Monday, June 08, 2009

Kerajaan Negeri Sembilan gagal memainkan peranan jaga Adat Perpatih

Umno terus menjadi pekak dan tuli dalam isu tanah Adat di Rembau yang akan menjadi mangsa jalan keretapi berkembar. Bukan sahaja permintaan waris terlibat tidak dilayan malah permintaan untuk berbincang juga tidak dipedulikan.

Apa lagi yang diharapkan kepada Regim Bn dalam isu pertahankan adat dan istiadat ?

Institusi agama teruk 'diperkosa' dan diperkotak katikkan..... Pengurusan wang zakat rugi... Peranan Mufti dalam mengurus wang zakat ditarik.... Tidak langsung taksub dengan Syeikh Murtadza keturunan Sheikh Ahmad keluarga mufti, namun mengapa tiba – tiba keturunan Sheikh Ahmad disingkirkan …. ? Adakah kerana 'arahan' Menteri Besar tidak dipeduli...

Ketika istiadat mengangkat DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan juga ada cerita disebaliknya. Regim ingin campur kacau namun mujur pemegang amanah adat keras kental sedikit.

Ternyata di bawah Regim Bn keunikan Adat juga berpotensi berkubur. Jelas kerajaan Bn Negeri Sembilan gagal memainkan peranan dalam memulihara kemuliaan Adat Perpatih. Krisis demi krisis dibiarkan menyebabkan kekalutan dalam hiraki peradatan. Ini menjadi parah lagi apabila pemimpin Umno hanya melihat semua ini berdasarkan pembacaan politik berdasarkan kepentingan dan takut untuk memainkan peranan yang lebih proaktif dalam memelihara sistem unik ini.

Contoh yang terbaru Luak Sungai Ujong telah terjun ke dalam krisis kepimpinan yang lebih parah. Masalah ini berlarutan sekian lama.

Terbaru ialah berlaku perebutan Jawatan Undang Luak Sungai Ujong antara Datuk Mubarak Dohak dan DatukOthman Ismail.

Majlis Adat Istiadat Kerjan (Tabal) Datuk Undang Luak Sungai Ujong Ke-11 diadakan penuh tradisi adat pepatih Negeri Sembilan, bermula 7 Jun selepas diadakan kali terakhir 58 tahun lalu.

Pelantikan Othman Ismail sebagai Undang Luak Sungai Ujong dibuat selaras aturan adat pesaka Luak Sungei Ujong dan peruntukan Fasal 14 (1) dan 32 Perlembagaan Negeri Sembilan Darul Khusus 1959 serta Fasal 71 (2) Perlembagaan Persekutuan.

Pemasyuran Othman sebagai Ke bawah Kaus Yang Teramat Mulai (YTM) Luak Sungei Ujong dilakukan Datuk Lembaga Kanan Sungei Ujong, Datuk Sri Maharaja DiRaja Zulkepley Dahalan, pada 8 Februari lalu.

Othman menggantikan Datuk Kelana Petra Undang Luak Sungai Ujong sebelum ini, Mubarak Dohak @ Tohak yang didakwa melakukan salah laku adat sejak menyandang jawatan itu pada 20 Disember 1993 sehingga 30 September 2001.

Telah dikhabarkan oleh Datuk Zulkeply Ibu Soko dan anak waris di Darat Sungai Ujong juga mengambil keputusan memecat Mubarak dalam dua kerapatan adat di Mantin dan Pantai, Seremban kerana mendapati beliau melakukan 13 kesalahan salah laku adat. (Petikan Berita Harian, 6 Januari 2008).

Maka Datuk Zulkeply sedang mengadakan istiadat 'kerjan' (pemasyuran) di Lenggeng. Majlis ini telah bermula 7 Jun lepas dan akan berterusan selama enam hari berturut - turut. Dikatakan semua syarat kehadiran untuk istiadat kerjan terpenuh.

Malangnya cara kerajaan Negeri menangani krisis adat ini seperti mereka menangani masalah politik lain. Kerajaan Negeri berkeras menyatakan hanya mengiktiraf Datuk Mubarak. Dan lebih 'derhaka' ialah apabila Ketua Polis Negeri Sembilan melalui akhbar (6 Jun 2009) telah memberi amaran kepada orang ramai agar tidak hadir istiadat Kerjan. Kononya kerajaan negeri tidak ada kena mengena dengan istiadat kerjan tersebut. Polis memberi amaran jika orang ramai hadir tindakan boleh diambil.

Kenyataan ini tidak seharusnya keluar dari seorang penjawat awam di Negeri Beradat, Negeri Sembilan....ini kianat dan derhaka. Menteri besar juga gagal menjalankan peranan.

Sesuatu perlu dilakukan untuk semua warga adat di Sungai Ujong kembali ke pangkal jalan. Pertama setiap warga terutama yang mempunyai hak pusaka adat patut menelaah sistem adat Sungai Ujong. Kedua yang telah membuat salah laku perlu balik ke pangkal jalan dan bersama-sama menjernihkannya semula. Dan yang lebih penting katanya, Kita hendaklah berpegang teguh kepada perbilangan: Adat bertentu bilang beratur/ Berjinjang naik bertangga turun/ Tali pengikat di tangan Lembaga/ Keris penyalang di tangan Undang/ Pedang pemancung di tangan Raja/ Balai Undang adalah Balai keadilan/ Yang akan menentukan hidup atau matinya pesaka adat ini.Ertinya jangan sekali-kali menduakan adat hanya semata-mata ingin menjaga kepentingan pribadi dan menurut kehendak nafsu.

Jalan terbaik bagi menyelesaikan kekusutan adat di Sungai ujong ini ialah tindakan Dewan Keadilan mengeluarkan keputusan, sama ada masih merestui Mubarak kekal sebagai Datuk Kelana Putra atau menyerahkan semula kuasa penentu kepada Waris Tua Perut Hulu, Waris Tua Perut Hilir dan Waris Nan Tua

Sebaiknya, fungsi dan terms of reference Dewan Keadilan Negeri mesti dijelaskan. Kalau perlu Dewan ini perlu mempunyai satu jawatankuasa penasihat yang berfungsi sebagai pakar rujuk kepada Dewan dalam menjalankan tugasnya di sisi adat. Yalah, kalau kita nak lihat adat ini hidup seribu tahun lagi.Menteri Besar Bn yang menjadi exofficio Dewan Keadilan jelas gagal memainkan peranan, malah kegagalan menjadi lebih parah apabila isu kepentingan politik dijadikan pengukur

Menteri Besar tidak peduli , seronok atau tidak memahami mengenai adat ? Menteri Besar seharusnya segera bertindak tetapi harus umpama menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak.

Kalau boleh eloklah kita kembali ke pangkal jalan. Muafakatlah kerana seperti kata adatyang kusut diselesaikan, yang keruh dijernihkan. Bulat air dek pembetung, bulat manusia dek muafakat, Penghulu beraja ke muafakat, muafakat beraja kepada yang benar. Ibu hukum muafakat, ibu adat muafakat

4 comments:

  1. Anonymous8:14 PM

    kalau inilah pemahaman che'GuBard nampaknya dibawah MB pakatan nanti kegemilangan adat perpatih akan terlaksana

    ReplyDelete
  2. Anonymous11:05 AM

    "Menteri Besar tidak peduli , seronok atau tidak memahami mengenai adat?"
    Bak kato kao sobolum ni jang.. menyokong apo Mahathir cakap, jangan perlekeh orang UMNO.. ekao pun jangan lah meperlekehkan orang lain kalau ko taknak PKR diperlekeh kan..

    den tak paham perjuangan sobona ko jang.. yang den nampak perjuangan ko ialah pantang kerajaan salah ekau nak menangguk di air keroh.. itu ajo lah den nampak perjuangan kao.. macam koling pun ado jugak den nengok kau ni..

    "Perjuangan adalah perlaksanaan kato-kato tak serupo bikin"

    - parti jahat, kato eh -

    ReplyDelete
  3. Anonymous6:39 PM

    Bukankah peristiharannya sepatutnya oleh Y.A.M Dato Syahbandar sungai Ujong...

    ReplyDelete
  4. Anonymous1:49 AM

    Dragonball tu ado tujuh biji ksemuo eyy

    ReplyDelete