Tuesday, May 06, 2008

Menahan Petra adalah tindakan politik menakutkan Bloggers

Hari ini Petra telah dihadapkan ke Mahkamah atas tuduhan menghasut. Ini ialah susulan dari sebuan ke rumahnya yang dilakukan pada minggu lepas dimana polis telah merampas komputer ribanya. Ini semua kononya kerana tulisanya yang bertajuk "Mari Humbankan Pembunuh Altantuya Ke Neraka Jahanam" (artikel asal dalam Bahasa Inggeris).
Nampaknya ini operasi balas dendam selepas dari kekalahan teruk BN dana Pilihanraya Umum ke 12 yang lepas. Dikatakan blog dan internet antara punca penting yang menyebabkan BN kalah teruk. Bagi cheGuBard ini salah, pembaca atau rakyat beralih kepada media internet kerana media arus perdana terlalu teruk diperkudakan oleh penguasa yang gila kuasa.
Kini Petra sedang 'berehat' di Penjara Sungai Buloh kerana tidak mahu membayar wang jaminan RM5,000 yang dikenakan keatasnya.
Jika menghasut itu salah ramai yang harus 'ke dalam' ...Utusan, Berita Harian, RTM dan banyak lagi 'organ' media yang rela diperkudakan oleh penguasa korup setiap hari tidak berhenti menghasut rakyat membenci pemimpin yang tidak 'sebulu' dengan mereka.... itu juga menghasut dan salah!!!

10 comments:

  1. Anonymous6:31 PM

    lepas ini kamu ler chegubard.... KJ benci sgt2 dgn kamu tu.. sebab kamuler dia tak leh jadi menteri dan bolot besar lagi.....

    ReplyDelete
  2. Begitu lah nasib orang yang berjuang diatas dasar kebenaran . Pengorbanan RPK merupakan obor semangat yang menyalakan perasaan rakyat untuk menentang kezaliman dan korupsi yang seperti barah yang menghancurkan negara .

    Chegu Bard ,

    Sdr tidak perlu takut kepada anjing-anjing yang menyalak tetapi tidak berani menggigit . Perjuangan sdr juga sebahagian daripada obor yang menyala tersebut .

    ReplyDelete
  3. Anonymous10:44 AM

    Raja Petra ada prinsip yang perlu kita belajar….beliau tidak takut akan segala ugutan daripada pihak kerajaan ….. dia sudah biasa dengan mahkamah …. dengan kes ngan mike tyson … kes dengan UUM ….. beliau bijak dalam caturan permainan politik mainan kerajaan …. beliau tidak mahu bayar ikat jamin …. beliau sanggup dibicara …. ini pejuang yang perlu kita ikuti dan pelajari …. ingat rakan2 …. terbukti satu lagi kekejaman yang dilakukan oleh kerajaan untuk rakyat …. Raja Petra menggeluarkan pandangan untuk percepatan kes ini … ini melibatkan pembunuhan kejam ….. yang melibatkan maruah negara ….. yang melibatkan mainan politik ….. jadi marilah rakan-rakan sekalian berdoa agar Raja Petra akan memenangi kes ini …..

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …

    ReplyDelete
  4. Bloggers tidak ada apa yang hendak ditakutkan jika apa yang mereka katakan adalah kebenaran dan berpandukan kepada bukti dan fakta.

    Pada mereka yang meggunakan internet untuk menghasut dan menyebarkan fitnah, bersedialah.

    ReplyDelete
  5. Anonymous5:49 PM

    ye lar tuh dah kena saman rm2juta tak cukup lagi ka prove rpk ni kaki penipu..

    Penipu pun nak di agung what wrong with you all...

    ReplyDelete
  6. Anonymous1:05 PM

    Perjuangan yang ikhlas bermula dalam diri sendiri ... setiap perjuangan perlu ada pergorbanan ... dan hasilnya kemenangan rakyat .... bagu RPK merupakan antara faktor penyumbang kemenangan rakyat ... beliau adalah antara org paling bahaya dalam kerajaan ... dan ini merupakan salah satu ancaman buat mereka dan mereka akan mencari salah RPK .... sama-sama kita saksikan keadilan terbentuk tidak lama lagi .... RPK kini susah keluar dan tulisan beliau akan lebih REBEL lagi ...

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis.

    ReplyDelete
  7. Kepada,
    YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi,
    Perdana Menteri Malaysia.


    Y.A.B. Datuk Seri,

    Saya, Mohd Sofi Yassin, rakyat Malaysia bermastautin di negeri Selangor dengan ini merakamkan rasa kecewa dan hampa yang teramat terhadap kecelaruan dan kepincangan dalam pentadbiran kerajaan Malaysia yang diterajui oleh YAB Datuk Seri.

    Sebagai rakyat Malaysia, Melayu dan beragama Islam, saya dengan penuh keinsafan dan rasa tanggungjawab mengatakan di sini bahawa terdapat banyak perkara yang amat bertentangan dengan prinsip Rukun Negara dan kedaulatan Negara yang telah YAB dan parti pemerintah di bawah pimpinan YAB telah lakukan.

    Di antara kekecewaan saya ialah:

    1. Kenapa berlaku pendakwaan terpilih yang keterlaluan dalam pentadbiran kerajaan Barisan Nasional / UMNO sejak dari dulu hingga sekarang, dan tiada usaha oleh YAB Datuk Seri untuk mengembalikan kedaulatan perlembagaan?

    2. Ketegasan yang cuba YAB paparkan terhadap kes YB Karpal Singh dalam isu berkaitan ke bawah DYMM Sultan Perak, jelas menampakkan ketidakjujuran dan pendakwaan terpilih YAB dalam melayani permasalahan rakyat khususnya dalam urusan kedaulatan Raja-Raja Melayu.

    3. Saya hanya akan bersetuju dengan ketegasan YAB jika tindakan dan siasatan yang sama dilakukan terhadap kesemua wakil rakyat Barisan Nasional di negeri Terengganu dan Perlis yang telah dengan jelas, angkuh, sombong dan bongkak mempertikaikan hak serta kedaulatan Sultan Terengganu dan Raja Perlis pada akhir bulan Mac dan April 2008 yang lalu?

    4. Sementara dalam kes berkaitan pendakwaan dan penahanan YM. Raja Petra Kamaruddin, di mana kewajarannya tindakan tersebut dilakukan? Bukankah kita berada dalam sebuah negara merdeka dan berdaulat, mempunyai undang-undang yang membenarkan YAB Dato’ Seri Najib mengambil tindakan secara berhemah, terhormat dan secara peribadi?. Sekiranya Dato’ Seri Najib merasakan dia difitnah, maka seharusnya beliaulah yang menyaman YM. Raja Petra. Kenapa mesti undang-undang yang mencengkam kebebasan rakyat yang digunakan oleh pemerintahan Barisan Nasional?

    YAB Datuk Seri,

    Saya sebagai rakyat Malaysia yang mengasihi pemimpin yang jujur, ikhlas, berilmu, dan bertanggungjawab ingin mencernakan dan meleraikan tanggapan saya dan rakyat Malaysia terbanyak terhadap beberapa keraguan berikut:

    1. Semasa musim piliharaya umum ke 12 yang lalu, rakyat Malaysia telah dimaklumkan bahawa menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin dengan sedar, dan Datuk Seri juga menyedarinya telah mencampuri urusan pentadbiran negara sedangkan beliau atas sifat sebagai menantu Perdana Menteri tidak berhak melakukannya. Pertanyaan saya, apakah benar perkara ini? Kalau tidak benar, kenapakah majoriti rakyat Malaysia termasuk ahli UMNO sendiri mengakuinya? Bukankah ini perbuatan orang yang tidak amanah?

    2. Saya dengan penuh kesedaran telah melihat beberapa gambar YAB Datuk Seri dalam keadaan dan kelakuan yang dapat saya takrifkan sebagai biadap, keterlaluan, tidak sopan dan amat menghina kesusilaan budaya masyarakat Melayu dan Agama Islam. Soalan saya apakah benar itu perbuatan Datuk Seri? Sekiranya benar itu perbuatan Datuk Seri, maka saya dengan penuh hormat berdasarkan hak saya sebagai rakyat Malaysia mencadangkan agar Datuk Seri memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia atas kebiadapan Datuk Seri.

    Sekian dan semoga Datuk Seri diberi pertunjuk daripada ALLAH SWT.


    Ikhlas daripada

    Mohd Sofi Yassin.
    Rakyat Malaysia.
    http://kerajaanrakyat.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. Anonymous3:39 PM

    bernas sungguh ape yg diperkatakan saudara mohd sofi yassin...kalau lah pak lah bace komen ni kan bagus...

    ReplyDelete
  9. Anonymous10:26 AM

    che gu bard!

    bangunlah dari lenamu
    bangun berjuang di landasan sebenar

    tidak sanggup lagi berketuakan dia
    jemu berketuakan sang retorik cuma
    umno dan dia tiada lagi beza

    cantas sana lalu sumbatkan kroni
    cantas sana rebut GLC di 4 negeri
    cantas sana sang timbalan tak tahu
    cantas sana sang exco kelu

    Che gu Bard,

    persiapkan dirimu sebaiknya
    kami laksana kapal tanpa nakhoda
    tawaran darimu jadi ketua amat berharga

    ayuh!
    mari kita ratakan padang bersama
    leburkan petualang retorik cuma
    tiada beza umno dan dia
    cantas sana tanpa usul periksa

    Che gu Bard!
    2010 jadi tahun keazaman anak muda
    hapuskan sang ketua dah mula gila
    cantas sana tanpa usul periksa
    konon untuk licinkan jentera
    tapi muslihat berkesumat di dada

    kami tidak perlukan dia
    kami benci tingkah lakunya
    tiada beza umno dan dia
    cantas sana tanpa usul periksa

    kalau rezeki tidak ke mana
    chegu bard bersedialah kita
    menobatkan saudara sebagai ketua
    itulah iltizam kami bersama
    2010 pasti jadi nyata
    InsyaAllah
    Badrul Hisham Shaharin andalah ketua angkatan muda!

    ReplyDelete
  10. Anonymous12:20 PM

    Kah kah kah nak suruh Chegubard jadi ketua AMK?? Dah terlambat Bro.. Dulu korang prejudis sangat...skarang hambikkk...Baru tahu ke "SI DIA" tu macam tu???
    Chegu, terus mara ke hadapan...Kengkawan, sampaikan salam pada Dr. Azhar...kakakakaka

    ReplyDelete