Monday, June 08, 2009

MAINS jual saham menyebab orang Islam NS rugi ?

Masih ingat mengenai 'surat layang' ADUN ditangkap khalwat yang pernah diterima oleh che'GuBard. Sila klik sini untuk membaca mengenainya.

Semasa 'menyiasat' mengenai surat tersebut, bertemu beberapa 'individu' yang rapat dengan pihak penyelaras Agama Islam di Negeri Sembilan yang turut melahirkan beberapa kegusaran mereka dengan perbagai kepincangan dalam isu pentadbiran badan agama di Negeri Sembilan.

Antaranya ialah mengenai penjualan saham MAINS Holding. Mungkin isu ini boleh difahami dengan membaca petikan email yang diterima oleh che'GuBard seperti dibawah ;

Agak mengejutkan aku apabila berita ini sampai ke telinga aku pada mulanya. Sedih pun ada juga, mungkin keputusan menjual saham MAINS di Seremban Specialist Hospital (SSH) adala hak mereka, tetapi aku terkilan kerana beberapa tahun lepas MAINS juga telah menjual ladang kelapa sawit seluas beberapa ribu ekar bbp bulan sebelum harga minyak sawit naik dari paras RM1000 ke RM4000. Adakah keputusan penjualan saham SSH ini juga dibuat secara terburu2 atau salah perkiraan/membuat keputusan?

Sekiranya berita ini benar, saham MAINS sebanyak 40/45peratus itu telahpun dijual. Menurut kata salah seorang 'orang besar' KPJ/SSH, beliau amat berdukacita kerana pada waktu ini SSH telahpun menunukkan prestasi yg amat baik. Apa tidaknya, SSH (Seremban) adalah hospital terbaik di bawah KPJ pd tahun 2008 mengalahkan berbelas hospital KPJ yg lain!

Jika dilihat sejarah, SSH telah mula beroperasi pd tahun 2004 dimana MAINS memiliki saham sebanyak itu dgn menyediakan tapak sahaja di Kemayan Square. Ianya amat berbaloi memandangkan MAINS tidak mempunyai kepakaran di bidang perubatan.

Usaha untuk membina hospital milikan bumiputera dan orang Islam ini telah dimulakan sebelas tahun sebelum itu lg. Perjumpaan demi perjumpaan dengan Tan Sri Mohd Ali selaku Pengerusi Jcorp diadakan bg merealisasikan impian sebuah hospital milikan sebuah Majlis Agama Islam, yg pertama di Malaysia! Bermula dengan penubuhan klinik Wakaf yg menyediakan khidmat perubatan dgn bayaran minimum, serendah RM5 sahaja... satu subangan dan perkhidmatan bukan hanya kepada orang Islam malahan bukan Islam, semata2 membuat kebajikan kepada masyarakat.

Kini, MAINS dibawah 'pimpinan' Menteri Besar dilihat lebih bersifat korporat, tidak sebagaimana dahulu.

Jangan salah anggap teguran serta komen ini sebagai 'menghentam' MAINS, tetapi sebagai seorang Islam saya mempunyai pandangan berbeza dgn keputusan yg diambil oleh MAINS sejak akhir2 ini. TAnggungjawab saya adalah utk ingat-mengingati sekiranya saya rasa tindakan itu tidak wajar...Akhir sekali, keputusan tetap di tangan ahli2 Majlis
Dengar khabar pertukaran Mufti juga ada mainan politik dibelakangnya nasib baik DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Besar campur tangan maka mufti pilihan Umno digagalkan dari memegang jawatan.

2 comments:

  1. Anonymous7:03 PM

    Umno pecat Mufti Dato Murtadza kerana beliau tak nak jilat cakap Md Hassan MB kerajaan adik beradik.....

    Mujur DYMM Yang Di Pertuan Besar NS berani menegakkan kebenaran... tolak calon Mufti si fuad yayasan sofa yang Md Hassan nak jadikan pekakas...

    ReplyDelete
  2. Anonymous5:33 PM

    yg dah lepas tu sudahla..beri peluang kepada org baru jadi mufti..bad ni pon bangang..kutip fakta dari tong sampah




    -lancau bad-

    ReplyDelete