Monday, June 08, 2009

memahami krisis Undang Luak Sungai Ujong

Luak Sungai Ujong, seperti tiga luak adat yang lain di Negeri Sembilan iaitu Rembau, Johol dan Jelebu, menganut sistem Adat Perpatih yang diasaskan kepada Adat Minangkabau dari Sumatera Barat. Tanah ini telah menyerap adat ini lebih sejak setengah abad yang lalu, umumnya ia dikatakan berasal dari Ranah Minang.

Kini sistem adat pada tahap kritikal. Krisis demi krisis muncul antara Penghulu Adat yang digelar Undang dengan Datuk-Datuk Lembaga dan para warganya. Hal ini jelas di Luhak Sungai Ujong sejak kematian Undang Datuk Kelana Putra Ke-9, Mohammad Kassim Datuk Nika Haji Abdul Rashid lebih 20 tahun yang lalu, persisnya 28 Julai. Krisis bermula apabila Raja Abdul Rahim Raja abdul Razak dari Rumpun Bayu, diisytiharkan oleh anak warisnya sebagai Datuk Kelana Putera Ke-10 pada 8 Mac 1986, iaitu setelah hampir dua tahun Luhak Sungai Ujong tidak mempunyai penghulu adat.

Kemudian pada 2 Julai 1987, seorang warga adat dari Rumpun Dusun, Lenggeng, diisytiharkan pula oleh warisnya sebagai Datuk Kelana Putera Ke-10. Dengan demikian kononnya Raja Abdul Rahim dianggap tidak sah sebagai Undang. Bagaimanapun tidak ada perestuan dari Dewan Keadilan Negeri, yang bertanggung jawab mengesahkan sebarang perlantikan Undang. Dewan Keadilan Negeri ini dianggotai oleh semua Undang yang empat bersama Tunku Besar Tampin serta Menteri Besar Negeri Sembilan sebagai ex-officio juga dipengerusikan oleh Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan. Menurut Perlembagaan Dewan ini tidak ada kuasa melantik tetapi mempunyai kuasa merestui dan mengesahkan perlantikan yang lazimnya dibuat oleh Tua Waris Hulu, Tua Waris Hilir dan Waris Nan Tua.

Oleh kerana kedua-dua perlantikan, Raja Abdul Rahim dan Samsir tidak direstui disebabkan tidak mengikut adat yang sah, maka Sungai Ujong tidak mempunyai Undang sehinggalah satu muafakat diperoleh di kalangan tiga waris tua ini untuk memilih seorang undang yang dapat direstui Dewan Keadilan Negeri. Mereka memilih Mubarak bin Thahak @ Dohak, seorang kerani dan waris Hulu sebagai Datuk Kelana Putra Ke-10. Perlantikan Mubarak disempurnakan pada 29 Disember 1993.

Seorang Tua Waris Hulu, Razali Abdul Khalid, bekas Datuk Johan dari Waris Kelana, berkata, secara adatnya perlantikan pengganti Datuk Kelana Putra yang baru perlu dilakukan sebaik sahaja penyandangnya meninggal dunia. Lazim adat sejak 500 tahun dahulu memang begitu. Bagaimanapun pengganti Datuk Kelana Putra menimbulkan masalah kerana timbulnya perebutan jawatan di kalangan ahli waris. Adat menentukan bahawa jika Datuk kelana yang meninggal dunia itu datangnya dari waris Perut Hilir, maka penggantinya haruslah digilirkan kepada waris Perut Hulu pula.

Masalah wujud apabila tiada istiadat Kerjan (pengesahan jawatan) dalam masa 100 hari. Pengesahan jawatan ini penting kerana sebarang keputusan adat yang diambil Undang tidak dapat dilaksanakan kecuali Undang telah disahkan dalam jawatannya. Sehingga dengan demikian Mubarak, selama menjadi Undang belum lagi dapat berfungsi. Institusi dan peraturan adat tidak membenarkannya. Semua tugas rasminya terbantut. Persoalannya selama menjadi Datuk Kelana Putra, Mubarak telah membuat pelbagai keputusan. Menurut Razali, Mubarak didakwa telah membuat 13 keputusan yang dianggap salah laku di sisi adat, sekaligus menyerlahkan kelemahannya sebagai ketua adat.

Razali menyenaraikan kesemua salah salah laku Mubarak dalam satu memorandum pemecatan Datuk Kelana Putra Ke-10 yang telah diserahkan kepada Dewan Keadilan Negeri baru-baru ini untuk mendapat perestuan. Menurut memorandum, Selain Mubarak belum dikerjankan, di Sungai Ujong belum ada penyandang pusaka Datuk Shahbandar sebagai tunggak Waris Di Air dan penyandang pusaka Datuk-Datuk Lembaga Tiang Balai. Sebabnya, penyandang yang ada masih dipertikaikan, iaitu Datuk Andika Mendulika dari Waris Di Darat, Datuk Sri Maharaja Diraja dari Waris Di Air dan Datuk Akhiruzzaman Rantau. Datuk Penghulu Muda Labu Hilir pula belum disempurnakan jawatannya sementara Datuk penghulu Dagang Paroi belum dilantik.

Kedudukan Telaga Undang masih dipersoalkan. Telaga Undang ialah sebuah rumah atau tempat bagi waris yang bersaka dan Ibu Soko di Carak Darat (Perut Hulu dan Perut Hilir) berunding dan berbincang tentang semua perkara adat Waris berkenaan. Sejak zaman-berzaman Telaga Undang hendaklah ditempatkan di salah sebuah rumah Ibu SokoTua Waris Carak Darat dari Perut Hulu. Dan sehingga hari ini dikatakan Telaga Undang yang ada belum pula dirasmikan. Di pangkal serambi rumah Ibu Soko yang dikatakan di Telaga Undang itu belum terpasang tabir langit-langit, sampaian, peterana lima tingkat dan gunung berakat dengan bersilang gunting. Majlis kenduri menyambut 23 Ramadhan yang sepatutnya diadakan belum dibuat. Di pekarangan rumah masih belum ada tonggol, ular-ular, panji-panji, payung kebesaran, tombak, pedang, keris panjang dan keris pendek untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.

Fungsi Telaga Undang ini penting dalam menyelesaikan masalah adat. Jika masalah tidak dapat diselesaikan di Telaga Undang, barulah masalah itu dibawa ke Balai Undang untuk mendapatkan keadilan. Sebagai contoh masalah pemilihan penyandang pusaka Datuk Andika Mandulika pada 6 Oktober 1996, pemecatan Datuk Maharaja Lela pada 10 Mac 2000 dan pemecatan Buapak Perut Hilir hendaklah dibincangkan terlebih dahulu di Telaga Undang. Sebabnya kuasa memilih dan memecat di tangan Telaga Undang. Tetapi apabila pemecatan itu disahkan oleh Mubarak tanpa dibincangkan terlebih dahulu di Telaga Undang, maka Mubarak dianggap telah merampas kuasa Telaga Undang.

Status penyandang pusaka Datuk Akhiruzaman Rantau, Sallehan Ismail telah dipulihkan oleh Mubarak pada tahun 1994 di Telapak Undang Kampung Telaga, Pantai, tanpa kehadiran Datuk Shahbandar. Tindakan Mubarak ini dianggap tidak mengikut peraturan Adat Pusaka Dua Sela Sungai Ujong. Menurut adat, Datuk Shahbandar perlu turut sama hadir untuk mebuat sebarang keputusan. Demikian pula perlantikan Datuk Muda Linggi Ke-11, Mohd. Basri Haji Omar, 2 November 1996. Kuasa melantik kedua-dua Datuk ini adalah hak bersama Datuk Kelana Putra dan Datuk Shahbandar, seperti lazimnya dalam Adat Pusaka Dua Sela ini. Mengikut adat, Datuk Muda Linggi beremakkan Datuk Shahbandar dan berbapakan Datuk Kelana Putra.

Razali mempertikaikan pemilihan penyandang Datuk Andika Mandulika pada 6 Oktober 1996 di rumah Ibu Soko Raja Rafiah di Kampung Air Hangat, Pantai yang dibuat secara undian. Sepatutnya pemilihan dibuat secara muafakat (kebulatan) di kalangan ahli waris. Sehari sesudah perlantikan secara undian itu seramai 26 anak waris memohon kepada Datuk Kelana Putra Mubarak membatalkannya, tetapi Mubarak terus mengesahkan perlantikan Datuk Andika Mandulika.

Mubarak juga difahamkan enggan mengesahkan pemecatan Datuk Maharaja Lela Abdul Mukhti Haji Abdul Aziz oleh waris Perut Hilir Kampung Manggis dan Kampung Godang. Pemecatan ini dibuat mengikut adat kerana Datuk Mukhti menghadiri kerapatan (pertemuan) Waris Di Air yang mahu mencari benih Datuk Shahbandar di Labu pada 14 Mac 1999. Di sisi adat Datuk Mukhti tidak sepatutnya hadir. Pada 16 Mac 2000, Datuk Mokhti memecat pula Datuk Lela Bangsa. Pemecatan dibuat melalui telefon sahaja. Cara pemecatan ini amat bertentangan dengan peraturan adat. Dan Mubarak dikatakan menerima pemecatan itu yang menurut adat dianggap satu lagi salah laku.

Mubarak turut mengarahkan empat ahli waris Perut Di Air mencari benih (calon) penyandang pusaka Datuk Shahbandar, merangkap tunggak Waris Di Air. Satu pertemuan telah diadakan di rumah Ibu Soko Zainab Jamlus di Labu pada 27 Julai 1998. Dengan arahan ini maka ia merupakah satu salah laku di sisi adat. Kata Razali, arahan Datuk Kelana putra itu tanpa melalui wakil Waris Di Air tetapi turut menghantar wakilnya dianggap mencampuri adat pusaka Waris Di Air. Mubarak juga didakwa menghalau anak-anak Waris Di Air dari pekarangan Balai Undang pada Hari Raya Aidilfitri kedua pada tahun 1999. Mengikut adat, majlis mengadap Datuk Kelana Putra pada hari raya kedua wajib diadakan setiap tahun dan hendaklah dihadiri oleh dua carak waris negeri, iaitu Waris Di Darat dan Waris Di Air. Ini tercatat dalam Terombo Fasal 26 dan Fasal 43. Dengan menghalau anak waris Waris Di Air ini maka Mubarak seperti merosakkan perjalanan adat pusaka Sungai Ujong. Padahal dalam majlis ini. Mubarak mempunyai kedudukan seperti mayat dimandikan. Yang berkuasa dalam majlis itu ialah Waris Perut Ulu dan Perut Hilir.

Satu memorandum anak Waris Di Air telah dihantar kepada Waris Di Darat pada 16 Januari 2000 menyatakan rasa terkilannya terhadap campur tangan Datuk Laksamana Syahruzaman Haji Malik dan Datuk Maharaja Lela Mokti dalam urusaan adat pusaka Waris Di Air Sungai Ujong. Datuk Laksamana dikatakan menghalau anak-anak Waris Di Air daripada majlis kerapatan Hari raya kedua, sementara Datuk Maharaja Lela Mokti menghhadiri kerapatan Waris Di Air pada 27 Julai 1998. Menurut adat Mokti tidak sepatutnya hadir. Kemudian Datuk Kelana Putra pula dikatakan bertindak menahan elaun (pencen?) anak-anak Waris Kampung Godang dengan wakil penerimanya Hajah Hasnah Ajud dan Kampung Manggis dengan wakil penerimanya Raja Asiah Raja Hamzah. Alasannya ialah anak-anak Waris ini telah berselisih faham dengan Datuk Maharaja Lela Mokti. Perselisihan faham ini timbul kerana Ibu Soko dan waris yang bersako kedua-dua kampung yang mewakili Perut Hilir ini bertindak memecat Datuk Maharaja Lela Mokti 10 Mac 2000.

Demikianlah tindakan pecat-memecat dan lantik-melantik yang tiada berkesudahan, tanpa mengambil kira peraturan adat seperti yang termaktub dalam Terombo. Tindakan yang dianggap sewenang-wenangnya dilakukan Mubarak ini bagaikan merosakkan perjalanan adat di Sungai Ujong. Seorang pengkaji adat dan penulis beberapa buah buku tentang adat di Negeri Sembilan, Nurhalim Ibrahim mengakui sikap jahil tentang sistem adat yang telah ditradisikan sebagai satu budaya murni orang Sungai Ujong, khasnya dan orang Negeri Sembilan umumnya menjadi biang keladi kepada semua masalah yang timbul.

Katanya, Kita melihat budaya dan adat resam orang Melayu di Sungai Ujong sudah terhakis banyak kerana elemen kepentingan diri dan politik. Pada hal, budaya dan tradisi adat kita itu amat berkesan dalam menyusun sistem kehidupan bermasyarakat. Kita tidak boleh lupa bahawa sistem dan budaya adat inilah wujudnya sistem pemerintahan di Negeri Sembilan hari ini. Cuba bayangkan kalau tidak ada sistem dan budaya yang diamalkan di Negeri Sembilan sejak lima ratus tahun dahulu mana mungkin institusi Yang DiPertuan Negeri wujud hari ini.

Sesuatu perlu dilakukan untuk semua warga adat di Sungai Ujong kembali ke pangkal jalan. Pertama setiap warga terutama yang mempunyai hak pusaka adat patut menelaah sistem adat Sungai Ujong. Kedua yang telah membuat salah laku perlu balik ke pangkal jalan dan bersama-sama menjernihkannya semula. Dan yang lebih penting katanya, Kita hendaklah berpegang teguh kepada perbilangan: Adat bertentu bilang beratur/ Berjinjang naik bertangga turun/ Tali pengikat di tangan Lembaga/ Keris penyalang di tangan Undang/ Pedang pemancung di tangan Raja/ Balai Undang adalah Balai keadilan/ Yang akan menentukan hidup atau matinya pesaka adat ini.Ertinya jangan sekali-kali menduakan adat hanya semata-mata ingin menjaga kepentingan pribadi dan menurut kehendak nafsu.

Jalan terbaik bagi menyelesaikan kekusutan adat di Sungai ujong ini ialah tindakan Dewan Keadilan mengeluarkan keputusan, sama ada masih merestui Mubarak kekal sebagai Datuk Kelana Putra atau menyerahkan semula kuasa penentu kepada Waris Tua Perut Hulu, Waris Tua Perut Hilir dan Waris Nan Tua. Bagaimana dengan kedudukan Samsir (yang kini sudah meninggal dunia) yang mengisytiharkan oleh warisnya sebagai Datuk Kelana Putra Ke-10 sebanyak dua kali, terakhir pada 10 Mac 2002 lalu. Kini muncul pula Zulkeply menuntut hak.

Sebaiknya, fungsi dan terms of reference Dewan Keadilan Negeri mesti dijelaskan. Kalau perlu Dewan ini perlu mempunyai satu jawatankuasa penasihat yang berfungsi sebagai pakar rujuk kepada Dewan dalam menjalankan tugasnya di sisi adat. Yalah, kalau kita nak lihat adat ini hidup seribu tahun lagi.Menteri Besar Bn yang menjadi exofficio Dewan Keadilan jelas gagal memainkan peranan, malah kegagalan menjadi lebih parah apabila isu kepentingan politik dijadikan pengukur

Menteri Besar tidak peduli , seronok atau tidak memahami mengenai adat ? Menteri Besar seharusnya segera menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak.

Kalau boleh eloklah kita kembali ke pangkal jalan. Muafakatlah kerana seperti kata adatyang kusut diselesaikan, yang keruh dijernihkan. Bulat air dek pembetung, bulat manusia dek muafakat, Penghulu beraja ke muafakat, muafakat beraja kepada yang benar. Ibu hukum muafakat, ibu adat muafakat

tulisan dari perbagai sumber dari buku dan internet. cheGuBard mohon maaf kerana gagal menyebut sumber maklumat. tulisan ini rangkuman bahan yang disusun bukan bukan tulisan asal cheGuBard.

22 comments:

  1. Anonymous8:15 PM

    hang memang cikgu ler bard aku baca benda nie macam masuk sekolah balik.....

    ReplyDelete
  2. Anonymous11:15 PM

    kalau sekarang, kedudukan hj othman ismail bagaimana? yg telah menjalankn istiadat kerjan baru2 ni?

    ReplyDelete
  3. Anonymous11:06 PM

    alamak chegubard...ekau tulih ikut maklumat yg ekau dapek yo...maklumat lain ado yg lobih ponting ko xtau....nasihat den.jgn la mudah bona ekau nak masukkan maklumat ekao yg x sebeghapo ni...buek oghang lain konpius.....maklumat ekau x byk & xlongkap.....jgn sibuk hal luak sungai ujong kalu xdo maklumat yg topat & jgn amik maklumat sebolah pehak yo....... eden ni Cucu Dato' Kelana Petra Ma'amor Ibu & Soko Waris Di Air...

    ReplyDelete
  4. Anonymous1:52 AM

    huh.. kedudukan hj othman ismail masih belom buleh lg jd.. sbb dio bukan anak ibu soko yg asal, dia telah membelakangi ibu soko.. sebb aden adalah cucu ibu soko yg asal, othman ismail cuma anak kepada nenek lang den iaitu yang ketiga!.. dio tak layak!, cikgu buleh turun kampung pantai, NS tanya org kat situ kalu tak percaya tntang kewujudan ibu soko yg asal..

    ReplyDelete
  5. Anonymous1:13 PM

    dikatakn bahawa ibu soko yang asal tidak berminet utk menyertai perjumpaan berkaitan dgn adat dan anak2 dia tidak berkemampuan..adakah ini benar? semasa permuafakatn melantik othman.. ibu soko yang asal tidak turun malahan ini di buktikan oleh adik beradik ibu soko yang asal... adakah benar? sikap menyendiri ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous1:09 AM

      Tiado sikap menyendiri sbona ey.. hanyo sikap memblakangi ibu soko asal sebona ey..sikap tamak sbona ey.. bukan tdak berkemampuan..salah tu tuan.. turunlah ko pantai..pergi seniri nanyo an hal sebona ey.. rumah ibu soko asal bolah kanan. betul2 dopan umah tinggi atas bukit.

      Delete
    2. Anonymous1:13 AM

      Tiado sikap menyendiri sbona ey.. hanyo sikap memblakangi ibu soko asal dan tamak sebona ey..Tdak berkemampuan..salah tu tuan.. turunlah ko pantai..pergi seniri nanyo an hal sebona ey.. rumah ibu soko asal bolah kanan. betul2 dopan umah tinggi atas bukit.

      Delete
  6. Anonymous1:51 PM

    salam chegubard..... mengenai Luak Sungei Ujong nie... nak kepastian anonymous 1.52 AM, yg mana mengakui beliau cucu ibu soko yang asal.... ada ura2 yang menyatakan bahawa ada cucu ibo soko yang asal berminat untuk menjadi Tok Undang... tp usaha terbantut oleh sebab2 yg x diketahui(sape tau mintak tlg explain) lalu usaha ini diteruskan oleh hj Othman.....apa pandangan saudara2 semua?????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous2:01 AM

      As salam saudara.. jgn hanya percaya ura2 sahaja.. saya tidak berniat untuk mnjadi tok undang slagi tiada bukti2 atau usul2 yg kukuh.. smua itu hanya dengan izin Allah.. biar yg hak berhak jadi.. yg berhak didahulukan.. saya tdak mau terbabit dlm peselisihan ini.. dlm keadaan adat yg telah dipolitikan dan tdak telus, maka sukar utk ketelusan itu mnentang unsur2 pnyelewengan.. maka kita harus bersiap sdia mngumpul smua bukti yg lebih padu jika mahu mngetahui siapa yg berhak n utk mmbetulkan jalan yg spatutnya. Rujuklah daripada mana dtgnya royal sungai ujong ni dgn lbih mndalam jika tidak kita smua tdak akn mendpat kebaikan drpdanya selain berselisih faham.

      Delete
  7. Anonymous9:17 AM

    Salam Pada Semua ..

    Saya di sini ingin mengetahui keturunan Datuk Sebelah ibu ayahanda saya. Nama ibunye RAMLAH BINTI DATO'SHAHBANDAR ABD RAHMAN(Datuk Bandar Sungai Ujong) telah Berkahwin dengan Y.M Raja Ariff Bin Raja Jaffar(Penghulu Semenyih/Sabak bernam). Mereka dikurniakan Ayahanda Saya Bernama Y.M Raja Faisal Bin Raja Ariff.

    Melalui Cerita Arwah Ayahanda Saya semasa hidup.. Nama datuk beliau Abd Rahman Bin Khatib Piah yg merupakan Berketurunan tembusai. Ibu dan Datuk ayahanda saya telah disemadikan dtanah perkuburan tembusai di Rasah Seremban.

    Pertanyaan Saya Disini:

    1) Adakah benar Datuk Abd Rahman menjadi dato' bandar sungai ujong.

    2) Dimanakah Saya boleh dapat mengetahui kisah Ibu dan datuk ayahanda saya yg lebih mendalam lagi. Kepada siapa ingin saya merujuk.

    3) Saya Juga ingin mencari susurgalur keturunan Tuanku Tembusai yg selengkapnye jika benar ibu dan datuk ayahanda saya berketurunan Tembusai. Tidak kira di indonesia serta malaysia.

    Jika tidak keberatan ingin membantu bolehlah menghubungi saya:
    Raja Azman Bin Raja Faisal
    H/p : 0172828795 @
    email: rajaazman@gmail.com

    Akhir kata Maaf dipinta jika ada salah / terkasar kata² yg saya tulis diatas.


    Salam Sembah Dari Keturunan:
    Y.T.M. Raja Mahmud ibni al-Marhum Sultan Muhammad Shah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous4:31 PM

      saya juga berminat untuk tahu tentang salasilah keturunan Dato Shahbandar Abdul Rahman..Saya ingin tahu siapakah anakanda2 beliau..

      Delete
  8. Anonymous11:36 AM

    baca teromba dan salasilah negeri sg ujong baru tahu kebenaran, jangan main cakap cakap saja. dari situ baru dapat memperbetulkan dan siapa yang layak. lihat salasilah yang ada. Untuk menyandang pesaka, mesti mengikut fasal 2 dalam teromba.

    ReplyDelete
  9. Anonymous1:23 PM

    kekecohan tak akan berlaku sekiranya mengikut fasal 2 yang di sebut oleh komentar di atas, saya amat bersetuju dengan saudara supaya merujuk kepada fasal tersebut. teromba dan salasilah perlu di rujuk.

    ReplyDelete
  10. Anonymous10:12 PM

    Assalamualaikum kepada semua..

    Saya salah seorang penuntut Mesia dr luar negara, saya juga amat tertarik dgn complexity perlantikan undang luak sungai ujong ini. Di mana saya boleh dapatkan salah silah utk mengetahui lebih lanjut tentang salah belakang perlantikan suma undang..?

    Selain dari salah silah pelantikan.. saya juga kabur dengan term2 yg digunakan e.g. 'IBU SOKO' 'BUAPAK' dan lain2 lg.. Tolong berikan link2 info tentang latar belakang adat pepatih dari negeri sembilan..

    Berbekalkan semua maklumat dr saudara & saudari sekalian, saya akan jadikan topic perlantikan ini sebagai case study dalam jurusan pengajian saya. Jikalau semua di izikan, saya akan bawa ketengah adat2 pepatih negeri sembilan ke pengetahuan ramai, dan harapnya biarlah segala jawatan dan hak2 akan kembali ke waris yg sepatutnya.

    P.s : Banyak sejarah dan latar belakang negara kita telah diubahsuai oleh bangsa2 asing, harapnya kita perlu bersatu utk kekalkan adat pepatih negeri sembilan dapat kita gilapkan semula. Harap kalian semua dapat berikan maklumat yg terbaik utk kita sama2 naik kan adat perpatih di tanah air kita sendiri.

    Salamun Alaiak dr perantauan.

    ReplyDelete
  11. Anonymous2:50 AM

    x faham jgn tulis, buek malu yo......bukti yg ditulis diatas ni byk berat sebelah. benda yg x betul kalau disebarkan boleh jadi fitnah. setau saya luak sg ujong x mengamalkan adat perpatih dlm sistem pemerintahannya.

    utk anon yg mencari susur galur dr tembusai boleh la rujuk pada sahabat saya arya rajapati mangkubumi shahrin. boleh minta no fon di balai undang sg ujong di ampangan.

    ReplyDelete
  12. Anonymous2:39 AM

    sifat dengki dan gila kuasa menyebabkan ada krisis sedemikian..
    benda ni dah selesai kalau ikut cara pada tahun 1986...tapi byk yg tak betulnye...
    siasat pasal mariam binti abdul rahman beranang

    ReplyDelete
  13. Salam sumo peminat kisah sungei ujong...kekusutan begini tak akan selosai hinggo kiamat kalau tak diselosaikan dengan cagho yang botul...yang dah rosak akan toghuih ranap dek keegoan/kebodohan masing2...akhir eh kuaso lain yang akan hantar jari telunjuk memerintah kito...Dicadangkan kito buek kerapatan mencari kebulatan maufakat bagi menyelosaikan krisis ini.Yang paling ponting orang luar jangan campor tangan..yang salah kito botul kan yang hak kito pulangkan...akan aman damai la kito selamonyo....

    ReplyDelete
  14. sya nk bertanya status sesorang nie yg bergelar YM DATO JOHAN DATO WAN KHAIRIL ADLI BIN MOHD.YUSOF.adakah dia tersenarai dari keturunan DATO JOHAN?bagaimana beliau dpt status dato dan adakah statusnya diiktiraf istana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous1:58 PM

      YM DATO JOHAN DATO WAN KHAIRIL ADLI BIN MOHD.YUSOF adalah Dato' Lembaga dan mempunyai hak hak keistemewaan yang telah ditetapkan oleh undang undang tubuh N.S. dan menerima pemakanan kerajaan. beliau adalah Dato' bergelar dan waris klana perut hulu. Beliau adalah salah seorang orang besar di Sungei Ujong dan dihormati di N.S. saudara zuraidi bertanya saudara ke dengan beliau?

      Delete
  15. Anonymous5:08 PM

    Salam...

    Saya nak bertanya tentang Waris Kg. Godang? Ini kerana nama nama nenek saya (Hajah Haznah Ajud)di sebut di atas. Setahu saya nenek adalah seorang Ibusoko dalam Undang Luak Sg. Ujung ini.

    Terima ksaih

    Hubungi saya di email nurwahida_ahmad@yahoo.com

    ReplyDelete
  16. Anonymous12:23 AM

    jikalau sesuatu tu di ambil dengan jalan yang tidak betul maka apa yang di rencanakan akan nampak tak betul masalah dato kelana ni dah lama sangat dari arwah atuk saya hidup sampai sekarang,sebab2 n puncanya waris yang sah x dapat salah satunye adalah rasuah maaf klu ada yang tersinggung tapi tu lah hakikatnya kenapa waris yg tak mendapatkannye

    ReplyDelete
  17. Anonymous10:46 PM

    Salam

    Keluarga kami waris di air. Perut dato bandar tunggal. Akhir sekali menjadi dato syahbandar ialah dato syahbandar abu bakar bin hj othman iaitu menantu dato kelana petra maamor. Selepas meninggalnya dato bandar abu bakar, ada banyak konflik berkaitan jawatan dato syahbandar sejak dato kelana mubarak.sekarang ini kosong jawatan itu dan khabarnya ada usaha untuk meniadakan jawatan dato syahbandar.harap saudara semua boleh berkongsi maklumat terkini. Saya boleh dihubungi di email farish75@yahoo.com

    Terima kasih dan Wassalam.

    ReplyDelete