Tuesday, February 12, 2013

Mohon Umno P.Pinang respon aksi politik RM 2 juta (paling membazir dalam sejarah negara)

Catatan Umum

12 Febuari 2013

UMNO 'BERJOGET KUDA' SAMA TANPA BERANI BERKATA APA

 video yang diambil dari 'angle' berbeza dari Malaysiakini yang jelas
mendengar jeritan majoriti yang hadir


11 Febuari mencatat sejarah tersendiri apabila telah dilakukan aksi politik paling membazir. Sempena rumah terbuka Tahun Baru Cina (2013) Regim Bn telah membuat keputusan tepat dengan menerjah ke kawasan kubu PR (DAP) bagi memobilisasi masyarakat khususnya orang cina bagi mengucapkan tahun baru. Cuma mungkin panik dan sedar dengan ketidak popularitinya kepimpinan Bn untuk memobilsasi kehadiran secara fizikal maka Najib telah memilih artis porpular dunia Psy yang porpular dengan lagu 'Gangnam Style' untuk menarik pengunjung.

Ternyata strategi menyandarkan populariti Psy, tepat. Padang dan kawasan sekitar kehadiran penuh. Cuma dari segi angka media Bn mungkin terlebih propaganda dengan menyebut 100,000 orang. Ia hanya sebuah padang di sebuah kolej bukan stadium besar. Jika media kawalan regim menyatakan stadium merdeka kehadiran HKR 40 - 50 ribu takkanlah padang kolej tersebut boleh hadir 100,000 orang. Ini mengundang senyuman ramai. Namun kehadiran paling kurang dijangka dalam 35,000 orang seharusnya cukup membanggakan Bn.

Namun ia telah merakamkan aksi politik paling membazir. Dilaporkan untuk menghadirkan Psy, bayaran sebanyak RM2juta harus buat. Setelah perkara ii dibangkitkan regim cuma mampu berselindung dengan mengatakan RM 2 juta itu ditaja. Persoalan siapa taja RM 2 juta itu, untuk kepentingan apa ? Apa janji balasan regim dengan tajaan setinggi itu ? 

Lebih pelik dan melucukan lagi ini regim mengatakan terpaksa merahsiakan penaja RM 2 juta untuk bayar Psy. Siapakah penaja yang sanggup bayar RM 2 juta tetapi merahsiakan, bukankah penaja sepatutnya mahu tajaan mereka diketahui bagi tujuan promosi khidmat atau barangan mereka ? Inilah kali pertama dalam dunia penaja buang duit tetapi mahu merahsiakan ?Ada yang berseloroh ia mungkin ditaja oleh syarikat pembekal bom C4sebab itu mahu dirahsiakan.

Maklumat setakat ini dikatakan syarikat pengendali majlis yang dikenali sebagai Mega Ultimate dikatakan sebagai syarikat yang membawa 'Psy'. Kalau dikatakan syarikat ini menaja kemasukan 'Psy' tidak masuk akal kerana berdasarkan laporan kewangan syarikat inipada tahun 2011 contohnya hanya beroleh keuntungan selepas cukai sebanyak RM 40,000. Mampukah syarikat sekecil ini menaja kedatangan 'Psy'.

Adakah ia penaja atau penderma ? Adakah ia 'derma' hasil kutipan komisyen projek Prai Power Plant yang mana muncul imej anak Najib bersama 'tauke-tauke' besar Samsung Engineering & Construction dan kemudian selepas pertemuan itu ,syarikat Korea Selatan tersebut mendapat anugerah projek RM2.47b  dari TNB ? Adakah ia ada kaitan dengan munculnya artis korea dibawa oleh penaja misteri dengan misteri penganugerahan projek mega di Prai, Pulau Pinang ? Syarikat Korea Selatan, artis Korea Selatan dan projek di P.Pinang serta persembahan juga di P .Pinang....terlalu banyak kebetulan ?

Bagi SAMM tidak ada salah membawa artis atau program hiburan cuma Umno Pulau Pinang yang selama ini mengkritik, mempertikai banyak aktiviti anjuran Kerajaan Pulau Pinangharus tampil menyatakan pendirian. Adakah Umno Pulau Pinang bersetuju membawa artis Korea dengan RM2juta untuk menyanyikan satu lagu. Aksi politik sememangnya mahal dan perkara biasa khususnya apabila dekat PRU cuma kali ini cukup membazir. Apa salahnya sempena Tahun Baru Cina RM 2 juta itu disumbangkan kepada pihak yang lebih memerlukan. Orang sakit, organisasi kebajikan, sekolah atau apa sahaja yang lebih praktikal membawa sokongan.

Jika Najib mahu belajar semalam pengajaran penting apabila dia cuba menunjukkan 'cool'nya dengan bertindak menjadi juru acara. Apabila ditanya adakah yang hadir bersedia untuk Psy, semua serentak mengatakan 'Ya'...malangnya secara berdepan apabila dia mengambil kesempatan dengan bertanya adakah bersedia untuk Bn majoriti yang hadir menjawab 'Tidak' dan tertawa.... Namun ternyata Najib orang politik tulin kerana dia cukup selamba dan meneruskan skrip bertanya beberapa kali dan terus menyerahkan pentas kepada Psy dengan bersemangat tanpa memberi respon kepada hadiran yang baru memalukan dia seperti mana dia berdiam diri tidak memberikan respon kepada Deepak.

Sekian

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

klik sini untuk menyumbang kepada SAMM

1 comment:

  1. The beleaguered Malaysian PM in another of his many foolish moves, what next Najib?

    ReplyDelete