Dalam buku Kisah Singapura yang ditulis oleh Lee Kuan Yew beliau ada mengatakan bahawa Syed Jaafar Albar adalah seorang tukang pukul dan berasal dari Indonesia tetapi mempunyai darah Arab. Lee Kuan Yew turut mengatakan bahawa Albar adalah seorang penghasut besar dan di perakui olehnya sebagai seorang bersikap perkauman. Apa pun pandangan Lee Kuan Yew terhadap Albar hanya menunjukkan bahawa Albar diakui sebagai seorang pejuang pada zamannya. Didalam UMNO, Albar bukan sahaja tertulis pernah menjadi Ketua Pemuda UMNO yang terpenting tetapi juga sebagai seorang yang berprinsip.
Bila Tunku Abd. Rahman Putra (Almarhum) mengeluarkan Singapura dari Malaysia di tahun 1965, beliau terus menentang tindakan tersebut kerana tiada bersetuju dengan Tunku, sehingga sanggup meletakan jawatan sebagai Timbalan Menteri Penerangan dan juga Setiausaha Agung UMNO. Sejarah juga mencatat kisah Albar yang menentang pemecatan Dr Mahathir Mohamad selepas peristiwa 13 Mei 69, oleh Majlis Tertinggi UMNO. Walaubagaimana pun beliau jugalah orangnya yang bermatian menentang kemasukan semula Dr Mahathir Mohamad oleh Tun Razak setelah dibuka jalan oleh Datuk Harun Idris untuk menerima Dr Mahathir Mohamad semula di dalam UMNO,
Hari ini selepas 40 tahun anaknya Syed Hamid Albar yang memegang jawatan Menteri Luar yang mana pada asalnya tidak diterima oleh Sultan Johor untuk bertanding di Benut tahun 1986. Tetapi dengan inisiatif Dr Mahathir Mohamad, beliau dapat memujuk Sultan Johor, agar dipersetujui untuk beliau bertanding di Kota Tinggi, kawasan lama bapanya dahulu bernama Panti pada tahun 1990.
Mungkin Dr Mahathir Mohamad juga mudah lupa akan sikap bapanya Syed Jaafar Albar berhubung permohonan beliau untuk menjadi ahli UMNO semula dengan melantik anaknya menjadi Menteri, itu pun atas cadangan Abd Ghafar Baba yang semasa itu adalah Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan kerana beliau adalah Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang yang sewaktu itu tidak terdapat seorang pemimpin UMNO menjadi Menteri mewakili Wilayah Persekutuan.
Malangnya dalam satu perjumpaan orang UMNO di UKM, Syed Hamid Albar selaku Menteri Luar dalam ucapan seperti tidak mengambil kira apa yang pernah dilakukan oleh Dr Mahathir Mohamad sehingga beliau berjaya dalam kedudukan beliau sekarang ini. Beliau bukan sahaja tidak berusaha untuk menggunakan cara-cara diplomat supaya peserta tidak mengambil peluang bagi menghentam Dr Mahathir Mohamad tetapi beliau juga semacam menggalakkan dan membiarkan peserta untuk menghentam Dr Mahathir Mohamad.
Selaku Menteri Luar, beliau mestilah menggunakan secara diplomasi jika hendak sangat mempertahankan bossnya yang ada sekarang ini. Sekarang semua orang jadi hairan akan sikap anak dan bapak, maka tidak silaplah bila semua orang mengatakan bahawa bapanya diakui Singa UMNO tetapi anaknya hanya sekadar anak singa sirkus yang mana boleh dilatih untuk menghibur. Maka dalam kes ini hilanglah peribahasa Melayu, kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Jauh bezanya pendekatan bapanya dengan isu Singapura sewaktu itu dengan isu Singapura hari ini. Maknanya kalau melihat cara Syed Hamid Albar dalam isu jambatan setaraf dengan iklan biskut, sekejap buat, sekejap jangan buat, lepas tu buat, kemudian itu batal. Jelaslah Syed Hamid Albar kalau nak diambil perkataan yang agak manis sikit.. dia sebenarnya bau badan Syed Jaafar Albar pun tak ada.. walau pun dia anak lelaki Syed Jaafar Albar.
Kini semua orang ber-gosip tetapi tidak bertanya dan bila orang bertanya dengan soalan ini kepada Syed Hamid Albar, "nak tanya betul/benar keluarga YB Ds Dtk dan Pak Lah terlibat dalam penjualan pasir dengan Singapura dan adakah benar hendak ditandatangan perjanjian itu?", jawapannya adalah seperti berikut, "Saya tak pernah cari rezeki daripada pasir. Saya bertanggungjawab memberi syor pada kerajaan untuk membatal export pasir ke Singapura". Baca soalan dan kemudian baca jawapan.
Maka kesimpulan Menteri Luar tidak menjawab soalan, sepatutnya jawapan ringkas yang sepatut diberi ialah " saya tidak terlibat sama sekali". Hairan, siapa pula yang menyoal samada dia makan atau tidak rezeki pasir?. Orang ramai akan terus buat andaian sendiri samada benar atau tidak, tetapi jawapan akan diperolehi adalah serupa dengan kes kenaikan harga minyak yang dikatakan untuk membantu perkhidmatan pengangkutan awam, tetapi digunakan semata untuk membayar dengan cepat kepada Scommi syarikat milik anak Perdana Menteri yang kuat menentang rasuah dan tidak ada kroni, sebagai pembekal utama semua gerabak keretapi, bas dan mungkin sampai keperingkat pensil dalam syarikat GLC pengangkutan.
Sebagai contoh yang nyata sekarang kesemua pembekal kertas komputer yang dahulunya dibekalkan oleh beberapa syarikat bumiputra sudah bertukar tangan diberikan kepada syarikat yang ada hubungan dengan keluarga Abdullah Ahmad Badawi secara menopoli dan berpuluh syarikat pembekal kertas terpaksa tutup kedai dan ini menyumbang kepada indek penganggur Melayu dan bakal bangkrap.
Pemimpin UMNO sekarang sudah jadi macam orang primitif, nampak tunggul disangka hantu, baru main-main kata nak sambut Dr Mahathir Mohamad, sudah mengelabah, talifon sana talifon sini, supaya jangan datang. Kalau real tunggul jadi hantu, tak tahu kita macam mana mereka nak hafal ayat kursi kerana jangan sampai ada pemimpin pemuda, baca fatiha pun dalam bahasa Inggeris.
Excellent article bard..keep up the good work! btw, nice looking blog..:)
ReplyDelete