
When injustice becomes law, resistance becomes duty"...."Many will call me an adventurer - and that I am, only one of a different sort: one of those who risks his skin to prove his platitudes."— Che Guevara (1928-1967) International Revolutionary
Sunday, January 07, 2007
Gantung diri, gagal bayar yuran

Thursday, January 04, 2007
Akhirnya Saddam Mati jua - Yunus

Maka matilah Saddam Hussein di tali gantung pada 30hb Jan.2006 bersamaan Hari Raya Qorban (dirayakan di Iraq sehari lebih awal dari Malaysia).
Saddam ini bukannya pula baik orangnya, dia ini adalah seorang despot yang menaiki kuasa melalui kekerasan senjata dan pembunuhan. Tetapi jika diperhatikan sejarah di tanah bernama Iraq ini, kita akan dapati satu aspek pergolakan kuasa yang ganas, berdarah dan ngeri.
ikuti tulisan selanjutnya di http://blackinkorea.blogspot.com
Anwar rasmi MAT NUBE
Tarikh: 5 Januari 2007 (Jumaat)
Masa: 7.30 PM
Tempat: Pusat Latihan NUBE, KM 13.5 Jalan Pantai Teluk Kemang, 71050 P. Dickson
Antara lain Tuan Syed Shahir, Presiden MTUC akan turut hadir.
Datuk Seri Anwar dijangka menyentuh mengenai cabaran rakyat Malaysia menghadapi gelombang globalisasi dan liberalisasi termasuklah pusingan kedua penggabungan dan pembelian bank-bank tempatan serta kehilangan daya saing negara.
Datuk Seri Anwar akan menekankan keperluan pembaharuan ekonomi dengan menggantikan Dasar Ekonomi Baru dengan Agenda Ekonomi Nasional yang menggabungkan penekanan meningkatkan daya saing negara dengan memelihara keadilan sosial tanpa mengira kaum.
Untuk hadir pada program tersebut, anda boleh menghubungi pegawai NUBE di 012-3031462
Tuesday, January 02, 2007
Bukan tujuan meraih simpati, mengumpul sokongan
Lama sangat rasanya tidak meng ‘up-date’ blog, bukan sahaja up-date malah membuka blog mahupun melayari internet agak sudah lama. Hampir dua minggu.
Masuk pejabat GERAK hanya sekejap sekejap - sekejap haja. Paling terakhir Black yang up-date dengan menaikkan Video we shall overcome. Black excited sangat bila bercerita bab demo 7 Januari ini “demo anti kenaikan tol”, kerana itu dia naikkan video klip tersebut yang katanya lagu itu dinyanyikan untuk menaikkan semangat para demonstrate anti perang satu ketika dulu.
Terlalu sibuk dengan menyusun gerak kerja di Negeri Sembilan. Semua perlu diselesaikan sebelum ke Korea mungkin penghujung Febuari 2007. Amat risaukan gerakan anak muda ”AMNS” selepas pemergian saya akan kalau – kalau tersangkut. Itu mungkin kesilapan selama ini kelihatan terlalu bergantung idea dan arahan.
Malah masih terakam padat di ingatan, bila diluahkan mengenai keputusan untuk tetap akan ke Korea. Ikhlas di wajah mereka gembira melihat kejayaan sahabat. Tetapi genggaman tangan masing – masih bersalam jelas menunjukkan sedikit kecewa kerana keputusan tersebut.
Yakin teman – teman AMNS paham akan keputusan itu. Berdasarkan keadaan situasi sekitaran (fitnah, adu domba, politiking) maka adalah sihat untuk saya berkelana sebentar ke bumi asing. Tetapi percayalah keputusan itu saya ambil dalam terpaksa dan berat hati.
Namum kepercayaan saya amat tinggi kepada teman – teman AMNS untuk meneruskan agenda perubahan dan mengasak kesedaran rakyat.
Kesibukan juga ditambah kerana persiapan bertunang (pada 1 Januari) dan majlis perkahwinan (15/16 Febuari). Insyaallah akan di umumkan. Kehadiran semua sahabat, keluarga dan aktivis anak muda jauh dan dekat dalam majlis tersebut amat diharapkan.
Beratus sms dan email yang menujah masuk ke talian hp 0176688404 dan email peribadi respon dari situasi politik mahupun penulisan dalam blog ini.
Pertama sekali saya mengucapkan terima kasih atas panggilan telefon, email dan sms yang saya terima dari perbagai insan yang menawarkan bantuan kewangan khususnya selepas membaca artikel Catatan ke Terengganu : Jangan Jadi cicakman. Artikel tersebut merupakan lontaran terus dari hati yang ditulis pada 20 Disember, jam 4.00 pagi dalam keadaan keletihan selepas pulang kecewa dari menghantar bantuan banjir di Felda Sungai Kelamah.
Amat mengejutkan bukan di kalangan teman – teman yang dikenali atau sekurang kurangnya yang mengakui penyokong mahupun pendokong gerakan Reformasi tetapi tawaran bantuan juga di perolehi dari seseorang yang saya kira antara tokoh establisment.
Di tegaskan tulisan tersebut bukan untuk meraih simpati hanya catatan peribadi untuk didedikasi dengan anak muda yang sama berkongsi aspirasi agar lebih bersemangat dalam perjuangan. Hampir semua tawaran tersebut telah saya tolak dengan baik dan ingin saya bangkitkan jika benar mereka ingin membantu salurkan kepada mereka yang lebih memerlukan atau salurkan kepada channel yang betul untuk melicinkan perjuangan. Kerana bagi bagi saya melihat teman – teman pejuang berjaya menjalan aktiviti dengan lancar adalah kebahagian yang tidak ternilai. Ketahuilah ramai teman pejuang di bawah sana bergelut dengan hidup tetapi masih mengutamakan usaha meneruskan perjuangan dengan ikhlas tanpa memikirkan untuk claim apa yang mereka belanjakan.
Seorang kekanda dari Putrajaya yang tidak ingin namanya disebut enam kali menefon menawarkan untuk membayar kos membaiki kereta saya, namum saya tolak dengan baik. Akhirnya dia memasukkan RM 300 ke akaun AMNS dan wang tersebut telah digunakan untuk program kembali ke sekolah.
Saya juga amat menghargai penyataan sokongan dari teman – teman yang di kenali mahupun tidak dikenali. Sesungguhkan penyataan sokongan dari mereka (anak muda) amat dihargai tetapi akan lebih bermakna jika kita sama lelehkan keringat kita dalam perjuangan yang menuntut keberanian dan kecekalan anak muda ini. Saya juga berharap agar sokongan – sokongan teman – teman tidak disertai dengan memperlekehkan dan memperkecil kecilkan orang lain. Jika benar ada yang tidak dipuas hatikan berkatalah benar secara tegas. Ketidak kebetulan dalam gerakan harus diperbetulkan sebelum ia menjadi kerosakan yang parah.
”berkata benar di depan penguasa yang zalim merupakan antara jihad yang besar’
Bagi yang memberikan komen peringatan dan amaran itu juga saya ingatkan jaminan saya yang telah saya berikan dalam surat saya kepada semua exco angkatan muda pusat iaitu jagan khuatir saya tidak akan bertanding untuk jawatan Ketua Angkatan Muda Pusat yang kini kosong selepas pengunduran saudara Ezam.
Cuma sedikit kegusaran apabila ada komen berbentuk ugutan dan seolah akan gembira ingin melihat kehancuran khususnya AMNS.... komen – komen nakal ini bukan sahaja memenuhi mail box, chat box chegubard tetapi turut mengheret blog DSAI juga. Saya merayu ketepikan segala bentuk politiking berlebihan, kepura puraan dalam berjuang dan seumpamanya.
Sedih juga rasanya kerana blog ini dibuka dan di usaha diletakkan dengan chat box semata – mata berharap menjadi medan berkongsi idea dan maklumat mengenai persekitaran ke arah mempertingkatkan daya juang dalam menobatkan keADILan. Nampaknya ada yang seronok menggunakannya berdasarkan pemikiran sempit.
Jawatan kanan dalam parti tidak membawa makna apa – apa jika kita mewarisi sebuah parti yang bukan lagi berada di arus perdana dan gagal untuk bersama dengan denyut nadi luka rakyat marhaenis.
Menulis di dalam kereta kelisa yang di letakkan di depan coffee bean s2 shopping mall pada jam 2 petang...amat panas, namun tidak sedar masa berlalu, bateri komputer riba telah berkelip (hampir habis) dan baju telah lencun basah dek peluh. Walaupun kurang selesa namun tempat ini di pilih kerana boleh layari internet secara percuma kerana mencuri guna line wi fi dari lot perniagaan berdekatan.
Esok masuk pejabat akan update yang lain khususnya mengenai perjumpaan dengan ’sumber’ di Muar yang memberikan mallumat salahguna kuasa dalam pemberian bantuan banjir. Serta menjawab 11 email yang diperolehi ekoran dari lawatan AMNS ke Tugu Peringatan perang Menentang Jepun di Nilai.
Amat berharap semua tumpukan kepada gerak kerja..... pergiatkan usaha jangan bazirkan tenaga dengan menumpukan kepada perkara yang boleh melarikan fokus... Ingat perjuangan bukan pada kata - kata sebaliknya Perjuangan Adalah Pelaksanaan Kata - Kata.
Tuesday, December 26, 2006
Joan Baez - We Shall Overcome - Woodstock 1969
Video ini Che'gu bard tujukan kepada semua pendemo-pendemo yang akan turun pada 7hb Januari 2007 ini. Semoga kita tak akan mengalah dalam perjuangan ini.
SOKONG KENYATAAN ADUN LENGGENG : HENTI CAMPUR TANGAN KELUARGA MB DALAM URUSAN KERAJAAN N.S
24 Disember 2006
Ishak yang juga Ketua Umno Bahagian Seremban juga menyebut mengenai banjir sekitar negeri ini sejak akhir – akhir ini turut berpunca dari kegiatan korek pasir dan pembalakan yang di jalankan oleh mereka yang mempunyai pertalian keluarga dengan Menteri Besar.
Sebelum ini Angkatan Muda keADILan Negeri Sembilan (AMNS) telah menerima banyak rungutan baik dari orang biasa mahupun orang dalam Umno dan kerajaan negeri sendiri mengenai perkara ini.
Mengikut rekod Majlis Perbandaran Seremban dan Majlis Perbandaran Nilai tercatat nama ahli keluarga Mohamad Hassan sebagai Ahli Majlis dan rungutan di kalangan ahli juga pimpinan Umno negeri pula merasakan kurang selesa dengan penglibatan Datuk Azman Hassan (Abang Mohamad) sebagai Setiausaha Umno.
Menjadi buah mulut di negeri ini mengenai campur tangan keluarga Mohamad di dalam banyak urusan kerajaan dan mula menguasai banyak projek serta perniagaan menggunakan pengaruhnya.
AMNS memandang pendedahan Ishak dalam dewan itu sebagai kemuncak menifestasi kegelisahan rakyat negeri ini. AMNS menyokong kenyataan Datuk Ishak di dalam Dewan Undangan Negeri itu.
AMNS menuntut dihentikan segera campurtangan keluarga MB ini dalam urusan kerajaan.
Untuk itu AMNS akan melancarkan kempen menyedarkan rakyat untuk mendesak dan menolak campur tangan keluarga dalam urusan kerajaan negeri ini. Walaupun Mohamad berjaya menjadikan isu ini telah disenyapkan oleh media dari pengetahuan umum tetapi kempen poster dan risalah akan dilancarkan sehingga MB memberikan respon dalam isu ini. 50,000 Risalah akan disebarkan dan 10,000 poster akan ditampal di tempat – tempat strategik.
Kempen kali ini juga menuntut penjelasan MB mengenai penggunaan dana khas untuk rakyat miskin untuk mengubah suai dapur rumah rasmi dengan nilai RM 4.5 juta dan membeli perabut dengan nilai RM 5.44 juta.
bahan kempen sila cetak dan sebarkan / tampal di kawasan anda !
(klik pada imej untuk gamabr lebih jelas, fail dalam saiz besar mungkin kena tunggu)

Rasuah lepas Curi milo kena penjara
KOTA BAHARU: Kerana mencuri sepaket Milo berharga RM12.90, seorang penganggur hari ini dihukum penjara empat bulan dan denda RM2,000 di Mahkamah Majistret di sini.
Nammad Amruzar Mohd Nawi, 23, juga terpaksa merengkuk di penjara selama dua bulan lagi sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
Dia mengaku salah mencuri sepaket Milo seberat satu kilogram dari sebuah pasar raya di sini pada 13 Sept lepas.
Dia dituduh mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara 10 tahun dan denda.
Majistret Nik Habri Muhammad memerintahkan hukuman bermula pada tarikh Nammad Amruzar ditangkap iaitu pada 13 Sept lepas. BERNAMA
Negara ini dah gila....curi milo (RM12.90) pun kena tangkap...tapi yang rasuah berbilion terlepas macam itu saja... yang akibatkan negara rugi berbilion boleh jadi menteri..... huh gilo...gilo.. Sekali lagi mahkamah dan institusi penguatkuasaan Malaysia menunjukkan kebolehan luar biasa.
Sunday, December 24, 2006
Catatan ke Terengganu : Jangan jadi Cicakman
memandangkan kereta yang ‘tidak berapa sihat’ dan untuk lebih menjimatkan.18 Disember 2007, 7.00 pagi keluar rumah dengan berbekal RM 10.00 yang dipinjam dari mak dan wang yang sememang ada dalam poket RM 7.00. Itupun hanya cukup isi minyak kereta yang dah teruk sangat ’kering’ sebanyak RM 15.00
Dari rumah aku terus ke Sekolah Tinggi Chung Hwa, Seremban untuk mengambil semula deposit sewa dewan yang di gunakan untuk Dialog Ekonomi pada 26 November lepas. 8.00 pagi sampai di sekolah itu aku dimaklumkan Encik Tham, Pegawai yang bertugas akan masuk lewat sekitar jam 11.30 pagi. Tiada pilihan lain selain dari menunggu beliau kerana tiada jalan lain untuk mendapatkan tambang ke Terengganu.
Jam 11.45 pagi aku meninggalkan sekolah tersebut dengan pulangan deposit yang di tunggu. Walaupun tidak seperti jumlah yang disangka, hanya RM 150 di pulangkan. RM 450 telah dipotong kerana penggunaan dewan lebih masa dan tambahan kerusi. Resit tertulis RM 450 (Deposit) di tolak RM 150 (sewa kerusi) RM 100 (sewa kantin) RM 50 (sewa lebih masa). Selain tercatat RM 950 untuk sewa dewan dan P.A system yang telah dibayar sebelum program bermula. Deposit itu aku ambil kerana setengah dari jumlah kos sewaan tersebut aku pinjamkan wang sendiri tetapi akhirnya setelah dikira wang jualan tiket dan kutipan hari tersebut aku tak jadi ambil balik wang yang dipinjamkan kerana wang tersebut cukup – cukup untuk projek print vcd percuma. Maka aku niat infaqkan sahaja kecuali deposit ini aku terpaksa ambil.
12.00 tengahari sampai Terminal One Seremban. Malangnya trip bas pagi dah terlepas (11.00 pagi) dan paling awal pun 8.00 malam nanti. Tiada cara lain, aku ambil keputusan bawak kereta keliasa aku yang tiada aircon (kerana compressor rosak) dan rim bengkok teruk. Paling tidak sehingga Kuantan untuk dapatkan bas ke Terengganu.
Kena isi minyak ! Sedikit lega kerana teringat mata terkumpul dalam Kad Smile. Sampai Kuala Pilah aku berhenti di Esso. Aku tebus 1000 mata dapat minyak free RM 15 dan aku tambah RM 40 lagi. Lega selepas isi minyak dengan kelajuan biasa dan tidak menggunakan aircond, minyak yang ada ini cukup bukan setakat Kuantan tetapi terus ke Kuala Terengganu pun cukup.
Dalam perjalanan melepasi Kuala Pilah aku telefon Rizan Ali, Ketua AMK Pahang untuk bertanya mengenai jadual bas dari Kuantan ke Kuala Terengganu. Rizan memberi tahu bas hanya ada pukul 5 petang dan akan sampai Kuala Terengganu sekitar 10.30 malam.
Aku tersenyum kerana aku terpaksa pandu kereta yang macam kereta kuda (kerana rim bengkok teruk) terus ke Kemaman. Cuaca yang mendung telah menyelamatkan aku aku dari kepanasan kerana tiada aircond. Cuma aku perlu berhenti di Stesen Minyak di Muadzam Shah untuk beli minyak enjin. Tambah sikit minyak enjin kerana risau juga lama tak tukar, mungkin kering atau dan terlalu kotor.
Aku hubungi Setiausaha Bahagian Kemaman yang lebih di kenali sebagai Din Bangla (maaf jika Din terbaca dan marah aku dedahkan nick dia) untuk bertanyakan jadual perjalanan Bas dari Kemaman. Bas terakhir ialah jam 5 petang dan biasanya sampai ke Kuala Terengganu sebelum 9.00 malam. Aku sedikit lega, tetapi melihat waktu yang suntuk dan perlu sampai Kemaman sebelum 4.30 petang, aku batalkan untuk berhenti makan. Memang lapar kerana dari pagi belum makan.
Jam 3.00 petang melepasi pintu gerbang masuk ke Kemaman. Terlalu letih memandu ’kereta kuda’ seorang tanpa henti dari Seremban. Lapar pula. Aku berhenti kedai runcit sebelum Masjid Kemaman untuk beli roti krim dan air kotak. Cadang hendak berhenti makan roti, rehat dan solat di Masjid Kemaman.
4.00 petang aku berjumpa Din di depan Restoran Briani depan Maybank Kemaman. Dia minta pandu ikut belakang keretanya. Rupanya dia suruh ikut ke pejabatnya dan minta letak ’kereta kuda’ depan pejabatnya. Dia hantar ke stesen bas dan dalam kereta dia hulurkan tiket bas sambil berkata anggap (tiket ini) keADILan Kemaman belanja. Aku yang sememangnya tengah kering tersenyum sambil ucap terima kasih.
4.30 petang tepat aku telah berada dalam bas. Tetapi malangnya sehingga 5.30 petang bas tersebut tak jalan lagi kerana rosak. Risau tidak sempat sampai sebelum 9.00 malam, telefon Din, minta dia ambil dan hantar ke pejabatnya semula. Terpaksa juga naik ’kereta kuda’ tu ke Kuala Terengganu juga.
Pun tak tahu kenapa tiba – tiba ringan mulut untuk mempelawa seorang lelaki cina yang duduk di tempat duduk bahagian belakang bas untuk sama ke Kuala Terengganu.
Tapi pilihan tepat. Lelaki itu yang bekerja dengan syarikat carigali minyak baru sahaja sampai ke darat setelah 3 bulan di tengah laut. Dia sekarang sedang buat survey mengenai beberapa kawasan yang berpotensi sebagai telaga minyak baru. Sepanjang perjalanan ke Kuala Terengganu terlalu banyak ilmu baru aku perolehi darinya. Dia tak henti bercerita mengenai tugasnya cuma sesekali aku ada ruang untuk bercakap.
Jam 9.00 malam aku turunkan dia di Jalan Kampung Cina Kuala Terengganu selepas bertukar nombor contact. Dia janji akan layari blog ini. Kalau dia layari dan baca jangan lupa beri komen.
Aku terus ke Hotel Kenangan, ambil kunci terus ke bilik dan mandi. Jam 9.30 malam aku masuk ke dewan di tingkat 4 hotel tersebut. Nampak sahaja Pok Jak di terus salam dan peluk aku. Aku gelak je sebab teringat sebelum program dan dalam perjalanan entah berapa ratus kali dia hubungi aku dan hanya beberapa kali sahaja panggilan dia yang aku angkat. Kesian dan aku kagum melihat kesungguhan Pok Jak yang tua ini.
Dewan hampir penuh lebih 50 orang aktivis keADILan telah berada dalam dewan. Razali Alias mulakan sesi motivasi. Sebelum aku ambil tempat sebelum Cikgu Zul. Malam itu baru aku tahu Cikgu Zul bakal dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan Terengganu. Tahniah.
Malam itu crowd bercampur, sama banyak yang veteran dan yang muda, jadi aku tak tekan habis. Aku habiskan satu jam untuk terangkan pada mereka mengenai 4 perkara ;
- Adakah kita pernah kaji sebab kekalahan pilihanraya lepas ? cuba buat senarai puluhan alasan tersebut dan sebelum pilihanraya selesaikan semua persoalan itu..jika tidak kita tidak layak masuk pilihanraya lagi...
- Keadaan parti ini sekarang. Parti ini merupakan kenderaan yang bagus tetapi kita sebenarnya terlalu mengharapkan DSAI. Kita seolah terlupa untuk mengenengahkan tokoh dan menyusun gerak kerja di peringkat kita sendiri ? kita seharusnya buat apa yang termampu henti salahkan orang lain. Jika kita pemimpin suruh orang buat kita kena tunjuk kita boleh buat dulu.
- Keperbagaian pendekatan. Pendekatan dan program perlu lebih kreatif dan perbagai. Angkatan Muda khususnya perlu berfikir di luar kotak (luar biasa)
- Rumusan pula berkongsi formula kemenangan dan faktor x
Sesi malam itu berakhir sekitar 12.15 tengahmalam selepas sesi soal jawab. Ada yang kelihatan boleh menerima dan nampak semangat serta jelas bagaimana mahu bergerak selepas sesi ini jika dinilai dari riak muka dan bahasa tubuh mereka tetapi ada juga yang terus kekal mandom. Apa yang mereka perlukan bukan arahan – demi arahan tetapi perjumpaan dan pertemuan fizikal yang membincangkan idea untuk bergerak akan menguatkan iltizam mereka. Pemimpin perlu turun ke bawah membawa idea gerakan yang kreatif.
Selepas program Suhaimi, Timbalan Ketua Perhubungan telah membawa bersama Cikgu Zul dan yang lain ke gerai makan sebelah hotel. Tak sabar rasanya untuk rasa nasi yang pertama setelah seharian berlapar. Selepas makan Pok Jak dan Ibrahim (aktivis keADILan Kuala Terengganu) telah bawa pusing – pusing Bandar Terengganu. Dalam kereta Pok Jak hulur sampul surat katanya dia tahu aku takda duit. Dalam keadaan serba salah tak mampu menolak hanya senyum, ucap terima kasih dan ambil. Ada 4 keping RM 50.
Dia juga tunjukkan pejabat di kawasan tengah bandar yang baru dia sewa untuk dijadikan pejabat Parti. Banyak cerita dan persoalan yang dibincangkan. Tanpa menunjukkan minat untuk mebincangkan masalah aku tarik perbualan dengan berkongsi idea bagaimana nak bergerak secara lebih kreatif. Ibrahim pula rupanya ada kemahiran IT yang tinggi jadi kami berbincang apa yang Ibrahim boleh buat membantu parti di Terengganu.
Jam 2.00 pagi sebaik sahaja turun dari kereta Pok Jak, telefon bimbit berbunyi. Sahabat lama semasa di MPRM yang kini balik bercuti di kampungnya, Kuala Terengganu dari mengajar di Sabah ajak berjumpa. Katanya esok tak sempat kerana dia nak balik rumah mak mertuanya di Perak. Kami habiskan masa lebih sejam berborak depan 7 eleven tengah Bandar Kuala Terengganu. Banyak cerita di perbual tapi aku lebih menunjukkan minat menarik perbualan untuk mengetahui keadaan politik di Sabah, kebetulan kerana dia merupakan antara orang yang aktif dalam Umno di Sabah.
Hampir 4 pagi baru melelapkan mata di bilik 2112 Hotel kenangan.
Jam 9.00 pagi aku meninggalkan hotel. Destinasi sebuah restoran di Kuala Berang. Pagi ini aku berjanji meluangkan masa untuk bersarapan dengan beberapa Puteri Umno yang seorangnya merupakan teman lama aku.
Perjumpaan dihadiri oleh 5 orang. Kawan aku yang menjawat dalam Puteri Umno negeri, dan 4 lagi ajk dari bahagiannya. Perbualan bermula dengan yang ringan – ringan hinggalah ke persoalan politik yang berat.
Dalam pertemuan itu mereka bangkitkan rasa tidak puas hati mengenai penyelewengan yang berlaku. Kata mereka Terengganu paling ramai kontraktor kelas F dan paling banyak projek tapi malangnya yang dapat asyik kelompok yang sama. Bila kita bising dia cuma tubuh syarikat lain dan pasang proksi tapi masih orang sama.
Mereka minta juga dibangkitakan isu MSA Bina Sdn Bhd yang sering dapat projek kerajaan dan agihkan projek secara sub. Sekarang ini orang Umno sendiri gelar Idris Josoh sebagai Menteri Besar Besut kerana semua projek mesti dapat kepada kontraktor Besut.
Mereka kata ramai dah mula serik dengan Umno janji bertabur tapi habuk pun tiada , mereka yang jumpa rakyat ini mula di cemuh. Projek tak berdasarkan kepentingan buat masjid besar bukan ada khariah ramai pun, buat bangunan tambahan sekolah kelas yang lama pun tak penuh dan contoh paling jelas ialah Pasang lampu macam – macam di Kuala Terengganu di jambatan Sultan Mahmud siap pasang lampu ikan tetapi malangnya kawasan Bukit Bauk, Dungun dan kawasan seperti Kampung – kampung di Kuala Berang kegelapan.
Mereka diterangkan mengenai perkara ini berlaku kerana nak kerja senang gaih projek tanpa buat survey kepentingan projek. Mereka bangkitkan untuk menyokong PAS secara terus mereka ada beberapa benda yang tidak puas hati juga dengan PAS khususnya semasa PAS jadi kerajaan. (Bab ini aku tak nak debatkan panjang dengan mereka sebab aku tak nak larikan fokus perbualan)
”keADILan ok kami sokong khususnya jika Datuk Seri Anwar benar – benar boleh perbaiki ekonomi” kata mereka tetapi mereka juga menyatakan kekesalan kerana keADILan di Terengganu senyap dan tiada apa.
”keADILan hanya nampak bila Anwar datang. Penyokong ramai. Tengok bila Anwar datang kami orang Umno pun nak jumpa...tu yang perpuluh ribu jadinya” tambahnya sambil ketawa.
Mereka di beri jaminan kita dalam usaha serius susun jentera keADILan di peringkat bawah khususnya di Terengganu. Mereka juga di pelawa masuk dan sama bina keADILan Terengganu jika ingin lihat Anwar jadi Perdana Menteri. Pelawaan itu disambut dengan sengih ala kerang sahaja dan InsyaAllah.
Nampaknya peluang ada jika orang Umno pun dah mula bosan cuma perlu perhatian khusus penyusunan jentera dan seumpamanya.
Jam 1.30 petang, tiba di Cabang 3, Kuala Terengganu. Destinasi ialah Restoran Pok Jak, makan tengahari free. Pok Jak sambut dengan mesra. Terus order nasi ayam dan limau suam. Sedang rancak berborak dengan Pok Jak datang seorang lelaki, seperti pelanggan tetap Pok Jak. Pok Jak ajak duduk dan perkenalkan dia sebagai orang kuat Umno dan bekas Setiausaha Pemuda Umno Terengganu.
Pok Jak minta aku terangkan pada dia mengenai kes wanita monggolia dan kemungkinan penglibatan Najib. Setelah aku terangkan mengenai penglibatan pengawal peribadi Najib dan Rosmah serta penggunaan bom C4 itu mukanya berubah serius. Aku cuba ingatkan dia mengenai kes Mustakizah yang akhirnya ditutup dengan kematian misteri saksi, kes itu juga dikatakan juga ada kaitan dengan Menteri Kanan Umno. Kemudian perbualan aku lajakkan dengan menerangkan mengenai beberapa angle mengenai ekonomi rasuah dan sebagainya. Nampaknya melalui tajuk ini dia pun setuju kerana dia turut menimbulkan rasuah dan salah guna kuasa dalam kerajaan Terengganu. Nampaknya dia paham apa yang berlaku.... dah dijolok dan terpulang pada Pok Jak untuk follow up lain kali.
3.00 petang aku rasa badan tak selesa lalu selepas keluar dari Restoran Pok Jak di Cabang 3, aku terus memandu menuju ke Masjid Kuala Terengganu. Di sana aku mandi dan tukar baju. Selepas solat. Oleh kerana masih banyak masa aku terus ke Pantai Batu Buruk. Sampai di tepi pantai, parking kereta betul – betul mengadap pantai. Tenang sangat rasanya dengan angin yang kuat dan bunyi ombak besar yang menghempas pantai. Sesekali terdengar pekikan kanak – kanak bermain layang – layang tak jauh dari situ. Duduk di luar kereta atas pasir pantai sambil membaca buku menghabiskan membaca buku Kepimpinan Dakwah dan Politik Islam terbitan penerbitan Muttaqin.
Ketenangan membaca terhenti apabila Zul Marang menelefon aku. Dia nak jumpa katanya untuk menerangkan mengenai perjumpaan malam ini. 5.30 petang berjumpa dengannya di Gerai belakang hospital yang betul – betul menghadap Laut China Selatan.
Dia menerangkan pada bahawa perjumpaan malam ini bukan sahaja akan dihadiri ahli parti keADILan tetapi turut akan disertai oleh ahli PAS dan ahli Umno. Zul menerangkan mengenai isu paling besar yang mereka hadapi kini ialah pindaan kanun tanah.
Perjumpaan dengan Zul petang itu ringkas dan pendek sahaja. Hanya 30 minit. Kemudian dia bergegas pulang ke Marang dan saya berjanji bertemu beliau di Pekan Marang selepas Isya’.
Masa yang banyak aku ambil dengan memandu perlahan ke Marang sambil singgah di tepi pantai tengok aktiviti orang kampung dan sempat beli keropok lekor untuk ole – ole. Adalah lima kai berhenti. Selepas Maghrib aku sempat pergi ke Cyber Cafe di depan Sekolah Kebangsaan Marang untuk melihat berita terkini dan update blog. Dapat email gambar Rosmah berlaga pipi dengan artis Bollywood... aku terus naikkan gamabr itu sahaja nak update yang lain tak dapat kerana line lambat sangat.
Selesai Isya’ aku tunggu Zul di luar pagar masjid belakang pejabat Umno Marang. Jam tepat 9.15 malam sudah 3 sms aku hantar pada Zul tidak berjawab. Hujan lebat kereta tanpa aircond berkuap. Kereta wira Zul muncul. Dia lambat kerana keretanya bergesel dengan kereta lain tetapi tiada apa yang rosak cuma cermin sisinya pecah.
Perjalanan ke Pengkalan Berangan mengambil masa 35 minit dari Pekan Marang. Jauh masuk ke dalam lokasi perjumpaan ini. Kereta pula tidak boleh laju, cermin yang berwap kerana tiada aircond menghadkan penglihatan.
Sampai di lokasi hujan lebat sangat. Jam 10.00 malam, terpaksa menunggu sebentar kerana untuk panggil semula ada yang balik kerana mereka menjangkakan perjumpaan di batalkan kerana hujan sangat lebat dan telah lewat.
Perjumpaan malam itu dimulakan dengan menerangkan beberapa perkara mengenai perkembangan semasa. Kemudian perbincangan mengenai isu yang mereka hadapi bermula. Perjumpaan dan perbincangan panjang lebar ini hanya tamat jam 12.30 tengah malam. (isu tanah akan diturunkan dalam penulisan akan datang kerana ia isu sensitif yang memerlukan penumpuan khas dan masih menunggu beberapa salinan dokumen yang dijanjikan Zul untuk hantar melalui pos)
Bersalaman untuk pulang terasa sedih kerana nak meninggalkan mereka yang sedang bergelut dengan masalah dan seolah mereka ini dilupakan kerana duduk jauh di pendalaman. Mereka juga pejuang khususnya ahli – ahli keADILan ada yang menjadi ahli semenjak 1999. Majoriti kais pagi makan pagi dalam itu ada yang pernah kumpul duit naik bas hanya untuk sertai demonstrasi di Kuala Lumpur, tapi kini mereka ada masalah mereka bergelut sendirian. Insya Allah saya memberi jaminan mereka tidak akan dilupakan saya berjanji akan menjengah sekali lagi dan isu mereka akan saya bangkitkan nanti.
Salaman erat mereka dengan membayangkan mereka ini pejuang ikhlas. Kata – kata mereka ’kami cukup terharu kerana belum pernah pemimpin dari kuala lumpur datang jengok sampai ke kampung kami’ cukup menusuk dan tersemat di hati.
Kalaulah mereka tahu apa yang berlaku......pemimpin ego, terlalu politiking dan seumpamanya tentu kecewa remuk hati mereka bukan kepalang. Dalam perjalanan keluar dari kampung tersebut saya tersentak dengan sms dari Ketua AMK Terengganu, Wan Anies yang berada di Kuala lumpur. Anies memaklumkan yang dia di hubungi oleh pemangku Ketua AMK Shamsul yang mempersoalkan kenapa aku dibenarkan masuk dan bertemu dengan AMK Terengganu..... aku sedih sangat kenapa ini perlu berlaku ??? Namun Anies minta take note yang dia beritahu Shamsul yang aku hanya turun untuk ceramah anjuran keADILan Kuala Terengganu..... (kepada mereka jangan risau jaminan diberi tidak akan bertanding jawatan nombor satu AMK itu..) Anies tidak salah dia menjawab begitu mungkin baginya itu jalan terbaik dan selamat.
Sampai di pekan Marang hujan masih lebat, Zul membawa aku berhenti di satu kedai tepi jalan, rupanya Cikgu Fariz (exco keADILan) telah sedia menunggu. Dia baru pulang bersama keluarga dari Kuala Lumpur. Kebetulan dia juga tinggal di kawasan Rhu Rendang. Kira – kira 20 minit minum Kopi O keras, aku minta diri.
Memandu keseorangan pulang, hujan lebat, cermin berwap kerana tidak ada aircond dan kereta berhenjut ala kereta kuda amat meletihkan. Jam 4.30 pagi, tidur sebentar di depan 7-eleven Bandar Kemaman.
6.30 pagi selesai solat di Masjid Kemaman hujan agak teduh, cuma renyai – renyai, meneruskan perjalanan.
Beberapa kali berhenti kerana terlalu mengantuk mengakibatkan masa perjalanan panjang.
11.45 pagi ketika melintasi Felda Bukit Selancar aku memberhentikan kenderaan kerana melihat orang ramai di tepi jalan. Rupanya kampung mereka di landa banjir secara tiba – tiba, mereka tidak sempat menyelamatkan barang-barang cuma ada yang sempat membawa kereta mereka ke jalan raya utama yang lebih tinggi bagi mengelakkan turut tenggelam.
Berdasarkan kenyataan anggota polis yang sempat aku berbual di tepi jalan itu. Katanya Johor, Melaka dan Gemas teruk dilanda banjir. Air naik tiba – tiba. Aku terus sms Ezam yang berada di Jakarta bersama Erahanim, Nurin dan Shahida yang menghadiri satu program di Habibie Centre mewakili GERAK.
Memandu semula sambil cuba menghubungi teman AMK NS. Mengidupkan radio kereta dengan mendengar siaran NS FM. Sah Pekan Gemas telah tenggelam. Ariffin dan Amir gagal dihubungi. Azizi menjawab panggilan telefon. Arahan kepada Azizi, panggil segera mesyuarat khas di rumahnya, akan sampai kira – kira jam 3.30 petang.
Jam 3.45 petang sampai di Senawang. Terus menuju rumah Azizi. Mesyuarat ringkas memutuskan menghantar pasukan ke Gemas dan satu pasukan berjaga – jaga di linggi kerana aras air sungai dilaporkan sedang naik mendadak.
Baki duit dalam poket aku ada RM 207.00 .... aku hulurkan RM150 kepada Azizi untuk tambah duit yang ada. Aku kata padanya ini duit baki deposit dewan tempoh hari. Dia ambil dan tengok muka aku tanda paham.... kita sama – sama takda duit tapi bila rakyat susah kita kena turun bantu bawa panji keADILan... itu perjuangan.
Bangga dengan teman – teman AMNS mereka faham apa yang terjadi tetapi semua mereka telan. Demi meneruskan perjuangan, terus setiakawan mengasak keadilan, meratah kezaliman, memartabatkan perjuangan.
Malam itu dalam kereta semasa perjalan ke Gemas, kami bincang tentang keberanian menyuaran kebenaran. Dalam perjuangan jangan selalu sangat main politik selamat sebab kita akan dilupakan. Tengok pejuang yang dikenang hingga hari ini semua mereka yang berani....memang benar sejarah ditulis oleh mereka yang menang tetapi lebih penting sejarah tidak pernah mengenang mereka yang penakut dan asyik main politik selamat.
Maka keluar satu perumpamaan.... kita nak berjuang kena ada idola... tapi jangan jadi cicakman ... asyik main politik selamat mati tak sedar silap – silap terkapit kat pintu pun orang tak sedar mati keras kat situ dah lah bangkai tak berbau. Ketawa kami terhenti apabila Amir menekan brek sambil menjerit di tengah – tengah kebun Getah Sungai Kelamah kerana terkejut ranting pokok jatuh di depan kereta......
Jom sertai ! LAWATAN KE MEMORIAL PERINGATAN PERANG DUNIA KEDUA DI NILAI.

Kenyatan Dzainuddin ini di sambut oleh amaran menteri besar negeri sembilan, datuk seri mohamad hassan dalam satu sidang media selepas mesyuarat exco kerjaan negeri.
Mohamad mennyatakan ”Nilai (merujuk kepada memorial tersebut) itu saya sudah beri amaran suruh roboh kerana ia akan jadi isu sensitif dalam negara”
Sepanjang hampir dua minggu kenyatan Menteri dan liputan media dilihat cuba mengaitkan kewujudan memorial itu dengan sentimen perkauman tanpa menilai dan menghormati kemungkinan wujud nilai sejarah. Angkatan Muda keADILan memandang serius dengan perkembangan ini.
Sehubungan dengan itu Angkatan Muda keADILan mengajak semua khususnya para wartawan untuk menghadiri lawatan dan penerangan mengenai monumen ini yang akan diadakan seperti berikut ;
Tarikh : 28 Disember 2006
Masa : 10.50 pagi.
Tempat : berkumpul di hentian sebelah Nilai
Sebarang pertanyaan mengenai lawatan ini boleh sila terus menghubungi Azizi 0123696474 @ che’GuBard 0176688404.
Lawatan ini bertujuan untuk meninjau dan mendapat penjelasan sendiri mengenai monumen tersebut.
AMNS LANCAR KEMPEN 'AGRESIF' PENERANGAN KE ARAH PILIHANRAYA.
Kenyataan media
26 Disember 2006
Angkatan Muda keADILan Negeri Sembilan (AMNS) mula mengerakkan jentera peneranganya secara serius ke arah mempersiapkan rakyat menghadapi pilihanraya.
Untuk itu AMNS mula melancarkan pengedaran VCD percuma, pengedaran risalah secara berkala dan penyebaran sms info.
Pada peringkat awal ini dua vcd telah dicetak berjumlah 5000 set.
- Jejak Fakir mengandungi sekeping VCD dengan rakaman 30 minit mengandungi rakaman program jejak fakir di mana angkatan muda telah turun memberikan bantuan kepada fakir miskin. VCD ini mendedahkan betapa ramai lagi golongan miskin dalam negeri ini yang terbiar sedangkan kerajaan negeri sibuk membazirkan wang rakyat untuk program tidak berfaedah
- Dialog Ekonomi mengandungi dua keping VCD dengan rakaman dua jam program dialog ekonomi yang telah diadakan pada 26 November lepas. Dialog ini di sertai oleh Tan Sri Khalid Ibrahim, Ezam Mohd Nor, Dr Lee Boon Chye dan mengenengahkan che’GuBard sebagai moderator. Semua panel telah mengenengahkan alasan yang bernas mengenai permasalahan ekonomi negara yang perlu di fahami oleh rakyat terbanyak.
VCD ini akan di edarkan percuma kepada kakitangan kerajaan dan pertubuhan – pertubuhan masyarakat. AMNS merancang untuk mencetak VCD dan mengedarkan percuma dua bulan sekali.
Risalah pula dikeluarkan secara bulanan. Sehingga kini telah dua bulan AMNS mengeluarkan risalah bulanan dengan jumlah 10,000 keping. Risalah ini dihantar terus ke rumah rumah pengundi secara rawak di kawasan tumpuan. Jumlah ini sedang dipertingkatkan.
SMS info juga akan di sebarkan dari masa ke semasa untuk memaklumkan rakyat setempat mengenai info penting yang berlaku. AMNS sedang meembina data base pengguna telefon bimbit di negeri ini. AMNS mensasarkan untuk mengumpul 200,000 nombor telefon bimbit menjelang pilihanraya umum nanti.
Setakat ini AMNS menampung kos cetakan bahan penerangan ini melalui kutipan sesama ahli jawatankuasa amns sendiri. Untuk itu kami memohon sumbangan semua yang prihatin untuk memastikan kami usaha ini dapat diteruskan.
Sumbangan boleh di buat dengan
- Menyumbang sambil dapatkan vcd dialog ekonomi / jejak fakir. Satu set dengan belanja pos minima RM 21. Hantarkan wang pos atas nama Zaini Yusof dan sertakan alamat saudara ke Pejabat Perhubungan keADILan NS, Ting.1, No. 1, Jalan Dato Abd. Rahman, 70000 Seremban (depan Maybank Seremban).
- Sumbangan wang tunai boleh dimasukkan ke akaun terus ke akaun khas atas nama bendahari AMNS –05 10529 00012 0067– akaun BSN atas nama Zaini Yusof
- sumbangan juga boleh dalam bentuk kertas A4 / A3, VCD kosong, kad top up telefon bimbit dan lain – lain. Untuk sumbangan barangan tersebut sila hubungi Azizi 0123696474
Sumbangan, kerjasama dan sokongan semua amat dihargai. AMNS berjanji akan mempergiatkan jentera untuk memastikan panji keADILan berkibar kukuh menjelang pilihanraya akan datang.
Selain itu program bantuan, khidmat masyarakat juga di pergiatkan. Selepas kejayaan program Jejak Fakir AMNS kini menumpukan program kembali ke sekolah (membantu anak keluarga miskin kembali ke sekolah) dan Program Jejak Asli (membantu keluarga orang asli). Kedua dua program berlangsung antara 25 Disember 2006 - 5 Januari 2007
Thursday, December 21, 2006
Umno halang Angkatan Muda Negeri Sembilan bantu mangsa bencana alam.
Kenyataan Media
21 Disember 2007
Hujan yang lebat semalam telah mengakibatkan paras air sungai di beberapa kawasan khususnya sekitar Johor, Melaka Negeri Sembilan naik mendadak. Beberapa kawasan seperti Pekan Gemas di tenggelami air.
Sebaik sahaja mendapat berita mengenai bencana tersebut maka Pusat Aduan Rakyat (di bawah Angkatan Muda Negeri Sembilan) telah memanggil satu mesyuarat tergempar. Mesyuarat jam 3.00 petang di Senawang, Seremban itu telah memutuskan untuk menghantar dua pasukan bantuan ke Gemas / Tampin dan satu pasukan berjaga – jaga di kawasan sekitar Linggi.
Kebetulan setiausaha angkatan muda negeri sembilan Amiruddin abd wahab sedang berada di rumah bapa mertua beliau di Felda Sg. Kelamah yang juga teruk dilanda banjir. Maka beliau di hubungi dan di arahkan untuk bertemu ketua kampung kawasan tersebut dan memaklumkan mengenai bantuan yang akan dihantar oleh angkatan muda negeri sembilan. Jam 6.30 petang kami di hubungi semula oleh amir yang mengatakan 30 orang keluarga terlibat, sekolah kebangsaan sungai kelamah dijadikan pusat perpindahan namum hanya 6 keluarga setuju berpindah pada ketika itu dan ketua kampung tersebut iaitu Saudara Md Zin amat gembira untuk menerima bantuan tersebut dan bersetuju untuk menunggu dan membantu agihan tersebut.
Maka serentak dengan itu saya mengetuai pasukan pertama dan bertolak ke Felda Sg. Kelamah. Kami membawa bekalan makanan bernilai RM 1000 ringgit dan sedikit wang tunai untuk di agihkan kepada 30 keluarga mangsa.
Oleh kerana banyak jalan ditenggelami air kami terpaksa berpatah balik menukar jalan beberapa kali. Perjalanan yang biasanya mengambil masa 2 jam 30 minit menjadi hampir 4 jam. Jam 11malam kami tiba di Felda Sg kelamah, amir cuba menghubungi ketua kampung namun panggilan tidak di angkat.
Kami terus menuju ke sekolah yang menjadi pusat permindahan. Namun kami disambut oleh Saudara Wahid Bin Dol (No tel : 06 434 9806) yang memperkenalkan diri sebagai Setiausaha JKK Kampung dan Hj. Ramli (No Tel : 012 3743468) sebagai Bendahari. Mereka menyatakan bahawa mereka telah menerima arahan untuk tidak membenarkan mana – mana pihak khususnya parti politik menghulurkan bantuan kepada mangsa. Kami di arahkan untuk menghubungi Jawatankuasa Bencana yang di Pengerusikan oleh Pegawai Daerah untuk menyalurkan bantuan. Mereka meminta kami jangan mengedarkan bantuan dan pulang sahaja.
Pelik dengan perkembangan ini kami terus ke rumah Saudara Md Zin, Ketua Kampung untuk meminta penjelasan. Beliau memohon maaf kerana beliau tidak boleh menerima dan membenarkan kami mengedarkan bantuan kerana telah menerima arahan dari Pejabat Daerah malah Polis Daerah juga telah menghubungi beliau memberikan arahan yang serupa. Bila di tanya adakah ini arahan Menteri Besar dan Wakil Rakyat kawasan beliau berdiam dan tidak menafikan.
Kecewa dengan perkembangan tersebut kami mula bergerak meninggalkan kawasan tersebut, namum dalam perjalanan keluar kami ditahan oleh seorang pemuda bermotorsikal.
Beliau menyatakan kekecewaan dengan perkembangan tersebut. Beliau dengar semua perbualan kami di sekolah sebentar tadi. Beliau berkata sehingga kini tiada sebarang bantuan yang sampai, apa salahnya di ketepikan masalah politik dan terima sahaja bantuan tersebut. Beliau menyatakan bahawa rumah semua JKK kampung dan Ketua Kampung tidak terlibat tetapi kasihani mereka yang dilanda bencana. Dengan bantuan beliau kami mengedarkan beberapa bungkusan bantuan makanan ke beberapa rumah yang terlibat. Malangnya ketika mengedarkan beliau telah lari kerana perasan kami di ekorai oleh beberapa orang bermotorsikal di percayai Polis Cawangan Khas yang mengambil gambar.
Oleh kerana tidak mengenali kawasan tersebut maka kami juga membuat keputusan meninggalkan kawasan tersebut.
Kami melahirkan rasa kecewa yang amat sangat dengan kejadian tersebut. Nampaknya pemimpin Umno gagal mengenepikan perbedaan politik walaupun dalam keadaan rakyat ditimpa bencana.
BADRUL HISHAM SHAHARIN
Pengarah Pusat Aduan Rakyat
berita berkaitan :
JOM DEMO 7 JANUARI 2007 LDP PUCHONG

Jaminan kerajaan mengenai kenaikan (bahan api, elektrik dan sebagainya) yang sedikit tidak akan membenarkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan adalah satu penipuan. Hakikatnya kerajaan sendiri gagal mengawal kelompok kapitalis dari terus menaikkan harga barang dan perkhidmatan. Siapa dengan akal waras mampu menafikan bila berlaku siri kenaikan bahan api dan elektrik pasti akan berlaku kenaikan harga pengguna ?
Dan kali ini sekali lagi kerajaan melalui Datuk Shafie Apdhal mengatakan kenaikan 5 syarikat konsesi tol kali ini hanya melibatkan kos 0.9 peratus dari kos asal pengeluaran. Maka beliau memberikan jaminan bahawa kenaikan barangan dan perkhidmatan pengguna tidak akan berlaku. Adakah kita yakin dengan janji seperti ini lagi......?
Perdana Menteri dan Kerajaan dibawahnya tahu perkara ini....rakyat menderita...tetapi rintihan rakyat ini tidak dipedulikan. Mereka terus angkuh... Dalam keadaan rakyat terus berjuang meneruskan hidup menyara keluarga...dalam keadaan rakyat khususnya di Lembah Kelang berikira - kira berjimat atau tidak pun berkira untuk meminjam duit demi persekolahan anak yang akan dibuka Januari ini...sekali lagi rakyat dihadiakan dengan pengumuman kenaikan tol...
Sebuah firma penarafan RAM menyatakan Kira-kira 418,000 kenderaan menggunakan lebuhraya itu setiap hari, mencerminkan pengumpulan pertumbuhan tahunan sebanyak 14.5 peratus sejak tujuh tahun lalu. PLUS contohnya pernah mengumumkan pendapatan untung RM 800juta untuk hanya suku tahun ketiga 2006.
Rakyat akan terus hairan dalam keadaan syarikat pemegang konsesi lebuh raya mengumumkan keuntungan beratus juta saban tahun.... dalam keadaan aliran kenderaan melebihi kemampuan yang boleh ditanggung oleh lebuhraya...kenaikan masih diperlukan ?
Ketika saya menjadi Setiausaha Jawatankuasa membantah kenaikan 10% tol PLUS pada 1 Januari 2005 saya telah menganjurkan pertemuan Ahli Gabungan Jawatankuasa dengan PLUS. Pertemuan hujung Disember di bangunan Plus itu telah dihadiri oleh Pengarah Urusan PLUS Tan Sri Sheriff Kassim untuk memberikan taklimat kepada kami mengenai mengapa kenaikan harga tol itu perlu.
Rumusan mengapa kenaikan itu perlu mengikut penjelasan beliau ialah
- Sememangnya PLUS untung tetapi masih perlu membayar hutang yang ditanggung hasil penstrukturan semula syarikat dan bergabung dengan UEM (syarikat berkepentingan UMNO yang menanggung hutang). Maknanya pengguna lebuhraya bukan sekadar membayar perkhidmatan yang digunakan tetapi membayar hutang orang lain.
- Belanja operasi dan penyelenggaraan yang tinggi. Malangnya PLUS tidak pernah membenarkan sebarang projek di bida secara terbuka sebaliknya di berikan kepada syarikat gabungan atau anak syarikat mereka seperti PROPEL maka sudah tentu kos nya tinggi tetapi PLUS masih untung. Kualiti kerja yang rendah juga mungkin terjadi .... Sebagai pengguna yang sering menggunakan lebih raya Seremban – Kuala Lumpur saya gagal mengingati bila tarikh lebuh raya itu diperbaiki bukan kerana sudah terlalu lama tetapi terlalu kerap... Mengapa ini berlaku ?
- PLUS terpaksa menaikkan juga harga tol tersebut kerana perjanjian konsesi membenarkan PLUS berbuat demikian.... dan sebagai sebuah badan korporat PLUS bertanggungjawab terhadap pemegang saham, dan kerajaan mempunyai pilihan iaitu jika tidak membenarkan PLUS menaikkan harga Tol maka kerajaan harus membayar pampasan (yang juga merupakan wang negara ; baca wang rakyat) kepada PLUS.
Dalam pertemuan tersebut ketika YB Salahuddin Ayub meminta untuk melihat perjanjian tersebut maka Mohd Sheriff mengatakan bahawa tiada siapa yang boleh melihat perjanjian tersebut kerana ia dilabelkan sulit menggunakan Akta Rahsia Rasmi Kerajaan (OSA).
Ini satu kezaliman yang tiada penghujung kepada rakyat. Menggunakan perjanjian yang dilabel sulit rakyat akan terus dizalimi. Perkhidmatan yang tidak sempurna (LDP sesak setiap hari) tetapi rakyat terus di peras untuk membayar lebih.
Membina jalanraya tanggung jawab kerajaan. Hujah Samy Vellu jika tidak mahu bayar tol sila ikut jalan lain adalah membodohkan rakyat bagaimana dengan destinasi yang tidak punya jalan alternatif ?
Hujang kerajaan (Abdullah) mengenai rakyat perlu berkongsi beban dengan kerajaan adalah cubaan mengelirukan rakyat. Sebenarnya semuanya ditanggung oleh rakyat. Kenaikan tol sememangnya akan ditanggung oleh rakyat melalui duit poket kita dan pembayaran pampasan yang ditanggung oleh kerajaan juga dari wang cukai dan kekayaan negara yang dipunggah melalui cukai dan lain - lain. Setiap kali mereka (Menteri) menggunakan lebuhraya dengan konvoi pengiring rakyat membayar minyak kerana semua di bayar melalui tuntuan perjalanan yang akan mereka buat dan mereka dikecualikan dari membayar tol. Maka sebenarnya derita ini rakyat tanggung sendirian tiada yang berkongsi derita dengan kita.
Jelas kerajaan berpihak kepada syaitan – syaitan kapitalis ini untuk menghisap darah rakyat. Kini rakyat harus sedar..... Penguasa zalim (baca ; Barisan Nasional) akan terus berlakon baik tetapi terus menghisap darah rakyat. Mereka tidak takut kerana rakyat bisu dan setiap kali tiba Pilihanraya mereka pasti menang kerana SPR akan menipu bagi pihak mereka.
Ayuh hanya satu kata melawan penindasan ! hanya satu kata kepada kezaliman....LAWAN !!!
Saya dengan ini bersama mendokong dan mengajak rakyat untuk turun membantah kenaikan harga TOL pada 7 Januari 2007 di LDP.
Ingat dengan amaran Samy Vellu 8 Tol Lagi akan dinaikkan menjelang 2008.
Tuesday, December 19, 2006
Rosmah lambang wanita Hadhari...


Friday, December 15, 2006
Tahniah kepada pengundi - pengundi BN


Ia membabitkan Lebuhraya Utara Selatan (Plus), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur, Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite), Lebuhraya Seremban-Port Dickson, Lebuhraya Pintasan Selat Klang Utara Baru (Shahpadu), Lebuhraya Butterworth-Kulim, Laluan Kedua Malaysia-Singapura dan Jambatan Pulau Pinang.
Di bawah perjanjian yang ditandatangani antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuhraya terbabit, mereka dibenarkan untuk menaikkan kadar tol mengikut tempoh yang dipersetujui.
Katanya, kerajaan menyediakan subsidi bagi menampung kenaikan kadar tol tetapi menurutnya, kini kerajaan tidak lagi mampu untuk terus berbuat demikian.
Bulan lalu, Samy Vellu berkata, kerajaan telah membelanjakan kira-kira RM2 bilion untuk menampung kenaikan kadar tol.
Ramai pihak dari perbagai pertubuhan dan seumpamanya menyatakan kenaikan kadar tol itu sebagai tidak munasabah selepas harga minyak Februari lalu – yang menyebabkan berlakuknya protes di Kuala Lumpur – diikuti dengan kenaikan tarif elektrik Jun lalu, tetapi BN, Abdullah dan Samy Vellu tidak takut kerana yakin rakyat akan terus undi mereka......
