Saturday, May 03, 2008

BPR buka fail siasatan 'BALKIS' : dipetik dari blog Amin Iskandar


Hari ini, Parti Keadilan Rakyat (KeAdilan) negeri Selangor membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap isteri kepada bekas MB Selangor (Khir Toyo), Zaharah Kechik.

Laporan dibuat kepada BPR berikutan dengan dakwaan pemindahan dana sebanyak RM 9.9 juta oleh Badan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) ke akaun Badan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri Menteri (Bakti) Kerajaan Pusat.

Laporan BPR ini diketuai oleh Ketua Penerangan KeAdilan Negeri Selangor, Mohd. Nasharudin Abdul Aziz dan pimpinan negeri Selangor bersama-sama dengan Badrul Hisham Shaharin, Ahli MPT KeAdilan.

Laporan setebal 15 muka surat itu diserahkan oleh Mohd. Nasharudin kepada Pegawai BPR Selangor, Mohd Anuar.

Ketika Nasharudin, Badrul dan dua orang lagi pimpinan KeAdilan membuat laporan rasmi dipejabat Mohd Anuar, Timbalan Ketua Bahagian KeAdilan Bahagian Petaling Jaya, Sarifuddin Budin mengetuai beberapa orang lagi untuk merentangkan “banner” yang berbunyi, “Bapa borek, anak rintik, Suami sebat isteri rembat, Zaharah… Pulangkan dana Balkis”.

Selepas selesai membuat laporan, Mohd Nasharudin yang ditemui wartawan mengatakan bahawa pegawai BPR menasihatinya dan rakan-rakan agar tidak mendedahkan laporan setebal 15 muka surat tersebut.

Selain daripada itu, pegawai BPR menyatakan kepada beliau siasatan terhadap Zaharah Kechik dan Balkis akan dimulakan oleh kerana laporan yang dibuat oleh KeAdilan Selngor tersebut memberikan alasan kepada BPR untuk memulakan tindakan.

Berkaitan:

1) Malaysiakini.

2) Harakahdaily.

3) Utusan Malaysia.

4) The Star.

5) Bar Council

6 comments:

  1. idup cegubard...
    cegu,wa nak tau apa sebenar kes balkis ni...wa harap cegu leh cita...
    tengkiyu cegu!

    ReplyDelete
  2. Anonymous11:49 AM

    woi Bard....aku tahu ler hang busy ..sampai Selangor pun hang kena lead...tapi if posible balik dan jengok le bahagian - bahagian dlm NS ni (selain Rembau) kerana kelihatan cam tak gerak jerk khususnya AMKnyer....

    Ingat kau tu MPT so NS kena kuat...aku tengok takder sapa ada karisma dan kepimpinan leh lead NS nie... NS maksudnyer seluruh NS bukan Rembau jerk... :P

    maaf sekadar teguran..kalau trak nak siar komen aku pun tak pe ... tapi tolongle paham apa yang aku cakap nie...harap hang fokus ns nie sikit je lagi leh kita perintrah

    ReplyDelete
  3. Anonymous11:10 PM

    erm ... Khir nak tawar diri perkuat Umno konon..dia dan Khairy lebih kurang jerk...rasuah..punah..laki bini kaki sebat

    ReplyDelete
  4. Anonymous6:25 PM

    news nie siar dihampir semua media ... tetapi kenapa suara keadilan tak siar yer...

    takkan tak habis habis lagi ... suara keadilan ini di tadbir secara kroni..... sapa kawan dgn ketua editor dia leh keluar news...sapa tak walaupun buat macam macam tak yah harap ler....

    ReplyDelete
  5. Anonymous1:03 AM

    teruskan membongkar kemungkaran UMNO!!gua caya lu\\

    Budak JB

    ReplyDelete
  6. Anonymous12:15 PM

    encik badrul saya ingat tak perlu lah dicaci org itu sebegitu rupa.m ada ke bukti kuat yg kate diorang yg makan duit tu... dah cek ke akaun diorang... tak baik tuduh2... kalau takde bukti... nanti termakan diri.... saya pelik dan hairan kenapa encik badrul sibuk sampai ke selangor? org selangor pun tak kecoh sampai camtu... sebab kita tahu hukum Allah lagi berat.... hadapi lah realiti yang dunia no suda sampai ke penghujungnya.... jangan sibuk sangat hal orang sampai diri sendiri yang merana .... encik badrul lihat kalau encik badrul masih lagi seorang guru anda mungkin dapat menabur bakti kepada anak-anak malaysia.... ingatlah kalau memang mereka bersalah, Allah akan membalas segalanya... bak kate org sekarang, Tuhan bayar cash... kalau betul ada la balasan yang boleh kita tengok.... fikir2 lah.....
    Anak jati selangor

    ReplyDelete