Thursday, June 03, 2010

Hentikan segera 'dera' PTD

Kerajaan Malaysia yang dikuasai regim Bn tidak punya alasan bagi membentuk sebuah jawatankuasa bebas bagi menjalankan siasatan menyeluruh terhadap kematian seorang Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) selepas menjalani kursus ala komando di Klang baru - baru ini.

Tindakan itu perlu diambil bagi mendakwa pihak yang bertanggungjawab dalam insiden kehilangan nyawa Norhashimah Wahid.

Secara seriusnya dituntut dan didesak kerajaan persekutuan supaya bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan dan kebajikan anggota-anggota pentadbiran awam dan juga pegawai-pegawai kerajaan yang memberikan khidmat dan sumbangan yang besar dalam perkhidmatan awam untuk membangunkan negara.

Apa wajarnya latihan yang kononya ala komando di masukkan dalam korikulum latihan PTD ? Telah banyak kali sebenarnya permintaan mengenai perlunya dirombak korikulum latihan PTD disuarakan namun ia tidak dilayan oleh Regim penguasa kerana mungkin melihat PTD perlu melalui latihan komando dan ala doktrinisasi agar dapat melahirkan PTD yang tidak bebas minda dan boleh dikawal dengan mudah agar mambu bersekongkol dengan apa jua kerja buat regim.

Lebih menyedihkan melalui maklumat yang kami terima dan belum disahkan kesahihanya betapa arwah telah terlibat dalam deraan melampau dan ketika terlantar sakit keluarga terdekat tidak dimaklumkan.

Sekali lagi ditegaskan tuntutan perlunya disemak kokurikulum latihan PTD dengan segera dibawah jurulatih yang profesional untuk menjamin melahirkan PTD yang benar bebas minda dan jiwa demi memastikan kerajaan (PTD) yang berintegriti dan memberikan khidmat terbaik kepada rakyat.

Sekalung ucapan takziah kepada keluarga Norhashimah Wahid, sesungguhnya kematian beliau mungkin boleh dielakkan jika Regim ini belajar mendengar rungutan rakyat dan tidak rakus mahu mendoktrinisasi PTD.

No comments:

Post a Comment