Thursday, September 10, 2015

Bekas Timbalan Pengarah SB 'konpius'

Catatan Umum

10 September 2015

1. Pertembungan Mahathir - Najib ini begitu menarik sekali jika diteliti dari menyerlahkan sikap masing - masing dalam negara ini khususnya orang politik. Sama ada berpegang terus dengan prinsip atau sekadar bercakap berdasarkan kepentingan dan keadaan demi porpulariti.

 2. Pertama sekali ditegaskan sekali lagi SAMM menyifatkan pertembungan ini sebagai pertembungan taikun lama yang diwakili kepentinganya oleh Mahathir dengan taikun baru yang cuba menggantikan peranan taikun lama yang diwakili kepentingannya oleh Najib.Rakyat telah bercakap lama isu rasuah dan salahguna kuasa namun kini Mahathir baru angkat kerana Isu rasuah, salahguna kuasa hanya menjadi penyendal dalam pertembungan ini.

3. Cuma menariknya ialah apabila memerhati gelagat beberapa ahli politik pembangkang termasuk pimpinan utama. Contohnya ketika muncul isu Pegawai SPRM ditukar, maka berbondong sokongan termasuk pimpinan utama pembangkang hadir ke SPRM menyatakan sokongan kepada SPRM. Sudah lupakah mereka bahawa
  • SPRM yang samalah yang membunuh Teo Beng Hock yang mereka jaja isunya sehingga membawa kepada bukan sekadar undi tetapi undi dan derma yang banyak
  • SPRM yang samalah yang dibongkarkan terlibat dalam cubaan menjatuhkan kerajaan PR Selangor
  • SPRM yang samalah yang membunuh Sarbani
  • SPRM yang samalah menutup perbagai laporan rasuah pemimpin regim penguasa
dan perbagai perkara lagi yang hingga kini tak pernah selesai kerana kepincangan sengaja pimpinan utama SPRM itu dan SPRM itu sendiri tidak bebas. SAMM sendiri telah mengistiharkan SPRM itu mati ketika hari SPRM itu dilahirkan (klik sini ) kerana SPRM itu lebih teruk dari BPR sebelum itu kerana bukan sahaja tidak bebas tetapi memakan peruntukan dana rakyat yang sangat banyak. 

4. Yakinlah apa yang berlaku kali ini dalam SPRM ini hanya kerana pimpinan utama SPRM itu mengambil sikap berpihak dalam pertembungan Mahathir - Najib semata. Ramai pegawai SPRM yang jujur dan bersungguh tetapi pimpinan utama SPRM yang dilantik dengan cadangan Perdana Menteri itu sendiri terkongkong dan mudah diperalat. Mana mungkin SPRM yang duduk bawah JPM itu bebas.

5. Menjadi persoalan adakah pemimpin utama pembangkang termauk dalam kategori 'mudah lupa'  yang dikatakan Mahathir, hadir dan menyokong (pimpinan utama) SPRM yang mengkhianati rakyat selama ini ? Anda telah mengherokan SPRM dan itu signal pemimpin pembangkang kepada rakyat. Katalah selepas ini isu pertembungan ini sejuk dan 'selesai' , dan SPRM yang tidak bebas itu diperalat sekali lagi mensabotaj kerajaan negeri bawah bukan Bn..... apa nak kita katakan jika rakyat percaya kerana kita juga yang latih rakyat supaya herokan watak pimpinan SPRM ini yang kononya berjuang.

6. Sepatutnya ketika SPRM ditekan tempoh hari, pembangkang muncul dengan ketegasan untuk SPRM sepatutnya bebas, diletakkan terus dibawah Parlimen, lantikan dan peruntukan harus terus dari  Parlimen ke SPRM, SPRM harus ada kuasa mendakwa mutlak dan seumpamanya. Bawa cadangan ini dan himpin pimpinan utama SPRM 'endorse' maka ia lebih berprinsip dan mempromosikan tuntutan perubahan untuk rakyat lebih jelas. tetapi malangnya pembangkang lebih mengutamakan politik porpulis dan terlepas detik penting tersebut. lebih malang lagi selepas menyatakan sokongan kepada pimpinan utama SPRM sehingga pegawai yang ditukar mendapat kerusinya semula di SPRM, semua kelihatan senyap malah pemimpin pembangkang juga senyap dan terlupa.

7. Kali ini muncul watak terbaru dalam siri pertembungan Mahathir - Najib iaitu Timbalan Pengarah Cawangan Khas yang ditukar. Dia tidak selesa dengan pertukaran tersebut. Jujurnya dari segi kekananan dia layak menjadi Pengarah Cawangan Khas pun. Mungkin kecewa kerana jawatan Pengarah bertukar tangan dengan dia hanya melihat kekal di kerusi Timbalan maka dia telah mengambil sikap bersama kem Mahathir. Saya yakin ini puncanya ditukar. Selepas ditukar dia bising dan tiba - tiba semua salah baginya. Tiba - tiba dia menyatakan Pegawai Polis terbeban kerana mengiringi Rosmah Mansur dan Rosmah ada di rumah dimana satu pertemuan penting libatkan Najib Razak, Zahid Hamidi dan beberapa watak lagi. Jika difikirkan polis mengiring isteri PM bukan sekarang ia sudah lama tetapi kenapa selepas terpelanting baru bising dan ia mengundang senyum kerana memanglah Rosmah ada di rumah tempat mesyuarat tersebut kerana mesyuarat tersebut di kediaman Najib dan Rosmah. Adakah jika suami membuat diskusi di rumah Isteri perlu keluar dari rumah untuk menunjukkan dia tidak campur urusan.

8. Jangan keliru saya tidak membela Rosmah dan Najib tetapi penentangan saya terhadap Rosmah dan Najib lama bermula semenjak sebelum Najib menjadi PM lagi, tetapi jika dilayan isu dimunculkan bekas timbalan pengarah cawangan khas ini maka rakyat akan diperbodohkan. Dia melawan hanya kerana kepentingan dia terjejas.

9. Paling lucu ialah ialah apabila Bekas Timbalan Cawangan Khas ini bercakap soal kononya Cawangan Khas menjadi alat politik. Adakah dia tidak tahu, itulah yang ramai termasuk SAMM perjuangkan selama ini iaitu sebahagian besar buget PDRM diperuntukkan kepada Cawangan Khas dan ia adalah pembaziran kerana Cawangan Khas hanya membuat kerja politik. Adakah dia lupa kerja cawangan khas memantau program - program politik dan pergerakan pemimpin politik khususnya pembangkang dan mempersiapkan laporan untuk 'pihak atasan' ? Bukankah Cawangan Khas terlibat kerja sabotaj politik dan lain lain selama ini. Sememangnya Cawangan Khas itu Cawangan 'menjaga politik regim', malah lantikan dia sendiri melalui endorsement politik. Dalam hal dia ini saya berdoa janganlah ada pemimpin pembangkang muncul membela dan mengherokan dia. Jika tidak maka pasti akhirnya kita akan jadi lelucon sejarah.

10. Cuma media progresif dan pro pembangkang memberi ruang seolah dia ini hero, ingatlah jangan lupa kalau pertembungan Mahathir - Najib ini selesai dan kemenangan dipihak kem Mahathir dia akan menjadi Pengarah Cawangan Khas maka dalam sistem 'korup' yang sama dia akan melakukan seribu satu kerja menindas pembangkang. Ketika itu rakyat lupa dia ialah Cawangan Khas alat politik regim kerana rakyat terakam betapa heronya dia berani melawan Najib.

11. Sepatutnya ketika ini pemimpin pembangkang muncul mendesak perubahan dan reformasi dalam sistem polis. Contohnya desak kalau benar dia ni telah taubat dan pro rakyat minta dia 'endorse' dan sokong IPMC. Rombak sistem lantikan jawatan dalam PDRM khususnya pimpinan atasanya perlu berasaskan sistem lebih bebas dari campur tangan politik supaya institusi PDRM itu sendiri akan bebas dan bertanggungjawab kepada rakyat.

12. Inilah antara intipati kempen #sudahlahMahathir iaitu menukar individu tidak menyelesaikan masalah tetapi perubahan perlu dengan menukar sistem yang gagal hari ini. Namun bila SAMM menggerakankan kempen #sudahlahMahathir dengan menerangkan kepada rakyat mengenai perubahan sistem, rakyat mula menerima tetapi malangnya ada pemimpin pembangkang yang menuduh kami sokong Najib. Kami cuma senyum mengenangkan senteng sangat pemikiran mereka ini. Mahathirlah punca kecelaruan sistem dalam negara dia watak utama merosakkan semua sistem demi kelansungan politiknya.

13. Isu SPRM dan PDRM ini disebut dengan jelas dalam #blueprint Jalur Negara Perubahan (1) yang bakal diterbitkan oleh SAMM. Buku ini hasil bengkel berikutan usul Rapat SAMM baru baru ini yang perlunya menggariskan dengan jelas apa dia negara perubahan jika tidak rakyat akan terkeliru perubahan dengan hanya menukar individu mahupun parti pemerintah sahaja.

Sekian.

che'GuBard

1 comment:

  1. Anonymous2:28 PM

    jubor lah kau...kalo sokong umno ckp ajelah...x payah nak selindung...

    ReplyDelete