Wednesday, September 23, 2015

Tahniah Lim Guan Eng dan ramai terus kecewa dengan PKR gagal disiplinkan Azmin

Catatan Umum

23 September 2015

Tahniah Lim Guan Eng dan ramai terus kecewa dengan PKR gagal disiplinkan Azmin

1. Tahniah atas kelahiran Pakatan Harapan yang dianggotai oleh AMANAH, PKR dan DAP serta mendapat dokongan perbagai organisasi bukan kerajaan (NGO) lain.

2. Ia satu tindakan bagus kerana jika PAS masih duduk dengan DAP dalam satu pakatan baru maka rakyat akan ketawakan kerana apa guna bubar pakatan lama buat pakatan baru kalau masih boleh duduk bersama, adakah hanya permainan politik mempermainan rakyat semata ?

3. Maka keputusan melahirkan Pakatan Harapan dengan 3 parti tonggak dan meninggalkan PAS yang gagal bekerja selaku satu pasukan yang menjadi punca hancurnya pakatan lama adalah sesuatu yang tepat.

4. Ada yang bertanya adakah SAMM tidak terlibat ? Respon kami ialah SAMM tidak dijemput tetapi tanpa jemputan pun kami tetap meraikan kelahiran gabungan politik baru yang kuat bagi memperjuangkan isu rakyat dan mengasak pembaharuan negara. Cuma rasa kecewa apabila PSM yang bunya basis yang kuat dan walaupun hanya berjumlah sederhana tetapi mereka ialah kumpulan yang komited. Ini perlu diperbaiki segera Pakatan Harapan harus mengambil kira PSM dan ia belum terlambat.

5. Dengan kelahiran Pakatan Harapan ini diharapkan segera selesaikan penyelarasan dalaman dan fokuslah isu pembelaan rakyat. Rakyat sudah bosan dengan pertelingkahan politik sesama pembangkang yang tidak kesudahan.

6. Sejurus selepas pengumuman lahirnya Pakatan Harapan maka kagum dan amat hargai tindakan pantas YAB Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang yang mengumumkan kerajaan P.Pinang merupakan kerajaan Pakatan Harapan.

7. Berbeza dengan YAB Azmin Ali, Menteri Besar Selangor yang sombong dan angkuh dengan mengumumkan Selangor tidak ada kena mengena dengan Pakatan Harapan. Jelas Azmin terus sombong dan angkuh tidak berdisiplin.

8. Sekarang semua melihat kepada YB Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta PKR itu sendiri. Jelas PKR yang menjadi pendesak untuk menganjurkan meja bulat bagi melahirkan Pakatan Harapan. PKR boleh dikatakan tulang belakang tetapi kenyataan Azmin menolak Pakatan Harapan di Selangor jelas menggambarkan PKR gagal mendisplinkan Timbalan Presidennya sendiri.

9. Ini bukan baru, Azmin selepas PRU pernah masuk TV3 serang dengan tuduhan Presiden PKR amal nepotisma dan kronisma tanpa mampu nyatakan bukti, Azmin ketika semua rakyat dikerah dalam mobilisasi isu Black out 505 (penipuan PRU)  tetapi Azmin secara terbuka dengan kuncu - kuncunya kritik malah sabotaj mobilisasi. Azmin secara jelas pada satu peringkat menggerakkan kuncu - kuncunya secara terbuka menyerang Anwar dan Azizah , malah istilah Istana Segambut dan seumpamanya ialah cetusan Azmin dan hanya diulang oleh Umno dan Bn. Aduan disiplin dibuat namun semua dibakul sampahkan. Itu belum masuk penipuan pemilihan parti melibatkanya, dan isu zakat /DEIG yang memberi kesan buruk kepada PKR dan parti sekutu juga didiamkan. Maka kini dia sudah terlalu besar kepala.

10. itu belum sebut bagaimana dia menggunakan pintu belakang menggunakan termasuk rangkaian Mahathir bagi melobi diri sendiri, memalukan Wan Azizah ketika merebut jawatan menjadi Menteri Besar. Ramai mengakui setuju dalam penuh keberatan keputusan memecat Khalid dari menjadi Menteri Besar kerana tidak ikut disiplin parti. Namun Azmin bukan tidak ikut disiplin parti secara belakang - belakang tetapi secara berdepan dan terbuka.

10. Kelahiran dan usaha melahirkan Pakatan harapan akan tinggal harapan kosong dan menjadi jenaka buat semua jika PKR sendiri gagal disiplinkan Timbalan Presidenya. Tanpa berselindung saya ulang tuduhan saya ...sebut dengan jelas dia ialah anak angkat Mahathir yang diletakkan di pejabat Anwar bagi mengawal Anwar, bila Anwar dipecat dia disusupkan mengikut Anwar. Selaku Agen Mahathir yang baik misinya ialah melengkapkan cita - cita Mahathir untuk memastikan Anwar mereput dalam penjara.


sekian.

che'GuBard
Ahli seumur hidup
Parti Keadilan Rakyat

sila baca juga : http://chegubard.blogspot.my/2014/12/azmin-akan-sampaikan-cita-cita-mahathir.html?m=1
Azmin hadir tetapi meninggalkan majlis awal

Ketika Pakatan Harapan berjaya menyeret MKT Umno dan AJK Pusat PAS hadir
tiba - tiba Azmin tolak Pakatan Harapan di Selangor. Satu lagi pimpinan Pakatan Harapan ini harus cerdik
dan terbuka, kamu boleh jemput orang Umno tetapi kamu tolak tokoh pejuang rakyat seperti Dr.Nasir
dan pasukan PSMnya.

sila klik untuk membaca lanjut apa dia kempen sudahlah Mahathir : http://chegubard.blogspot.my/2015/08/apa-dia-kempen-sudahlahmahathir.html

sila klik sini untuk bantu projek blue print Jalur Perubahan  :  http://chegubard.blogspot.my/2015/09/mohon-beli-buku-ini-sambil-membantu.html

1 comment:

  1. Anonymous1:05 PM

    parti amanah parti yg lahir dari kekecewaan...kenapa tak istiqamah dalam perjuangan? kalau ada yg salah kenapa xbetulkan? adakah kesalahan yg pemimpin pas lakukan sehingga melanggar akidah sampai kamu mahu tubuhkan parti baru? wpun kamu bagus dan berpengalaman dlm politik apakah salah kamu jadi ahli biasa? adakah hina bagi kamu? sedangkan saidina khalid al-walid panglima islam yg hebat saat diturunkan pangkat oleh khalifah saidina umar al-khatab jadi ahli perang biasa pun boleh menerima keadaan itu sbb atas sbb kesetiaan pada pemimpin..walaupun beliau jeneral perang yg hebat...dimanakah sifat2 itu pada pemimpin amanah yg tewas??? cuba terangkan... sya bkn pro pas tapi bagi saya perjuangan itu penting dan istiqamah baru allah bagikan kemenangan insyaallah 1 hari nti...sya jamin kalau beginilah cara pembangkang berpecah percayalah kamu tak kan menang pada pilihanraya akan datang...peganglah kata-kata saya ini...wallahhua'lam...

    ReplyDelete