Monday, May 26, 2008

Petisyen pilihanraya

Petisyen Pilihanraya P131 Rembau telah difailkan pada 25 April 2008. Minggu lepas mahkamah telah menetapkan 2 Jun sebagai tarikh kes tersebut akan di sebut di Mahkamah Tinggi Seremban.
Ada 4 asas besar diletakkan untuk memohon mahkamah membatalkan keputusan PRU 12 P131 Rembau. Antaranya ialah kertas undi hampir 1000 keping lebih dikeluarkan di peringkat parlimen dibezakan dengan jumlah kertas undi semua DUN di bawah Rembau.
Barisan peguam di ketuai oleh YB Sdr. Willian Leong. Pertemuan dengan barisan peguam minggu lepas jelas mereka semua berada pada tahap keyakinan tinggi untuk memenangi kes tersebut.
Tetapi berbincang dengan ramai teman - teman lain tidak menolak risiko untuk kalah. Walaupun hujah - hujah dalam petisyen yang dikemukan jelas tetapi meneliti Mahkamah yang tidak bebas di Malaysia ini keputusan mungkin dipengaruhi kuasa politik menantu dan keluarga Perdana Menteri.
Barisan Peguam Khairy Jamaluddin kemungkinan diketuai oleh Peguam Shafie Abdullah.
Alhamdunillah barisan peguam telah bersedia memberikan khidmat dengan kos yang amat minimum tetapi risiko jika kalah ialah cheGuBard akan diminta membayar kos mahkamah dan kos defenden yang mungkin mencecah ratusan ribu ringgit.
Meneliti keputusan mahkamah - mahkamah terdahulu dalam kes petisyen pilihanraya jelas selalunya memihak penguasa. Tetapi membawa kes petisyen mahkamah ini digunakan untuk ruang mendedahkan kepincangan dan kecurangan yang berlaku dalam pilihanraya.

p/s : cheGuBard dalam pertimbangan dan persimpangan antara terus mendedahkan kepincangan dan kecurangan dalam menghadapi risiko menanggung hutang ratusan ribu ringgit.

10 comments:

  1. Anonymous5:51 PM

    Ape cerita ni, bro??? Kalau berani, siarkan komen ni:

    Monday, May 26, 2008
    Pendedahan : Badrul Hisham batal semua program

    Kami telah menerima kiriman dari pelayar laman ini yang turut mahu mencari kebenaran dan berusaha menetang sesiapa sahaja yang membuat rundingan dengan menantu Pak Lah. Menantu Pak Lah tidak boleh dibenarkan menggunakan kuasa wang untuk membeli sesiapa dia suka dan akhirnya menjual negara.

    Pendedahan di terima :

    Badrul Hisham Shahrin, MPT Keadilan Rakyat membatalkan semua program yang sepatutnya di adakah setelah laman ini membongkarkan usaha sama beliau dengan Khairy, Ezam, Norza, Anuar dan Nazree.

    Imej SMS ini dikirim pada kami sebentar tadi. Adakah ini satu usaha menyeluruh menyaksikan menantu Pak Lah memulakan langkah untuk terus menajdi Perdana Menteri dalam usia 40 tahun?

    http://antikhairy.blogspot.com/2008/05/pendedahan-badrul-hisham-batal-semua.html

    ReplyDelete
  2. Anonymous7:00 PM

    Salam Che Gu Bard,

    Apa ceghita ni??Takkanlah sebab pangkat pun hang nak masuk UMNO??mana prinsip yang kau pegang selama ini??

    Memalukan!!!

    ReplyDelete
  3. Assalaualaikum.

    Duit/hutang/piutang memang menjadi lumrah untuk pejuang.

    tribulasi ini yang telah banyak menjatuhkan ramai pejuang.

    insyaAllah.berdoa agar Allah mengekalkan kecekalan CheGu Bard untuk tekad meneruskan perjuangan.

    Ameen.

    Nilai keuntungan di Akhirat kelat jauh lebih besar dari sekupang duit UMNO.

    ReplyDelete
  4. Anonymous12:16 PM

    salam... bro please comment artikel malaysiakini semalam.. pasal ezam ajak hang masuk umno... please bro... comment ckit...

    ReplyDelete
  5. Anonymous12:41 PM

    kita kembali kepada satu kepastian yang pasti... bahawasanya tiada apa yang kekal abadi di dunia ini.. yang hidup pasti mati... yang mati cecepat la kebumikan... perubahan sentiasa menanti... yang kekal abadi sifatnya hanya Allah yang esa... jangan la trlalu taksub... ketaksuban boleh membawa kesengsaraan jiwa... jika tidak hari ini mungkin esok atau lusa... kepada cikgu bard... aku tau kau punyai daya fikir yang agak tinggi... kau juga tahu menilai... jika benar keputusan kau untuk menyertai umno... jika keputusan itu dibuat tanpa ada agenda gelap yang tersembunyi... aku kalungkan sejuta tahniah kepada kau... tapi bard... kalau seorang diri tak memadai.. dengan segala apa yang ada pd dirimu... usahalah untuk membawa bersama mereka yang lain... terutama sekali panglima2 bilik gerakan PRU12... azizi... along... pak wan... brader yang ekzos kelisa trcabut tuh... dan 3 4 orang budak spm yang sesama juga membantu... tapi bard.. yang paling kompom sekali mmg muak ko nak tahan maki bebudak mahasiswa yang datang tuh.. terutama sekali budak yang gemuk gelap2 ckit tuh... die tuh kalau bercakap smpai berbuih mulut aku tgok.. apa2pun bard... good luck aku ucapkan... salam...

    ReplyDelete
  6. Anonymous1:47 PM

    Chegubard ...
    Andai anda masuk UMNO kerana hutang anda, maka anda bukan pejuang yang asli, apa yang anda bongkarkan kekejaman BN sebenaranya palsu bagi kami.

    Chegubard ....
    Andai anda masuk UMNO, sayalah org pertama yang akan mengutuk dan mengeji tindakan anda, kalau ini hanyalah khabar angin, saya mengurut dada dan bersyukur kepada Allah.

    Chegubard ...
    Anda ada blog, anda boleh jawab secepat mungkin kerana anda sekarang menjadi buat mulut penyokong Pakatan Rakyat.

    Chegubard....
    Kalau ezam masuk UMNO mungkin tidak pelik sebab dia sudah lama tinggalkan PKR tetapi anda di dalam PKR. Pelik sekali

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

    ReplyDelete
  7. salam........

    saya bukan mengeluh atau nak kata saya takut risiko hutang ke apa ke....

    jangan guasar petisyen masih diteruskan...

    maaf jika perkongsian rasa hati ini disalah ertikan...

    ReplyDelete
  8. PERJUANGAN ADALAH PERLAKSANAAN KATA-KATA....

    Takkanlah nak buat petisyen, KEADILAN TAKDER SPONSOR peguam?

    pelik? kalau chegubard berani, awat tak nafi terus, nak tunggu EZAM balik dulu?

    hehehehehe....

    apa2pun, tanpa chegubard, KEADILAN akan ada dengan izin ALLAH dan kami YAKIN ALLAH bersama-sama orang yang beriman dan beramal SALEH!!!1

    P/s: Tak malu ke kalau chegubard masuk UMNO, mesti lepas nih kena kutuk giler2!!!

    ReplyDelete
  9. Anonymous6:51 PM

    banyaknyer komen,,,,,,,,,tak apa cikgu depa cuma tahu bercakap sahaja..........

    saya kenal cikgu lama...kami tahu pengorbanan cikgu....

    kami juga kini tersepit dengan tindakan sombong pemimpin keadilan... di penang contohnya sahmsul iskandar sombong ...tukar ketua amk pusat tanpa lihat suara bawah... tukaq pula dengan yusmadi...peguam muda sombong gila glamer tak reti buat keje...dalam meting guna nama anwar macam anwar antar dia balik perintah penang....

    ucapan cikgu di penang jelas lebih baik dari sam... cikgu berjaya bentang kertas kerja dengan praktikal dan baik.... dan komen last cikgu bagus iaitu apa depa ingat kita paria untuk hanya buat kerja sahaja dan bila ada ruang depa bagi kepada org yang kononya profesional... amk kena kuat supaya orang segan... amk perlu kuat untuk amk bawah dapat terus hidup...

    ni dak amk tak kuat tapi pemimpin mewah ke hulu hilir naik flight...apa buat claim kat parti ...

    pergh!! lu pikir la sendiri... ni baca lak kat sini http://wrlr.blogspot.com/2008/05/elok-juga-keluaq-keadilan-kalau-jasa.html

    ReplyDelete
  10. Anonymous10:04 PM

    KALAU KAU NAK DEDAH KEPINCANGAN PILIHANRAYA JGNLA BG ALASAN TAK CUKUP DUIT NAK BYR MAHKAMAH....DEDAHKAN JELA DLM SURAT KABAR PKR TU....NI KAU BG MCM2 ALASAN MURAHAN PLAK....KAU NI SUKA CR PUBLISITI MURAHAN LA.....BANGSATTTTTTTTTTTT...........KLU KAU BRANI SIAR KAN KOMEN AKU NI....BODOH PENAKUT...DR DULU SMPI ARI NI BYK ALASAN....BANGANG.....

    ReplyDelete