Thursday, June 25, 2009

Moga Nora tabah dan 'berserah' padanya...

Minggu lepas terkejut sungguh che'GuBard mendapat berita musibah yang menimpa Nora. Nora seorang teman aktivis yang 'garang' dan banyak cakap tiba - tiba di uji dengan ujian sebegitu kuat. Sememangnya dia punya banyak simpulan mutaakhir ini dalam hidupnya yang perlu dileraikan tetapi dugaan ini mungkin amat berat baginya.

che'GuBard sempat menziarah dia dan anak - anaknya. Moga ia terus tabah. Nora ketika punya masalah berserahlah, angkatlah tangan berdoa padaNya.... amat malanglah sesiapa yang tika punya masalah masih 'ego' dan terus berpaling dari Nya....

Terima kasih juga kepada Ust. Badrul Amin dan YB Dr. Siti Mariah yang sudi membantu apabila che'GuBard hubungi hanya melalui sms untuk memohon bantuan bagi pihak Nora.

Mungkin ada yang hendak berkongsi posting Nora di bawah ini...

Tragis buat Nora

Blog tidak di “update” beberapa hari kini. Kritikalnya keadaan amat membimbangkan. Yang “tidak orait” semakin tidak membantu dan baru-baru ini nasib malang menimpa salah seorang dari anak Nora. Memang tangisan dan rintihan sahaja yang menjadi teman. Di pandang kiri nampak semakin gelap dan di toleh kanan muram semakin menjadi-jadi namun Nora cuba untuk tabah.

Amat payah untuk Nora gambar dan tuliskan – tidak mungkin pekong ini boleh di buka. Hanya menjadi harapan Nora – anak Nora akan terus berhadapan dengan realiti hidup dan sedar bahawa yang tidak orait itu tidak akan dapat membantu hidup anak-anak Nora. Berbakul rasanya mahu Nora sumpah yang tidak orait itu – masakan anak sendiri di biar merempat sehingga tragis itu berlaku. Malang seribu kali malang.

Nora tidak dapat menceritakan tragis ini – cukup Nora simpan sebagai pengalaman hitam dalam hidup Nora dan anak Nora yang terlibat itu. Pada anak Nora – mama akan sentiasa jadi mama dan cinta serta kasih sayang mama pada semua tidak akan terlerai biar apa pun terjadi.

Apa pun Nora mengucapkan terima kasih pada Chegu Badrul, yang sudi hadir ke hospital melawat kami anak-beranak dan sudi mendengar rintihan Nora. Moga awan mendung ini segera berarak lalu. Moga lelaki yang tidak orait itu terus hidup dalam kepura-puraan. Nora berharap ruang dan peluang bagi lelaki yang tidak orait itu di tutup – sebagaimana kabur masa depan anak Nora – yang di bawah jagaannya. Kepada yang mahu terus membantu atas cerita palsu lelaki yang tidak orait teruskanlah. Tidak akan menjadi pahala (insyallah) sedekah kamu kepada lelaki yang tidak orait tersebut. Terima Kasih juga pada Azmin Ali yang sedia mendengar rintihan tersebut.

Kepada Anak Ku,
Mari dekap pelukan ini,
Lupakan sesal dan kesal hidup,

Ingat,

Duka mu adalah duka mama mu juga,
Akan mama dakap biar segala duka itu lemas dalam pelukan mama,
Akan mama dakap biar segala kegelapan itu terhapus dengan cinta mama,

Anak ku,
Sedarlah kelak,

Ada perkasa yang merupa manusia – iblis di dalamnya,

Ada sateria yang bersikap mulia – jijik sebenarnya orangnya,

Anak ku,

Sedarlah, kala ribut itu datang, kala malam itu kelam, kala siang mu membungakan segala derita – percayalah mama masih di sini – menerima
Buat yang tidak orait – kau pikul segala dosa – kerana kau sendiri tidak punya maruah – mungkin hilang sifat bagai manusia.
Anak ku – derita itu derita mama jua.

6 comments:

  1. kak nora sakit apa chegu bard...

    ReplyDelete
  2. rasanya dapat kufahami apa yang terjadi
    untuk nora dan anak2 - semoga terus tabah

    ReplyDelete
  3. apa yang berlaku pada kak nora chegu bard?

    ReplyDelete
  4. TUN TEJA4:50 PM

    TENGOK GAMBAQ TU BUKAN NORA YANG SAKIT TAPI ANAK DIA.PENYAKIT BUATAN....

    ReplyDelete
  5. tunsaban12:11 AM

    apa cerita kot unit ehsan boleh tolong.

    ReplyDelete
  6. Anonymous2:50 AM

    salam...

    x kn x dpt baca kot.....

    masalah rumah tangga.....

    lelaki yg x orait.....

    yg jadi mangsa....

    anak anak...

    ReplyDelete