Rasanya tak terlambat untuk cheGuBard mengucapkan salam selamat sempena Hari Keputeraan Tuanku DYMM Seri Paduka Baginda Yg Di Pertuan Agong pada 4 Jun lepas. Alhamdulillah rakyat telah dikurniakan cuti untuk beristirehat bersama keluarga dari kesibukan tugasan semasa sekurang - kurangnya sehari berkat Hari Keputeraan Tuanku.
Sempena hari Keputeraan juga telah terkunia bukan sedikit pingat - pingat kepada perbagai jenis manusia dari dalam dan luar negara yang hidup dan tak dilupa telah meninggal dunia dengan membawa perbagai gelaran kurniaan raja. Harapnya kurniaan pingat ini hendaknya atas jasa mereka ke atas negara ini bukanlah kerana kedudukan mereka atau lobi pemimpin tertentu regim parti penguasa. Agar nanti apabila dia bertukar parti tidak ditarik semula pingatnya seperti Chua Jui Meng mantan memanda Menteri. sila klik sini
Sempena Hari Keputeraan Tuanku cheGuBard selaku anak muda yang berdiri atas nama sebuah perkumpulan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini menyatakan taat setia kepada Tuanku dan institusi beraja dalam negara berdasarkan perlembagaan negara.
Cuma selaku anak muda tidak dapat diselindungkan kekhuatiran memikirkan bagaimana untuk memastikan terus institusi beraja kebanggaan orang Melayu dan seluruh rakyat Malaysia ini dapat terus berkekalan.
Ketika Tuanku dilantik bukan sedikit harapan khususnya anak muda Malaysia terhadap Tuanku selaku pewaris yang agak muda dan berpendidikan dalam mereformasikan institusi beraja dan memberikan nafas baru membentuk persepsi yang lebih menyakinkan dikalangan anak muda. Sudah tercapai atau tidak mungkin tuanku sendiri ada jawapanya.
Intai dan pelajarilah institusi beraja di banyak negara bagaimana peranan dimainkan. Ada yang sudah umpama muzium dan alat keraian seperti kebanyakan negara Eropah termasuk England tetapi ada juga yang terus kekal dihormati seperti di Thailand.
Mainkanlah peranan sewajarnya di tengah masyarakat yang makin kalut dan kusut. Tuanku sewajarnya jangan takut gunakan kuasa demi kepentingan rakyat. Janganlah hendaknya ada sedikit rasa gusar terhadap regim penguasa.
Dalam perkara Islam dan Melayu setakat ini cheGuBard dan SAMM bersetuju peranan terus dimainkan oleh Raja Melayu sebagai ketua agama dan adat istiadat Melayu. Namun khuatir juga sejak kebelakangan ini banyak sangat penggunaan nama istana diselewengkan dalam perkara ini. Mutaakhir ini, malah banyak 'kenyataan' dan 'titah' juga mula diselewengkan.
Ini bukan zaman Melaka, dunia berkembang pesat sewajarnya isi kandung dalamnya juga harus transform secepat perkembangan dunia jika tidak mahu ketinggalan. Rakyat tidak lagi boleh lagi dipaksa akur membuta tuli. cheGuBard mencadangkan demi mempertingkatkan martabat dan terus mendapat penghormatan selaku Ketua Penguasa dalam perihal agama dan adat istiadat maka Raja Melayu itu sendiri harus diperkasakan lagi. Sesiapa juga yang menjadi Ketua Penguasa Agama seharusnya tahu dan mahir dalam bidang tersebut juga. Tiba masanya Majlis Raja - Raja mensyaratkan agar semua tuanku - tuanku Ketua Agama seharusnya sekurang - kurangnya punya Diploma Pentadbiran dan syariah Islam agar mampu memainkan peranan yang lebih efisyen. Tidaklah hanya menerima nasihat dari seorang dua yang punya kepentingan tertentu. Percayalah dengan ini Institusi ini akan lebih dihormati.
Ingat Institusi ini bukan punya orang Melayu. Institusi beraja ini seharusnya juga dihormati oleh semua bangsa atau keturunan yang diamnya dalam tanah jajahan ini. Untuk itu ruang perbincangan dan pemahaman sewajarnya harus juga sampai kepada semua rakyat.
Sekian sahaja dan sekali lagi cheGuBard ucapkan Selamat Hari Keputeraan moga Tuanku dirahmatiNya dan dibebaskan minda serta roh demi menjalankan tanggung jawab demi memastikan keadilan dan kemakmuran dalam negara.
Daulat Tuanku....
ReplyDeleteMoga-moga Tuanku dpt menjadi pemimpin terunggul yg disanjungi rakyat...
seni politik hebat !!! aku pasti anak buah Kj akan termakan pancing Bard.... dia mengharapkan laporan polis atas artikel dia, aku survey dlm Fb bebudak Kj di NS dah heboh termasuk cadangan ISA... hahahaha biasalah Umno tak ada hujah....
ReplyDeleteaku tak sokong PKR tapi aku suka tengok seni politik budak bard ni... Umno kurang budak mcm ni... aku harap dia dpt titik Kj
nasihat atau "amaran" Chegubard kepada institusi raja kita amat saya hargai...saya tak sokong UMNO atau PKR. Apa yang saya nak lihat fairness dan justice. Tetapi kalau UMNO or institusi raja tidak berubah they will not last the next 50 years....or maybe next 10 years.
ReplyDeletebudak ameno memang dah kena getah dah.. buat report petang tadi di balai polis rembau..
ReplyDeletehahaha.. buduh.. buduh...
Kepada semua yang berkenaan.
ReplyDeletejangan lah terlalu emosi. Saya tenguk tak ada apa apa pun yang boleh diketegorikan sebagai menghina raja. Mungkin ada yang tak faham bahasa. No 1 ia lah utusan malaysia
baruah Be eNd jilat bontot... hidup "tuanku" badrul! bila puaka2 nih nak buat laporan polis pasal wa pulak? anyway, rugilah dah termiss BBQ.
ReplyDeleteBlog hina raja: Pemuda Rembau buat aduan polis
REMBAU 11 Jun - Pemuda UMNO Bahagian Rembau hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shaharin yang menghina Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Johor di laman blognya.
Naib Ketuanya, Mohd. Shafrul Azman berkata, tulisan Badrul Hisham dalam entrinya yang bertajuk "Warkah terbuka kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong : 'hepi besday, sir !" seolah-olah mempermain dan memperlekehkan institusi istana ketika ini.
Tegas beliau, kenyataan seperti itu dianggap kurang ajar dan biadab serta tidak sepatutnya dikeluarkan daripada seorang ahli politik yang berpengalaman dan matang.
"Laporan polis yang dibuat atas rasa kesedaran dan bukannya kerana desakan mana-mana pihak kerana apa yang kita lihat institusi raja tidak perlu dikaitkan dengan politik sempit.
"Kita amat sedih apabila seorang ahli politik Melayu yang matang memperlekehkan institusi raja di negara ini dan ini sepatutnya tidak patut berlaku," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Dalam laman blog chegubard.blogspot.com itu, Badrul Hisham berkata: ''Sempena hari keputeraan juga telah terkurnia bukan sedikit pingat-pingat kepada pelbagai jenis manusia dari dalam dan luar negara yang hidup dan tak dilupa telah meninggal dunia dengan membawa pelbagai gelaran kurniaan raja.
"Harapnya kurniaan pingat ini hendaknya atas jasa mereka ke atas negara ini bukanlah kerana kedudukan mereka atau lobi pemimpin tertentu rejim parti penguasa.
"Agar nanti apabila dia bertukar parti tidak ditarik semula pingat seperti Chua Jui Meng bekas memanda Menteri.''
Sehubungan itu, Mohd. Shafrul mahu supaya kenyataan itu ditarik balik dan meminta supaya Badrul Hisham memohon maaf secara terbuka khususnya kepada Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Johor.
Beliau juga mahu supaya tindakan tegas diambil kepada Badrul Hisham sebagai pengajaran kepada semua penulis blog supaya tidak keterlaluan dalam mengeluarkan sebarang kenyataan.
"Kita mahu supaya ia dijadikan sebagai pengajaran kepada semua bahawa penulis blog juga tidak terkecuali dalam menghadapi tindakan undang-undang," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Supritendan, Mizan Md. Dom mengesahkan pihaknya menerima laporan polis berkenaan.
If the Malay race wants to continue to excel or even exist in this globalised world, all must heed the call of cheGuBard here. Look at his call objectively and rationally. Raja Melayu especially has the responsibility to lead his subjects wisely. What cheGuBard says here is more than politics, but I believe is a sincere call for the people he feels dearly for. No reasons for him to write here and risk himself with the law.
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteAku pon bukan la feveret sgt ngan perjuangan PKR ni, tak la jugak nak membuta tuli sokong BN. Tapi dlm artikel ni, tak nampak la plak apa yg 'menghina', kalau depa tak dak modal, sikit2 nak buat laporan, publisiti murahan.
Aku pon nak nampak semua bangsa hormat institusi raja, bukannya takut...
salam,aku hairanlah barau balaci umno ni tak ada kerja lain ke, asyik buat laporan polis,telalu dangkal otak mereka,yang polis pun bingong jilat punggong mereka ,umno dah nazak.
ReplyDelete