Monday, February 18, 2013

Roadshow #AmaranPRU Seterusnya ke Utara Semenanjung Bermula Hari Ini

samm
Kenyataan Umum
18 Februari 2013
 
Roadshow #AmaranPRU Seterusnya ke Utara Semenanjung Bermula Hari Ini

Roadshow ‘Amaran : Tipu PRU, Rakyat Bangkit Humban Kamu’ kini menjangkau ke empat negeri terakhir iaitu Perlis, Kedah, P.Pinang dan Perak bermula hari ini. Program jelajah yang terdiri dari ceramah kecil dan besar, pertemuan anak – anak muda diperbagai peringkat bagi menyedarkan betapa kemenangan itu terlalu hampir.

Juga aksi yang disendatkan dalam Roadshow kali ini ialah operasi membanjirkan rakyat dengan maklumat. SAMM dengan kerjasama ABU dan beberapa organisasi lain telah dan sedang menghasilkan perbagai bahan edaran. Sistem edaran yang SAMM inisiatifkan ini terus ke pintu rumah, kami mengurangkan edaran di tempat awam untuk mengurangkan ‘counter attack’ dan memberikan penerima maklumat waktu dan suasana yang selesa untuk ‘menghadam’ maklumat yang dihantar. Semua risalah dan bahan yang dihantar tidak berimej parti politik tetapi punya masej jelas dan tajam. Ia sesuai untuk sasaran seperti Umno tegar dan seumpamanya. Operasi ini dinamakan ‘Smoke Operation’.

Anak muda seharusnya berani tampil kedepan berjuang bersama parti politik. Untuk menjatuhkan Bn tidak ada pilihan lain selain dari mendokong PR buat masa ini. Namun dalam keghairahan tersebut strategi jahat penipuan regim seharusnya diberikan tumpuan dan di dedahkan. Rakyat dipersiapkan minda masuk PRU bersungguh – sunggguh tetapi jika penipuan diteruskan rakyat perlu turun ke jalantanpa arahan. Rangka teliti juga di susun 48 jam dari penipuan rakyat akan ke jalan.

Maka turut menjadi tumpuan pecutan akhir Roadshow kali ini juga mempunyai objektif yang konkrit iaitu menyusun sukarelawan SAMM setiap program kecil dan besar menyeru semua orang khususnya anak muda. Masa untuk anak muda duduk di balik facebook dan menekan butang ‘like’ sahaja sudah berlalu. Ini masa praktis, turun secara fizikal tampil membuat kerja sesuai dengan cita – cita merubah negara.Pertemuandan latihan sukarelawan menjadi tumpuan.

Setelah selesai jelajah di region tengah, selatan, pantai timur semenangjung dan juga Sabah, kini Roadshow #AmaranPRU terus bergerak tanpa melengah masa, sekembalinya dari Sabah SAMM utara tanahair menjadi sasaran seterusnya bermula 18 Februari hingga 21 Februari. 

Berikut adalah tentatifnya;

FEB 18: Taklimat dan agihan bahan risalah akan berlangsung jam 3 petang di Kompleks PAS Perlis, Jln Kg Pondok Kangar dan disambung HiTea pada jam 5 petang di Batu 5 1/4 jln kaki bukit (kg paya). Acara kemuncak iaitu Ceramah Perdana akan diadakan di Kg Pida 4 lama, Jln Behor Mentalon, Arau Perlis. (019-4342244)
roadshow perlis
FEB 19: Roadshow #AmaranPRU peringkat Kedah, Taklimat dan agihan bahan risalah akan diadakan di Yayasan Aman Sg Petani, dan program kemuncak Ceramah Perdana pula akan berlangsung di Kg Sungai Layar Hujung, Sg Petani. Antara penceramah yang akan menghangatkan aksi #AmaranPRU adalah termasuk Chegubard, Haris Ibrahim, Ust Mizan, Zamri Yusof. (017-5568557)
ceramah kedah
FEB 20: Untuk Pulau Pinang, Taklimat dan agihan bahan risalah akan diadakan di Chinese Muslim Restaurant, Bayan Baru dan Ceramah Umum akan berlangsung di Bukit Panchor, Nibong Tebal. Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng antara penceramah dijangka akan turut serta dalam Roadshow #AmaranPRU peringkat P.Pinang. (012-4702074)
penang banner
FEB 21: Roadshow #AmaranPRU peringkat Perak merupakan siri terakhir jelajah sebelum acara paling kemuncak di Kuala Lumpur. Taklimat dan agihan bahan risalah akan diadakan berhampiran dengan tapak ceramah dijangka akan berlangsung sebelum acara kemuncak Ceramah Perdana bermula. Lokasi pentas terletak di Kg Gajah, Perak. YB Nizar akan bersama dalam acara kemuncak siri terakhir ini. Venue di bawah adalah venue ke-4 setelah beberapa kali ditukar, antaranya ialah kerana tuan tanah diugut regim berkuasa.
Roadshow Perak
Dalam roadshow ini juga, SAMM turut memperkenalkan sehelai design t-shirt yang dijual bagaikan ‘pisang panas’ apabila ia dijual dengan harga hanya RM10 sehelai (dengan kualiti baik). T-Shirt dengan harga RM10 ini hanya boleh didapati dalam Roadshow #AmaranPRU sahaja.
IMG-20130217-WA005
Justeru, inilah empat negeri terakhir dalam siri fasa pertama Roadshow #AmaranPRU yang dianjur SAMM dengan kerjasama gerakan ABU dan beberapa kumpulan mahasiswa. InsyaAllah SAMM bersama penggerak massa lain akan meneruskan Roadshow #AmaranPRU fasa kedua untuk memantapkan lagi pecutan terakhir gerakan anak muda menuju pertembungan PRU-13.

No comments:

Post a Comment