Solidariti Anak Muda Malaysia
21 Februari 2013
Roadshow #AmaranPRU terus kejayaan demi kejayaan di utara tanahair
dengan mencapai matlamat yang disasar. Dua hari di Perlis dan Kedah
sebelum ini menyaksikan semua parlimen tumpuan sedia untuk digempur oleh
komrad SAMM.
Semalam
seharian di Pulau Pinang, beberapa aktiviti telah berlangsung
termasuklah taklimat penerangan dan pengagihan bahan ‘perang’ kepada
seluruh komrad di Pulau Pinang dan juga organisasi anak muda yang
bersama ingin bersama mengekal rentak kemenangan Pakatan Rakyat di
P.Pinang. Satu pertemuan anak muda juga berlangsung di sebuah restoran
cina islam di Bayan Baru, P.Pinang pada lewat petang.
Manakala di sebelah malam pula, Ceramah Umum #AmaranPRU peringkat Pulau
Pinang berlangsung di Bukit Panchor, Nibong Tebal dengan kehadiran
ribuan pengunjung.
Laungan “Amaran: Tipu PRU rakyat bangkit humban kamu” bergema di Pulau
Pinang dan menjadi pedoman untuk rakyat bersedia tanpa arahan untuk
bertindak dalam tempoh 48 jam jika penipuan pilihanraya tetap berlaku.
Selain Chegubard, turut bersama menyampaikan pidato dalam jelajah di
P.Pinang ialah peguam yang tidak asing lagi menentang kebejatan regim
iaitu sdr Haris Ibrahim yang ketika ini bersama memimpin gerakan Asalkan
Bukan Umno, ABU yang diimprovasi. Juga turut serta susuk yang pernah
menjawat jawatan nombor tiga PDRM, Bekas Pengarah Siasatan Jenayah PDRM
Dato Fauzi Shaari.
Walaubagaimanapun,
Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng tidak dapat menghadiri
ceramah perdana pada malam semalam di atas sebab yang tidak dapat
dielakkan.
Hari
ini, merupakan hari ke-4 Roadshow #AmaranPRU di utara akan berlangsung
di Perak, menjadi medan terakhir fasa pertama jelajah yang membangkit
keberanian rakyat. Venue jelajah di Perak telah bertukar sebanyak tiga
kali, dari Teluk Sarih ke Kg Bukit Chawi, tukar pula ke MTD PAS Kg Gajah
setelah pemilik tanah dua tempat terawal diugut dan ditekan oleh
pemerintah ‘haram’ negeri Perak.
Ayuh
hadir malam ini di MTD Kg Gajah dan dapatkan T-shirt khas yang
dikeluarkan sempena Roadshow #AmaranPRU. Tshirt yang diperkenalkan SAMM
dijual bagaikan ‘pisang panas’ dengan harga hanya RM10 sehelai (dengan
kualiti baik) dan dengan harga RM10 ini hanya boleh didapati dalam
Roadshow #AmaranPRU sahaja.
Ayuh hadir malam ini demi memeriahkan gerakan anak muda dan
memartabatkan demokrasi dalam negara dengan satu AMARAN iaitu “Jika Tipu
PRU, Rakyat Bangkit Humban Kamu!!”. Ini
adalah kemuncak untuk fasa pertama jelajah SAMM-ABU, InshaAllah fasa
kedua Roadshow #AmaranPRU akan dilancarkan menemui semua di seluruh
negara dalam masa terdekat.
No comments:
Post a Comment