Saturday, June 12, 2010

Umno-BN Gentar Pendekatan Pakatan Rakyat Memakmurkan Institusi Masjid

Sidang media di depan Balai Polis Bayan Baru

BAYAN BARU 12 Jun - Umno-Barisan Nasional yang telah menyalahgunakan masjid sejak lebih 50 tahun memerintah bagi tujuan politik murahan kini tidak dapat menerima hakikat bahawa Pakatan Rakyat telah membawa pendekatan berbeza yang memakmurkan institusi keagamaan selari dengan ajaran Islam.

Menurut Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat, Badrul Hisham Shahrin a.k.a CheGuBard, Pakatan Rakyat mahu menyuburkan perkembangan institusi masjid sebagai salah satu tempat untuk menyebarluaskan mengenai kefahaman Islam kepada semua golongan masyarakat.

Umno-BN bagaimanapun menggenakan pelbagai halangan untuk menyekat objektif ini termasuk membuat ugutan sebagaimana yang berlaku kepada Ketua Penerangan KEADILAN Bayan Baru, Rashid Hasnon selepas beliau menjemput Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan tazkirah di Masjid Bayan Baru 6 Jun lalu.

Surat ugutan yang ditulis tangan dan tidak bernama itu mengugut Rashid supaya berjaga-jaga kerana tindakan beliau membawa Anwar ke masjid itu.CheGuBard berkata Umno-BN merasa tidak senang dengan penerimaan masyarakat Islam terhadap kepimpinan dan ketokohan yang ditunjukkan oleh Ahli Parlimen Pwermatang Pauh itu dalam memperjuangan isu berkepentingan negara dan rakyat.

"Sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat saya sentiasa menyokong untuk meneruskan kebebasan menggunakan masjid ini untuk berpolitik. Sejak zaman Nabi lagi masjid telah dimartabatkan untuk pemerintahan sehinggalah ia menjadi satu keperluan dalam masyarakat Islam pada waktu itu.

"Sekiranya ada dikalangan kepimpinan Umno-BN yang merasakan mereka layak dan mampu untuk memberi khutbah dan memberi tazkirah maka peluang tersebut kita buka seluas-luasnya kepada mereka. Politik dalam masjid harus diteruskan tanpa menggunakan politik kepartian yang memecahbelahkan umat Islam," kata beliau pada sidang media diperkarangan Balai Polis Bayan Baru semalam.

Rashid yang ditemui pada sidang media yang sama berkata oleh kerana surat ugutan tersebut mengancam keselamatannya maka laporan polis terpaksa dibuat bagi memastikan keselamatannya terjamin.

"Segala ugutan yang diterima tidak akan mematahkan semangat saya untuk terus berjuang melalui saluran yang betul kerana masjid adalah salah sebuah institusi yang amat dihormati dan disanjungi umat Islam. Oleh kerana itu kita juga menyedari perlunya keterbukaan minda dalam menggunakan masjid sebagai satu platform untuk berdakwah dan menyampaikan maklumat kepada masyarakat," katanya.

Sementara itu Setiausaha KEADILAN Pulau Pinang yang Senator Mustafa Kamal Mohd Yusoff menyelar pihak yang mengedarkan surat ugutan yang tidak bertandatangan itu sebagai tidak berprinsip dan pengecut.

"Jika mereka orang yang benar dan berani kenapa perlu buat surat layang dan ugutan.Ayuh berjumpa dengan kita dan berbincang sedangkan kebenaran telah pun kita perolehi daripada pihak yang mentadbir masjid ini untuk menjemput Datuk Seri Anwar Ibrahim," jelas Mustafa Kamal.

Friday, June 11, 2010

Kapal Israel di Kelang bukti Najib hipokrit

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dan Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) hari ini mendesak kerajaan Umno-Barisan Nasional menjelaskan kenapa membenarkan kapal Israel Zim Genova yang berdaftar di Israel berlabuh di Pelabuhan Barat , Klang Isnin lalu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini dua pertubuhan itu berkata pendedahan yang dibuat di dalam rencana Utusan Malaysia pada 9 Jun lalu membuktikan pada haikatnya kerajaan tidak konsisten dalam hal hubungannya dengan Israel.

"Makluman bahawa ada juga barangan dari negara rejim Yahudi ini memasuki negara ini, semada secara terus atau dari negara ketiga adalah amat mengejutkan.

"Persoalan yang ditanya benarkah Israel diizinkan memasuki ke pelabuhan kita dan mengadakan aktiviti perdagangan dengan negara ini, dan ini secara jelas telah dijawab oleh Menteri Pengangkutan.

"Mapim dan Shura amat kesal dengan pendedahan yang menunjukkan hiprokasi yang amat nyata," kata kenyataan itu yang diemel kepada Suara Keadilan.

Menurut Setiusaha Agung Mapim, Azmi Abdul Hamid dan Pengerusi Shura, Abdul Ghani Samsuddin adalah anehnya ketika usul khas di Parlimen dibentangkan oleh Perdana Menteri pada 7 Jun lalu berkaitan dengan kecaman dan tindakan yang akan di bawa oleh kerajaan Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk bertindak ke atas Israel, tiba-tiba pada hari yang sama dilaporkan kapal Zim Genova milik syarikat Zim Israel Navigation Company berlabuh di Pelabuhan Klang membawa kargo yang besar.

"Lebih pelik lagi dilapor oleh rencana tersebut selain Zim Genova, kapal-kapal Zim lain yang berulang-alik ke Pelabuhan Klang ialah Zim USA (didaftarkan di Israel), Zim Kingston, Zim Monaco (pelabuhan terakhir: Pelabuhan Klang enam hari lalu), Zim Dalian dan Zim Lovorno (yang kesemuanya didaftarkan di beberapa buah negara lain).

"Mapim dan Shura terkejut bagaimana pula ada rundingan senyap hubungan perdagangan atau perkhidmatan pelabuhan dilakukan dengan syarikat perkapalan Israel dengan Malaysia.

"Ini sudah pasti suatu penipuan kepada rakyat Malaysia dan dunia umumnya, betapa Malaysia bertalam dua muka dalam perhubungannya dengan Israel.

"Kenyataannya bila kapal kemanusiaan Mavi Marmara dan Rachel Corrie yang disertai rakyat Malaysia kita dihalau dan diserang di pengairan antarabangsa kenapa pula kapal Israel sewenang-wenangnya dibenarkan berlayar dan berdagang di negara ini!," tegas kenyataan itu lagi.

Kenyataan itu mencabar sama ada kapal MISC milik Malaysia dibenarkan memasuki Pelabuhan Haifa di Israel.

Mapim dan Shura berpendirian dengan jawapan jelas pihak Kementerian Pengangkutan bahawa kapal Israel dibenar berdagang di Malaysia, membuktikan Malaysia telah mengkhianati rakyat Palestin.

"Walau apapun syarat dan peraturan dikenakan ke atas kapal Israel, membenarkan kapal tersebut berlabuh itu sendiri adalah suatu tindakan yang bertentangan dengan sikap yang diambil oleh seluruh rakyat Malaysia dan semangat dari usul yang diluluskan di Parlimen baru-baru ini.

"Penjelasan Kementerian bahawa pihak West Port menetapkan syarat kepada kapal Israel itu tidak boleh diterima samasekali. Jika Malaysia mempunyai dasar tidak mahu ada apa-apa hubungan dengan negara yang tidak ditiktiraf, kenapa kapal itu dibenarkan masuk dan berlabuh di Klang?

Mapim dan Shura dengan itu mendesak supaya kerajaan mengarahkan kapal itu keluar dari Pelabuhan Klang dan menyatakan dengan jelas bahawa tidak ada lagi kapal Israel yang akan dibenarkan berlabuh di pengairan Malaysia," desak pertubuhan itu lagi.

Jom BBQ bersama anak muda di Tanjong Asam, Pulau Pinang

Malam ini akan penuhi undangan program anjuran geng Anak Muda di Pulau Pinang. Satu Majlis Sembang - Sembang Anak Muda sambil BBQ, program ini juga mengumpul dana akan diadakan di Tanjong Asam, Pulau Pinang. Semua anak muda dijemput dan sumbangan minima RM10 seorang.

Jom mai - mai, jumpa di sana. Sapa minat nak joint boleh hubungi 0164355488.

Sebelum itu 2.30 petang hari ini akan berada di Balai Polis Jalan Tengah, Bayan Baru iring
Sdr Tn Hj Rashid dihantar ugutan oleh geng Umno kerana buat program untuk Anwar Ibrahim.

InsyaAllah Ahad akan lapor diri di IPD (Bandar Baru Perda) untuk diambil kenyataan.

Thursday, June 10, 2010

Pekerja pilihanraya Bn kena tipu ???



Mana duit kami?

HULU YAM – Beberapa belia yang ditugaskan melakukan kerja-kerja pembersihan dan penurunan poster, kain rentang dan bendera Barisan Nasional (BN) selepas pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor lalu menuntut supaya bayaran dijanjikan dijelaskan segera.

Mereka mendakwa dijanjikan bayaran tertentu sebagai upah melakukan kerja tersebut sehari selepas BN diumumkan memenangi kerusi Parlimen ini.

Salah seorang petugas terbabit, Mohd Arif Mokhtar, 34, berkata, dia dan beberapa rakan lain sepatutnya dibayar sebaik kerja yang diarahkan telah dilaksanakan.

Tetapi katanya, setelah lebih sebulan dijanjikan, bayaran yang hanya berjumlah RM2,500 itu masih belum dijelaskan.

“Kami diminta melakukan kerja-kerja tersebut oleh seorang yang bergelar Datuk yang juga bekas wakil rakyat BN di sebuah Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor.

“Saya sendiri telah bercakap dengannya menerusi telefon dan beliau mengarahkan kerja-kerja itu dilakukan segera bagi mengelak didenda.

“Tetapi, setelah semuanya selesai, bayaran yang dijanjikan tidak dijelaskan sehingga ke hari ini,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Mohd Arif berkata, jumlah RM2,500 itu ditetap berdasarkan kos pengangkutan yang disewa selama tiga hari untuk melakukan kerja-kerja tersebut selain bayaran pekerja.

Menurutnya, kerja-kerja itu dilakukan di sekitar Hulu Yam meliputi tujuh buah kampung dan lima taman perumahan termasuk di jalan-jalan utama.

Sementara itu, menurut seorang lagi pekerja, Mohd Faiz Rosli, 28, berkata, dia agak terkilan dengan sikap yang ditunjukkan pemimpin terbabit sehingga sanggup menipu.

Menurutnya, sebagai belia, dia kecewa kerana semangat mereka berkempen sebelum ini termasuk melaksanakan tugas yang diberikan dibayar dengan perbuatan sedemikian.

“Pada awalnya, kami tak rasa akan ditipu kerana dijanjikan oleh seorang yang berpengaruh dan kerap mendesak supaya kerja-kerja penurunan poster dan bendera itu dilakukan segera.

“Tetapi, malangnya pemimpin itu menipu dengan alasan yang pelbagai,” katanya.

Mohd Faiz berkata, kesanggupannya untuk melaksanakan kerja-kerja itu didorong rasa semangat atas kemenangan calon BN, P Kamalanathan yang menang di PRK lalu.

Tetapi, sebagai belia kampung berkenaan dia kecewa kerana ditipu oleh pemimpin berkenaan.

Shafri Rashid, 49, pula berkata, sekiranya bayaran itu tidak dijelaskan, tindakan laporan polis akan dibuat.

Selain itu, dia juga akan membawa perkara itu ke pengetahuan pemimpin atasan termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. - Sinar harian

Warkah terbuka kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong : 'hepi besday, sir !'

Daulat Tuanku !!

Rasanya tak terlambat untuk cheGuBard mengucapkan salam selamat sempena Hari Keputeraan Tuanku DYMM Seri Paduka Baginda Yg Di Pertuan Agong pada 4 Jun lepas. Alhamdulillah rakyat telah dikurniakan cuti untuk beristirehat bersama keluarga dari kesibukan tugasan semasa sekurang - kurangnya sehari berkat Hari Keputeraan Tuanku.

Sempena hari Keputeraan juga telah terkunia bukan sedikit pingat - pingat kepada perbagai jenis manusia dari dalam dan luar negara yang hidup dan tak dilupa telah meninggal dunia dengan membawa perbagai gelaran kurniaan raja. Harapnya kurniaan pingat ini hendaknya atas jasa mereka ke atas negara ini bukanlah kerana kedudukan mereka atau lobi pemimpin tertentu regim parti penguasa. Agar nanti apabila dia bertukar parti tidak ditarik semula pingatnya seperti Chua Jui Meng mantan memanda Menteri. sila klik sini

Sempena Hari Keputeraan Tuanku cheGuBard selaku anak muda yang berdiri atas nama sebuah perkumpulan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini menyatakan taat setia kepada Tuanku dan institusi beraja dalam negara berdasarkan perlembagaan negara.

Cuma selaku anak muda tidak dapat diselindungkan kekhuatiran memikirkan bagaimana untuk memastikan terus institusi beraja kebanggaan orang Melayu dan seluruh rakyat Malaysia ini dapat terus berkekalan.

Ketika Tuanku dilantik bukan sedikit harapan khususnya anak muda Malaysia terhadap Tuanku selaku pewaris yang agak muda dan berpendidikan dalam mereformasikan institusi beraja dan memberikan nafas baru membentuk persepsi yang lebih menyakinkan dikalangan anak muda. Sudah tercapai atau tidak mungkin tuanku sendiri ada jawapanya.

Intai dan pelajarilah institusi beraja di banyak negara bagaimana peranan dimainkan. Ada yang sudah umpama muzium dan alat keraian seperti kebanyakan negara Eropah termasuk England tetapi ada juga yang terus kekal dihormati seperti di Thailand.

Mainkanlah peranan sewajarnya di tengah masyarakat yang makin kalut dan kusut. Tuanku sewajarnya jangan takut gunakan kuasa demi kepentingan rakyat. Janganlah hendaknya ada sedikit rasa gusar terhadap regim penguasa.

Dalam perkara Islam dan Melayu setakat ini cheGuBard dan SAMM bersetuju peranan terus dimainkan oleh Raja Melayu sebagai ketua agama dan adat istiadat Melayu. Namun khuatir juga sejak kebelakangan ini banyak sangat penggunaan nama istana diselewengkan dalam perkara ini. Mutaakhir ini, malah banyak 'kenyataan' dan 'titah' juga mula diselewengkan.

Ini bukan zaman Melaka, dunia berkembang pesat sewajarnya isi kandung dalamnya juga harus transform secepat perkembangan dunia jika tidak mahu ketinggalan. Rakyat tidak lagi boleh lagi dipaksa akur membuta tuli. cheGuBard mencadangkan demi mempertingkatkan martabat dan terus mendapat penghormatan selaku Ketua Penguasa dalam perihal agama dan adat istiadat maka Raja Melayu itu sendiri harus diperkasakan lagi. Sesiapa juga yang menjadi Ketua Penguasa Agama seharusnya tahu dan mahir dalam bidang tersebut juga. Tiba masanya Majlis Raja - Raja mensyaratkan agar semua tuanku - tuanku Ketua Agama seharusnya sekurang - kurangnya punya Diploma Pentadbiran dan syariah Islam agar mampu memainkan peranan yang lebih efisyen. Tidaklah hanya menerima nasihat dari seorang dua yang punya kepentingan tertentu. Percayalah dengan ini Institusi ini akan lebih dihormati.

Ingat Institusi ini bukan punya orang Melayu. Institusi beraja ini seharusnya juga dihormati oleh semua bangsa atau keturunan yang diamnya dalam tanah jajahan ini. Untuk itu ruang perbincangan dan pemahaman sewajarnya harus juga sampai kepada semua rakyat.

Sekian sahaja dan sekali lagi cheGuBard ucapkan Selamat Hari Keputeraan moga Tuanku dirahmatiNya dan dibebaskan minda serta roh demi menjalankan tanggung jawab demi memastikan keadilan dan kemakmuran dalam negara.

'MB abused govt agencies for son's wedding bash'

By Zefry Dahalan

SEREMBAN: An opposition leader has accused Negeri Sembilan Menteri Besar Mohd Hasan of abusing government agencies for his son's extravagant wedding reception.

Speaking at a press conference here, PKR supreme council member Badrul Hisham Shaharin claimed that Public Works Department's staff and vehicles were sighted at the venue of the reception a few days before last Sunday's event.

Badrul said he received a letter from a staff complaining about being instructed to carry out work at the venue, a private residence located in Kampung Tanjung in Rantau.

“Based on the complaint, government agencies such as JKR (works department) and TNB were involved in the preparation.

“Road resurfacing was done, water pipes were changed, bridges were built, grass was cut while the TNB staff were put on standby to ensure there are no electrical problems,” he added.

Some 20,000 people had reportedly attended the reception, which also saw large canopies being errected in an empty lot next to the house.

Can taxpayers do the same?

Meanwhile, Badrul said he will submit an official letter of complaint to the menteri besar to demand an explanation.

If the allegation is true, the PKR leader said, Mohd Hasan must reveal the total cost involved in using the state agencies and who had paid for this.

Anticipating that the MB might claim that he had borne the full cost, Badrul said Mohd Hasan must furnish proof.

However, Badrul said the most pertinent question is, “Can the MB direct a government agency to work at a wedding reception, and can taxpayers do the same for their children's wedding?”

He added that the MB must explain why the repair works were carried out just ahead of his son's wedding reception.

"If he say it's due to the needs of the public and the whole thing was just a coincidence, then what about the other places in the state which are in dire need of new roads, water pipes and bridges?” he asked.

The Rembau PKR division chief also lambasted the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) for not pouncing on the matter.

“If this happened in Pakatan Rakyat states, where the MB uses a government agency for his children's wedding, the MACC will fly in like a 'super hero' to investigate,” he said.

from : http://www.freemalaysiatoday.com/fmt-english/politics/barisan-nasional/6605-mb-abused-govt-agencies-for-sons-wedding-bash

pls read also an open later to MB : click here

che'GuBard sudah ber 'tweet'


Setelah dimotivasi dengan perbagai sindiran 'ketinggalan zaman' oleh sahabat akhirnya che'GuBard punya akaun twitter dengan id : cheGuBard pagi ini.

Tapi dalam bab Fb che'GuBard dah lama, terima kasih kepada hampir 5 ribu sahabat Fb. Banyak juga maklumat dan dokumen yang diperolehi melalui teknologi baru ini. id Fb ialah cheGuBard

Wednesday, June 09, 2010

Bendera Israel berkibar di Malaysia?


KAPAL Zim USA yang didaftarkan di Israel ini kali terakhir memasuki Pelabuhan Klang pada 20 Jun.


BENAR seperti kata negarawan ulung, Tun Dr. Mahathir Mohamad, kita mudah lupa. Ingat lagi semasa Gaza diserang bertalu-talu, seluruh rakyat Malaysia, terutamanya orang Islam bagai nak gila. Demonstrasi sana-sini. Minta diboikot itu dan ini, barangan yang dikeluarkan oleh Yahudi dan yang diasaskan dari Israel.

Lepas sebulan serangan ke atas Gaza tamat, pemikiran kita mula lembam, enam bulan selepas itu sedikit demi sedikit mula lupa dan selepas setahun terus lupa.

Kempen-kempen boikot dan amarah kita sudah hilang sehinggalah seminggu ini. Sejak minggu lalu kita bangkit semula. Solat hajat diadakan semula di sana-sini. Televisyen dan akhbar-akhbar penuh dengan berita dan komentari (termasuklah Cuit ini hari ini) mengenai kisah Israel, Yahudi dan kekejamannya. Jika Israel tahu mengenai sindrom mudah lupa kita, sudah pasti mereka akan ketawa terbahak-bahak. Tapi bangsa Yahudi ini bijak, mereka memang tahu tabiat kita, terutamanya umat Islam dan orang Melayu kita ini. Kita ini hanya akan melompat ikut musim. Itu pasal Israel suka menyerang ikut musim. Ada musim-musim tertentu mereka akan bertindak dan sekali gus dunia (terutamanya dunia Islam) akan melompat. Kemudian senyap.

Tujuan mereka ialah supaya semua orang ingat akan (kewujudan) negara Israel itu.

Dari segi dasar kerajaan, Malaysia memang konsisten. Kita adalah antara segelintir negara Islam dan di dunia yang tidak menjalinkan hubungan diplomatik dengan Israel. Langkah kerajaan itu amat kita sanjung. Kita berharap selagi ada negara Yahudi haram itu, kita tidak akan mengiktiraf kewujudannya sampai bila-bila.

Begitu juga hubungan dagangan dengan negara itu. Secara automatik hubungan itu tidak berlaku, kerana kita tiada hubungan diplomatik. Mengikut undang-undang antarabangsa, Israel tidak boleh juga menahan rakyat kita kerana kita tiada hubungan yang sah dengannya. Dalam kes yang berlaku ke atas kapal misi kemanusiaan ke Gaza itu, rakyat Malaysia ditahan di laut antarabangsa - bukan dalam kawasan perairannya, itu lagi salah.

Namun, walaupun kita tidak mempunyai hubungan itu, difahamkan ada juga barangan dari negara rejim Yahudi ini memasuki negara ini. Mungkin bukan terus, tapi dari negara ketiga.

Tapi benarkah kapal Israel dibenarkan memasuki ke pelabuhan kita dan melakukan perdagangan dengan negara ini secara terus?

Benarkah itu berlaku? Apakan kerajaan sedar ia berlaku?

Melalui maklumat seorang sahabat yang terlibat secara terus dalam bidang perkapalan, saya melakukan siasatan. Satu maklumat kepada saya kemudiannya mendedahkan senario bagaimana halusnya rejim itu menjalinkan hubungan dagang dengan kita.

Kita jangan cakap perkakasan yang canggih dan besar-besar yang dihantar untuk kegunaan kita di sini dari negara ketiga. Kita cuma bercakap mengenai soal buah epal dan buah oren yang dihantar oleh kapal mereka ke pelabuhan kita. Rakan yang mendedahkan maklumat itu geram kerana kapal kemanusiaan kita dihalau dan diserang, sebaliknya kapal Israel sewenang-wenangnya berlayar dan berdagang di negara ini! Bolehkah pula kapal MISC kita memasuki Pelabuhan Haifa di Israel? Jawapannya, tidak.

Begini bunyi maklumat itu (yang diterjemah dalam bahasa Melayu):

Zim Israel Navigation Company ialah syarikat perkapalan milik Israel. Statusnya lebih kurang macam MISC, syarikat perkapalan nasional kita.

Maklumat mengenai syarikat perkapalan Zim boleh dilayari melalui www.zim.co.il. Di bawah tajuk sejarah, ditulis: Bermula dengan permulaan bersejarah pada 1945 sebagai kapal pengangkut imigran (kaum pendatang) dari wilayah berperang Eropah ke negara harapan bernama Israel, ZIM kini menjadi salah sebuah syarikat perkapalan terbesar yang beroperasi di seluruh dunia. (From historic beginnings in 1945 as a carrier of immigrants from war-torn Europe to the nascent state of Israel, ZIM has become one of the world‘s largest shipping companies with operations throughout the world.)

Kelmarin (7 Jun kapalnya bernama Zim Genova) berlabuh di Pelabuhan Klang membawa kargo-kargo yang besar.

Secara puratanya kapal itu panjangnya kira-kira 253 meter, lebar 32 meter dan boleh membawa muatan sebanyak 4,000 Teu atau bersamaan 4,000 buah kontena 20 kaki. Ia berlayar keluar dari pelabuhan itu kira-kira pukul 7 pagi semalam (8 Jun).

Selain Zim Genova, kapal-kapal Zim lain yang berulang-alik ke Pelabuhan Klang ialah Zim USA (didaftarkan di Israel), Zim Kingston, Zim Monaco (pelabuhan terakhir: Pelabuhan Klang enam hari lalu), Zim Dalian dan Zim Lovorno (yang kesemuanya didaftarkan di beberapa buah negara lain).

Zim USA, misalnya kali terakhir memasuki Pelabuhan Klang ialah sekitar 20 Mei lalu, kira-kira tengah hari (Sila layari http://www.marinetraffic.com/ais/shipdetails.aspx?mmsi=428000109).

Di serombong asapnya (funnel) terpampang bendera Israel – tujuh bintang yang dengan megahkan berlabuh di pelabuhan kita!

Kebanyakan pegawai kapal-kapal itu terdiri daripada rakyat Israel.

Satu lagi e-mel yang diterima berbunyi:

Zim Israel Navigation Company atau Zim Lines juga mempunyai anak syarikat penuhnya iaitu Gold Star Line. Nama kapal-kapalnya ialah: New Asia Middle East Express, China Vietnam Express, East Mediteranean Express, Far East Africa Express dan Chittagong Malaysia Express.

Gold Star Line ini berpangkalan di Hong Kong. Di negara Islam seperti Pakistan, Bangladesh, Indonesia - Zim beroperasi di bawah nama Gold Star Line.

Menurut sumber itu, ada antara kargo dari kapal Zim dikatakan melalui proses pelabelan semula (relabelling) di Singapura sebelum memasuki Malaysia. Difahamkan antara kargo yang dibawa masuk ke Malaysia ialah buah oren dan epal di bawah nama HIFA.

E-mel itu menulis lagi: Sekiranya kita tiada hubungan dua hala dengan Israel, mengapa dibenarkan kapal-kapal mereka memasuki perairan kita? Mengapa berdagang dengan mereka? Apa yang berlaku ini?

Saya tidak boleh jawab soalan itu. Saya hanya boleh tulis dan sampaikan. Jika betul, kita minta -- Kementerian Pengangkutan, Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) serta pengendali pelabuhan yang diswastakan iaitu Pelabuhan Barat (West Port) dan Pelabuhan Utara (North Port) - sila jawab, jika salah sila jelaskan.

Mohon penjelesan MB NS isu projek segera sempena Majlis Perkahwinan anaknya

PUSAT ADUAN RAKYAT REMBAU

email : aduanrakyatrembau@gmail.com hotline : 0123696474
….....................................................................................................................

Ruj. Kami :

Tarikh : 9 Jun 2010

Kepada ;

YAB Dato' Seri Utama Tan Sri Hj. Mohamad Bin Hj. Hassan,
Menteri Besar Negeri Sembilan,

Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan,
70502 Seremban, Negeri Sembilan.
Email :
mbns@sukns.gov.my
FAX: 06-7631394

YAB ;

ADUAN MENGENAI PENGGUNAAN KAKITANGAN, JENTERA KERAJAAN DALAM PERSIAPAN MAJLIS PERKAHWINAN ANAK YAB MENTERI BESAR.

Adalah dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

Pertama sekali tahniah di ucapkan ke atas perkahwinan anak YAB Dato Seri Utama dalam satu upacara gilang gemilang minggu lepas.

Cuma berkenaan perkara tersebut, pihak kami menerima 2 aduan bersangkutan.

  1. Aduan dari seorang kakitangan kerajaan yang menyatakan rasa tidak puas hati kerana tiba – tiba diarah bertugas untuk beberapa kerja yang beliau maksudkan sebagai terlibat ke arah persiapan majlis tersebut.

  2. Aduan dari orang biasa yang melihat bagaimana beberapa agensi seperti JKR, TNB dan seumpamanya yang beliau maksudkan terlibat dalam majlis tersebut. Ini termasuk beberapa projek seperti penukaran paip, menampal jalan dan membina jambatan yang sebelum ini memang bermasalah tetapi dibuat secara tergesa – gesa kerana persiapan majlis tersebut.

Setelah diteliti aduan tersebut, dikenalpasti termasuk lampiran dokumen dan gambar di dapati aduan yang diajukan tidak boleh dikesampingkan begitu sahaja. Soalan yang harus dijawab :

  1. Adakah benar agensi seperti JKR, TNB dan seumpamanya dilibatkan ? Jika benar siapa yang membayar 'upah' pekerja yang terlibat termasuk kerja luar dan lebih masa ? Siapa yang membayar perbelanjaan jentera / kenderaan yang terlibat termasuk dari segi belanja bahan api ? Berapakah jumlah keseluruhanya ?

  2. Adakah selaku Menteri Besar boleh melakukan pengarahan sedemikian ? Adakah selaku rakyat biasa yang juga pembayar cukai boleh menikmati layanan yang sama dalam mengadakan majlis perkahwinan ?

  3. Projek yang dibuat seperti menampal jalan, membuat jambatan, menukar paip dan seumpamanya, adakah ia dibuat berdasarkan keperluan atau kehendak majlis yang YAB adakan ? Tahukah YAB bahawa banyak kawasan lagi dalam negeri ini mengalami masalah yang lebih memerlukan peruntukan seperti itu ?

Sehubungan dengan itu kami tidak mahu ia menjadi fitnah. Namun untuk mengenepikan aduan ini secara terus juga tidak boleh kerana ia melibatkan kepentingan dan wang rakyat terbanyak lebih – lebih lagi YAB sebelum ini pernah dibabibkan dengan tuduhan terlibat dalam 'penyeludupan wang RM10 juta ke luar negara' dan gagal memberikan penjelasan konkrit. Ketelusan dalam pentadbiran bukan sahaja perlu dilakukan tetapi perlu dilihat dilakukan. Jesteru itu dalam negara demokrasi rakyat berhak menuntut penjelasan.

Kami mahu penjelasan YAB mengenai perkara ini demi menjaga kepentingan rakyat.

Sekian dan terima kasih.

Yang benar ;

NORAZIZI AZIZ

Penyelaras Pusat Aduan Rakyat Rembau

merangkap Setiausaha Keadilan Remb au

Ucapan 27 Mei di Paka















Judi: Siapa berbohong - Najib atau BERJAYA?

Align Center
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak boleh diheret ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen jika beliau tidak memberi gambaran yang sebenar berhubung pemberian lesen judi sukan.
Ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata kenyataan bercanggah antara Kementerian Kewangan dan BERJAYA Corporation Bhd menimbulkan kontroversi mengenai siapa yang sebenarnya berbohong.

Pada notis kepada Bursa Malaysia 12 Mei lalu, BERJAYA berkata: 'Kementerian Kewangan telah memberikan kelulusan berhubung pemberian semula lesen kepada Ascot untuk menjalankan operasi pertaruhan sukan.'

Sesalinan notis itu kemudiannya diedarkan oleh Pua kepada wartawan pada sidang medianya di lobi parlimen, pagi ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan dalam jawapan bertulisnya di parlimen semalam berkata lesen berkenaan belum dikeluarkan kerana masih menunggu maklum balas orang ramai dan beberapa syarat masih dirangka

[Baca berita penuh]

Bekas Panglima TUDM Berang Tanah TUDM Dijual KERAjaan

artikel di bawah ialah petikan dari email yang dihantar kepada cheGuBard@gmail.com

KERAjaan melalui Kementerian Pertahanan telah berjaya menjual tanah Pengkalan Tentera Udara Diraja Malaysia yang terletak di Jalan Lapangan Terbang Lama Kuala Lumpur (Sungai Besi) kepada sebuah syarikat swasta yang terkenal.

Tanah tersebut kononnya diserahkan kepada UDA selaku agensi kerajaan yang dipertanggunjawabkan untuk membangunkan tapak berkenaan. Tetapi ini hanyalah untuk mengaburi rakyat Malaysia. Sebenarnya tanah berkenaan telah dijual kepada satu syarikat swasta yang terkenal dan syarikat ini ialah kroni kepada KERAjaan UMNO/BN sejak dari dahulu lagi. Boleh diakatakan semua orang tahu.

Bekas Panglima Tentera Udara yang kedua sangat marah dan kecewa dengan tindakan KERAjaan itu. Beliau menganggap Pengakalan TUDM itu mempunyai nostalgia yang sangat berharga dan sukar melupakan pelbagai peristiwa tentang pengkalan TUDM ini.

Pengkalan TUDM Kuala Lumpur itu asalnya adalah satu-satunya Lapangan Terbang Awam sebelum Merdeka. Lapangan terbang itu juga adalah pengkalan yang menempatkan Tentera Udara British (RAF) beroperasi. Pengkalan itu kemudiannya diserahkan kepada TUDM untuk melaksanakan operasinya pada tahun 1960 setelah melalui pelbagai rintangan dan tentangan dari Kerajaan British dan Ratu Queen Elizabeth.

Panglima Tentera Udara yang Kedua itu menegaskan, adalah tidak wajar pengkalan itu dijual kepada sektor swasta memandangkan pengkalan itu adalah yang pertama di miliki pihak tentera apabila TUDM ditubuhkan dan ianya memiliki pelbagai nostalgia dan sejarahnya yang tersendiri yang telah dilaluinya.

Menurut bekas Panglima Tentera Udara itu, jika Pusat LATEDA Tentera Darat di Port Dickson, Negeri Sembilan boleh diisytiharkan oleh YB Dr, Rais Yatim sebagai Warisan Negara, mengapa Pengkalan TUDM di Sungai Besi yang ulung bagi TUDM tidak boleh?

Sebelum itu bekas Panglima TUDM itu meluahkan perasaannya (remarks) seperti berikut:
"The RMAF now have no balls... Those idiots in the lower ranks sold the fighter engines, but those fucking Generals sold the Base, I think we all should demonstrate as a show of protest outside the Base".
Demikian luahan bekas Panglima TUDM itu dalam satu pertemuan dengan bekas-bekas warga TUDM dalam satu Majlis Jamuan Makan Malam yang berlangsung pada 29hb. Mei, 2010 bertempat di Laman Budaya, Tasik Shah Alam.

Pengkalan TUDM itu telah dan sedang melalui banyak perubahan yang amat ketara sejajar dengan rancangan perkembangan dan pembangunan TUDM untuk memenuhi sasaran sebagai Kuasa Udara (Air Power) di rantau Asia Pasifik. Umpamanya pembinaan sebuah Masjid yang baru dibina dan dirasmikan pada tahun 2009 yang lalu.

Bangunan Muzium TUDM baru dibaik pulih (refurbished) dan ditambah dengan bangunan-bangunan baru pula. Bangunan Kuarters untuk anggota-Anggota Pangkat Rendah yang lama (2 bilik tidor) telah dirobohkan dan dibina Kuarters baru yang lebih besar dan selesa (3 Bilik Tidor) di tapak yang sama. Demikian juga dengan beberapa bangunan pejabat lain yang baru sahaja selesai pembinaannya dalam beberapa tahun yang lepas.

Manakala Pengkalan tersebut juga dikongsi bersama oleh Unit Udara Polis, PDRM di mana terdapat hangar untuk menempakan beberapa unit pesawat helikopter dan satu bangunan baru yang dibina untuk menempatkan ruang pejabat dengan kelengkapan Unit Simulator Helikopter untuk latihan juruterbang.

Bagaimana pun kita tidak mengetahui berapakah jumlah transaksi harga jualan keseluruhan Pengkalan tersebut. Namun ia amat mengharukan warga bekas-bekas TUDM terutama bagi mereka yang telah lama pernah berkhidmat di Pengkalan itu termasuk mereka yang diserapkan dari Tentera Udara British (RAF) kepada RMAF (atau TUDM).

Sememangnya ia amat mengecewakan kerana ia adalah suatu yang nostalgik dan bersejarah. Tempat jatuh lagi dikenang, ini kan pula tempat cari makan).

Sekian,

X TUDM
para_jump101

Tuesday, June 08, 2010

BN Benar Hartanah Dimiliki Zionis - Chegubard

KUALA LUMPUR : Syarikat Coca-cola menyokong ekonomi Israel secara terbuka maka mereka bersekongkol dengan regim Zionis yang tidak diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Membenarkan kilang syarikat Coca-cola beroperasi di bumi Malaysia boleh memberi implikasi merestui regim Zionis yang bertindak sebagai negara penyangak yang tidak pernah akur kepada undang-undang antarabangsa dan menghormati hak asasi rakyat Palestin.

Menurut Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Badrul Hisham Shaharin (Chequbard), rakyat yang sedar seharusnya malu dengan tindakan hipokrit regim dalam membenarkan terhadap pelaburan berjumlah RM1 bilion oleh Syarikat Coca-Cola di Malaysia.

"Syarikat Coca-cola akan mendirikan kilangnya di atas tanah yang dibeli daripada TH (Tabung Haji) Properties di Nilai, Negeri Sembilan dan upacara pecahtanahnya telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 15 Mac 2010.

Chequbard berkara apa yang lebih meresahkan lagi perkembangan ini berlaku di saat-saat Masjid al-Aqsa dikepung dan pihak Zionis Israel terus mengancam keselamatan Masjid al-Aqsa dengan mengumumkan perasmian kuil Hover di persekitaran kejiranan Masjid.

"Tika seluruh dunia mempertingkatkan tekanan terhadap Zionis Israel, Malaysia pula dalam keadaan munafik menundur kebelakang.

"Mungkin orang ramai akan bertanya apa hubungkait di antara pembukaan kilang Coca-cola di Malaysia dengan ketegangan yang berlaku di Baitul Maqdis timur dan di Masjid al-Aqsa.

"Dua perkembangan ini saling berkaitan kerana Syarikat Coca-cola telah dikenal pasti sebagai penyokong kuat kepada ekonomi Israel dan kewujudan entiti haram Yahudi Zionis yang merampas negara Palestin dan mengusir rakyatnya keluar," jelas chegubard.

Beliau berkata, sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, Malaysia berhak untuk menentukan dasar dan pendiriannya tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak yang berkepentingan.

"Namun Malaysia kononya telah mempertahankan dasar luar yang konsisten terhadap penubuhan negara haram Israel sejak mencapai kemerdekaan iaitu tidak akan mengiktiraf entiti haram tersebut, meskipun Israel adalah negara anggota penuh PBB namun dalam wajah yang lain kita sebenarnya munafik/hipokrit," tegas beliau lagi.

Ghequbard berkata, berdasarkan kepada hakikat ini, tindakan membenarkan Syarikat Coca-cola melabur dan membina kilang pembotolan produk minumannya di sini adalah sesuatu yang bercanggah dengan prinsip yang kononnya dipertahankan sekian lama.

Lebih dari itu sebenarnya dalam muka yang lain pemerintah Malaysia pada tahun 1994 telah meluluskan melalui parlimen satu kebenaran khas untuk membenarkan hubungan dagang dengan Israel.

"Oleh kerana Syarikat Coca-cola menyokong ekonomi Israel secara terbuka maka mereka bersekongkol dengan regim Zionis yang kononya tidak diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia," tegas beliau lagi.

Bagi Chegubard, tindakan membenarkan kilang syarikat Coca-cola beroperasi di bumi Malaysia boleh memberi implikasi merestui regim Zionis yang bertindak sebagai negara penyangak yang tidak pernah akur kepada undang-undang antarabangsa dan menghormati hak asasi rakyat Palestin.

Beliau berkata, sokongan Coca- cola kepada Israel bukanlah berdasarkan dakwaan semata-mata bahkan terdapat dokumentasi lengkap mengenai penglibatan Syarikat Coca-cola di dalam membangunkan ekonomi Israel sejak tahun 1966.

Menurut beliau, pada tahun 1997, misi ekonomi Kerajaan Israel telah memberi penghargaan kepada Syarikat Coca-cola dalam majlis Penganugerahan Perdagangan Israel atas sokongan berterusan syarikat itu terhadap Israel selama 30 tahun dengan mengabaikan seruan boikot Israel oleh Liga Arab.

Pada tahun 2002 Syarikat Coca-cola membuka kilang di atas tanah rakyat Palestin yang dirampas di Kirvat (Qiryat) Gat dalam negara Palestin yang dijajah. Berita ini dilaporkan di dalam akhbar rasmi Israel Haaretz pada 19 Julai 2002.

Seperti yang dilaporkan oleh akhbar Ha'aretz pada 18 Oktober 2005, Coca-cola meningkatkan pelaburannya di Israel dengan menguasai 51% saham dalam Tavor Winery, sebuah syarikat pembuat arak di Israel. Ini hanyalah sebahagian dari rekod cemerlang Coca-cola di dalam menyumbang kepada kemakmuran ekonomi Zionis Israel.

"Fakta-fakta ini adalah hakikat yang tidak mungkin disanggah tentang betapa eratnya hubungan yang terjalin di antara Syarikat Coca-cola dan entiti haram Israel.

"Rakyat harus bangkit mendesak Malaysia mengkaji semula keputusan untuk membenarkan Syarikat Coca-cola melabur dan membuka kilang operasinya di Malaysia," tegas beliau.

Tabung Haji properties juga seharusnya tidak melabur atau terbabit dengan transaksi perniagaan yang meragukan kerana Tabung Haji terlibat secara langsung di dalam menjana pendapatan untuk urusan pengendalian jemaah Haji rakyat Malaysia. Tabung Haji seharusnya lebih prihatin dengan perkara ini kerana secara simboliknya ziarah, umrah dan ibadah haji ke tanah suci Makkatul Mukarramah tidak sewajarnya membawa kepada keruntuhan satu lagi tanah suci, masjid al-Aqsa al-Haram as-Syarif di Baitul Maqdis.

"Seharusnya seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan, bangsa dan agama menyahut seruan boikot barangan Israel yang kini sedang berkumandang di seantero dunia. Seluruh pemimpin dunia menyokong kempen BDS (Boikot, Divestment and Sanctions - Boikot, pengalihan pelaburan dan sekatan) ke atas Israel yang dilaungkan diseluruh dunia. Malaysia juga melalui perbagai pertubuhan termasuk pemimpin regim kononya menyahut seruan ini tetapi perkembangan membenarkan pemilikan hartanah atas nama Coca - cola amat memalukan," kata beliau lagi.

Bagi Chegubard inilah punca Israel terus berani dan Zinois terus mengganas kerana ramai pemimpin dunia hipokrit. Israel dan Zionis sememangnya diketahui dulu, kini dan selamanya ganas dan jahat tetapi yang bersekongkol dengan wajah munafik menentang di muka yang lain lebih jahat dan kianat lagi.

sila klik sini.

Malaysia setaraf Mesir, hipokrit !!

Ucapan mewakili Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dalam Persidangan Meja Bulat Pelan Tindakan - Keadilan dan Keamanan untuk Palestin 4 Jun 2010 di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur



Ucapan ceramah Kota Tinggi, 5 April 2010





Ucapan di Felda Air Tawar 23 Okt 2009 - Antara Chin Peng dan Henry Gurney

Monday, June 07, 2010

konon boikot coca cola tetapi regim benar buka kilang coca-cola

Syarikat Coca-cola menyokong ekonomi Israel secara terbuka maka mereka bersekongkol dengan regim Zionis yang tidak diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Membenarkan kilang syarikat Coca-cola beroperasi di bumi Malaysia boleh memberi implikasi merestui regim Zionis yang bertindak sebagai negara penyangak yang tidak pernah akur kepada undang-undang antarabangsa dan menghormati hak asasi rakyat Palestin.

Rakyat yang sedar seharusnya malu dengan tindakan hipokrit regim dalam membenarkan terhadap pelaburan berjumlah RM1 bilion oleh Syarikat Coca-Cola di Malaysia. Syarikat Coca-cola akan mendirikan kilangnya di atas tanah yang dibeli daripada TH (Tabung Haji) Properties di Nilai, Negeri Sembilan dan upacara pecahtanahnya telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Hj Abdul Razak pada 15 Mac 2010.

Lebih meresahkan lagi perkembangan ini berlaku di saat-saat Masjid al-Aqsa dikepung dan pihak Zionis Israel terus mengancam keselamatan Masjid al-Aqsa dengan mengumumkan perasmian kuil Hover di persekitaran kejiranan Masjid. Tika seluruh dunia mempertingkatkan tekanan terhadap Zionis Israel, Malaysia pula dalam keadaan munafik menundur kebelakang.

Mungkin orang ramai akan bertanya apa hubungkait di antara pembukaan kilang Coca-cola di Malaysia dengan ketegangan yang berlaku di Baitul Maqdis timur dan di Masjid al-Aqsa. Dua perkembangan ini saling berkaitan kerana Syarikat Coca-cola telah dikenal pasti sebagai penyokong kuat kepada ekonomi Israel dan kewujudan entiti haram Yahudi Zionis yang merampas negara Palestin dan mengusir rakyatnya keluar.

Sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, Malaysia berhak untuk menentukan dasar dan pendiriannya tanpa di pengaruhi oleh mana-mana pihak yang berkepentingan. Namun Malaysia kononya telah mempertahankan dasar luar yang konsisten terhadap penubuhan negara haram Israel sejak mencapai kemerdekaan iaitu tidak akan mengiktiraf entiti haram tersebut, meskipun Israel adalah negara anggota penuh PBB namun dalam wajah yang lain kita sebenarnya munafik/hipokrit.

Berdasarkan kepada hakikat ini, tindakan membenarkan Syarikat Coca-cola melabur dan membina kilang pembotolan produk minumannya di sini adalah sesuatu yang bercanggah dengan prinsip yang kononnya dipertahankan sekian lama. Lebih dari itu sebenarnya dalam muka yang lain Regim pemerintah Malaysia pada tahun 1994 telah meluluskan melalui parlimen satu kebenaran khas untuk membenarkan hubungan dagang dengan Israel.

Oleh kerana Syarikat Coca-cola menyokong ekonomi Israel secara terbuka maka mereka bersekongkol dengan regim Zionis yang kononya tidak diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

Membenarkan kilang syarikat Coca-cola beroperasi di bumi Malaysia boleh memberi implikasi merestui regim Zionis yang bertindak sebagai negara penyangak yang tidak pernah akur kepada undang-undang antarabangsa dan menghormati hak asasi rakyat Palestin.

Sokongan Coca-cola kepada Israel bukanlah berdasarkan dakwaan semata-mata bahkan terdapat dokumentasi lengkap mengenai penglibatan Syarikat Coca-cola di dalam membangunkan ekonomi Israel sejak tahun 1966.

Pada tahun 1997, misi ekonomi Kerajaan Israel telah memberi penghargaan kepada Syarikat Coca-cola dalam majlis Penganugerahan Perdagangan Israel atas sokongan berterusan syarikat itu terhadap Israel selama 30 tahun dengan mengabaikan seruan boikot Israel oleh Liga Arab.

Pada tahun 2002 Syarikat Coca-cola membuka kilang di atas tanah rakyat Palestin yang dirampas di Kirvat (Qiryat) Gat dalam negara Palestin yang dijajah. Berita ini dilaporkan di dalam akhbar rasmi Israel Haaretz pada 19 Julai 2002.

Seperti yang dilaporkan oleh akhbar Ha'aretz pada 18 Oktober 2005, Coca-cola meningkatkan pelaburannya di Israel dengan menguasai 51% saham dalam Tavor Winery, sebuah syarikat pembuat arak di Israel. Ini hanyalah sebahagian dari rekod cemerlang Coca-cola di dalam menyumbang kepada kemakmuran ekonomi Zionis Israel.

Fakta-fakta ini adalah hakikat yang tidak mungkin disanggah tentang betapa eratnya hubungan yang terjalin di antara Syarikat Coca-cola dan entiti haram Israel.

Rakyat harus bangkit mendesak Regim Bn Malaysia mengkaji semula keputusan untuk membenarkan Syarikat Coca-cola melabur dan membuka kilang operasinya di Malaysia.

TH (Tabung Haji) properties juga seharusnya tidak melabur atau terbabit dengan transaksi perniagaan yang meragukan kerana Tabung Haji terlibat secara langsung di dalam menjana pendapatan untuk urusan pengendalian jemaah Haji rakyat Malaysia. Tabung Haji seharusnya lebih prihatin dengan perkara ini kerana secara simboliknya ziarah, umrah dan ibadah haji ke tanah suci Makkatul Mukarramah tidak sewajarnya membawa kepada keruntuhan satu lagi tanah suci, masjid al-Aqsa al-Haram as-Syarif di Baitul Maqdis.

Seharusnya seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan, bangsa dan agama menyahut seruan boikot barangan Israel yang kini sedang berkumandang di seantero dunia. Ramai pemimpin dunia dan aktivis antarabangsa menyokong kempen BDS (Boikot, Divestment and Sanctions - Boikot, pengalihan pelaburan dan sekatan) ke atas Israel yang dilaungkan diseluruh dunia. Malaysia juga melalui perbagai pertubuhan termasuk pemimpin regim kononya menyahut seruan ini tetapi perkembangan membenarkan pemilikan hartanah atas nama Coca - cola amat memalukan.

Inilah punca Israel terus berani dan Zinois terus mengganas kerana ramai pemimpin dunia hipokrit. Israel dan Zionis sememangnya diketahui dulu, kini dan selamanya ganas dan jahat tetapi yang bersekongkol dengan wajah munafik menentang di muka yang lain lebih jahat dan kianat lagi.

baca juga maklumat ini : Najib jumpa tok ayah Zionis (klik)

'Umno's outpouring of concern for Palestinians is a pretence'

By FMT Staff

SHAH ALAM: A 1994 amendment to the law allowing imports of goods and services from Isreal and South Africa remains in effect and nullifies any 'humane' act by the Umno-BN government in the Palestinian struggle, said PKR supreme council member Badrul Hisham Shaharin.

He said despite several calls over the years for the government to impose sanctions against Isreal nothing had been done.

“All this is a pretence. It is a publicity stunt by the Umno-Barisan Nasional government to show that they care about the Palestinian struggle and the oppression of the Muslims.

“The truth is Malaysia and Israel have firm economic ties. If they really cared, the government would cut all ties with the regime.

“But as we know this won’t happen. Umno-BN leaders are selfish. Their self-interest supersedes their humanness," he said.

Badrul said former Prime Minister Dr Mahathair Mohamad had in 1994 amended the law and legalised imports from Israel and South Africa.

“The amendments were tabled in parliament and approved in 1994. It is in effect until today. Malaysia is a big contributor to Israeli economy.

“For instance in Nilai (Negeri Sembilan) a big piece of land owned by Tabung Haji has been given to beverage company Coca Cola.

“We all know that Coca Cola is a direct contributor to the Zionist regime’s weapons purchases programme," he said.

US urged to cut military support

Calls for the government to cease all links with Israel came to a head when more than 10,000 Malaysians rallied in front of the US embassy last Friday urging America to take stern action against Israel for its attack on a six-vessel aid-bearing convoy to Gaza.

Last Monday, Israeli marine commandoes attacked the convoy ferrying 10,000 tonnes of humanitarian aid to Gaza. They stormed the ship on international waters, triggering a global outcry on the legality of the its actions.

Nine volunteers on board the Mavi Marmara were killed in the attack.

Bowing to public pressure, Prime Minister Najib Tun Razak has called for an emergency parliamentary session to be convened today to discuss the attack.

Meanwhile, opposition coalition Pakatan Rakyat, following a round table discussion involving 60 NGOs, have classified the attack as 'murder' and is demanding the government do everything possible to refer Isreal to the international criminal tribunal at the Hague.

Also read:

PKR leader exposes M'sia-Israel 'trade links'

Sunday, June 06, 2010

Malaysia penyumbang kepada ekonomi Israel

Umno-Barisan Nasional menunjukkan sikap bermuka-muka menyokong perjuangan rakyat Palestin menentang rejim Zionis Israel tetapi pada masa yang sama membenarkan perdagangan dengan negara haram itu.

Menurut Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Badrul Hisham Shaharin (CheGuBard) ini terbukti apabila mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada telah mengubal rang undang-undang menarik balik sekatan import barangan Israel dan Afrika Selatan yang telah dibentangkan di parlimen dan telah diluluskan pada 1994 serta berkuatkuasa hingga ke hari ini.

"Malaysia menjadi penyumbang besar kepada ekonomi Israel. Umpamanya di Nilai, Negeri Sembilan, sebidang tanah yang dimiliki Tabung Haji yang telah diberikan kepada syarikat minuman, Coca Cola yang kita ketahui secara langsung penyumbang kepda negara Zionis itu untuk membeli senjata.

"Rakyat sudah menyampah dan meluat dengan sikap rejim Umno-BN ini yang tidak mempedulikan nasib rakyat Palestin yang ditindas," tegasnya lagi.

Menyedari hakikat pengkhianatan Umno-BN terhadap perjuangan membebaskan bumi Palestin, rakyat menolak demonstrasi anti Zionis-Israel anjuran Pemuda Umno Jumaat lalu yang tidak mendapat sambutan.

Ini kerana kata CheGuBard, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berada dalam keadaan yang tidak popular.

Beliau berkata pemimpin Umno-BN demi kepentingan politik mereka sebenarnya tidak mempedulikan nasib rakyat Palestin di Semenanjung Gaza yang dikepung oleh rejim Zionis-Israel sejak hampir empat tahun lalu.

Ini berbeza dengan demonstrasi dan persidangan meja bulat di Kampung Baru yang bukan sahaja dihadiri pemimpin Pakatan Rakyat tetapi juga puluhan pertubuhan bukan kerajaan yang menunjukkan sokongan padu kepada inisiatif Pakatan Rakyat.

"Rakyat Malaysia sudah sedia maklum dengan rejim Umno-BN yang hipokrit yang bermuka-muka kerana Israel mempunyai sumbangan ekonomi kepada negara.

"Rakyat sudah tidak pedulikan dengan sikap pemimpin Umno-BN," ujarnya

Tambah CheGuBard, Umno-BN hanya gila publisiti tetapi pada masa yang sama memberikan sumbangan kepada rejim Zionis-Israel yang membunuh rakyat Palestin tanpa belas kasihan.

Isnin lalu, komando rejim zionis telah menyerbu masuk kapal Mavi Marmara yang membawa bantuan kemanusiaan untuk penduduk Palestin di Semenanjung Gaza yang menyebabkan 9 sukarelawan dan berpuluh lagi cedera dalam serangan tersebut.

Sabtu lalu, kapal Rachel Corrie yang juga membawa bekalan keperluan seperti ubat-ubatan dan keperluan harian telah diarahkan oleh armada tentera laut Israel mengubah haluan ke pelabuhan Ashdod di Israel.

Naib Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden yang mempertahankan tindakan negara Zionis itu memberikan alasan kononnya bertujuan untuk memeriksa kandungan kapal tersebut bagi memastikan ia tidak membawa senjata.

Saturday, June 05, 2010

Pakatan berpecah, gagal ketepikan politik sempit ?

Dalam serangan hebat dari media dibawah kekuasaan Regim Bn yang begitu bersungguh - sungguh meletakkan persepsi dipemikiran rakyat kononya betapa Pakatan Rakyat satu gabungan politik yang goyah dan makin kurang porpular di kalangan rakyat. Konya Pakatan Rakyat gagal mengenepikan politik sempit peribadi dan di ambang perpecahan. Tetapi dalam serangan hebat itu Pakatan Rakyat telah berjaya mengumpulkan puluhan ribu rakyat di Kota Besar Kuala Lumpur dan berarak jauh dai Kg Baru ke Kedutaan Besar US untuk menunjukkan penyatuan dalam membantah Kekejaman Israel dan Zionis.


Dalam pada masa yang sama Pemuda Umno dengan banner dan pakaian yang seragam hanya berjaya mengumpulkan tak sampai 200 orang sahaja di perkarangan Masjid Negara yang kemudian terpaksa membatalkan hasrat berarak ke kedutaan US kerana jika berarak jumlahnya mungkin menjadi 10 orang sahaja.

Ini menunjukkan
  • dalam Bn mereka gagal ketepikan politik sempit. Dalam isu besar ini pemuda Bn mahupun pemuda Umno tidak mahu turun sama beramai - ramai menunjukkan bantahan terhadap rejim Israel kerana mereka lebih melihat Khairy sebagai penganjur perhimpunan yang dibenci kelompok bahawan pemuda Umno. Sila klik sini untuk melihat kebencian Umno kebanyakan kepada Khairy yang tak pernah padam. Begitu lah pemuda Umno datau Bn mereka lebih melihat politik dalaman yang sempit, benci membenci sesama sendiri dengan mengenepikan isu yang lebih besar.
  • jelask kelihatan jemaah yang selesai menunaikan solat jumaat juga tidak mengendahkan tak sampai 200 pemuda Umno yang terjerit jerit. Bukan tidak melihat isu tersebut penting tetapi pertubuhan bukan kerajaan juga tak berminat utk berhimpun bersama kecuali (Perkasa-Ibrahim) kerana jelas rakyat sedar laungan pemimpin regim ini amat hipokrit kerana dalam masa yang sama konon melawan kekejaman zionis dan dalam masa yang sama juga negara ini terus menjadi penyumbang ekonomi kepada Israel.
  • Namun bagi himpunan yang dianjurkan pemimpin Pakatan Rakyat rakyat lebih berminat dan bersemangat untuk menyertainya kerana ia benar merupakan manifestasi pperjuangan dan protes sebenar.
Untuk 'cover malu' satu himpunan 'berbayar' akan diadakan di stadium dengan tema 1Malaysia mengutuk Israel pada 12 Jun ini. Namun dijangka himpunan 12 Jun ini akan lebih ramai termasuk kehadiran Najib sendiri kerana ia akan dimobilisasi secara berbayar.

Thursday, June 03, 2010

MB kata KEADILAN tuduh kaitkan gangster

Pengerusi Umno NS konon nak elak kaitan dengan kongsi gelap tuduh KEADILAN yang tuduh dia terkait dengan gangster. Baca surat dibawah ini elok-elok dan fahamkan...Kepala Pakeda NS tu adik beradik Md Hassan juga... Polis pun tak boleh kawal Pakeda dan klasifikasikan Pakeda seperti gangster India juga hahahahahaa.....

Satu lagi di ingat... Md Hassan kalau nak kawinkan anak tak siapa marah n ak buat besar mana pun tapi jangan lah arah JKR buat jampatan baru, buat paip baru dan macam - macam lagi .... kalau lah MB Kelantan ke Selangor ke mesti 'mayat bernyawa' nama SPRM dah terkinja kinja menyiasat paling tidak media hampeh Utusan dah sibuk berkokok.....

Esok SAMM 'full force' di KL


bersama Solidariti Anak Muda Malaysia esok (Jumaat)
9.00 pagi : Mahkamah Kuala Lumpur, Kes Fitnah 2 DSAI
12tgh : Masjid Kg Baru, Kuala Lumpur
selepas solat Jumaat apa jadipun kita akan merempuh berarak ke Kedutaan Amerika kemudian jgn lupa 'meludah' depan kedutaan Mesir.

Israel/Zionis berani kerana pemimpin kita hipokrit

Kenapa hingga sekarang Israel terus berani dan berkuasa ? Jawapanya mudah, terlalu ramai pemimpin dunia munafiq menentang kononya tetapi dalam muka yang lain menjadi penyumbang besar kepada ekonomi Israel... Malaysia sertai US sekat ekonomi Iran tetapi menjadi penyumbang kepada ekonomi Israel....

itu belum kira lagi JPM bagi RM77 juta kepada APCO, CIMB puluh juta beri kepada EDS, PDRM beri RM 45 juta kepada Asiasoft yang gajikan dua perisik Israel......

Sinar Harian 3 Jun 2010


SEREMBAN – Tindakan biadab Israel melalui pasukan komandonya menyerang konvoi antarabangsa yang tidak bersenjata tidak boleh dimaafkan.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shaharin berkata, serangan Israel sebenarnya adalah untuk membalas dendam terhadap Turki.


Ini kerana, katanya, pemimpin Turki, Recep Tayyip Erdogan mengutuk dan mengecam Israel secara terbuka pada persidangan Forum Ekonomi Dunia 2009 di Davos.

Justeru menurutnya, kebanyakan tahanan dan dibunuh terdiri daripada warga Turki.

“Kejadian seperti ini jarang berlaku kerana memang ramai pemimpin dunia mengutuk Israel, mahu pun sekutunya Amerika, tetapi tidak ada yang berani mengecam secara berdepan.

“Oleh sebab itulah, mereka (Israel) berani bertindak di luar batasan dan membuat sesuka hati tanpa rasa bersalah, kerana mereka yakin ada kuasa besar yang lain berada bersamanya,” katanya pada sidang media di Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri, di sini, semalam.

Sementara itu, Badrul juga menggesa penyelesaian segera dapat dilakukan bagi membebaskan tahanan dan menggesa supaya Rejim Zionis itu menarik balik sekatan ke atas Gaza.

“Pulangkan semula barang bantuan yang mahu dihantar ke Gaza. Mereka tiada hak untuk merampas barangan keperluan tersebut,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau juga mendakwa Malaysia tidak boleh menjadi negara yang membantu perkembangan utama ekonomi Israel.

Katanya, pada Mei 1994, Parlimen Malaysia telah meluluskan Akta Larangan Import (pindaan bil.7) yang menarik balik sekatan import terhadap barangan Israel dan Afrika Selatan.

Sehubungan dengan itu, beliau mendakwa pada tahun 1967, import Israel dari Malaysia meningkat lebih sekali ganda, dari USD 272,000 pada tahun 1966, kepada USD 565,000 tahun 1967.

“Dalam waktu yang sama, eksport Israel ke Malaysia juga bertambah dari USD 1.1 juta kepada USD 1.7 juta,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7767007.asp

PKR leader exposes M'sia-Israel 'trade links'

By Zefry Dahalan

SEREMBAN: A PKR leader has revealed evidence of alleged trade links between Malaysia and Israel and condemned the Barisan Nasional government as being 'two-faced'.

Party supreme council member Badrul Hisham Shaharin exposed a document that “clearly proves there is trade between Malaysia and Israel although the two nations share no diplomatic ties.”

"This document proves there is trade between Malaysia and Israel. It clearly shows us that there is a customer in Natanya, Israel, buying the goods from a company in Malaysia.

“Don't tell me the authorities don't know about it as the document shows that the shipment was done legally and according to procedure,” he told a packed press conference yesterday.

Badrul said while Umno leaders criticised the attack launched by Israeli forces on vessels carrying humanitarian aid to Gaza, the government however was cooperating with the Zionist regime.

As an example, he cited the meeting between Defence Minister Ahmad Zahid Hamidi and his Israeli counterpart Ehud Barak last June in Paris.

Coca-cola plant in Nilai

Badrul also claimed that the government's move to engage the services of international public relations firm Apco Worldwide also proves that the government has a cordial relationship with Israel.

“There are a few Israelis behind Apco,” he said.

"Former premier Dr Mahathir Mohamad told us to boycott Coca-Cola as it was a Jewish company but this government approves the setting up of a Coca-Cola plant in Nilai (Negeri Sembilan),” he said, adding this only further strengthens the financial position of Jews.

However, the PKR leader did not spare Mahathir either, saying that the 84-year-old statesman, who has been branded anti-Semitic by Jewish groups, is inconsistent with his stand.

Badrul said Mahathir chose to keep his lips sealed on Prime Minister Najib Tun Razak's decision to engage Apco but brings the roof down over the attack on the aid flotilla.

He noted that even Mahathir had employed the services of Jewish company Saatchi & Saatchi to work on the general election campaign image and provide consultation.

Badrul said he feels ashamed as a Muslim because of the government's actions.

Stressing that it was an issue of human rights concerning the Palestinians, he urged all Malaysians to join hands in condemning the government's “hypocrisy”.

Also read:

Pro-Israeli group urges US to sever ties with Anwar

cheGuBard dipanggil ke IPD Seberang Perai Tengah

Semalam menerima surat ke alamat rumah Ibubapa che'GuBard. Surat dari IPD Seberang Perai Tengah yang ditandatangani oleh ASP Subramaniam a/l Sananssy, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah.

Surat itu meminta che'GuBard hadir untuk rakaman percakapan dibawah seksyen 112 KPJ kerana satu laporan polis telah dibuat ke atas che'GuBard (Kubang Semang Rpt : 1126/10)

che'GuBard percaya laporan polis itu dibuat oleh anggota polis yang hadir ceramah cheGuBard di Kubang Semang beberapa minggu lalu. Dalam ceramah tersebut dikupas bagaimana Umno, Bn (perikatan sebelum itu) malah negara ini lahir atas pemikiran pengasas negara Israel. Henry Gurney yang mengasaskan negara haram Israel dijulang dlaam sejarah negara ini kerana pernah menjadi Pesuruhjaya Tinggi Penjajah di bumi ini dan memperkenalkan banyak perkara ke arah mengekang pejuang kemerdekaan sebenar sebaliknya mencipta pejuang kemerdekaan palsu yang menerima kemerdekaan palsu dari penjajah.

Dalam ucapan cheGuBard dengan jelas cheGuBard sebut Najib dan regim Bn harus sedia menerima kesalahan dan mengusir segera segala elemen yang menyumbang ke pada Israel jika tidak rakyat akan menghumban regim ini dan Najib sekali.

Ceramah cheGuBard juga menyentuh mengenai bagaimana kepincangan perbicaraan kes Altantuya yang gagal membawa senjata pembunuhan (pistol), mengenengahkan motif pembunuhan dan saksi utama Musa Safri (ketua pengiring Rosmah dan Najib) yang disebut oleh OKT gagal dibawa ke mahkamah.

Dalam kes Fitnah 2 terhadap DSAI cheGuBard mengangkat kembali fatwa Yusof Qardawi dan mengenengahkan 4 orang doktor termasuk 3 orang doktor yang ditetapkan oleh Polis menyatakan Saiful 'tidak diliwat' berasaskan lubang dubur yang tak luka lansung. cheGuBard sempat sebelum mengakhirkan ceramah menyentuh mengenai betapa kemungkinan bukti boleh dipalsukan. Dalam kes Tahun 1998 jelas seorang saksi Dr. Zahari bangun dalam kandang saksi dan dalam kenyataan yang berikrar sumpah menyatakan Musa Hasan dan Rodwan Yusof telibat memaksa beliau memalsukan bukti tompokan DNA di tilam. Akhirnya tilam dibuang sebagai bahan bukti sebaliknya Musa dinaikan pangkat menjadi Ketua Polis Negara dan Rodwan sebagai Ketua Polis Melaka.

Untuk semua fakta ini che'GuBard sedia bukan sahaja di siasat malah menjawab di depan mahkamah.

Beginilah 'baculnya' regim penguasa, mereka tak dapat berlawan hujah sebaliknya berselindung disebalik PDRM yang mudah diperalatkan.

InsyaAllah esok che'GuBard akan membalas surat tersebut melalui fax menyatakan tarikh yang sesuia untuk hadir ke IPD Seberang Perai Utara.

Hentikan segera 'dera' PTD

Kerajaan Malaysia yang dikuasai regim Bn tidak punya alasan bagi membentuk sebuah jawatankuasa bebas bagi menjalankan siasatan menyeluruh terhadap kematian seorang Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) selepas menjalani kursus ala komando di Klang baru - baru ini.

Tindakan itu perlu diambil bagi mendakwa pihak yang bertanggungjawab dalam insiden kehilangan nyawa Norhashimah Wahid.

Secara seriusnya dituntut dan didesak kerajaan persekutuan supaya bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan dan kebajikan anggota-anggota pentadbiran awam dan juga pegawai-pegawai kerajaan yang memberikan khidmat dan sumbangan yang besar dalam perkhidmatan awam untuk membangunkan negara.

Apa wajarnya latihan yang kononya ala komando di masukkan dalam korikulum latihan PTD ? Telah banyak kali sebenarnya permintaan mengenai perlunya dirombak korikulum latihan PTD disuarakan namun ia tidak dilayan oleh Regim penguasa kerana mungkin melihat PTD perlu melalui latihan komando dan ala doktrinisasi agar dapat melahirkan PTD yang tidak bebas minda dan boleh dikawal dengan mudah agar mambu bersekongkol dengan apa jua kerja buat regim.

Lebih menyedihkan melalui maklumat yang kami terima dan belum disahkan kesahihanya betapa arwah telah terlibat dalam deraan melampau dan ketika terlantar sakit keluarga terdekat tidak dimaklumkan.

Sekali lagi ditegaskan tuntutan perlunya disemak kokurikulum latihan PTD dengan segera dibawah jurulatih yang profesional untuk menjamin melahirkan PTD yang benar bebas minda dan jiwa demi memastikan kerajaan (PTD) yang berintegriti dan memberikan khidmat terbaik kepada rakyat.

Sekalung ucapan takziah kepada keluarga Norhashimah Wahid, sesungguhnya kematian beliau mungkin boleh dielakkan jika Regim ini belajar mendengar rungutan rakyat dan tidak rakus mahu mendoktrinisasi PTD.

B'nai B'rith isytihar Anwar musuh Israel

Pertubuhan pro-Israel tertua di dunia, B'nai B'rith International, yang menyifatkan diri mereka sebagai jagoan Yahudi sejagat, mengisytiharkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ancaman kepada kaum Yahudi.

Dalam gesaan rasmi badan itu kepada Pengerusi Jawatankuasa Hubungan Luar Senat Amerika Syarikat, John F Kerry, B'nai B'rith mendesak Washington DC memutuskan semua hubungan dengan Anwar Ibrahim kerana membangkitkan kebencian terhadap Israel dan Yahudi-Zionis.

B'nai B'rith ditubuhkan pada 13 Oktober 1843 - ia mempunyai 200,000 anggota dan penyokong di 50 buah negara dan dikatakan sebagai gerakan yang paling aktif memperjuangkan kepentingan rejim Israel.

Harakah Daily dan juga TV Selangor mengeluarkan kecaman badan Yahudi itu terhadap Anwar dalam portal berita mereka.

Kecaman terhadap Anwar yang juga ketua umum PKR itu dibuat menerusi rasmi B'nai B'rith kepada John F Kerry, bertarikh 25 Mei lalu.

Ia melahirkan kebimbangan di atas kenyataan-kenyataan Anwar yang dikatakan anti-Israel semasa mendedahkan hubungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan firma perunding Apco Worldwide pada 30 Mac lalu di parlimen.

TV Selangor juga memetik B'nai B'rith yang memandang serius ucapan Anwar yang mereka sifatkan anti-Israel semasa membongkar pencerobohan perisik rejim Tel Aviv di ibu pejabat polis Bukit Aman.

"Manusia seperti Anwar Ibrahim tidak sewajarnya diberi penghormatan yang sekarang ini diterimanya hasil dari hubungan baik dengan Amerika Syarikat," tegas Presiden B'nai B'rith Dennis W Glick.

"Serangan beliau terhadap kerajaan Perdana Menteri Najib Abdul Razak disadur dengan fitnah yang anti-Yahudi dan anti-Israel," menurut surat itu lagi.

Anwar sebelum ini turut diserang portal rencana The New Ledger kerana mempersoalkan ikatan kerajaan Najib dan Apco Worldwide.

Penulis terbabit, Rachel Motte, menuduh Anwar sebagai ekstremis dan membidas tindakan beliau membantah "keberanian Najib" menurut kehendak Washington menekan Republik Islam Iran.

"Orang-orang kanan Anwar berkata kerajaan Malaysia melantik syarikat (Apco Worldwide) yang di dakwa mempunyai talian erat dengan rejim Zionis di Israel. Mereka mendakwa panel penasihatnya terdiri dari bekas ketua keselamatan kerajaan Israel dan ramai pekerjanya adalah bekas anggota Agensi Keselamatan Israel," kata Rachel Motte.

"Anwar terus membangkitkan sentimen anti-Semitik dengan mendakwa adanya perisik Israel dalam unit Teknologi Maklumat PDRM," menurut rencana itu lagi.

Penulis bagaimanapun tidak menampilkan bukti menunjukkan sebaliknya, mahupun bukti Apco Worldwide atau pekerjanya tidak mempunyai sebarang hubungan dengan rejim Tel Aviv.

Anwar mendedahkan pencerobohan ejen perisikan Israel di Bukit Aman di Dewan Rakyat pada 6 April lalu berdasarkan kepada laporan Pengarah Bahagian Logistik PDRM Datuk Mahsuri Zainal.

Wednesday, June 02, 2010

Polis Peranchis serbu pejabat DCNS

Scorpene: Polis Perancis serbu pejabat DCNS

Jun 2, 10 12:29pm

Polis Perancis menyerbu pejabat pengeluar senjata DCNS dan kumpulan industri Thales berhubung siasatan terhadap penjualan kapal selam kepada Malaysia, demikian menurut sumber kehakiman semalam.

Dokumen-dokumen dirampas dalam serbuan tersebut minggu lalu, tambah sumber itu.


Thales enggan mengulas perkara itu, manakala DCNS memberitahu AFP bahawa ia "tidak mengesah atau menafikan maklumat tersebut."

"Satu siasatan sedang dijalankan dan kami tidak boleh memberi sebarang komen."

Mac lalu, Pejabat pendakwaraya Paris memulakan siasatan terhadap penjualan kapal selam tersebut pada tahun 2002 ekoran aduan yang dibuat oleh badan hak asasi manusia dari Malaysia, Suaram.

Suaram mendakwa Armaris - anak syarikat Thales dan DCN - telah membayar komisyen sebanyak 114 juta euro kepada syarikat Malaysia Perimekar, yang dikaitkan dengan individu yang rapat dengan Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak .


Najib merupakan merupakan menteri pertahanan pada tahun 2002 dan bertanggungjawab dalam rundingan kontrak tersebut.

Sejak tahun 2000, bayaran komisyen bagi kontrak yang berkaitan dengan pemimpin asing merupakan satu rasuah di bawah undang-undang Perancis.

Pada 2002, The DCN menyertai Thales dan kumpulan pembinaan Navantia dalam kontrak untuk menjual tiga kapal selam kepada Malaysia pada sekitar harga satu bilion euro.

Lewat April lalu, seorang jurucakap Pejabat Perdana Menteri menegaskan bahawa "tiada kes" untuk dijawab.

Menurutnya, urusniaga tersebut bebas daripada rasuah dan tidak benar Perimekar mendapat manfaat secara tidak betul daripada urusniaga tersebut.

AFP

Tuesday, June 01, 2010

Rombakan Kabinet bukti Bn penuh ahli parlimen tidak layak

penyenaraian lebih banyak senator dalam kabinet baru seakan memberi gambaran bahawa ahli parlimen BN tidak layak dilantik menjadi menteri dan timbalan menteri. Bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kebanyakan ahli-ahli parlimen yang kanan di Dewan Rakyat mungkin tidak layak menjadi menteri dan timbalan menteri dalam kabinet baru ini.

Rombakan kali ini menunjukkan bagi Najib pemilihan parti politik yang menganggotai Bn lebih penting dari pilihanraya. Najib secara tidak lansung mengenepikan mandat rakyat.

Ini kerana, menurut beliau, pemilihan beberapa senator terbabit bukannya dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya yang demokratik, tetapi dipilih oleh Najib berasaskan kepentingan politik sempit parti-parti komponen BN semata-mata.

Tindakan Najib melantik lebih ramai pemimpin MCA walaupun mungkin untuk menangani konflik kepentingan dalam parti perkauman Cina itu, tetapi perlantikan tersebut adalah sia-sia.

Perlantikan tersebut menurut beliau, sebenarnya lebih untuk menangani masalah dalaman MCA dan BN sendiri.

Petang tadi, Najib mengumumkan rombakan kabinet yang menyaksikan bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat digugurkan manakala Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung dilantik Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menggantikan Datuk Seri Kong Cho Ha yang kini menjadi Menteri Pengangkutan, menggantikan Tee Keat.

Beliau juga mengumumkan pelantikan dua ahli parlimen (MP) sebagai timbalan menteri iaitu MP Serian, Datuk Richard Riot Jaem sebagai Timbalan Menteri Luar dan MP Labis yang juga anak Dr Chua Soi Lek, Chua Tee Yong (Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani).

Empat senator turut dilantik sebagai timbalan menteri yang baru ialah bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk G. Palanivel sebagai Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi; Datuk Donald Lim Siang Chai (Timbalan Menteri Kewangan); Naib Presiden Kanan Parti Progresif Rakyat (PPP), Datuk Maglin Dennis D'Cruz (Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan) dan Gan Ping Shou@Gan Ping Sieu (Timbalan Menteri Belia dan Sukan).

Katanya, Yang di-Pertuan Agong juga telah memperkenankan pelantikan Senator Datuk Donald Lim Siang Chai, Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz dan Senator Gan Ping Shou@Gan Ping Sieu sebagai Ahli Dewan Negara berkuat kuasa hari ini.

Pengumuman petang tadi juga menyaksikan sekali lagi Ketua Pemuda Umno yang juga ahli Parlimen Rembau diketepikan begitu sahaja.

Ini jelas kerana Najib dibayangi rasa 'takut' terhadap Mahathir. Mahathir sudah tentu akan menyerang Najib jika berani memasukkan Khairy dalam kabinetnya.

Khairy nampaknya menjadikan pemuda Umno terpinggir dan malah Khairy juga pernah mengeluh kerana agihan wang bantuan baitulmal dan peruntukan wang kebajikan yang sukar diperolehinya di Rembau. Khairy punca penduduk Rembau dan pemuda Umno di sisihkan jika Khairy ada harga diri ia harus meletakkan jawatan sebagai Ketua Pemuda Umno.

Daripada barisan kabinet selepas rombakan jelas Najib seorang yang takut untuk melakukan perubahan, amat jauh dari janji transformasi beliau.

Sendawara mahkamah hangatkan Isu Dalam Kartun vol 3


Sambutan hangat masyarakat terhadap karya kreatif kartun dan penulisan humor alternatif mengkritik penyelewengan dan salah guna kuasa pemerintah mendorong Zunar, kartunis politik tanahair menerbitkan buku terbaru Isu Dalam Kartun vol 3.

Di bawah syarikatnya Sepakat Efektif Sdn Bhd, Zunar bersama barisan kartunis dan penulis tanahair menggegarkan lagi dunia politik tanahair dengan isu-isu terkini yang menjadi bualan hangat rakyat Malaysia di semua peringkat.

Istimewanya, jumlah karyawan yang menyumbang semakin bertambah. Selain daripada karyawan yang biasa menyumbang, ada kartunis muda yang masih baru turut berkarya dan juga kartunis veteran terkenal seperti Rossem.

Keluaran kali ini memfokuskan isu utama tentang kepincangan ‘sandiwara’ perbicaraan mahkamah kes liwat Anwar Ibrahim. Dari muka surat 3 hingga 15, “Sendawara Mahkamah” garapan Zunar dan ilustrasi oleh Enot, Jonos dan Art membongkar konspirasi ini sejak mula ia dirancangkan bagaimana laporan polis yang dibuat oleh Saiful Bukhari berbeza dengan pendakwaan di mahkamah.

Laporan polis Saiful menyatakan ia diliwat tanpa kerelaan sedangkan Anwar didakwa di bawah seksyen ‘diliwat dengan rela’. Berbagai peristiwa lucu di dalam mahkamah dibongkar dalam bentuk kartun untuk mendedahkan kepada rakyat yang tidak tahu apa sebenarnya berlaku.

Dimuatkan kisah bagaimana hakim tidak membenarkan pihak peguam Anwar mendapatkan senarai saksi, Saiful menyatakan dia tidak dapat melihat punggungnya sendiri dan bermacam-macam lagi perkara ‘lucu’ tetapi benar.

Isu Apco turut menjadi topik kritikan. Ada lukisan kartunis Art yang menggambarkan tentera zionis sedang membelasah rakyat Palestin dan pada masa yang sama pemimpin Malaysia menuangkan wang ke dalam beg tentera tersebut. Kartunis Jonos mengkritik kerajaan Malaysia yang meniru konsep 1 Israel dalam 1Malaysianya.

Isu Dalam Kartun Vol 3 juga mengetengahkan isu keganasan polis yang kerap bertindak keras dan mengancam keselamatan rakyat. Tragedi adik Aminul Rasyid ditembak polis dipuisikan Abdullah Jones dan ditegur oleh seniman Pyanhabib dalam kolum “racau”nya.
Begitu juga kartunis Enot dengan cerita “Sarjan Kamis dan mertua”, kartunis Haili pula mencuit dalam kartunnya bagaimana seorang ibu berpesan kepada anaknya berhati-hati ketika memandu, jangan lupa pakai talipinggang keledar dan “jaket kalis peluru”.

Penipuan dalam pilihanraya adalah isu yang tidak pernah mati. Keluaran kali ini juga membongkar beberapa strategi tipu yang dilakukan kerajaan dengan menggunakan SPR sebagai kuda tunggangan melakukan penipuan untuk memenangkan tuan mereka. Jenis-jenis pengundi hantu dan bagaimana mereka bekerja telah dibongkar dalam bentuk kartun.

Di dalam isu ini juga turut dimuatkan perbandingan di antara negara luar dan negara kita dalam konteks mengendalikan pilihanraya secara adil. Ketika badan penganjur pilihanraya negara lain cuba memberikan erti demokrasi yang telus, SPR di Malaysia bersungguh-sungguh menjadi pecacai bagi memastikan kerajaan BN terus berkuasa.

Selain itu, isu-isu seperti katak menjadi senatak (senator katak), isu larangan berpolitik dalam masjid, isu rakyat tolak ‘rasuah gula-gula’ Najib dalam pilihanraya kecil Sibu turut disentuh dengan pedas dan kritis.

Selain kartunis Zunar sebagai kartunis dan ketua editor, Isu Dalam Kartun vol 3 juga menampilkan kartunis seperti Ronasina (editor/ kartunis), Jonos, Enot, Haili, Art, Oly, Nur, Abdullah Jones, Ubilepih, Madsein, Warih dan lain-lain serta penulis kritis seperti Hishamuddin Rais, Pyanhabib, Pusparos, Benludin dan Fared Ayam.

Harga RM10 senaskah. Dapatkan di pasaran atau secara online di cartoonkafe.com atau hubungi Saufi, Koordinator SAMM 0172344849 juga boleh diperolehi perbagai cenderamata yang menggunakan tema satira politik yang dikartunkan.