Thursday, June 03, 2010

Israel/Zionis berani kerana pemimpin kita hipokrit

Kenapa hingga sekarang Israel terus berani dan berkuasa ? Jawapanya mudah, terlalu ramai pemimpin dunia munafiq menentang kononya tetapi dalam muka yang lain menjadi penyumbang besar kepada ekonomi Israel... Malaysia sertai US sekat ekonomi Iran tetapi menjadi penyumbang kepada ekonomi Israel....

itu belum kira lagi JPM bagi RM77 juta kepada APCO, CIMB puluh juta beri kepada EDS, PDRM beri RM 45 juta kepada Asiasoft yang gajikan dua perisik Israel......

Sinar Harian 3 Jun 2010


SEREMBAN – Tindakan biadab Israel melalui pasukan komandonya menyerang konvoi antarabangsa yang tidak bersenjata tidak boleh dimaafkan.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shaharin berkata, serangan Israel sebenarnya adalah untuk membalas dendam terhadap Turki.


Ini kerana, katanya, pemimpin Turki, Recep Tayyip Erdogan mengutuk dan mengecam Israel secara terbuka pada persidangan Forum Ekonomi Dunia 2009 di Davos.

Justeru menurutnya, kebanyakan tahanan dan dibunuh terdiri daripada warga Turki.

“Kejadian seperti ini jarang berlaku kerana memang ramai pemimpin dunia mengutuk Israel, mahu pun sekutunya Amerika, tetapi tidak ada yang berani mengecam secara berdepan.

“Oleh sebab itulah, mereka (Israel) berani bertindak di luar batasan dan membuat sesuka hati tanpa rasa bersalah, kerana mereka yakin ada kuasa besar yang lain berada bersamanya,” katanya pada sidang media di Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri, di sini, semalam.

Sementara itu, Badrul juga menggesa penyelesaian segera dapat dilakukan bagi membebaskan tahanan dan menggesa supaya Rejim Zionis itu menarik balik sekatan ke atas Gaza.

“Pulangkan semula barang bantuan yang mahu dihantar ke Gaza. Mereka tiada hak untuk merampas barangan keperluan tersebut,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau juga mendakwa Malaysia tidak boleh menjadi negara yang membantu perkembangan utama ekonomi Israel.

Katanya, pada Mei 1994, Parlimen Malaysia telah meluluskan Akta Larangan Import (pindaan bil.7) yang menarik balik sekatan import terhadap barangan Israel dan Afrika Selatan.

Sehubungan dengan itu, beliau mendakwa pada tahun 1967, import Israel dari Malaysia meningkat lebih sekali ganda, dari USD 272,000 pada tahun 1966, kepada USD 565,000 tahun 1967.

“Dalam waktu yang sama, eksport Israel ke Malaysia juga bertambah dari USD 1.1 juta kepada USD 1.7 juta,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7767007.asp

No comments:

Post a Comment