Monday, June 08, 2009

Semua dijemput menjadi pemerhati Kongres Nasional Khas KEADILAN 2009

peta ke KUIS


Kongres Nasional Khas 2009
Parti Keadilan Rakyat
13 Jun 2009
Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), Bangi

Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengadakan kongres khas Sabtu ini bagi membincangkan pindaan perlembagaan parti itu, antara lain membolehkan setiap ahli memilih barisan kepimpinan pusat.

Ia merupakan antara pindaan fundamental dan istilah yang akan diperhalusi oleh kongres tersebut, kata Pengarah Pilihan Raya PKR, Saifuddin Nasution Ismail.

"Ini kali pertama kami akan membincangkan pindaan paling drastik, sejak PKR ditubuhkan (satu dekad lalu)... pindaan yang diperlukan mengikut perubahan semasa dan tuntutan keperluan masa kini," kata beliau ketika dihubungi.

Selain membenarkan kira-kira 30,000 ahlinya memilih pemimpin peringkat pusat secara langsung, ia juga akan menambah jumlah Naib Presiden daripada lima kepada tujuh.

Jelas beliau, buat masa sekarang pemimpin-pemimpin pusat dipilih oleh perwakilan yang datang dari peringkat bahagian.

"Dengan pindaan ini, ahli-ahli akar umbi akan memilih pemimpin pusat," katanya.

Pindaan lain yang akan turut dibincangkan ialah aspek mengehadkan tempoh memegang jawatan melibatkan semua peringkat.

"Berdasarkan taklimat yang diberikan, pindaan kali ini melibatkan aspek fundamental dan juga istilah.

"Misalnya, selepas ini cawangan-cawangan (PKr) akan dikenali sebagai ranting manakala ahli pula akan dikenali sebagai anggota... ini antara perkara yang akan dibincangkan kali ini," kata beliau yang juga anggota Biro Politik.

Difahamkan sejajar dengan usaha meminda perlembagaan, PKR juga merancang untuk mengadakan pemilihan parti tahun ini berbanding jadual asal tahun depan.

Kongres khas itu yang sepatutnya diadakan Februari lalu telah ditangguhkan ekoran pilihan raya kecil Bukit Selambau dan Bukit Gantang dan kemudian sekali lagi disebabkan pilihan raya kecil Penanti.

MAINS jual saham menyebab orang Islam NS rugi ?

Masih ingat mengenai 'surat layang' ADUN ditangkap khalwat yang pernah diterima oleh che'GuBard. Sila klik sini untuk membaca mengenainya.

Semasa 'menyiasat' mengenai surat tersebut, bertemu beberapa 'individu' yang rapat dengan pihak penyelaras Agama Islam di Negeri Sembilan yang turut melahirkan beberapa kegusaran mereka dengan perbagai kepincangan dalam isu pentadbiran badan agama di Negeri Sembilan.

Antaranya ialah mengenai penjualan saham MAINS Holding. Mungkin isu ini boleh difahami dengan membaca petikan email yang diterima oleh che'GuBard seperti dibawah ;

Agak mengejutkan aku apabila berita ini sampai ke telinga aku pada mulanya. Sedih pun ada juga, mungkin keputusan menjual saham MAINS di Seremban Specialist Hospital (SSH) adala hak mereka, tetapi aku terkilan kerana beberapa tahun lepas MAINS juga telah menjual ladang kelapa sawit seluas beberapa ribu ekar bbp bulan sebelum harga minyak sawit naik dari paras RM1000 ke RM4000. Adakah keputusan penjualan saham SSH ini juga dibuat secara terburu2 atau salah perkiraan/membuat keputusan?

Sekiranya berita ini benar, saham MAINS sebanyak 40/45peratus itu telahpun dijual. Menurut kata salah seorang 'orang besar' KPJ/SSH, beliau amat berdukacita kerana pada waktu ini SSH telahpun menunukkan prestasi yg amat baik. Apa tidaknya, SSH (Seremban) adalah hospital terbaik di bawah KPJ pd tahun 2008 mengalahkan berbelas hospital KPJ yg lain!

Jika dilihat sejarah, SSH telah mula beroperasi pd tahun 2004 dimana MAINS memiliki saham sebanyak itu dgn menyediakan tapak sahaja di Kemayan Square. Ianya amat berbaloi memandangkan MAINS tidak mempunyai kepakaran di bidang perubatan.

Usaha untuk membina hospital milikan bumiputera dan orang Islam ini telah dimulakan sebelas tahun sebelum itu lg. Perjumpaan demi perjumpaan dengan Tan Sri Mohd Ali selaku Pengerusi Jcorp diadakan bg merealisasikan impian sebuah hospital milikan sebuah Majlis Agama Islam, yg pertama di Malaysia! Bermula dengan penubuhan klinik Wakaf yg menyediakan khidmat perubatan dgn bayaran minimum, serendah RM5 sahaja... satu subangan dan perkhidmatan bukan hanya kepada orang Islam malahan bukan Islam, semata2 membuat kebajikan kepada masyarakat.

Kini, MAINS dibawah 'pimpinan' Menteri Besar dilihat lebih bersifat korporat, tidak sebagaimana dahulu.

Jangan salah anggap teguran serta komen ini sebagai 'menghentam' MAINS, tetapi sebagai seorang Islam saya mempunyai pandangan berbeza dgn keputusan yg diambil oleh MAINS sejak akhir2 ini. TAnggungjawab saya adalah utk ingat-mengingati sekiranya saya rasa tindakan itu tidak wajar...Akhir sekali, keputusan tetap di tangan ahli2 Majlis
Dengar khabar pertukaran Mufti juga ada mainan politik dibelakangnya nasib baik DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Besar campur tangan maka mufti pilihan Umno digagalkan dari memegang jawatan.

Bincang - Bincang : PKFZ 'skandal kewangan terbesar negara'


Era 80an kita telah disajikan dengan Skandal BMF, kemudian era 90an kita disajikan pula dengan skandal Pewaja. Duia skandal ini masih banyak misterinya dan yang pasti telah mengorbankan bukan sedikit wang rakyat. Namun kini sekali lagi era awal 2000 ini kita pula telah disajikan dengan skandal yang jauh lebih besar nilai kehilangan wang rakyatnya iaitu Zon Bebas Cukai Pelabuhan Kelang atau PKFZ.

Minggu lepas dalam sesi bincang - bincang terbitan TvSelangor telah membincangkan berkenaan isu ini. Perbincangan kali ini telah menghadirkan YB Charles Santiago (Ahli Parlimen Kelang) dan Ybhg. Sdr. Mustafa Kamil Ayub (naib Presiden keADILan).

Program ini boleh diikuti dengan klik link di bawah

Bincang - Bincang : PKFZ 1

Bincang - Bincang : PKFZ 2

bagi yang mahu meng'akses' laporan penuh mengenai PKFZ yang disediakan oleh PWC sila klik di sini.

Sunday, June 07, 2009

Adakah tanah Adat / Rizab Melayu akan tergadai lagi kerana 'kepekakan' Umno

projek landasan berkembar yang sudah dimulakan.
Anak muda kampung dan AMK Rembau keluar untuk menampal poster membantah projek dan mendesak "selamatkan tanah adat'
antara Banner mendesak usaha serius menyelamatkan Tanah Adat

Kita sering dimomokan dengan kononya betapa Melayu perlu bersatu dalam parti perkauman Melayu demi mempertahankan hak Melayu. Kononya Cina dan India sering berusaha nak ambil hak Melayu....... antaranya ialah mengenai tanah.

'Tanah Rizab Melayu' telah diperkenalkan konsepnya oleh British ketika menjajah negara ini dengan kononya menjadikan orang Melayu (yang dikenali sebagai pribumi) selesa dengan jaminan hak berpanjangan. Pemimpin Melayu pada ketika itu menerima baik dengan harapan apapun kemajuan yang berlaku Melayu tidak akan hilang hak penting iaitu tanah.

Tanah Rizab Melayu seharus kekal milik Melayu jika diambil untuk dimajukan ia perlu diganti. Jumlah seharusnya sama, semangatnya yang diambil perlu diganti....

Itu dulu idea penjajah untuk mewujudkan rasa selesa dan mengurangkan penentangan.

Namun kini mana tanah rizab itu. Berapa jumlah rizab Melayu 50 tahun dulu dan berapa nilainya kini ? Tidakkah ketika ekstrimes perkauman Melayu itu bercakap mempertahankan Umno seperti terlupa betapa Umno sendiri yang menggadaikan hak tanah ini.

Di Negeri Sembilan Tanah Rizab ini juga ada dikenali sebagai Tanah Adat (berdasarkan konsepnya) juga tidak terasing terhakis dan hilang jumlahnya.

Di Rembau contohnya, kes terbaru. Sejumlah tanah adat akan hilang untuk merialisasikan landasan berkembar keretapi.

Orang Kampung dan waris terlibat tidak pernah membantah malah amat suka dengan pembangunan. Ingat tak satu ketika dulu sememangnya regim pemerintahlah yang menggalakan orang ramai membuat rumah berhampiran sepanjang jalan keretapi kerana untuk menggelakan jalan keretapi ini 'sunyi' dan berisiko tinggi disabotaj oleh pasukan bersenjata yang menentang regim. Maka regimlah punca ramai setinggan berumah di tepi jalan keretapi dan mereka ini juga berkorban demi regim dan kini merekalah yang sering ditindas begitu sahaja.

Tetapi kes tanah adat di Rembau ini sedikit ada nilai tambah, majoriti dari mereka telah membuka tanah tersebut sebelum pun tiba jalan keretapi.

Kini mereka bakal menjadi mangsa. Tanah mereka hendak diambil. Tanpa perbincangan yang lansung menghormati hak mereka.

Mereka telah pergi ke banyak pihak semua tidak melayan termasuk ADUN dan Menteri Besar juga. Kononya semua tidak boleh berbuat apa - apa kerana undang - undang membenarkan kerajaan persekutuan mengambil alih tanah secara paksa. Bukankah 'puak-puak' Umno ini pernah menghunus keris mengancam cina mahupun DAP.... DAP tidak pernah mengambil seinci tanah Melayu... tetapi kini Umno yang pekak akan menyebabkan siri Melayu hilang tanah akan terus berlaku.

Sila klik sini untuk membaca surat terbuka kepada terbuka cheGuBard kepada Menteri Besar Negeri Sembilan.

Friday, June 05, 2009

(Ditangguhkan) Kejohanan Snooker keADILan Rembau sempena Keputeraan DYMM SPB Yg Di Pertuan Agong


Atas sebab teknikal yang tak dapat dielakkan che'GuBard bagi pihak Angkatan Muda Keadilan Rembau memohon maaf pada semua kerana terpaksa menangguhkan Kejohanan Snooker keADILan Rembau sempena Ulangtahun Keputeraan DYMM SPB Yg Di Pertuan Agong.

Kejohanan yang sepatutnya berlansung esok dan lusa ditangguhkan ke 13 dan 14 Jun. Segala kesulitan amat dikesali. Oleh kerana penangguhan maka pihak penganjur akan menambah bilangan hadiah dan akan diadakan cabutan bertuah untuk peserta dan penonton juga.

Masih ada beberapa tempat lagi kepada yang masih mahu menyertai dan kepada yang sudi menyumbang juga amat dihargai. Sila hubungi Azizi 0123696474 untuk maklumat lanjut.

Sila klik sini untuk maklumat lanjut kejohanan.

Ingatan buat Dr. M ; kalau tak nak perjuangan Umno diperlekeh maka Umno jangan perlekeh perjuangan orang lain.

Dalam blog peribadinya Dr. Mahathir telah menulis 'amaran' agar jangan ada sesiapa yang memperlekeh perjuangan Umno.

Tulisan beliau berikutan kononya ada usaha memperlekehkan perjuangan kemerdekaan Umno.

Di sini cheGuBard ingin merakamkan 'ingatan' buat Dr. Mahathir. Janganlah kita terlalu 'jumud' atau 'taksub' dengan pertubuhan atau sejarah ciptaan kita sendiri.

Pertama seharusnya Dr. M harus ingat ialah Umno yang ada kini ialah Umno (Baru) ciptaannya sendiri setelah Umno asal telah diharamkan oleh mahkamah.

Kedua jika Umno tidak mahu diperlekehkan lebih penting ialah Umno juga seharusnya belajar jangan memperlekehkan perjuangan orang lain.

Dalam bab kemerdekaan Umno bukan pertubuhan 'tunggal' yang memperjuangkan kemerdekaan.

Banyak lagi pertubuhan lain seperti Kesatuan Melayu Muda dan seumpamanya. Namun bukan kerana pertubuhan atau pergerakan lain tidak mendapat sambutan lebih tepat pertubuhan lain telah diharamkan oleh penjajah British cuma Umno telah mendapat restu penjajah.

KMM diharamkan oleh British pada 18 Jun 1948, selepas diharamkan pemimpin gerakan anak Melayu Muda ini telah ada yang ditahan malah ada yang diculik dan hilang , dipercayai dibunuh oleh anasir penjajah pada ketika itu. Manakala Umno diberikan keselesaan bergerak. Maka ada ahli gerakan KMM yang membuat keputusan dari menunggu berisiko mati lebih baik masuk ke dalam hutan memikul senjata demi prinsip perjuangan demi membebaskan negara dari penjajah.

Kenapa dan bagaimana hanya Umno mendapat restu penjajah maka itu yang harus difikirkan....?

Jika Umno terus memperlekehkan perjuangan gerakan lain maka sudah pasti dengan sejarah juga Umno boleh diperlekehkan dengan memungkinkan Umno dipilih oleh penjajah pada masa itu kerana hanya Umno yang sesuai untuk meneruskan 'agenda' penjajah selepas terpaksa memberikan kemerdekaan selepas tekanan yang hebat dari gerakan rakyat yang lain.....?

Cukuplah memanipulasi dan mewarisi taktik pecah perintah yang diwarisi penjajah. Umno dan kini Barisan Nasional sentiasa menggunakan taktik membakar sentimen perkauman untuk menguatkan cengkaman politik mereka. Setiap kali parti komponen Bn yang berpaksikan kaum lemah maka pasti isu perkauman dibangkitkan dengan harapan rakyat yang dipecah perintahkan berdasarkan kaum akan rasa tidak selamat dan kembali 'berlindung' dibawah parti perkauman.

Contoh terdekat oleh kerana sokongan terhadap Umno dan parti perkauman lain jelas melemah maka dibangkitkan 'hikayat 16 Mei' dan ketuanan Melayu tetapi rakyat seolah sudah tidak melayan maka dibangkitkan pula cerita komunis dan Chin Peng.

Kemudian jelas mungkin Dr. Mahathir sudah terlalu tua (nyayok) untuk mengulas persoalan semasa. Mana mungkin menyamakan komunisme dengan Singapura... Komunisme ialah ideologi yang sama sekali menentang pasaran bebas dan Singapura ialah negara yang mengamalkan pasaran bebas.

Maka dengan itu sampai bila pun bangsa ini tidak akan menjadi kuat.

Sejarah harus dikupas dengan jujur dan berani. Bukan dijadikan momokan buat anak muda untuk sentasa takut dan kecut.

Sudah - sudah lah tu Dr. Mahathir oiiii

Thursday, June 04, 2009

Najib diekori Altantuya di China


Najib Tun Razak panik tiba - tiba apabila tanpa disangka diasak oleh wartawan asing berkenaan degan kaitan beliau dan pembunuhan Altantuya.

Menurut sebuah agensi berita asing (AP) Najib tertawa (tertawa tawar sementara mencari idea dan melindungi rasa panik terkejut) sebelum menjawab soalan.

Najib mendakwa dia tak punya apa hubungan dengan model, Altantuya. Altantuya didakwa punya hubungan 'rapat' dengan Penasihat Politik Najib, Razak Baginda.

"Tidak ada bukti. Mereka tidak mengemukakan apa-apa bukti pun...Saya telah bersumpah dengan nama Allah bahawa saya tidak kena mengena dengan dia dan saya tidak boleh komen lebih daripada itu," kata Najib.

Najib juga bergurau mengenai hotel Altantuya dilaporkan menginap sebelum dibunuh. Kata Najib "kalaulah dia teman wanita saya tentu dia (Altantuya) akan rasa terhina kerana ditempatkan di hotel sebegitu sahaja."

Razak Baginda telah mengaku menjalin hubungan intim dengan Altantuya dan dibebaskan Oktober lalu berhubung tuduhan bersubahat dengan pembunuhan wanita itu.

Dua anggota polis dihukum mati walaupun motof pembunuhan gagal dibuktikan. Kedua mereka kini dalam telah membuat rayuan.

Solidariti Anak Muda Malaysia akan terus berjanji selagi 'misteri' kes ini tidak terungkai Najib akan terus dihantui dengan Altantuya.

Dalam masa terdekat akan diterbitkan sebuah buku "Siapa Bunuh Altantuya?" yang akan merakamkan semula semua detik yang menjelaskan kepada orang ramai betapa peristiwa kematian Altantuya ini bukan sekadar cerita disebalik selimut tetapi merupakan kejadian melindungi 'rompakan' berlesen wang rakyat.

untuk membaca persoalan penting dalam kes Altantuya ini sila klik sini dan baca serta fahamkan kenyataan media SAMM ketika menghantar ke PM baru baru in i.

Update petang DBKL 'lindung' pendatang asing....Bn terengganu 'nak' bunuh Sultan Terengganu



Bila untung banyak tak ada pula dengar harga sewa ke tol ke apa ke turun tapi bila ekonomi meleset rugi rakyat jadi mangsa untuk di peras. DBKL telah umumkan naik sewa tapak bagi peniaga kecil. Itu antara masalah peniaga Melayu di Kuala Lumpur itu belum masuk lagi masalah peniaga asing yang mengambil kesempatan tetapi setiap kali diserbu pendatang ini gagal ditangkap kerana mereka telah membeli makluman dalaman. sila klik sini untuk ke blog Nora untuk cerita lanjut.

Bumbung runtuh Stadium Terengganu. Rupanya bumbung ini tidak pernah siap. Semasa dirasmikan oleh Sultan Terengganu tempoh hari Stadium ini tidak siap. Bukankah Kerajaan Terengganu menghina 'raja-raja Melayu' kerana minta Sultan Rasmi Stadium tak siap. Dan lebih kurang ajar lagi rupanya ramai yang tahu mengenai ini bukan sahaja Idris MB dulu tetapi Ahmad Said MB sekarang juga tahu perkara ini. Sultan diletakkan di bumbung yang tak siap dan tidak kukuh. Ketika upacara yang melibatkan Sultan Terengganu ramai tahu bumbung tidak kukuh kerana itu komando tentera tak jadi turun ikut bumbung semasa persembahan perasmian sebaliknya turun ikut helikopter.

Kononya seminggu lalu Ahmad Said telah mengarahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) memeriksa tahap keselamatan tiga projek mega di sini iaitu bangunan Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kompleks Renang dan Stadium Tertutup di Gong Badak. Tetapi malangnya tak sempat JKR bertindak bumbung runtuh dulu.

kalau Karpal Sigh didakwa akta hasutan kerana saman Sultan Perak menggunakan undang undang yang dipinda oleh Umno dan Mahathir, tidakkah Bn terengganu lebih serius kerana ancam nyawa Sultan Terengganu dengan suruh duduk bawah bumbung tak siap sedangkan tahu struktur tak kukuh. ???

Surat terbuka buat MB NS berkenaan isu tanah adat di Rembau

>

Badrul Hisham Shaharin
Ketua Bahagian
Parti Keadilan Rakyat Rembau
d/a ; Pusat Khidmat Rakyat Rembau
No.390, Taman Seri Rembau,
70301 Rembau, Negeri Sembilan.

Tarikh : 3 Jun 2009


Kepada
YAB Datuk Seri Utama Mohamad Hassan
Menteri Besar Negeri Sembilan

Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan
Tingkat 5 Blok B,Wisma Negeri,
70503 Seremban, Negeri Sembilan

melalui email : mbns@sukns.gov.my

YAB Datuk ;

RAYUAN PERTIMBANGAN SEMULA UNTUK DUDUK BERBINCANG DAN MENIMBANGKAN TUNTUTAN PENDUDUK YANG TERLIBAT DALAM PENGAMBILAIHAN TANAH OLEH KTM DI REMBAU.

Dengan segala hormat demi kepentingan rakyat terbanyak perkara di atas dirujuk.

Untuk pengetahuan YAB Datuk saya telah bertemu dengan wakil penduduk Kampung Waris Chembong, Kampung Chembong Halt dan Kampung Chuai yang terjejas dengan projek landasan keretapi berkembar. Tanah mereka akan diambil alih oleh KTM dalam masa terdekat.

Menurut mereka, yang terlibat tidak diberi ruang dan pendedahan secukupnya untuk membincangkan masalah pengambil alihan tanah. Malah ada penduduk yang terlibat 'tidak berpendidikan' tinggi seolah tertipu dengan proses pengambil alihan paksa ini.

Mereka telah menubuhkan Jawatankuasa Bertindak, melalui Jawatankuasa Bertindak ini mereka telah pergi ke semua pihak yang berkenaan malangnya bukan sahaja masalah mereka gagal ditangani tetapi ada pihak yang lansung tidak melayan mereka. Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen kawasan tersebut juga seolah lepas tangan.

Sebagai latar belakang perkampungan disebut diatas telah diteroka oleh nenek moyang mereka seawal 500 tahun dahulu. Telapak yang semuanya terletak di tanah adat ini menjadi tempat anak suku dan saudara semenda berlindung, bertemu dan mengadakan kerapatan.

Nilai adat, kehidupan harmoni yang berteraskan perpaduan masyarakat amat tinggi terpendam dalam kampung tersebut. Namun semuanya tergugat dengan surat 'ugutan' dan ambil paksa tanah kerana hendak membuat jalan keretapi.

Tuntutan mereka yang terbabit ialah gantikan dengan tanah yang sesuai luasnya,rumah (telapak) yang sesuai luasnya untuk keluarga besar mereka dapat meneruskan kehidupan dengan mengekalkan kekuatan adat dan istiadat yang harus dipelihara.

Malangnya mereka dipaksa untuk menerima pampasan yang jauh (sehingga lebih 70%) lebih rendah dari nilai yang dibuat oleh jurunilai bertauliah. Jumlahnya bukan sahaja jauh tidak terbanding dengan nilai kehidupan tinggi yang terpendam di kampung ini, tetapi dari segi nilai kormesial juga jauh lebih rendah. Maka nilai pampasan yang diperolehi (antaranya RM1.10 sekaki) jauh memungkinkan mereka mencari tanah yang sesuai untuk menggantikan tanah adat pusaka keluarga.

Penduduk mengadu betapa mereka dilayan seolah setinggan. Tidak dilayan oleh pihak berkenaan dengan sempurna. Malah kerajaan negeri bersikap lepas tangan, dengan hanya mengatakan kononya ia projek persekutuan dan undang – undang membolehkan pengambil alihan paksa. Adakah YAB Datuk bersetuju undang – undang digunakan untuk menzalimi rakyat dan membunuh suasana harmoni beradat ?

YAB Datuk selaku Pengerusi Umno Negeri Sembilan seharusnya lebih prihatin. Bukankah Umno yang sering memanipulasikan isu ketuanan dan hak melayu sebagai modal politik untuk meraih sokongan.... ini sebenarnya hakikat isu Melayu... Tanah Adat / Tanah Rizab Melayu makin terhakis.... hilang tidak berganti....

Saya selaku pemimpin Pakatan Rakyat yang berakar bangsa Melayu mengecam tindakan dan keseombongan pihak berkenaan dengan ini mendesak YAB Datuk untuk memulakan usaha perbincangan semula dan memberhentikan pengambil alihan tanah tersebut secepat mungkin.

Jika YAB Datuk tidak tahu bagaimana hendak memulakan proses perbincangan dengan beradat dan beradab pihak saya bersedia menjadi orang tengahnya.

Mati di kandung tanah hidup di kandung adat.

Sekian dan terima kasih.


BADRUL HISHAM BIN SHAHARIN
Ketua Bahagian
Parti Keadilan Negeri Sembilan.
email : chegubard@gmail.com
blog : http://chegubard.blogspot.com


Pelancaran Minggu Perpaduan 1 Malaysia peringkat Negeri Sembilan dicemari Umno



31 Mei lepas telah diadakan Majlis Sambutan Minggu Perpaduan 2009 peringkat Negeri Sembilan. Program ini menggunakan wang rakyat dibawah peruntukan Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional diadakan di seluruh negara untuk mempromosikan Konsep 1 Malaysia yang dipelopori Najib Razak.

Namun sambutan di Negeri Sembilan yang diadakan di Taman Bandar Senawang (dalam Parlimen Rembau) telah dicemari oleh Umno. Majlis yang sepatutnya menyatukan Justify Fullrakyat pelbagai latar belakang akhirnya bertukar menjadi program Umno.

Bendera Umno dinaikkan seperti pilihanraya. Majlis tersebut telah disabotaj oleh Umno dan imej perpaduan itu gagal. Tidak ramai yang datang,malah penganjuran majlis kelam kabut.

Apabila bawa imej Umno maka masalah Umno itu akan terbawa. Majlis yang tidak dihadiri (meminggirkan) ahli Parlimen Rembau itu jelas tidak teratur. Masalah kem dalam Umno terbawa kepada penganjuran majlis. Sehinggakan iman yang sepatut baca doa tak hadir dan penganjur terpaksa berlari ke kawasan perumahan berdekatan untuk mencari 'tukang baca doa' ketika Menteri Besar telah pun tiba.

nampaknya menggunakan konsep 1Malaysia Umno sendiri bongkak tidak mahu memahami Paroi yang punya 35% pengundi bukan Melayu dan telah memilih ADUN PAS sebagai wakil rakyat mereka.

Jika Selangor beri Lembu untuk ibadah korban bagi rakyat Wilayah Persekutuan makan itu segera SPRM menjadi serbu....tepai ini bagaimana guna wang rakyat buat program Umno.... sehingga program itu gagal..

Hari terakhir mendaftar untuk Snoker keADILan Rembau

Hari ini, hari terakhir untuk mereka yang berminat bersama merebut kejuaraan Snooker keADILan Rembau sempena Keputeraan DYMM SPB Yang Di Pertuan Agong. Alhamdunillah walaupun kami punya masalah dari segi promosi di mana poster dan banner yang di gantung hilang 'dimakan puak jahat' tetapi segi penyertaan alhamdunillah agak memberansangkan cuma tinggal 11 tempat kosong sahaja lagi.

Kepada yang sudi menjadi penyumbang hadiah dan seumpamanya boleh berbuat demikian dengan menghubungi 0123696474 Azizi. Sumbangan anda semua amat dihargai.

Kejohanan Snooker keADILan Rembau sempena Keputeraan DYMM SPB Yg Di Pertuan Agong



keADILan Rembau akan menganjurkan satu Kejohanan Snooker seperti di bawah

Kejohanan Snooker keADILan Rembau
sempena Keputeraan DYMM Seri Paduka Baginda Yg Di Pertuan Agong
6 - 7 Jun 2009
di Dataran Senawang, Negeri Sembilan

Kejohanan ini untuk memupuk semangat 'kecintaan' dan 'kesetiaan' anak muda kepada institusi raja di Malaysia selain dari menjadikan snooker sebagai aktiviti riadah yang sihat kepada anak muda Malaysia.

JOM SERTAI KEJOHANAN INI !!!

64 Pemain yang mendaftar awal adalah layak untuk menyertai kejohanan ini. Pertandingan adalah secara KALAH – MATI ( Free Table Charge ) yang akan diadakan selama 2 hari berturut-turut.( 6 – 7 Jun 2009 ). Format pertandingan adalah BEST 64-3 Frame, BEST 32-3 Frame, BEST 16-3 Frame, SEMI/QUARTER-3 Frame dan FINAL-5 Frame.

SYARAT – SYARAT PERTANDINGAN :

  • Bayaran Pendaftaran sebanyak RM 40.00 ( Tidak akan dikembalikan )

  • Pemain mestiah berpakaian kemas dan berkasut.

  • Penyertaan akan dibatalkan jika peserta pertandingan tidak hadir dalam masa 15 minit di hari pertandingan.

  • Penyertaan adalah terbuka kepada semua pemain kecuali Pemain Negara @ Pemain Negeri @ Professional.

  • Pengadil layak untuk membatalkan penyertaan sekiranya peserta pertandingan tidak mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.

  • Tarikh tutup pertandingan adalah pada : 4hb JUN 2009

  • Keputusan pengadil adalah muktamad. Sebarang aduan & bantahan tidak akan dilayan.

HADIAH :

Hadiah Pertama : RM 1001 & Piala.

Hadiah Kedua : RM 701 & Hadiah Iringan.

Hadiah Ketiga : RM 501 & Hadiah Iringan.

Hadiah Keempat – Kelapan : Hadiah Istimewa

BERMINAT ??? :

Sila mendaftar di Kaunter Pertandingan SQ SNOOKER, Dataran Senawang dengan Pegawai Pendaftaran, En Amat (0173116124). Sebarang pertanyaan - Azizi (0123696474 ) @ Sani (0129781707)

Adakah kita dijajah Yahudi : Ada sesiapa ingin menjawab ?

cheGuBard mendapat beberapa kali email dibawah ini. Pagi ini sempat melawat laman yang mahu dikenali sebagai blog perkampungan Muslim.

Di bawah dikongsi email tersebut untuk kita sama fikirkan dan sila komen dengan matang.

petikan email tersebut ;

Adakah kita dijajah Yahudi? Mari kita lihat undang-undang di bawah:

Akta Bank Negara Malaysia 1958

Section 6. (1) The authorized capital of the Bank shall be two hundred million ringgit.

Section 6. (2) Twenty million ringgit of the authorized capital shall be subscribed and paid up by the Government on the establishment of the Bank.

Berdasarkan undang-undang di atas, fakta didedahkan ialah:

(a) Bank Negara bukan badan kerajaan dan adalah syarikat persendirian kerana mempunyai saham sama seperti syarikat persendirian.

(b) Kerajaan menjadi pemegang saham miniroti (10%). Pemegang saham majoriti (90%) tidak dinyatakan (dirahsiakan) . Rahsia dikuatkan dengan undang-undang rahsia (secrecy) ke atas segala aktiviti Bank Negara Malaysia.

(c) Bank Negara badan bukan kerajaan kerana kerajaan pemegang saham minoriti dan tidak pemilikan saham melebihi 51%.

(d) Bank Negara juga bukan badan kerajaan kerana kerajaan berhutang dengan Bank Negara. Apakah terjadi sekiranya kerajaan gagal bayar? Adakah ianya bermaksud kerajaan membankrupkan kerajaan sendiri?

(e) Ekonomi dan nasib negara diletakkan dibawah kekuasaan pemegang saham majoriti tidak kita ketahui. Pemegang saham majoriti ini menentukan jumlah wang dalam aliran ekonomi (demand and supply, dan melalui kuasa menetapkan kadar BLR atau selainnya), dan menentukan setiap perkara kewangan negara kita.

Terdapat pelbagai peruntukan di dalam Akta Bank Negara Malaysia 1958 yang membuktikan Bank Negara Malaysia adalah bukan badan kerajaan, termasuklah peruntukan menyatakan perkara mengenai Bretton Wood Agreement dan peranan Bank Negara sebagai agen kepada International Monetary Funds.

Ini selanjutnya disokong lambang Bank Negara yang kononnya difahamkan sebagai gambar rusa. Persoalannya ialah adakah mana-mana rusa berekor panjang? Binatang dengan bentuk yang seperti rusa dalam logo Bank Negara tetapi mempunyai ekor yang panjang adalah anjing di sisi patung mesir purba yang dikenali sebagai Pharoah Hound (buat carian Google Imej: Pharoah Hound +Pyramid, Rusa dan Logo Bank Negara).

Maklumat, gambar dan video boleh ditonton di halaman http://muslimvillag e.wordpress. com/

keADILan berjaya dekati golongan muda semasa Penanti


Kemenangan Dr. Mansor Othman sudah dijangka. Namun bagi cheGuBard yang lebih beerti ialah keADILan berjaya menjadikan Pilihanraya tersebut sebagai medan penilaian dan penyusunan gerak kerja parti.

Banyak yang dapat dipelajari dan diperbaiki setelah meneliti jentera Penanti. Pengalaman berguna buat jentera pengerak dari seluruh negara.

Namun Penanti juga telah memberi ruang untuk keADILan mendekati golongan muda dengan perbagai pendekatan.

Program Bengkel Safety Riding yang menampilkan Yasir Said selaku Juara Cub Prix Asia telah berjaya memberi ruang keADILan mendekati golongan muda. Walaupun petang itu PDRM telah hadir dengan 'angka' yang tidak perlu. Sehingga ratusan anak muda bermotorsikal terpaksa berpatah balik.

Terima kasih kepada Yasir Said dan YB Ust Firdaus (Pengerusi Biro Kebudayaan dan Sukan DPP Pusat) dan YB Taufek yang sama menjayakan program tersebut.

Terima kasih juga kepada penaja yang sudi 'menaja' minyak 4T. Sebanyak 160 buah motor sikal telah berjaya diservis dan ditukar 4t dengan hanya mengambil masa 3 jam dengan bantuan makenik sukarela tempatan.

AMK Permatang Pauh (termasuk UKP), AMK Kedah, AMK Bukit Mertaja, Din Binjai semuanya juga terima kasih.

Taufek untuk Jawatankuasa PAS Pusat

YB Taufek antara tokoh PAS yang bertungkus lumus memenangkan
Pakatan Rakyat di Penanti


Semalam berpeluang duduk lama di depan komputer. Ambil masa meneliti calon - calon yang bertanding dalam Jawatankuasa PAS Pusat. Tertera nama YB Taufek Abd Ghani (ADUN Paroi, YDP PAS Rembau).

Beliau sikit pun tak buka mulut dengan cheGuBard yang beliau nak tanding Jawatankuasa PAS Pusa. Ini bukan kerana beliau sombong tetapi itulah sebenar perangai Taufek. Merendah diri dan tak pernah nak minta apa termasuk sokongan untuk diri sendiri.

Taufek hanya sms nak minta maklumat untuk dia memenuhi amanah membentangkan Usul PPSMI di Muktamar nanti. Dia tak kisah melobi tetapi gusar untuk memenuhi amanah.

cheGuBard kenal Taufek lama, sejak 1999 masa mula masuk Parti Keadilan Nasional dia sudah lama dalam PAS. Masa itu Ketua DPP NS Sdr. Hishamuddin. Masa itu dia walaupun berpendidikan 'agak' tinggi namun sanggup panjat tiang gantung bendera, jaga jalan bersama unit amal. Maka tak hairanlah beliau memahami petugas parti, prihatin nasib marhaen.

Beliau cukup bersikap sederhana dalam banyak hal. Namun sesekali amat tegas dalam mempertahankan prinsip. Banyak jiga misi sulit yang kami selaku anak muda lakukan di Negeri Sembilan. Dari situ keseimpulan yang dapat che'GuBard buat Taufek bukan dilahirkan berani namun dia menjadi sanggup berani demi perjuangan menentang regim.

Pemuda PAS NS dibawahnya terurus dengan baik. Sebagai seorang teman Taufek menggembirakan cheGuBard bila dia bertanding PRU 12 di DUN Paroi, dalam Parlimen Rembau, kerana cheGuBard tahu Taufek tidak pernah kerja dengan tidak bersungguh - sungguh. Akhirnya Taufek menang di Paroi tetatpio cheGuBard belum punya rezeki.

Sebagai seorang ADUN Taufek gigih membela rakyat. Kegigihan Taufek sedikit memberikan inspirasi che'GuBard terus semangat di Rembau keseluruhanya.

che'GuBard amat gembira jika sekali lagi apabila dengar Taufek menang Jawatankuasa PAS Pusat. Memang dari segi pemerhatian biasa Taufek amat suka menyelit dalam perebutan itu. Namun jika Taufek menang ia amat bermakna dalam usaha Pakatan Rakyat menawan Negeri Sembilan.

Wednesday, June 03, 2009

Nik Aziz sokong 'geng Erdogan dalam PAS'

Tersenyum tengok muka depan Sinar Harian semalam. Muktamar PAS kali ini yang akan berlansung hujung minggu ini menarik perhatian perbagai pihak. Baik penyokong Regim atau Pakatan Rakyat. Keputusan muktamar yang mempunyai agenda pemilihan pucuk pimpinan PAS sudah tentu memberikan kesan kepada semua. Kalau tersalah pilih tentu regim akan tersenyum. Regim Bn melalui media mereka sibuk cuba mempengaruhi perwakilan juga untuk memilih calon harapan mereka. Itulah sebabnya tidak semena mena ada 'tokoh PAS' yang diberi ruang besar dalam Utusan. Ada masuk muka dalam temuramah semuka penuh dan ada yang masuk muka depan memaklumkan mengenai 'si anu' yang mendapat pencalonan tertinggi kononya.

Media arus perdana milik regim Bn lah yang mewujudkan kem - kem dalam PAS....ada kem di gelar Erdogan difitnah kononya mengadaikan prinsip PAS dengan menyokong Anwar dan ingin bersama dengan Pakatan Rakyat.... jika bijak tentu perwakilan boleh membaca pula isyarat tersembunyi iaitu kem satu lagi sedia meninggalkan Pakatan Rakyat dan ini menguntungkan Regim Bn.... ini permainan jahat media Bn

Husam Musa ialah pemimpin yang sering dikaitkan dengan geng Erdogan
oleh media arus perdana Regim Bn


Apa pun che'GuBard walaupun bukan ahli PAS amat mengharapkan perwakilan memilih dengan matang.

Melihat akhbar Sinar semalam muka dengan tersenyum bila baca komen Tuan Guru Nik Aziz. Katanya“Saya sebenarnya tidak faham kenapa digunakan nama Erdogan. Erdogan ini nama bagi Perdana Menteri Turki dan dia telah memalukan Perdana Menteri Israel. Jadi kalau ada puak Erdogan di dalam Pas ini saya berasa gembira, kerana mereka boleh memalukan golongan sekular.”

Akhirnya ADUN Bn minta maaf pada Husam

Norzula mohon maaf secara terbuka kepada Husam

KOTA BHARU, 2 Jun: Adun Paloh, Datuk Norzula Mat Diah telah memohon maaf secara terbuka kepada Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa ekoran dakwaan yang dibuatnya terhadap Husam tahun 2007 lalu.

Permohonan maaf itu dibuat dalam satu notis yang disiarkan oleh akhbar Berita Harian hari ini, iaitu akhbar yang menyiarkan dakwaan yang berunsur fitnah terhadap Husam tahun 2007 dahlu.

Menurut notis itu, Nozula, Adun Paloh itu menarik balik laporannya kepada BPR yang mengaitkan Husam.

Notis itu berbunyi:

Notis Permohonan Maaf
"Saya, YB Datuk Nozula Mat Diah dengan ini dan dengan sepenuh hati memohon maaf tanpa sebarang syarat kepada YB Datuk Husam Musa kerana telah membuat laporan tidak benar dan tidak berasas terhjadap beliau kepada BPR pada tahuin 2007.

"Saya dengan ini menarik balik segala pertuduhan tersebut dan sesungguhnya menyatakan rasa kesal yang mendalam kerana pertuduhan tersebut telah menyebabkan tekanan kepada beliau serta memburukkan keperibadian beliau."

Norzula membuat dakwaan itu dalam satu sidang media dan juga melalui satu laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Kenyataan beliau itu telah disiarkan dalam TV3, Berita Harian dan juga New Straits Times.

Monday, June 01, 2009

Gambar dari Majlis 'ringkas' Kesyukuran semalam

Sebaik sahaja jam 5, kesemua peti undi ditutup, kawasan Yayasan Aman yang menempatkan bilik gerakan utama PRK Penanti telah menjadi tumpuan. Seawal jam 5.30 ptg keputusan kiraan mengikut saluran telah mula diperolehi dan diumumkan satu - persatu serta ditayang ke layar besar. Kira kira jam 7.30 malam keputusan penuh dan SPR telah mengesahkan kemenangan Dr. Mansor.

Jam 7.50 malam semua pimpinan telah bertolak mengiringi Dr. Mansor ke Pusat Penjumlahan Undi untuk pengumuman rasmi. Selepas itu semua bertolak semula ke Yayasan Aman dimana ribuan telah berkumpul untuk mendengar amanat 'kemenangan'.

antara wartawan dan ribuaan penyokong yang hadir di depan Yayasan Aman
Saifuddin memberikan ucapan selaku Pengarah Pilihanraya Keadilan Pusat

Ucapan Anwar Ibrahim mengakhiri majlis ringkas tersebut.
YB Datuk Jo Abdul menjadi pengacara malam tersebut
YAB Guan Eng yang turut hadir mengumumkan Rabu sebagai tarikh angkat sumpah
Dr. Mansor sebagai TKM 1, P.Pinang
Ucapan kemenangan oleh Dr. Mansor Othman

Sejak jam 5 dewan di Yayasan Aman mula sesak dengan wartawan dan di luar dewan juga penyokong mula sesak
Selepas diumumkan sebagai ADUN Penanti dalam Dewan IKBN,
Pusat Penjumlahan Undi.

Keputusan Penuh Penanti 2009

KEPUTUSAN PENUH MENGIKUT SALURAN
PILIHANRAYA KECIL N.12 PENANTI

Saluran Daerah Mengundi PKR KUNCI WAU PAYUNG
JDM01-01 Guar Perahu 133 11 3 3
JDM01-02 Guar Perahu 213 20 1 7
JDM01-03 Guar Perahu 234 13 0 0
JDM01-04 Guar Perahu 183 7 0 0
JDM02-01 Kuala Mengkuang 117 10 1 2
JDM02-02 Kuala Mengkuang 216 14 1 2
JDM02-03 Kuala Mengkuang 205 16 1 4
JDM02-04 Kuala Mengkuang 179 18 1 2
JDM02-05 Kuala Mengkuang 152 17 0 0
JDM03-01 Telok Wang 180 21 154 1
JDM04-01 Mengkuang 160 19 9 1
JDM04-02 Mengkuang 209 43 8 0
JDM04-03 Mengkuang 249 21 7 2
JDM04-04 Mengkuang 206 25 0 0
JDM05-01 Sungai Lembu 258 2 102 2
JDM06-01 Penanti 147 8 17 1
JDM06-02 Penanti 132 7 10 3
JDM06-03 Penanti 126 8 5 2
JDM07-01 Kubang Ulu 144 11 21 2
JDM07-02 Kubang Ulu 238 14 38 0
JDM07-03 Kubang Ulu 212 8 20 1
JDM08-01 Sungai Semambu 150 4 12 1
JDM08-02 Sungai Semambu 220 4 14 0
JDM08-03 Sungai Semambu 242 5 7 1
JDM08-04 Sungai Semambu 219 4 8 2
JDM09-01 Tanah Liat 116 9 9 4
JDM09-02 Tanah Liat 192 18 7 0
JDM09-03 Tanah Liat 187 9 4 4
JDM09-04 Tanah Liat 179 4 4 0
JDM10-01 Berapit Road 168 1 10 1
JDM10-02 Berapit Road 244 3 7 1
JDM10-03 Berapit Road 240 6 13 0
POS-01 Undi Pos 2 12 0 7
Jumlah 6052 392 494 56

Di atas ialah jadual keputusan penuh Pilihanraya Kecil Penanti 2009. Dr. Mansor Othman (Pakatan Rakyat) telah menang dengan majoriti 5558 dan kesemua calon lain telah hilang deposit.

Sunday, May 31, 2009

sila refresh untuk keputusan terbaru

(7.30 petang) Keputusan penuh tidak rasmi 32 saluran undi tambah undi Pos. Keadilan (6268), Kunci (402), Wau (534) dan Payung 55. Berdasarkan jumlah undi lebih dari 7,100 maknanya jumlah peratusan keluar mengundi lebih dari 46.15 % seperti yang dikatakan peringkat awal.

(7.15 petang)
Kesemua 32 saluran telah dikira. 6266 (keADILan), 390 (Kunci), 534 (Wau) dan 48 (Payung). Dr. Mansor menang dengan majoriti 5732 dan ketiga - tiga calon bebas hilang wang pertaruhan. Cuma menunggu pengumuman undi pos yang hanya berjumlah bawah 30 undi.

(7.10 petang) Telah dikira 27 saluran. Kelihatan seperti 3 calon bebas hilang wang pertaruhan. 5309 (keADILan), 329 (Kunci), 301 (Wau) dan 44 (Payung)

(7.04 petang) Data di Bilik Gerakan Utama sahkan 46.15 % sebagai jumlah keluar mengundi sebanyak 7,100 orang. Dewan di Yayasan Aman telah dipenuhi wartawan dan penyokong, menantikan keputusan terkini. Setakat ini 4,289 (keADILan), 258 (Kunci), 273 (Wau) dan 26 (Payung)

(6.45 petang) Beberapa pusat mengundi telah di kosongkan. Semua peti undi akan dibawa ke Pusat Penjumlahan di IKBN Bukit Mertajam. Setakat ini 18 saluran telah siap dikira dengan jumlah 3431 (keADILan), 223 (Kunci)), 243 (wau) dan 24(Payung)

(6.30 petang) Bilik Gerakan Utama PRK Penanti di Yayasan Aman kelihatan sibuk dan menjadi tumpuan wartawan. Kelihatan petugas agen calon yang mengira undi mula masuk seorang demo seorang untuk menghantar borang 13 dan keputusan saluran masing - masing. Setakat ini 14 saluran telah dikira dengan keputusan 2517 (Keadilan), 153 (Kunci), 71 (wau) dan 20 (payung).

(6.25 petang) kiraan setakat ini Keadilan 2089, Kunci 114, Wau 63 dan Payung 16

Peti undi ditutup ; 5.00 petang

(5.25 petang) Semua pusat mengundi telah ditutup.Setelah semua usaha yang dilakukan regim untuk memastikan pengundi tidak keluar mengunsi seperti kehadiran polis yang ramai, kamera video merakam semua pengundi dan rombongan serta arahan jangan mengundi maka sebanyak 46.15 % pengundi atau 7,100 pengundi telah keluar mengundi.

Dijangka kira - kira jam 7.30 malam keputusan penuh akan diumumkan.

Satu majlis meraikan kemenangan akan diadakan di Yayasan Aman, Jalan Kubang Ulu Sekitar jam 10.00 malam.

Proses pengundian bagi pilihanraya kecil DUN Penanti bermula jam 8 pagi tadi. Sebanyak 32 saluran mengundi di sembilan pusat pengundian. Lapan daripada pusat tersebut ditempatkan di sekolah dan sebuah lagi di dewan orang ramai.

Pusat-pusat mengundi itu ialah SMK Guar Perahu (empat saluran), SK Guar Perahu (lima), Dewan Orang Ramai Kampung Tun Sardon, Ara Kuda (satu), SK Mengkuang (empat), SJK (C) Perkampungan Sungai Lembu (satu), SMK Mengkuang (tiga).

SMK Penanti (tiga saluran), SK Tanah Liat (lapan) dan SRJK(C) Jit Sin (A) Jalan Berapit mempunyai tiga saluran.

che'GuBard menjangkakan keADILan akan diistiharkan menang dengan majoriti yang lebih besar InsyaAllah.