Friday, September 25, 2015

Tunku Mahkota Johor arah turun Jalur Gemilang, apa komen anda ?

Segamat – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menggesa agar semua jabatan dan bangunan di negeri Johor supaya menurunkan bendera Jalur Gemilang yang dipasang.

Menurut satu kenyataan yang dihantar kepada SuaraTV, arahan tersebut dikeluarkan berikutan sambutan hari kebangsaan telah pun selesai, maka bendera tersebut hendaklah digantikan dengan bendera daerah masing- masing.

“Menjujung titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor, semua Bendera Malaysia (Jalur Gemilang) di seluruh negeri Johor hendaklah diturunkan serta merta kerana sambutan sempena Hari Kebangsaan telah selesai.

“Bendera Malaysia tersebut hendaklah digantikan dengan bendera daerah masing-masing” ujar kenyataan di dalam surat yang ditandatanggani oleh Pegawai Daerah Segamat, Haji Ahmad Haji Ma’in.

Kenyataan bertarikh 17 September itu, selain bangunan di jabatan negeri surat tersebut turut diedarkan kepada Ketua Jabatan Persekutuan, Ketua Badan Berkanun, pihak Swasta, dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

No comments:

Post a Comment