Sunday, February 17, 2013

Pimpinan atas kena berhati hati di saat regim sudah ditebing

Masih ingatkah kita dengan Semangat 46 ? Ketika itu Regim warisan penjajah ini (baca : Ubn) sudah begitu nazak. YBM Tengku Razaleigh Hamzah berjaya membawa keluar hampir setengah dari kabinet Dr. Mahathir bagi bersama denganya. Cuma kelemahan ketara beliau gagal menyatukan PAS dan DAP yang masih termakan propaganda hasutan maka terpaksa berlawan dengan dua gabungan iaitu S46 bersama PAS membentuk APU dan S46, DAP & PBS membentuk Gagasan. Kerugian pada ketika itu rakyat sudah mula ada riak perubahan cuma masalahnya masing - masing pada ketika itu (pemimpin yang melawan Bn) ego sempit pertahan idea yang masing - masing kata betul. Percayalah jika pada ketika itu masing - masiong membuang ego membentuk satu pakatan keputusan mungkin berbeza. Maka kerana kegagalan penyatuan tersebut dengan mudah dipatahkan serangan dan pancingan 'black ops' regim mengena apabila KuLi mengenakan tengkolok punya corak 't' yang dikatakan salib.

Kegagalan pada ketika itu rancak diaminkan dengan bahan bakarnya sentimen agama dan kaum yang menebal. Walaupun jika difikir dengan kepala otak (bukan kepala lutut) Umnolah malah Mahathirlah punca bangsa dan agama ini menjadi sedemikian rupa pada ketika itu.

Kini keadaan berbeza, paling tidak Anwar Ibrahim berjaya menyatukan hampir kesemua parti yang melawan regim warisan penjajah ini dibawah panji Pakatan Rakyat. Namun regim tua ini masih menggunakan taktik yang sama tetapi pendekatan berbeza. Maka pimpinan harus beringat pepatah 'Pelanduk sering melupakan jerat tetapi jerat tidak pernah lupakan pelanduk'.

Ini pusingan penting (menjelang PRU ke 13), kali pertama dalam sejarah semua parti melawan Bn bersatu malah organisasi bukan kerajaan juga menaungi hasrat sama, beda kaum dan agama berjaya diredakan, namun Bn yang sedang nazak pasti sedang berusaha dengan perbagai cara.

Difahamkan 'war room' Najib kini diketua oleh Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis (JJ). JJ bukan calang perencana dia punya pasukan 'black ops' yang hebat.

Kini beberapa watak penting dalam PR sedang didekati atas nama berkawan dan sama menyumbang atas kerja - kerja kebajikan berkaitan kononya.

Sering kita terdengar 'saya baik dengan dia tu, bukan apa berkawan dia pun ada sumbang sikit untuk organisasi aku, dia pun goyah dengan najib kut'

Itulah ayat yang porpular kini, tetapi tahukah kita bahawa mereka sedang merancang . Kadang kala kita terpedaya dibawa bercuti, makan bersama secara mewah dan akhirnya tertipu. Ada pula yang hantar tauke taja kereta mewah yang tak sepadan dengan pendapatan kita. sedangkan dalam pada masa sama gambar kita dirakam dan secara halus mereka sedang menggunakan gambar untuk kempen tertentu.

Ada juga yang tak sedar termakan jarum pujukan pelahan - lahan dari makan umpan terus makan dengan joran sekali.

Beberapa kaki berjaya lolos masuk ke 'war room' Najib dan mereka sedang persiap gambar beberapa watak untuk dibunuh karetor.

Contohnya dibawah ini gambar pimpinan Majlis Syura tak tahu mengapa mengambil gambar dengan membuat isyarat 1 Malaysia. Difahamkan gambar ini diambil di luar negara. Tak tahu betul atau tidak dan che'GuBard masih mengharapkan ia gambar yang dipalsukan.

Ini antara berbelas gambar yang akan digunakan sebagai peluru akhir regim ini menjelang PRU nanti. Bayangkan 1001 cara gambar ini boleh digunakan.
  • di tempat kubu kuat PAS digunakan gambar ini dengan isu penyatuan
  • di tempat Melayu tegar akan digunakan 'hang tengok ust. PAS ni dia dengan Umno tak mau tapi dengan Chua Soi Leck yang hina Islam dia leh cungit jari siap bergambaq'
  • di tempat Umno nak sokong PAS dia akan cakap tak payahlah hang sokong terus Umno sebab PAS nak joint Bn dah
  • di kawasan DAP dan PKR kuat dia akan kata tengok PAS sudah main belakang

antara berbelas gambar yang diambil dari fail tertera 'peluru akhir' dari war room mereka, maaf che'GuBard terpaksa siar dahulu untuk permati bisa peluru sebelum mereka guna.

Nasharudin ialah contoh pemimpin ego yang nak tunjuk dia baik dengan semua orang, bawa tajaan ke dalam PAS, bawa syabas dll menaja PAS tetapi akhirnya hanyut dengan keegoanya
strategi Umno yang makin lemas
seluruh Kuala Lumpur penuh banner seperti di atas untuk memperdayakan rakyat dan pendokong PR.
Ikatan kuat Pakatan Rakyat yang menyatukan perbagai fraksi melawan regim warisan penjajah ini menjadi iagauan buruk regim dan mereka sedang usaha memecahkanya.
Ingat rakyat telah sedia tetapi lebih penting pimpinan atas harus berjaga - jaga. 'black ops war room' Najib kendalian JJ bukan bebal mcm 'war room' Pak Lah kendalian KJ

nota : SAMM dalam siri pecutan akhir Jelajah Amaran : Tipu PRU, Rakyat Bangkit undi kamu dan jelajah ini juga menumpukan 'smoke operation' yang mempersiapkan aliran maklumat terus ke tangan rakyat. SAMM juga mempersiapkan pasukan khas bagi 'counter attack' black ops. war room mereka. kami memerlukan sumbangan anda semua klik sini untuk menyumbang kepada SAMM

11 comments:

  1. Black Ops - hasil nukilan FBI dan CIA. Berbapakkan Israel dan USA. Espionage, sabotage - make believe.

    ReplyDelete
  2. Anonymous1:42 PM

    Aku harap itu gambar super impose. Aku tak pasti, tapi tgk betul2. Kenapa tiba2 ustaz tu kepala besar?? Setahu aku, gambar org PAS tu kepala dia tak besar, tapi kenapa kepala dia besar dlm gmbar tu?? Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous11:07 PM

      mu belajar di mana, kalau tak tahu jgn nak tunjuk terror kata super impose le ape le.................. tah tah super impose pun tak tahu makna

      Delete
    2. Anonymous12:36 PM

      hahahah kawe tabik demo..bokali hok kata super impose tu photoshop pun x kenal, duk main microsoft paint jah..hhaha buleh nyo kato super impose..hahahhahah

      Delete
  3. Anonymous1:57 PM

    Patutla JJ jadi duta amerika...rupanya ada keperluan khas ngaji dgn agen dajjal perosak dunia...nak buat operation false flag dlm m'sia agaknya...

    ReplyDelete
  4. Anonymous3:26 PM

    ikut cara aku asal apa benda yg ada hubung kait dgn umno bn haram jadah aku tolak , mereka semua penipu perasuah pefitnah munafiq tak bolih dipercayayai ,serupa dgn syaitan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous3:27 PM

      Dahsyatnya hang ni samakan manusia dengan syaitan!! Hg pun syaitan la jgak. Len kali nak maki tu ingat tuhan sikit. Jangan dok ikut hasutan syaitan sngat

      Delete
  5. Anonymous6:50 PM

    Ini semua permainan umno. Semakin terdesak. Masa senang dok kutuk PAS, bila dah nak tersungkur...baru melutut ajak PAS bersatu.

    ReplyDelete
  6. Anonymous6:50 PM

    Ini semua permainan umno. Semakin terdesak. Masa senang dok kutuk PAS, bila dah nak tersungkur...baru melutut ajak PAS bersatu.

    ReplyDelete
  7. Anonymous5:46 PM

    dia ckp la... telinga ku telah ku pekakkan,dia tunjuk la gambar2... mata ku telah ku butakn..hatiku telah ku kunci...hanya akan ku buka pada hari pbuangan undi nnti untuk mgundi PR..

    ReplyDelete
  8. Anonymous5:44 PM

    SETIAP JUZUK DALAM AL-QURAN JELAS MENYATAKAN JANGANLAH KITA BERNAUNG BERSAMA ORANG KAFIR.
    KAFIR PENUH MUSLIHAT DAN TIPU DAYA. BERSATULAH KITA
    KEPADA AL-QURAN IAITU SAUDARA SEAGAMA KITA.
    DALAM TALQIN KUBUR PUN ADA MENYEBUT SIAPA SAUDARA KITA?
    FIKIRLAH DAN CERDIKLAH WAHAI RAKYAT MALAYSIA BERAGAMA ISLAM.

    ReplyDelete