Saturday, May 03, 2008

Ishak Lenggeng usaha seret Mohamad Rantau & co ke Penjara ?

Minggu lepas cheGuBard dihubungi ramai teman bertanya berkenaan dengan 'kegemparan' Dato' Ishak, Ketua Umno Bahagian Seremban yang membuat laporan BPR ke atas Dato' Seri Mohamad Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan. Ishak Lenggeng dilaporkan hadir sendiri ke BPR dengan di iringi beberapa pimpinan Umno Seremban membuat laporan mengenai salah laku Mohamad Rantau yang mempengerusi mesyuarat untuk melantik adik beradiknya sebagai ahli majlis kerajaan tempatan dalam Negeri Sembilan.

Bagi cheGuBard dan teman - teman dalam keADILan ingin merakamkan tahniah atas keberanian Ishak Lenggeng cuma ingin ditegaskan bahawa laporan polis, laporan BPR dan pendedahan mengenai perkara ini telah dibuat lama dulu oleh keADILan, saya sendiri mengetuai pendedahan dan laporan laporan tersebut. Namun pada ketika pendedahan dan laporan yang dibuat dulu Ishak Lenggeng tidak ke depan cuma komen - komen secara selindung mungkin kini ia lebih berani setelah terlepas peluang menjadi wakil rakyat di Lenggeng.

sila rujuk :
Teori seorang teman yang bukan 'politician' tetapi hanya pemerhati biasa, pembahas kedai kopi terkenal di kampungnya menyatakan bahawa ini peperangan proksi...tok Mat (MB) proksi Abdullah Badawi dan Tok Sahak Lenggeng proksi Mahathir.

Namun apapun plot politik makin menarik...

10 comments:

  1. ASSALAMUALAIKUM....

    SAYA RASER, ADA JUGA KESILAPAN KEPADA CHE"GU BARD DALAM PENGIRAAN UNDI DI REMBAU KERANA TIDAK TAMPIL DI DEWAN SEMASA KIRAAN UNDI!!!!


    JADI.... INI JAWAPAN KHAIRY... baca link kat sini.

    http://www.kpmu.net/index.php?option=com_content&task=view&id=387&Itemid=5

    ReplyDelete
  2. Anonymous10:46 AM

    " Apabila di beri badge anti ISA , Khairy The Sicko menjawab

    "I tak boleh pakai 'badge' ni sebab 'I luv ISA'. Lagi pun family I belum ada yang kena ISA, itu lah jawapan Timbalan Ketua Pemuda Umno yang juga menantu bekas penguasa ISA, Khairy Jamaludin, ketika dihulurkan lencana ISA kepada beliau petang tadi.

    Saya rasa 'Khairy the Sicko' perlu medical checkup mental health atau lupa makan ubat mental pada masa itu.

    Bayangkan boleh dia berkata begitu kepada keluarga, anak dan isteri yang menderita kehilangan suami kerana di penjara tanpa penghakiman yang adil. Sudah lah keluarga orang yang di zalimi tidak di bela malah di hina pula dengan kata kata kesat. Kurang ajar Khairi sudah menjadi darah daging nya dan dia merasa terlalu megah dengan sikap gangsternya itu. Kita berdoa orang yang angkuh saperti Khairi di beri peluang untuk merasakan apa yang di alami oleh keluarga tahanan ISA atau lebih dari itu. Malang sekali Dollah mempunyai menantu yang mentally sick macam Khairy. "

    ReplyDelete
  3. Anonymous11:46 AM

    Bard...ramai orang cakap yang kau 'deal' dengan Tok Mat untuk lawan KJ..betul ke..? Kalau betul maknanya Tok Mat nie tak suka KJ lah..?

    then last minit kau kena tipu ngan Tok Mat apabila dia sendiri bawak masuk peti last pukul 10.15mlm kat dewan...sebab aku sendiri tengok peti tu masuk..

    ReplyDelete
  4. Anonymous11:41 AM

    Keberanian ahli UMNO sendiri dituntut untuk membersihkan ahli UMNO yang kurop ini. Tidak faham mengapa pemimpin UMNO sering mengkayakan adik-beradik sedangkan ramai lagi boleh melakukan. Cthnya seperti DEB, orang melayu dibawah hanya merasa sedikit aja keuntungan DEB tetapi adik-beradik atasan memperolehi segalanya. Bila DEB dimansuhkan, mereka menggunakan rakyat untuk berdemotrasi. Inilah realiti UMNO, semoga ada ahli UMNO seberani Dato' Ishak.

    Rakan2 silalah rajin2 ke blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com/
    berilah komen setiap artikel...

    ReplyDelete
  5. Anonymous6:24 PM

    Bard.... jangan gentar dengan juak juak KJ.... aku dapat tahu kau dah failkan petisyen 25 April lepas ...TAHNIAH!!

    Bila sebutan kes jangan lupa maklum awal... kita himpun ramai - ramai....

    kami nak tengok 'anak jati rembau' yang dah berjambang macam ala ala sarjan hassan.... kami nak jerit beruk kuat2

    ReplyDelete
  6. Anonymous7:17 PM

    anonymous 11.46am,

    mustahil lah kalau Tok Mat bersekongkol dengan chegubard.

    Sudah tentu ini berlawanan dengan prinsip chegubard sendiri untuk bekerjasama dengan Tok Mat.

    Chegubard sudah berpatah arang apabila mengetuai kempen memburukkan Tok Mat.

    Lagipun Tok Mat, selaku MB yang dilantik oleh Perdana Menteri, sudah pasti akan membantu Khairy sebaik mungkin.

    Janganlah kita nak perjuangkan sesuatu sampai buat cerita gila.

    ReplyDelete
  7. Anonymous7:58 PM

    Apa lagi kita nak pertikai Chegu dan khairulazuar?

    Biarpun persepsi orang banyak macam kita ni bahawa institusi perundangan dan kehakiman dilanda tuduhan korup dan tidak mengamalkan prinsip keadilan sejagat, kita kena kaji sama ada tuduhan terhadap Tok Mat ni berasas atau tidak.

    Kita lihat ia semata-mata mainan politik orang yang dah bankrap idea.

    Dalam akhbar the Star Gani Patail dah cakap siasatan sudah dijalankan dan pegawainya mendapati tidak ada kes.

    Bukti yang dikemukakan tidak kukuh.

    Ringkasnya, it’s a non issue. Pulak tu kes tahun 2004 dan 2005.

    Kalau kita nak bercakap mengenai pemimpin membawa masuk adik-beradik, kita tidak payah tengok jauh lah.

    Lihat idola Chegu. Anwar Ibrahim, saudara Abim yang memakai Armani suit.

    Isterinya dan anaknya kini di Parlimen dan orang kuat Keadilan semuanya.

    Ini betul-betul nak buat parti anak-beranak.

    Satu lagi parti anak beranak ialah DAP. Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh, Gobind Deo Singh dan apa lagi Singh saya pun tak tau.

    Bagi can lah kat Tok Mat ni. Dia tokoh korporat yang tahu corak urus tadbir yang elok atau orang sekarang ni tahu sebagai good governance.

    Tok Mat bukan askar upahan yang tiba-tiba diterjunkan ke arena politik untuk buat duit.

    Tapi kita juga akur bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Tegur-tegur lah tapi secara berhemah dan berbudaya. Tok Mat tu pun bukan jenis yang tidak terima kritikan.

    Chegu dan Khairulazuar tentu boleh buat bukan?

    ReplyDelete
  8. Anonymous1:05 AM

    Salamun chegu bard,

    it's not new regarding siapa kena tangkap n tidak. ini malaysia negara hak pemerintah ie pm n kronies je.

    I have personal experience ngan bpr bila buat aduan salah laku seorang pengarah perhutanan, pegawai tu infront of me gi telefon pengarah tu coz dia golf geng rupanya.

    Lepastu saya call bpr ibupejabat n lapor salah laku pegawainya but they are too far n evidence ie balak akan diproses dan semua nombor tukul sah akan lenyap n lepasle kawan pengarah perhutanan tu.

    After that incidence maafle nak percaya kat poliske, bprke or siapa2 yg dilantik oleh k'jaan. elok juga ada blogni at least saya boleh kongsi pengalaman.

    be strong n b honest k

    ReplyDelete
  9. Anonymous4:40 AM

    fakta ! badrul tak serang sekalipun Hj Mad Hssan ketika pilihanraya.... kenapa..?

    KJ hebat menang walaupun disabotaj Umno...

    bukan macam Mukhriz yang terpaksa beli seat dari PAS...

    ReplyDelete
  10. Anonymous3:33 PM

    ahhhh...den tak pedulik ekau cakap apo pun.Apo yang den tau lam pru13...PKR memerintah malaysia..dan den jadi pm nyo.

    ReplyDelete