Monday, June 08, 2009

Semua dijemput menjadi pemerhati Kongres Nasional Khas KEADILAN 2009

peta ke KUIS


Kongres Nasional Khas 2009
Parti Keadilan Rakyat
13 Jun 2009
Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), Bangi

Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengadakan kongres khas Sabtu ini bagi membincangkan pindaan perlembagaan parti itu, antara lain membolehkan setiap ahli memilih barisan kepimpinan pusat.

Ia merupakan antara pindaan fundamental dan istilah yang akan diperhalusi oleh kongres tersebut, kata Pengarah Pilihan Raya PKR, Saifuddin Nasution Ismail.

"Ini kali pertama kami akan membincangkan pindaan paling drastik, sejak PKR ditubuhkan (satu dekad lalu)... pindaan yang diperlukan mengikut perubahan semasa dan tuntutan keperluan masa kini," kata beliau ketika dihubungi.

Selain membenarkan kira-kira 30,000 ahlinya memilih pemimpin peringkat pusat secara langsung, ia juga akan menambah jumlah Naib Presiden daripada lima kepada tujuh.

Jelas beliau, buat masa sekarang pemimpin-pemimpin pusat dipilih oleh perwakilan yang datang dari peringkat bahagian.

"Dengan pindaan ini, ahli-ahli akar umbi akan memilih pemimpin pusat," katanya.

Pindaan lain yang akan turut dibincangkan ialah aspek mengehadkan tempoh memegang jawatan melibatkan semua peringkat.

"Berdasarkan taklimat yang diberikan, pindaan kali ini melibatkan aspek fundamental dan juga istilah.

"Misalnya, selepas ini cawangan-cawangan (PKr) akan dikenali sebagai ranting manakala ahli pula akan dikenali sebagai anggota... ini antara perkara yang akan dibincangkan kali ini," kata beliau yang juga anggota Biro Politik.

Difahamkan sejajar dengan usaha meminda perlembagaan, PKR juga merancang untuk mengadakan pemilihan parti tahun ini berbanding jadual asal tahun depan.

Kongres khas itu yang sepatutnya diadakan Februari lalu telah ditangguhkan ekoran pilihan raya kecil Bukit Selambau dan Bukit Gantang dan kemudian sekali lagi disebabkan pilihan raya kecil Penanti.

No comments:

Post a Comment