11 Sept. 2015
1. Semalam SAMM telah mengumumkan dan memulakan langkah untuk mengendurkan api perkauman menjelang himpunan (perkauman) baju merah hujung minggu ini. SAMM menawarkan diri mempertemukan penganjur dan beberapa organisasi yang dikenalpasti terlibat memobilasi dengan jawatankuasa BERSIH sendiri bagi saling berkenal, dialog bagi menerangkan bahawa BERSIH bukanlah seperti yang digambarkan oleh sesetengah media. sila klik sini untuk membaca lanjut kenyataan sebelum ini.

3. SAMM menghormati dan berterima kasih sekurang - kurangnya dua organisasi besar dan sekutu ini mengumumkan tidak terlibat. Meminta semua pihak mengambil dan menyambut positif langkah mereka ini.

5. Ini membawa erti Umno mula mengiktiraf protes terbuka (himpunan) dan mengajar kita bahawa larangan polis itu boleh diabaikan (kerana mungkin bercanggah dengan perlembagaan negara).
6. Dengan ini Umno bertanggungjawab penuh terhadap himpunan ini dan kesan ketika himpunan dan selepas himpunan berlangsung.
7. SAMM mempertegaskan sememangnya sukar untuk mencari titik temu dalam keperbagaian budaya dan latar dalam membina negara Malaysia ini. Namun masalah sebenar kita bukan kaum tetapi agihan ekonomi yang tidak adil. Ada Cina, Melayu, India dan perbagai kaum yang duduk sebagai kelompok kecil tetapi sangat kaya khususnya yang rapat dengan kekuasaan. Namun majoriti rakyat ada Cina, Melayu, India dan perbagai kaum yang miskin dan serba tidak mampu. Ia perlu ditangani dengan bijak sana dan program kerajaan yang menyeluruh bukan sekadar pengumuman retorik.
8. SAMM percaya dialog dan pertemuan dapat membantu mencari titik temu dalam perbezaan yang banyak ini.
Sekian dan terima kasih.
che'Gubard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
No comments:
Post a Comment