Untung betul jadi orang India di Malaysia ni. Malang sungguh jadi orang Melayu di Malaysia ini. Lebih malang lagi Melayu di Negeri Sembilan, lagi lagi malang Melayu di Rembau.
Melayu di Rembau juga akan kehilangan tanah tempat tinggal mereka. Bukan tanah haram, bukan tanah kerajaan , tapi tanah adat yang diwarisi sejak berates-ratus tahun.
Namun nasib Melayu Rembau tidak mendapat liputan media seperti nasib India di Kg Buah Pala , Pulau Pinang.
Lebih malang lagi Surau yang akan dirobohkan di Rembau kerana memberi laluan kepada pembangunan juga tidak diberi perhatian media. Bukan media asing , bukan CNN , bukan Al Jazeera , tapi Utusan, Berita, TV3, TV1 dan sewaktu dengannya seolah-olah meminggirkan nasib Melayu N.Sembilan.
Kita ni di Malaysia ke , di India atau di Israel ?
Ikuti nasib malang Melayu Rembau yang akan diambil tanah mereka di pautan berikut :
http://waghih.blogspot.com/2009/06/kisah-sedih-wanita- muallaf-di-rembau.html
http://zulkeflyomar.blogspot.com/2009/06/pengambilan-tanah- orang-rembau.html
http://amkns.blogspot.com/2009/05/umno-rembau-tak-leh- harap-jaga-hak.html
http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2009/06/pemilik- tanah-adat-enggan-pindah.html
http://chegubard.blogspot.com/2009/07/antara-buah-pala-dan- tanah-adat-rembau_02.html
http://chegubard.blogspot.com/2009/07/selamatkan-tanah-adat- langsung-tidak.html
When injustice becomes law, resistance becomes duty"...."Many will call me an adventurer - and that I am, only one of a different sort: one of those who risks his skin to prove his platitudes."— Che Guevara (1928-1967) International Revolutionary
Monday, July 06, 2009
Email Rozmal : India P.Pinang jauh lebih bertuah dari Melayu Rembau
Mana janji Umno nak jaga Melayu ?
Rembau – Setiausaha Parti Keadilan Rakyat Cabang Rembau, Norazizi A. Aziz hari ini menyelar kenyataan Khairy Jamaludin agar tidak mempolitikkan isu pengambilan tanah adat di Rembau yang melibatkan pembinaan landasan keretapi berkembar.
“ Parti merupakan wadah perjuangan untuk kita berkhidmat dan berjasa kepada rakyat bukannya kita gunakan untuk menindas rakyat. UMNO merupakan parti yang memperjuangkan hak melayu dan hari ini tanah adat milik orang melayu Rembau bakal tergadai. Adakah beliau sekadar mahu berpeluk tubuh dan hanya melihat hak orang melayu ini dikorbankan dengan menyatakan agar perkara ini jangan dipolitikkan.”
“ Adalah amat memalukan apabila Khairy yang diangkat menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia tidak mampu melakukan apa-apa untuk memperjuangkan hak orang melayu di tempat beliau sendiri dan beliaulah jaguh yang menyatakan bahawa hanya UMNO yang mampu membela nasib orang-orang melayu.”
“Jika beliau tidak mampu lakukan apa-apa, kita cabar beliau letakkan jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia serta diangkat kepimpinan lain yang lebih bertanggungjawab dan tidak rasuah kerana kata-kata beliau untuk membela nasib melayu tidak lebih daripada retorik semata-mata.”
Menurut Norazizi lagi sepatutnya Khairy perlu prihatin terhadap permasalahan dan bersama-sama penduduk kampung yang terbabit untuk menangani masalah yang mereka hadapi bukan sekadar bertemu mereka setelah pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Sembilan. Ini menunjukkan bahawa beliau yang mempolitikkan isu ini bukan pihak lain.
Penduduk kampung serah memo.
Rembau – Babak isu tanah adat penduduk Kampung Waris Tebat, kampung Chuai Hilir dan Kampung Chembong Halt diteruskan apabila Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Selamatkan Tanah Adat Rembau, Haji Chik Tak Dato' Ahmad menyerahkan memorandum kepada Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Sembilan, YB Dato' Kamarul Bahrin Abbas.
Penyerahan memorandum itu adalah bersempena dengan Program “ Pimpinan Negeri turun ke Cabang Rembau” yang diadakan untuk mengenal pasti permasalahan pihak akar umbi di peringkat Cabang (Bahagian). Majlis pertemuan dan perbincangan ini juga adalah dalam salah satu rangka strategi untuk menawan Negeri Sembilan pada PRU ke 13.
Ketika dihubungi, Haji Chik Tak menyatakan bahawa pihak Jawatankuasa sudah tidak ada pilihan lain selain memohon campurtangan dan bantuan daripada pihak Pakatan Rakyat (PR) dalam mengatasi kemelut ini.
“Surat telah diserahkan dan pertemuan telah diadakan dengan ADUN ,ahli Parlimen serta kerajaan negeri. Maklumat juga telah diberikan kepada kepimpinan UMNO diperingkat Bahagian, namun apa yang dikesali adalah tiada sebarang reaksi yang diberikan. Majoriti penduduk di sini merupakan ahli UMNO namun kami seolah-olah di anak tirikan apabila alasan yang diberi adalah projek pembinaan landasan keretapi berkembar ini milik kerajaan persekutuan dan undang-undang membolehkan pengambil alihan paksa. Adakah kerajaan negeri ingin mengatakan undang-undang kerajaan pusat digunakan untuk menzalimi rakyat dan membunuh suasana harmoni beradat?” soal beliau.
Ketika menerima memorandum tersebut, YB Dato' Kamraul Baharin Abas yang juga merupakan Ahli Parlimen Teluk Kemang telah memberikan jaminan bahawa Parti Keadilan Rakyat di peringkat Cabang Rembau dan Negeri Sembilan akan bersama-sama penduduk kampung terbabit untuk memperjuangkan hak mereka. “Pihak parti juga akan menyediakan khidmat nasihat menerusi saluran perundangan agar penduduk kampung dapat menuntut hak mereka. Kita tidak mengira apa jua parti yang mereka dokong namun kepentingan rakyat agar tidak dizalimi adalah menjadi keutamaan kepada kami” kata beliau sambil disambut dengan tepukan dan sorakan tetamu yang hadir.
Dalam masa terdekat KEADILAN akan menfailkan petisyen di Mahkamah mengenai kes ini.
Ketua Cabang Rembau, che'GuBard pula menyuarakan kekesalan pendedahan terpilih media.
"Media mainkan isu Kampung Buah Pala, bukan kata kampung itu tidak penting tetapi sekuarng kurangnya isu itu dibincangkan dalam mesyuarat exco kerajaan Pulau Pinang dan 2 Timbalan Ketua Menteri turun bertemu penduduk. Nasib penduduk tanah adat Rembau lebih malang mereka bukan setinggan, mereka ialah pewaris tanah Adat, namun mereka dibuat lebih hina dari setinggan, tidak ada perbincangan yang sempurna....Menteri Besar buat tak kisah, sehingga KEADILAN hadir membantu baru mereka panik. Maknanya mereka hadir bukan untuk membantu tetapi takut pengaruh politik terhakis" katanya dalam sidang media selepas majlis tersebut.
Hj. Chik Tak nafi laporan blog ahli Parlimen Rembau
Pengerusi Jawatankuasa bertindak ketika sidang media selepas majlis penyerahan memorandum menyatakan rasa kesal terhadap laporan dalam blog ahli Parlimen Rembau yang menfitnah beliau dengan kononya menyatakan beliau tidak mengharapkan bantuan pembangkang (KEADILAN) dalam isu tanah ini kerana kononya beliau mengatakan pembangkang tak boleh buat apa.
Selain dari kesal dengan fitnah blog ahli Parlimen Rembau itu beliau juga mengatakan penduduk kampung tak kisah siapa yang penting siapa saja yang datang hendak bantu kami alukan. Malah pemimpin Umno dan negeri ini langsung tidak pedulikan nasib mereka dari awal, nasib baik KEADILAN sanggup mengenengahkan isu ini. Umno hanya datang setelah takut pengaruh akan terhakis selepas KEADILAN masuk campur. Jika KEADILAN tak masuk campur belum tentu Umno akan datang dan turun padang.
Kanta Media : Kerajaan Perpaduan


Apa yang menarik ialah perbincangan kali ini mengangkat isu Kerajaan Perpaduan melalui kaca mata pengamal media. Menampilkan tokoh wartawan zainon ahmad, pengarang politik akhbar The Sun, akhbar bahasa Inggeris paling laris di Malaysia dan Wan Hamidi adalah juga seorang wartawan veteran, pernah bekerja dengan akhbar the star, new straits times, straits times singapura.
Rakaman forum tersebut boleh di ikuti dengan klik link di bawah.
Undi PAS untuk Manik Urai

(Malaysiakini.com) Pilihanraya kecil DUN Manek Urai pada 14 Julai ini akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Umno, Tuan Aziz Tuan Mat dengan calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah.
Calon Umno, Tuan Aziz Tuan Mat, 39, adalah yang pertama menyerahkan borang pencalonannya untuk bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai pada 14 Julai ini.
Beliau yang juga ketua Pemuda Umno Kuala Krai menyerahkan borang pencalonannya di pusat penamaan calon di SMK Sultan Yahya Petra 1, sejurus selepas ia dibuka pada jam 9 pagi.,
Tuan Aziz adalah lulusan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan bekas pengurus bahagian pemantauan projek Kesedar.Sejurus kemudian, calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah, 50, seorang pemborong ikan, pula menyerahkan borang pencalonannya.
Pilihanraya kecil tersebut diadakan ekoran kematian penyandangnya dari PAS, Ismail Yaakob pada 22 Mei lalu.
Apabila proses penamaan calon tamat pada jam 10 pagi, hanya Tuan Aziz dan Mohd Fauzi yang menyerahkan borang pencalonan masing-masing.
Ini diikuti dengan tempoh selama sejam sebelum pegawai pengurus pilihanraya kecil tersebut mengumumkan senarai calon yang layak bertanding pada 14 Julai ini.
Kempen akan bermula sebaik sahaja pengumuman tersebut dibuat.
Mohd Fauzi yang ditemui selepas wawancara dengan RTM dan ditanya mengenai peluangnya, berkata:
"Setakat ini, peluang kita cerah kerana kita rapat dengan rakyat kampng dan akar umbi lebih awal. Rakyat sudah lama mengenali saya."
Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi menganggarkan penyokong PAS yang hadir seramai 7,000 dan 4,000 penyokong BN.Sehingga jam 10.35 pagi tadi, katanya, polis belum menerima apa-apa laporan mengenai sebarang kejadian tidak diingini berlaku sehingga ini.
Beliau berharap penyokong kedua belah akan mematuhi undang-undang.
Abdul Rahim berkata 3,000 anggota polis ditugaskan di Manek Urai sepanjang kempen pilihanraya kecil berkenaan.
Galeri foto penamaan calon pilihanraya kecil DUN Manek Urai
Pemuda Umno pukul petugas PAS dan DAP di Melaka
Teman aktivis termasuk Pimpinan DAP Melaka dan PAS Melaka telah dipukul oleh Pemuda Umno di Melaka kerana tindakan mereka membuka meja pendaftaran pengundi baru di sebuah pasar malam di Melaka. Ini bukan kali pertama mereka membuka kaunter pendaftaran pengundi dengan cara begitu. DAP Melaka telah pun membuatnya dua kali, minggu lepas oleh kerana sambutan yang baik PAS Melaka telah menyertai DAP Melaka dalam kempen tersebut.
Mungkin oleh kerana 'sakit mata' melihat sambutan menggalakan dari orang ramai maka Pemuda Umno telah hadir dengan diketuai oleh pimpinan Pemuda Umno Bukit Katil mengarahkan kaunter tersebut ditutup. Apabila petugas DAP dan PAS Melaka enggan takut dengan ugutan mereka kira - kira 40 gangster pemuda Umno itu terus memukul dan memecahkan kerusi meja yang digunakan.
untuk mengetahui lanjut sila klik tajuk di bawah ;
Adakah wajar kita duduk bincang untuk 'berpadu' dengan penganas seperti ini ?
che'GuBard percaya pasti ada tangkapan tetapi mereka pasti dapat layanan istimewa dan dibebaskan cepat.....kalau ada pendakwaan pun kes tersebut pasti dikenakan hukuman minima ....
Contohnya seorang pemuda Umno Sendayan (dalam Rembau) pernah ditangkap kerana menjadi suspek ragut tetapi dilepaskan dan menurut dakwaan dia sendiri bawaha dia dibebaskan hasil campur tangan pepimpin tertinggi pemuda Umno. sila klik sini untuk baca lanjut.
Menyentuh mengenai kenyataan che'GuBard 'istihar boikot aktiviti DPPP' adalah seperti dibawah ;
- hanya program dibawah Dewan Pemuda PAS Pusat sepanjang bulan Julai (berdasarkan perkembangan semasa)
- kerjasama bersama untuk program PAS yang lain termasuk dewan muslimat dipertingkatkan.
- kenyataan dan tindakan ini secara peribadi.
Harap perbincangan terbuka mengenai ini tidak dilanjutkan nasihat semua berhenti di sini. Tindakan lain harus dibuat berdasarkan saluran dalaman parti.
Menjawab pertemuan tersebut hanya wacana ilmiah.... Wacana Ilmiah memang baik tetapi dari segi kebijakan politik ia harus dipertimbangkan.
Bukankah lebih baik masa yang ada digunakan untuk memperkukuhkan Pemuda Pakatan Rakyat ? Bukankah lebih baik kita memanggil teman DAP, ahli akedemik, ulama dan perbagai pihak lain kita wacana tajuk seperti adakah benar DAP anti Islam dan Melayu...? biar hasil wacana ini menguatkan gagasan politik Pakatan rakyat lagi....
Jom minum kumbahan IWK
| Negeri | Tarif Minima (m3) |
| Sabah | 90 sen |
| Kedah | 40 sen |
| Selangor & Kuala Lumpur | 57 sen |
| Perlis | 44 sen |
| Negeri Sembilan | 55 sen |
| Johor | 38 sen |
| Melaka | 45 sen |
| Pahang | 37 sen |
| Sarawak | 44 sen |
| Perak | 30 sen |
| Kelantan | 40 sen |
| Pulau Pinang | 22 sen |
Dengan hipokrit pihak-pihak media, kerajaan dan NGO membincangkan mengenai isu pencemaran sungai-sungai, pencemaran najis babi yang dilepaskan ke sungai, limpahan sisa air kumbahan IWK, sisa buangan domestik dan macam-macam lagi. Malah bekas PM dan menteri-menteri yang pernah bertanggung jawab pun meluahkan kebimbangan mengenai pencemaran alam sekitar, padahal sewaktu mereka mempunyai kuasa merekalah kepala-kepala syaitan yang rakus meratah negara. Alasan mereka pada masa itu pembangunan di mata kasar umum (dan pembangunan kewangan keluarga dan kroni sebenarnya).
|
|
|
|
|
|

Kisah Sungai Linggi, N9
|
|
|
- http://wikimapia.org/#lat=2.6095626&lon=101.9441342&z=17&l=0&m=a&v=1 (Loji)
- http://wikimapia.org/#lat=2.6187691&lon=101.9457865&z=15&l=0&m=a (Pekan Kuala Sawah, Taman Kristal, Taman Sri Ramai)
- http://wikimapia.org/#lat=2.6466346&lon=101.9388342&z=15&l=0&m=a (Nyatoh, Tmn Angsamas F2, Tmn Angsamas F1)
- http://wikimapia.org/#lat=2.6683693&lon=101.9209385&z=15&l=0&m=a (Rasah, Mambau, Seremban 3 ...)
- http://wikimapia.org/#lat=2.6913468&lon=101.9277191&z=15&l=0&m=a (Taman Rasah, Seremban, ...)
- http://wikimapia.org/#lat=2.7051073&lon=101.9460011&z=15&l=0&m=a (Seremban ...)
- http://wikimapia.org/#lat=2.7276554&lon=101.9612789&z=15&l=0&m=a (Seremban ..., gambar kurang jelas)
- http://wikimapia.org/#lat=2.7487028&lon=101.9934225&z=15&l=0&m=a (Jalan Jelebu, Empangan Sungai Terip)
View Larger Map
Sungai Langat, Selangor
Sole org2 negeri, jangan marah kita bagai tau realiti. Realiti yang sama juga berlaku di negeri2 lain, bukan negeri 9 je.
|
|
![]() |
| From Kau Yang Tak Mengerti |
- Sekitar empangan sungai langat, sebelah atas terdapat dua loji rawatan air Loji Sg. Lolo dan Loji Sg. Pangsoon.
- Loji Pembersihan Air Sungai Serai & Loji Pembersihan Air Sungai Langat, Bt 10, Jln Hulu Langat mengambil air dari sungai Langat yang telah melalui pekan Hulu Langat, kawasan perumahan kampung dan taman2, kawasan industri dan sebagainya. Peta di atas.
- Next Station... Loji Cheras Bt 11, Kajang. Tidak jauh dari 2 loji tadi. Dalam perjalanan, kita akan temui beberapa kawasan perumahan dan tidak lupa juga loji kumbahan. Ini tak masuk, air longkang, sisa kilang dan lain-lain lagi.
- Loji Pembersihan Air Cheras Bt11, terletak berhampiran hai-way. Next Station adalah Loji Pembersihan Air Bukit Tampoi, Dengkil.
- Sungai Langat kian membesar, lagi banyak anak sungai dan anak longkang, dan ... menyertai pengembaraan sungai langat. he,he.. Dalam peta macam air teh tarik, tapi gambar tu gambar lama. Sekarang mungkin dah elok kot, JAS, JPS, JAIS dan En. Karam selalu buat pemantauan.
- Masuk Kajang, masuk Bangi, sampai UKM, besonya loji kumbahan kat UKM tu, banyak gak kilang ye, sampai ladang sawit, sampai Dengkil... mana dia... aaa jumpa pun.
- Loji Pembersihan Air Bukit Tampoi Dengkil, sumber airnya telah dipertingkatkan kandungan mineral dan bahan2 organik. Nak buat lagu mana kerajaan kempen jimat air, kitar semula ... selain boleh buat air minuman, ia juga sangat sesuai untuk menyiram pokok bunga dan buah-buahan. Jimat baja.
View Larger Map
Apa pandangan tuan/puan? Dah faham apa yang dimaksudkan? Jelaskan! Daripada mula lagi sumber-sumber air mentah loji-loji pembersihan air, di ambil daripada kawasan yang telah pun dicemari dan termasuk daripada sisa-sisa efluen IWK. Lepas tu mereka nak bincangkan isu alam sekitar, pencemaran sungai, krisis air, pembuangan sampah, pelupusan haram dan babi-babi... hipokrit je. Negara kita tidak mempunyai kawasan tadahan atau kawasan yang diwartakan sebagai kawasan tadahan atau kawasan yang boleh dikatakan kawasan tadahan sepenuhnya. Walaupun dah 50 tahun dikatakan merdeka, tetapi kita tak mampu nak buat apa2 kerana menteri2 tak mampu nak wartakan dan kuat kuasakan. Mereka cuma pandai membelasah rakyat berhimpun di jalanan, perhimpunan haram kata mereka. Menteri2 celaka ni serta pencacai2 mereka betoi2 bangsat2 negara.



Budaya liwat dan gay amat popular dalam UMNO sejak diasaskan oleh xPM che det, sehingga boleh dibuat secara terbuka di tengah-tengah padang sebagai satu acara sukan. ha, ha, ha...

Kembali ke kelas, proses rawatan air yang digunakan secara konseptual adalah proses2 kimia. Ia bermula dari proses pengoksidaan (oxidization), pemendakan (sedimentation), pengkaporan (pH), penurasan (filtration), dan akhir sekali adalah pengklorinan (chlorination) dan sedia untuk diminum. Lihat rajah di bawah, Puncak Niaga bagi free. Air karat bukan masalah rawatan air, ia adalah masalah paip air berkarat. Ini tak menjadi masalah kepada mereka yang berada, walaupun air kencing sekali pun mereka boleh kitar semula dengan mengunakan penapis air pelbagai jenama dan berperingkat-peringat. Ada penapis air berwawasan, ada beraura-aura, ada magikal, ada deionize, ada ozon untuk orang ikan atau ikan duyung, dan penapis kesihatan, minum airnya semua masalah kesihatan beres. Cuma mereka yang kurang berkemampuan akan menghadapi masalah kesihatan akibat air seperti penyakit, logam berat, dos aluminum tinggi (dari proses rawatan air), keracunan, air pili bau bangkai dan lain2. Kata Puncak Niaga, proses rawatan air lagu ne:
![]() |
| From Kau Yang Tak Mengerti |
![]() |
| From Kau Yang Tak Mengerti |
Di manakah cerdik pandai Malaysia dengan bahasa inggeris kebanggaan mereka? Kenapa mereka diam, atau mereka tidak mengetahui atau terlepas pandang mengenai perkara ini? Isu remeh, tapi Islam mementingkan aspek kebersihan, kesucian lahir dan batin, makan minum adalah perkara penting dan kritikal? Bukankah mereka? Graduan PPSMI, lebih memahami sains dan matematik yang telah diajarkan dalam bahasa inggeris? Mereka yang tidak fasih bahasa inggeris telah tercicir dan ditapis sejak awal lagi. Adakah bahasa inggeris gagal memahamkan mereka apa makna "kotor", "najis", bukan-bukan, bukan "najis" tapi "shit", bukan "kotor" tapi "dirty", "disgusting", "filthy", …
Kata bahasa, "bukan salah aku, kau yang tak mengerti". "kau yang tak mengerti…", "kau yang tak mengerti…", "kau yang tak mengerti…", "kau yang tak mengerti…" … chorus 1,000,000,000,000x.
Ajar le dalam bahasa apa, mereka memang tetap tak mengerti. Mungkin dah sebati air najis telah disajikan oleh kerajaan marhaen sejak merdeka lagi kepada rakyat malaysia, dan menjadi darah daging dan minda kita. Pokoknya mereka yang bertanggung jawab dalam mewartakan kawasan tadahan air sebagai kawasan larangan atau mengawal sumber-sumber air mentah adalah kerajaan persekutuan & kerajaan negeri masing-masing. Pegawai-pegawai kerajaan kaki rasuah patut disembelih hidup-hidup. Dulu aku dengar bekalan air kat Kelantan teruk. Tapi sejak Che Det memerintah dan tinggal-tinggalannya, bekalan air seluruh negara jauh lagi teruk dan semakin-makin teruk. Mereka yang kat hulu sungai, jangan fikir anda tak kena tempiasnya.
Sumber air mentah adalah air najis, air longkang, air kumbahan, air kencing, sisa kilang, najis ternakan, bangkai, sisa ladang, sisa toksik, babi, anjing dan sebagainya. Semua air kotor ini disahkan halal, suci lagi menyucikan oleh si-si celaka dan bangsat2 di Jabatan Agama Islam, Pusat Islam, IKIM, ABIM, MAIK, MAIS, MAxx (bukan Mawi, Mawi tak bersalah, a a a ), PPIM dan ulamak-ulamak kerajaan yang kononnya ulamak atau mengelarkan diri mereka sendiri sebagai ulamak tetapi sebenarnya adalah syaitan-syaitan dalam semak. Jahanam kau syaitan dalam semak! Celaka kau dunia dan akhirat! Walaupun mempunyai bau, warna, rasa, tercemar, kotor, kandungan mikrob berbahaya sangat tinggi e.coli dan beracun, bagi mereka lebih daripada dua kolah, sungai dan mengalir? kira orait… boleh minum. Rakyat Malaysia patut kencing kat muka ulamak2 celaka ni dan paksa mereka minum air kencing. Kata edisi siasat ntv7 (isu air kencing lembu tak expired?), air kencing baru (betul-betul baru) berada dalam keadaan steril belum dicemari mikrob (bebas mikrob?). Haa, haa, ha… Emm, oh ya PPIM ... tak kan dengan ubat gigi mukmin boleh selesai semua masalah halal-haram, dan hidup tanpa waswas?

(suara yang mewakili seluruh pengguna muslim malaysia atau ahli2 kelab sahaja atau kapten kelab?)
X'tra kisah2 tentang air:
Dasar penswastaan mesra rakyat, syarikat2 bekalan air seperti Syabas@Puncak Niaga tidak lagi memasukkan florin (zat fluorida) untuk kesihatan gigi rakyat kerana kata mereka fluorida mudah didapati dalam ubat gigi. Siapa nak makan ubat gigi, bukan kah ubat gigi tidak boleh ditelan ia sama macam sabun (sodium laurel sulfat)? Bagaimana agaknya nasib fakir miskin, nak beli makanan pun susah, inikan pula ubat gigi? Kata mereka klinik kerajaan kan ada, tapi nak pergi ke klinik/hospital kerajaan, siapa nak tanggung mereka? Bagaimana taraf kesihatan gigi penduduk luar bandar terutama fakir miskin nun jauh di pendalaman, secara keseluruhan? Bolehkah kementerian kesihatan memberikan statistik sebenar, bukan laporan budak2 sekolah yang boleh diubah-ubah suai? Malaysia mempunyai ramai menteri yang mahir dalam menyiapkan laporan persatuan budak2 sekolah. Maklumat lanjut : http://en.wikipedia.org/wiki/Fluoride_therapy.- Pembangunan rancak dalam era che det di kawasan tadahan air seperti di Ulu Kelang (berhampiran empangan Klang Gates), telah membawa padah beberapa kali dengan tragedi2 tanah runtuh.
Projek2 pembangunan dalam era che det dan samy tak malu, menipu dalam laporan, tidak begitu menghiraukan aspek teknikal seperti geologi, ekologi … natijahnya: tanah runtuh sana sini, beberapa kali kat highway PLUS, fly over MRR retak, jejantas runtuh, jalan cepat rosak, banjir kilat, bangunan runtuh, kadar kemalangan jalan raya yang tinggi, macam-macam lagi …. La nie, dia cakap dia bimbang tetang isu alam sekitar, podah cit.. akai keling punya che det. - Teknologi RO dalam penapis air ajaib masa kini, asalnya digunakan secara komersial oleh NASA. Gunanya? Kat angkasa sumber air amat terhad, lagi sukar daripada gurun pasir atau dalam kata lain air tak wujud langsung di ruang angkasa itu. Jadi tebus guna air, opssss (kena guna istilah inggeris)… "water recycle" amat penting dalam pesawat-pesawat angkasa atau di stesen angkasa. Angkasawan kita mungkin berpengalaman dalam hal ini kan. ;-).
- Loji rawatan air adalah kawasan larangan (tak boleh ambil gambar sesuka hati), tetapi kawasan tadahan air adalah kawasan pencemaran. Jika sesiapa atau negara musuh hendak membunuh orang ramai, mereka boleh memasukkan racun yang amat toksik ke sungai (dalam jamban atau longkang pun boleh) dan ramai orang akan terbunuh sementara keracunan itu dapat dikesan atau disedari oleh pengusaha air. Mungkin racun itu bersifat memilih iaitu amat toksik kepada mamalia dan ketoksikan rendah pada ikan. Untuk bekalan air ke Singapura, kerajaan Malaysia boleh memberi perlindungan kepada kawasan tadahan air mereka di Johor, tertutup, terkawal dan ... (tak tahu apa lagi keistimewaan yang boleh ditawarkan).
- Kawasan tadahan air sebagai taman tema air? Bukit Merah Lake Town terletak di Tasik Bukit Merah, Perak. Tasik Bukit Merah merupakan sumber bekalan air utama bagi Daerah Kerian. Di sini juga terdapat laluan keretapi Utara-Selatan yang merentasi tasik ini. Kesan ekologi daripada Bukit Merah Lake Town dirasai oleh pesawah-pesawah daerah Kerian yang miskin. Hujan tak da, ribut takda, tsunami pun tak ada, tetapi kenapa kawasan sawah mereka serta rumah mereka ditengelami banjir (isu sekitar tahun 200?). Begitu juga banjir kilat pernah berlaku di kawasan sekitar tasik bukit merah. Apabila aras air naik ia akan menjejaskan Bukit Merah Lake Resort, oleh itu pihak bertangung jawab terpaksa melepaskan air sehingga menyebabkan banjir kilat kerana jika tidak dilepaskan ia akan membahayakan penduduk (kata mereka). Ada tak Mahathir yang menjadi PM pada masa itu serta Tajul Rosli pikir mengenai masalah alam sekitar, ekologi, geologi dan sistem saliran dan peparitan. Yang mana lagi utama bagi mereka, golongan marhaen atau golongan keparat yang bersuka ria dan bermaksiat di Tasik Bukit Marah.
- Adakah kualiti air bekalan air minuman memenuhi piawaian WHO setiap masa, bukan hanya dalam satu masa sahaja? Siapakah yang memantau dan mengaudit kualiti air? Adakah pihak ketiga (bebas atau NGO) bukan anak-anak syarikat atau kroni syarikat bekalan air dan kerajaan, memantau kualiti air selain daripada audit-audit dalaman? Kami tak mahu persijilan ISO9001, kualiti pengurusan syarikat atau pentadbiran syarikat, tak da kena mengena dengan kami rakyat biasa. Kami mahukan laporan kualiti air, air mentah dan juga air diproses dibentangkan setiap bulan dan maklumat ini boleh dicapai dengan bebas oleh rakyat Malaysia menerusi laman web syarikat bekalan air dan juga audit bebas dan telus.
- Bodoh, bangang, tolol, syaitan …. Bagaimana pihak pengurusan sesebuah kilang mengelak atau memastikan efluen (sisa buangan kilangnya) memenuhi piawaian yang ditetapkan walaupun sebenarnya tidak, iaitu supaya kepekatan efluen pada bacaan tertentu pada meter. Tau tak! bagaimana helah si celaka? Jika kepekatan efluen melebihi piawaian, maka mereka akan memasukkan air bersih atau apa-apa pelarut ke dalam saluran sisa buangan, kepekatan efluen pasti menurun walaupun kuantiti asal tetap sama. Tak faham? Begini, cuba kita bayangkan kita berada di rumah. Ambil satu jag (1 L) dan satu cawan (35 ml) dan isikan air kosong ke dalam bekas mengikut kapasiti masing-masing (1 L = 1000 ml dan 35 ml ). Masukkan 4 sudu gula ke dalam jag dan empat sudu gula ke dalam cawan, dan kacau sehingga semua gula larut. Yang mana lebih manis? Sudah tentu dalam cawan. Walau pun kepekatan gula dalam jag adalah lebih cair (tawar), jumlah gula yang digunakan adalah sama. Bagaiman JAS hendak mengatasi penipuan ini? Ada cara ke? Seperti biasa, laporan atas kertas boleh ditulis dan dipadam.
- Nak kata hantu air bukan, ada hantu lektrik, dan ada juga hantu telepong. Kenapa hantu? Cuba lihat bil air atau bil lektrik, apakah sistem tarif yang digunakan oleh puaka-puaka keparat ini? 20m3 =RM, +20m3= 2 x RM, +20m3 lagi = 3 x RM. Adakah ia satu denda atau hukuman (berganda-ganda) kerana menggunakan sumber melebihi koata? Andaikan sebuah rumah kita gunakan untuk projek tanaman dengan teknik fertigasi, air disembur pada tanam pada waktu-waktu tertentu dengan kadar tetap. Ini dilakukan secara berkomputer, penggunaan air, baja dan sebagainya telah ditetapkan. Andaikan pengunaan air sehari adalah 2m3. Bagaimana bil bulanannya boleh berbeza-beza, tidak bernilai tetap sebagaimana penggunaan bulanan? Bolehkah cara pembacaan meter mempengaruhi bil bulanan?
- Sekali lagi mengenai bil air dan api. Ramai yang tidak perasan apa bila tarif baru elektrik atau air dikuat kuasakan, ia dikuatkuasakan pada satu tarikh tetap atau serta merta? Kenapa tarif baru tidak dikuat kuasakan pada bil bulan hadapan (bulan seterusnya) dan bulan ini masih dengan tarif lama? Bagaimana pihak syabas (pengusaha bekalan air) dan TNB (pengusaha bekalan elektrik) hendak mengira penggunaan semasa dan mem"bil"kan penggunaan itu. Meter air dan elektrik cuma mencatat bacaan semasa dan tiada rekod penggunaan harian, mingguan atau setiap jam sebagaimana counter laman web (seperti yang terdapat di blog ini). Penggunaan dikira sebagai perbezaan bacaan semasa dan bacaan dahulu/terakhir. Sesuatu yang menakjubkan telah berlaku, pada tahun 2??? (tak ingat le), dalam bil itu dibilkan; Jumlah bil semasa tarif baru dikuatkuasakan (RM) = jumlah penggunaan (isipadu / kwj) x tarif lama + jumlah penggunaan (isipadu / kwj) x tarif baru. Benar memang sukar untuk mengira bacaan meter dengan dua tarif dalam bulan yang sama, oleh Syabas dan TNB buat2 bangang (salah sistem komputer). Jadi berapa banyak kutipan daripada caj hantu dikumpul oleh TNB dan Syabas? Jika harga lama sebatang pensel adalah 30 sen dan harga baru adalah 50 sen. Macam mana pengguna boleh dibilkan harga sebatang pensel adalah 30 + 50 = 80 sen, jauh lebih tinggi daripada harga baru? Kerajaan boleh buat2 bodo, dan sesiapa pun tak perasan. Baik sangka, semua orang busy dan mereka percaya pada TNB dan Syabas sepenuh jiwa dan raga mereka, oleh itu mereka tidak pernah terfikir untuk melihat bil secara terperinci apatah lagi mempertikai kandungannya. Bayar je senang cerita, lambat potong. Takutnya…. Kalau kat negara barat isu macam ni boleh jadi kontroversi dan demonstasi besar-besaran.



Secara TEORI
Penggunaan harian tetap : 2m3 : Sebulan 30 hari
Penggunaan bulanan : 60 m3
Kadar 1 (20m3) RM0.00 = RM0.00
Kadar 2 (15m3) RM1.03 = RM15.45
Kadar 3 (35m3+) RM2.00 = RM50.00
Bil Sebulan (teori) = RM65.45
2 bulan RM130.90
Bagaimana JIKA?
Bulan pertama baca lewat dan bulan kedua baca cepat.
Bulan 1 : Bilangan hari 45 : Penggunaan (m3) 90
Bil = (20 x 0)+ (15 x 1.03)+ ((90-20-15) x 2)
Bil = RM125.45
Bulan 2 : Bilangan hari 15 : Penggunaan (m3) 30
Bil = (20 x 0) + (10 x 1.03) = RM15.45
2 bulan = RM140.90 : Beza = RM15.45
KAU YANG TAK MENGERTI, ilmu dipelajari tetapi tak mahu memahami.
Rujukan :
- http://www.puncakniaga.com.my/Services/WaterTreatmentPlantInformation/ListofTreatmentPlants/tabid/155/Default.aspx : Senarai Alamat Loji Pembersihan Air oleh Puncak Niaga.
- http://www.puncakniaga.com.my/Services/LocationofWTPDam/tabid/100/Default.aspx Lokasi Loji Pembersihan Air oleh Puncak Niaga.
- http://www.puncakniaga.com.my/Services/WaterTreatmentPlantInformation/WaterTreatmentProcess/TypicalSystem/tabid/103/Default.aspx
- http://chegubard.blogspot.com/2005/07/tiada-alasan-rebet-untuk-pengguna.html
- Lembaga Urus Air Selangor (laman rasmi)
- http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1902:sumber-air-mentah-krisis-masa-hadapan-negara&catid=325:info-ringkas
- http://www.abuaslam.com/?p=266
- Ratusan Kubur Ditemui Ditengah Dasar Empangan Kering
- Pulihara Sumber Bekalan Air Kita - FOMCA
- http://geogmalaysia.blogspot.com/2008/05/pencemaran-sungai-di-malaysia.html
- http://melayubestari.blogspot.com/2007/02/pencemaran-air-suatu-kerugian-kepada.html
- http://www.doe.gov.my/
- Minda Lestari: Kaedah sesuai urus kualiti sungai mesti dicari
- http://muhamadnfaizal.blogspot.com/2008/10/kebersihan-sungai-tanggungjawab-bersama.html
- http://muhamadnfaizal.blogspot.com/2008/10/isu-pencemaran-sungai-di-malaysia.html
- SUNGAI SEMENYIH DAN KRISIS AIR
- http://www.mdkerian.gov.my/web/guest/bukit
- http://www.monitoringglobalisation.org/index.php?option=com_content&view=article&id=337&catid=38:relevant-links
- http://uuitm.tripod.com/alam3.htm
- http://ibrahimbaba.wordpress.com/2008/08/05/pencemaran-kumbahan-khinzir-rekod-baru-tercipta-di-selangor/
Himpunan Rakyat anti - ISA 1 Ogos mulakan kempen
Setelah beberapa kali ditangguhkan, akhirnya telag ditetapkan 1 Ogos merupakan tarikh Himpunan Besar-besaran Rakyat mendesak Mansuhkan ISA. Himpunan yang akan dianjurkan di Kuala Lumpur ini akan dianjurkan oleh seketeriat GMI dengan didokong organisasi yang bergabung dibawahnya termasuk parti - parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan.Minggu lepas GMI telah memulakan kempen sebaran risalah ke arah mobilisasi 1 Ogos nanti. Sila klik sini untuk membaca lanjut.
Friday, July 03, 2009
Selamatkan tanah adat langsung tidak dapat perhatian media
Di bawah ini ialah surat terbuka mereka yang dihantar kepada Perdana Menteri Malaysia dan Ketua Pembangkang untuk perhatian dan campur tangan mereka menyelamatkan Kampung adat ini. Sehingga kini masih tidak ada respon terhadap surat mereka.
Jawatankuasa Bertindak
Selamatkan Tanah Adat Rembau
d/a Hj. Chik Tak Bin Ahmad, Kampung Chembong Halt,
71300 Rembau, Negeri SembilanTarikh : 15 Jun 2009
Kepada :
YAB Dato Seri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia
YB Dato Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang, Parlimen Malaysia
per : RAYUAN PERTIMBANGAN SEMULA UNTUK DUDUK BERBINCANG DAN MENUNAIKAN TUNTUTAN PENDUDUK YANG TERLIBAT DALAM PENGAMBILAIHAN TANAH OLEH KTM DI REMBAU.
Dengan segala hormat perkara di atas dirujuk.
Untuk pengetahuan Jawatankuasa bertindak ini mewakili penduduk Kampung Waris Tebat Chembong, Kampung Chembong Halt dan Kampung Chuai Hilir yang terjejas dengan projek landasan keretapi berkembar. Tanah mereka akan diambil alih oleh Keretapi Tanah Melayu (Projek Landasan Berkembar) dalam masa terdekat.
Kami yang terlibat tidak diberi ruang dan pendedahan secukupnya untuk membincangkan masalah pengambil alihan tanah. Malah ada penduduk yang terlibat 'tidak berpendidikan' tinggi seolah tertipu dengan proses pengambil alihan paksa ini.
Sejak menubuhkan Jawatankuasa Bertindak, kami telah pergi ke semua pihak yang berkenaan malangnya bukan sahaja masalah mereka gagal ditangani tetapi ada pihak yang lansung tidak melayan mereka. Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen kawasan tersebut juga seolah-olah lepas tangan.
Sebagai latar belakang, perkampungan disebut diatas telah diteroka oleh nenek moyang kami seawal 500 tahun dahulu. Telapak yang semuanya terletak di tanah adat ini menjadi tempat anak suku dan saudara semenda berlindung, bertemu dan mengadakan kerapatan.
Nilai adat, kehidupan harmoni yang berteraskan perpaduan masyarakat amat tinggi terpendam dalam kampung tersebut. Namun semuanya tergugat dengan surat 'ugutan' dan ambil paksa tanah kerana hendak membuat jalan keretapi berkembar.
Tuntutan kami yang terbabit ialah gantikan dengan tanah yang sesuai luasnya,rumah (telapak) yang sesuai luasnya untuk keluarga besar mereka dapat meneruskan kehidupan dengan mengekalkan kekuatan adat dan istiadat yang harus dipelihara. Kami memohon perpindahan kampung adat.
Malangnya mereka dipaksa untuk menerima pampasan yang jauh (sehingga lebih 70%) lebih rendah dari nilai yang dibuat oleh jurunilai bertauliah. Jumlahnya bukan sahaja jauh tidak terbanding dengan nilai kehidupan tinggi yang terpendam di kampung ini, malah gantirugi jika dikira dari segi nilai kormesial pun jauh lebih rendah. Maka nilai pampasan yang diperolehi (serendah RM 1.20 sekaki) jauh memungkinkan kami mencari tanah yang sesuai untuk menggantikan tanah adat pusaka keluarga.
Begitu juga berkaitan ganti rugi rumah yang bezanya hampir 100 % lebih rendah dari jumlah yang kami ditawarkan jika dibandingkan degan penilaian oleh jurunilai profesional.
Kami dilayan seperti setinggan malah kerajaan negeri bersikap lepas tangan, dengan hanya mengatakan kononya ia projek kerajaan persekutuan dan undang – undang membolehkan pengambil alihan paksa. Adakah kerajaan negeri ingin mengatakan undang – undang kerajaan pusat digunakan untuk menzalimi rakyat dan membunuh suasana harmoni beradat ?
Kerajaan negeri seharusnya lebih prihatin. Adakah Kerajaan Negeri ini diketuai oleh pemimpin Melayu tidak mampu menjamin hak tanah adat dan pusaka Melayu ?
Kami tidak menolak malah mendokong pembangunan dan kemajuan tetapi kami hanya menuntut hak dan keadilan dalam mempertahankan tanah pusaka beradat kami.
Keperihatinan YAB Perdana Menteri dan YB Ketua Pembangkang dituntut untuk mempertahankan hak dan maruah tanah adat hak kami. Projek harus dihentikan, proses pengambilahihan harus digantung segera sehingga perbincangan dilakukan dan semua pihak berpuas hati.
Kami anak waris tekad tidak akan mengosongkan 'telapak' yang kami diami ini selagi tuntutan kami tidak dilayan. Bersama ini juga disertakan tandangan pihak yang terbabit mendokong memorandum ini.
Pertahankan Tanah Adat Melayu!
sebarang pertanyaan sila hubungi
Hj. Chik Tak Ahmad +6017 3685054
Rashid Shamsudin +6017 3839868salinan kepada :
YAB Menteri Besar Negeri Sembilan
Semua ahli Parlimen Malaysia
Pihak Media
Kes protes anti Rosmah, UM dipaksa serah kes pada Polis.
Jika didapati bersalah dan dihukum maksima mereka mungkin boleh dikenakan hukuman penjara 20 tahun....... wow hebat semuanya kerana Rosmah !
Diberitakan pihak Universiti Malaysia hendak cuba menyelesaikan kes tersebut sebagai kes dalaman Universiti, namun telah dipaksa oleh Rosmah yang tidak berpuas hati dengan memaksa UM menyerahkan kes tersebut kepada polis, dan seperti biasa kerana Rosmah Polis telah bertindak dengan cepat. Sila klik sini untuk baca UM dipaksa serah kes pada Polis.
Pada hari kejadian dua ditangkap, pegawai penyiasat pula dianugerahkan dengan reman 5 hari kononya. Belum cukup 5 hari dua mereka telah didakwa di mahkamah. 3 lagi sedang diburu, ada yang diburu pula rumah sewanya dipecahkan mangga kunci diganti dan beberapa benda penting seperti 'handphone' hilang. Mereka mengesyaki ini adalah bertujuan memancing mereka ke Balai Polis untuk membuat laporan dan kemudian akan ditangkap.sila klik tajuk untuk baca 'Polis buru 3 siswa UM lagi' dan 'Siswa anti Rosmah belum serah diri'.
Grafiti anti Rosmah ini telah menjadi bahan jenaka sepanjang minggu siswa (program sambutan mahasiswa baru). sila klik sini untuk baca lanjut.
Posting tawaran che'GuBard untuk membantu sekadar mampu kepada mahasiswa UM yang dituduh rupanya telah mengundang beberapa kumpulan mahasiswa universiti lain dan beberapa kumpulan anak muda yang menyatakan hasrat hendak berbincang mengenai 'mood anti Rosmah'...wah nampaknya jika di susun Regim mungkin jatuh dengan mengulang lagenda Imelda Marcos......
Menjengok pula pagi ini kepada laman rujukan che'GuBard yang dilihat anti Najib, melihat siri 'i paper' Buku 100 dalil Najib sudah hampir lengkap satu buku.
Thursday, July 02, 2009
Antara buah Pala dan tanah adat Rembau 2

Kecoh kononya Kerajaan Pakatan Rakyat ini zalim menindas penduduk dengan mengangkat setinggi mungkin kes Kampung Buah Pala, Pulau Pinang. Tanpa menidakkan kes dan hak serta kebajikan penduduk Kampung Buah Pala, che'GuBard juga pernah menulis mengenai seharusnya tindakan lebih tegas dilakukan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi menangani permasalahan tersebut.
Menyentuh mengenai isu Kampung Buah Pala, Pulau Pinang, che'GuBard mendesak kerajaan Pulau Pinang menggunakan kuasa yang ada untuk mempertahankan hak rakyat.Namun di Pulau Pinang penduduk Kampung Buah Pala masih bernasib baik kerana kerajaan negeri masih respon dan cuba mencari jalan terbaik menyelesaikan.
Kerajaan Pulau Pinang perlu menghentikan dulu semua proses pencerobohan kampung tersebut. Kemudian mula meneliti semua aspek undang - undang yang ada demi mempertahankan hak rakyat bukan mempertahankan hak syarikat (kapitalis) yang mendapat hak mereka semasa kerajaan negeri di bawah regim Bn yang lalu. Laing penting Kerajaan Negeri harus mengumpulkan peguam 'progresif' yang berjiwa rakyat untuk meneilit kes ini dan bukan sekadar mendengar pandangan Penasihat Undang - Undang Negeri (lantikan Regim Bn) yang pemikiran mereka berpaksikan pemikiran Bn iaitu merampas hak rakyat mempertahankan hak kaum pemodal.
Jika kerajaan Pulau Pinang gagal menangani isu ini dikhuatiri ia akan memberikan imej buruk dan menghancurkan 'hati - hati' rakyat yang mengharapkan perubahan. sila klik sini untuk membaca lanjut
Namun di Negeri Sembilan dalam kes Tanah adat Rembau, kerajaan Regim Umno Bn di Negeri Sembilan pula memilih untuk bertindak pekak, buta dan bisu dalam isu rampasan tanah adat. Penduduk di sini bukan setinggan mereka punya geran tanah. Tanah mereka tanah rizab Melayu, Tanah Adat sebaliknya mereka dilayan lebih parah dari setinggan.
Wartawan yang menulis berita mengenai kampung ini diberi amaran oleh wakil rakyat (ADUN) Chembong agar berhenti dan jangan menulis lagi isu ini. Surat kepada kerajaan negeri termasuk ADUN tidak dilayan langsung.
Beberapa minggu lalu che'GuBard turun bertemu penduduk di situ namun dibawah arahan ADUN Chembong dan Timbalan Ketua Bahagian Umno telah menghubungi Ketua Kampung dan Siak surau di kampung tersebut supaya menyerbu tempat pertemuan kami di sebuah surau yang bakal dirobohkan dalam masa terdekat. Kami dihalau dengan hina, hampir wujud pergaduhan 'fizikal' antara Ketua Kampung, Siak dan penduduk kampung yang tanahnya bakal dirampas.
Media terus 'black out' isu ini. sila klik sini untuk baca surat terbuka kepada Menteri Besar dalam isu ini. Penduduk Kampung sudah pun membentuk Jawatankuasa Bertindak dan mereka telah menghantar petisyen kepada Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang memohon campur tangan menyelamatkan tanah Adat Melayu.
atau klik tajuk dibawah untuk baca lanjut mengenai tanah adat rembau
che'GuBard isytihar batal semua kerjasama dengan Dewan Pemuda PAS
Pimpinan DAP Pusat seharusnya mengambil tindakan terhadap pimpinan DAP Kedah yang terlibat membuat kenyataan terbuka di media tanpa perbincangan yang sempurna dalam Majlis Pakatan Rakyat. Semua tindakan yang melibatkan dasar harus dibuat diperingkat pusat.
Tindakan Ketua Pemuda PAS membuat pertemuan 'rasmi' dan 'terbuka' dengan Pemuda Umno dilihat sebagai usaha terkebelakang dalam memastikan kekuatan pakatan.
Nampaknya ada kalangan pimpinan PAS seolah tidak memahami isyarat keputusan Pilihanraya Umum lalu. Mereka juga terus menerus melakukan tindakan memberikan 'talian hayat' kepada Umno - Bn yang makin melemah.
Ini mungkin berlaku kerana banyak alasan, namun alasan - alasan tersebut ialah alasan dangkal yang ingin menghalalkan tindakan mereka semata - mata demi kepentingan kelompok tertentu sahaja.
Jika dakwaan ini salah sila jawab apa yang berlaku apabila rakyat menolak Bn di Selangor tetapi sebaliknya ada pimpinan PAS yang duduk berbincang dengan Bn dengan membawa kemungkinan membentuk kerajaan campuran PAS-Umno di Selangor, tetapi akhirnya gagal kerana dua - dua pihak berkeras hendak jadi Menteri Besar..... Sila jawab dakwaan terbuka Tuan Guru Ust. Hj Ahmad Awang yang menyatakan ada pimpinan PAS Pusat yang menghubungi beliau meminta pertimbangan semula agar diadakan pakatan Umno - Pas dalam membentuk kerajaan Perak.
che'GuBard dengan ini selaku anak muda yang bergelumang dengan aktivis 'bawahan' dan melihat derita rakyat dizalimi dan ditinds regim serta mepelajari sejarah bahawa regim ini pewaris penjajah negara, maka dengan ini mengecam tindakan Dewan Pemuda Pas yang masih terhegeh-hegeh memberikan talian hayat kepada Umno.
Selaku anak muda che'GuBard mengisytiharkan memboikot semua program melibatkan Dewan Demuda PAS termasuk jemputan yang telah disahkan hadir.
Tindakan ini bukan mewakili parti tetapi mewakili kekecewaan aktivis 'bawahan' yang tidak diendahkan suara mereka. Apa yang kita dapat hari ini bukan atas kekuatan parti kita semata - mata tetapi atas penolakan kuat rakyat terhadap Bn dan harapan sedikit yang ada terhadap gabungan kita. Bila ada sikit kuasa kita lupa dan nak lebih dengan ajak entiti yang ditolak rakyat untuk duduk semeja....percayalah teruskanlah perkara ini rakyat akan terus mencampak kita dalam longkang dalam PRU yang akan datang.....
Wahai Yb atau sesiapa yang mendapat apa juga tempat hasil PRU lepas, ketahuilah keputusan itu bukan dicipta begitu sahaja dalam sehari pada 8 Mac yang lepas ia merupakan hasil perjuangan panjang...... sanggupkah kita kianati semua sejarah perjuangan panjang tersebut.
Wednesday, July 01, 2009
Isu 'Rosmah Perempuan Puaka' PDRM mula bertindak
Updates
Terbaru, dua mahasiswa yang ditahan telah diseret ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur petang tadi. Klik disini.
13 Julai nanti, kes ini akan disebut semula di mahkamah yang sama.
Pencinta-pencinta “keadilan” seharusnya membanjiri Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 13 Julai 2009 ini!
Posting Asal
Klip video Rosmah Mansor Perempuan “Puaka” yang disiarkan oleh Malaysia Today sebanyak tiga siri disini, disini dan disini telah menggemparkan negara.
Isteri pertama Najib yang tiba - tiba ada penyakit gila babi dan diceraikan dengan alasan itu, sebelum berkahwin dengan Rosmah
Banyak perkara yang sebelum ini menjadi rahsia 'terbuka' kini telah menjadi bualan umum. Ramai rupanya yang tidak tahu Rosmah telah berkahwin dan 'menceraikan' suaminya kerana mengejar Najib. Ketika Rosmah 'mengimpit Najib, rumah tangga Najib bersama isterinya porak peranda. Tiba - tiba isteri Najib mengalami penyakit gila babi dan Najib telah menceraikannya kerana penyakit gila babi itu. Namun selepas selesai proses penceraian di Mahkamah penyakit gila babi isteri yang diceraikan itu pulih.
Video tersebut mendapat perbagai respon masyarakat. Diantara reaksi kepada video ini ialah apabila mahasiswa Universiti Malaya menconteng “C4″, “puaka” dan “Altantuya” di dinding dewan sebelum kedatangan isteri perdana menteri Rosmah Mansor minggu lalu.
Dua orang mahasiswa telah ditahan berhubung dengan isu ini dan sehingga kini masih belum dibebaskan (apakah polis sudah mendapatkan perintah mahkamah untuk mereman mahasiswa-mahasiswa ini? Jika tidak, diatas Akta apakah polis menahan mereka ini?). Klik disini.
Sebagai susulan daripada penahanan dua orang mahasiswa ini, polis telahpun menggeledah beberapa rumah yang didiami oleh mahasiswa-mahasiswa ini termasuk juga rumah yang didiami oleh mahasiswi. Klik disini.
Ada yang menyifatkan cara mahasiswa ini ditahan seperti apa yang berlaku kepada A. Kugan yang terbunuh dalam tahanan polis tidak berapa lama dahulu. Klik disini.
Terbaru, polis menghubungi seorang pemimpin PKR, che'GuBard mengenai isu video “Rosmah Mansor Perempuan Puaka”. Klik disini. Apakah tindakan yang akan diambil? Masih terlalu awal untuk meneka.
Daripada tindakan-tindakan polis seperti yang dinyatakan diatas, kita boleh melihat betapa “berkuasa”nya isteri PM, Rosmah Mansor.
Polis tidak bertindak aggressif apabila berlakunya kes penculikkan kanak-kanak seperti apa yang berlaku kepada Nurin Jazlin Jazimin dan Sharlinie.
Polis tidak bertindak aggressif apabila rumah kita dirompak atau berlakunya kes ragut.
Akan tetapi, apabila Rosmah di”ganggu”, polis bertindak tegas, cekap dan cepat.
Diberitakan, polis bertindak sebegini oleh kerana ingin mencari “jawapan lain” dalam isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
Tetapi kepada semua blogger mahupun rakyat keseluruhan, dalam isu ini kita tak perlu takut.... semua harus terlibat....kalau seorang dua terlibat dia boleh kuda kuasa polis dan lain - lain untuk tangkap tapi kalau semua terlibat macam mana dia nak tangkap semuanya itu.
(artikel saduran blog amin iskandar)
Sedia bantu pelajar UM
Kecekapan polis menangkap dua orang pelajar sebagai suspek dan mendapat reman 5 hari sebelum mendakwa mereka semalam. Manakala 3 lagi sedang diburu.
Tindakan cekap polis sememang dipuji tetapi kecekapan ini dilihat lebih untuk melindungi imej Rosmah. Alangkah amat baik jika kecekapan polis ini turut digunakan untuk menangani banyak lagi masalah keselamatan dan jenayah.
che'GuBard memohon kesemua mahasiswa terbabit sila berhubung segera. Solidariti Anak muda Malaysia sedia membantu mereka.
Bangkitlah anak muda dengan keberanian !!!
untuk membaca lebih lanjut sila baca :
















