Monday, May 19, 2008

isu dakwat mengesahkan SPR alat politik BN

RM 2 juta lebih wang rakyat terbazir kerana membeli dakwat pencelup jari yang tidak digunakan...kononya tidak digunakan kerana alasan keselamatan.

Afghanistan, Iraq dan banyak negara yang dalam keadaan perang berjaya mengadakan pilihanraya yang diiktiraf badan antarabangsa dengan menggunakan dakwat pencelup untuk mengelakkan pengundi berulang. Amat malang jika Malaysia yang kononya negara selamat tetapi tidak menggunakan dakwat atas alasan keselamatan.

Sebenarnya SPR tidak menggunakan dakwat di saat akhir kerana telah mengetahui bahawa BN bakal berkubur jika niat penggunaan dakwat ini diteruskan dalam PRU yang lepas.

-petikan dari aminiskandar.wordpress.com-

Dua hari lepas, pengerusi SPR, Abdul Rashid memberitahu media bahawa kabinet Abdullah Badawi yang sebenarnya membantah penggunaan dakwat kekal pada pilihanraya umum yang lalu. Sila klik disini untuk berita dari Malaysiakini.

Baru-baru ini Syed Hamid mendedahkan di parlimen yang laporan polis berasakan kepada khabar angin mengenai pembelian dakwat kekal oleh parti-parti politik untuk tujuan penyelewengan pilihanraya. Klik disini.

Sebelum ini saya ada menulis di Malaysiakini mengenai isu dakwat kekal, perbandingan dengan pilihanraya di Nepal. Klik disini.

Jelaslah disini bahawa kebinet Abdullah Badawi tahu yang mereka akan kalah dalam pilihanraya ke 12 yang lalu jika dakwat kekal digunakan. Jelas juga yang SPR hanyalah alat Barisan Nasional untuk menipu rakyat dalam pilihanraya umum.

Adapun begitu, simpati tidak harus diberikan kepada pengerusi SPR tersebut. Beliau memang terkenal dengan lidahnya yang bercabang.

Namun tabik dan hormat boleh diberikan sekiranya beliau sanggup meletakkan jawatan sebagai tanggungjawab terhadap rakyat Malaysia oleh kerana bersekongkol dengan kerajaan polis dan peguam negara untuk membantu BN memanipulasi pilihanraya.

Musa Hassan juga harus letak jawatan sebagai Ketua Polis Negara. Begitu juga dengan Gani Patail.

Abdul Rashid, Musa Hassan dan Gani Patail menjadi alat Barisan Nasional untuk menipu rakyat Malaysia. Letak jawatan atau disumbat oleh rakyat Malaysia kedalam tong sampah sejarah!!!

3 comments:

  1. Anonymous6:32 PM

    Abdul Rashid, Musa Hassan dan Gani Patail menjadi alat Barisan Nasional untuk menipu rakyat Malaysia. Letak jawatan atau disumbat oleh rakyat Malaysia kedalam tong sampah sejarah!!!

    Salam,

    Bukankah ini satu bentuk penipuan yang nyata, semua yang terlibat tidak seharusnya didesak untuk letak jawatan atau disumbat kedalam tong sampah.

    Sepatutnya mereka yang terlibat ini didakwa di mahkamah kerana gagal menjalankan amanah dan tanggungjawap terhadap rakyat Malaysia.

    Tempat yang sesuai adalah di Penjara kerana mereka adalah Penipu Rakyat Malaysia.

    Saya amat berharap agar semua rakyat Mlaysia membuat laporan polis dan pendakwaan di mahkamah agar mereka semua di bicarakan, maka hukuman yang sewajarnya patut di jatuhkan jika sabit kesalahan.

    Yang menuntut Keadilan
    Wassalam.

    ReplyDelete
  2. Inilah salah satu permainan politik puak BN, mereka akan menggunakan apa sahaja cara untuk tidak memenangkan Pakatan Rakyat dlm pilihanraya. Mereka takut akan bayang2 sendiri, mereka sendiri tahu bahawa rakyat telah menolak mereka secara total, apa lagi nak dikatakan, Allah bersama-sama orang2 yang sentiasa memperjuangan benda yang betul.

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

    ReplyDelete
  3. bad. betul ke ezam dah letak jawatan pengurusi GERAK? kalau betul, kenapa?

    ReplyDelete