara dengan satu sahaja syarat iaitu ia mestilah diadakan secara terbuka.
Kami amat mengharapkan pihak saudara mempunyai sedikit keberanian dan sikap bertanggungjawab untuk berhujah secara terbuka mempertahanklan mengenai relevannya tindakan kerajaan menaikkan harga minyak.
Bukan seperti biasa hanya membuat penerangan dalam program rasmi kerajaan yang dihadiri kakitangan kerajaan dan pelajar yang rata tidak berani bersoal balas kerana takutkan tindakan tekanan kerana bakal dilabel pembangkang kerana bertanyakan soalan.
Kami bersedia untuk membentangkan dan memperdebatkan fakta mengenai betapa kelemahan kerajaan menjadi punca kenaikan harga minyak dan gas ini.
Kami memberikan masa 14 hari untuk mendapatkan respon dari saudara.
Sekian dan terima kasih.
Angkatan Muda Negeri Sembilan

