'smoke operation' ialah dimana SAMM menggerakkan semua aktivis perbagai peringkat untuk menghantar maklumat kepada sasaran terus ke pintu rumah mereka. Ia sememangnya kerja meletihkan tetapi berbaloi kerana sasaran yang tepat dan sesuai bagi menjaga 'sumber' yang terhad.
Kami elakkan pasar malam dan tempat tumpuan awam kerana ini dikesan sebagai cara membazir. Jika sesiapa pernah melihat edaran di pasar malam contohnya, selepas edaran lihat di jalan pasti bersepah sekurang kurangnya 30 % dari jumlah risalah yang diedar, ia tidak bersangkutan dengan sokongan rakyat tetapi ketika orang sibuk kita bagi kertas tentu akan terjatuh atau dijatuhkan.
Penghantaran yang kami lakukan bersiri dan terus ke rumah. Dengan imej risalah tanpa logo parti tetapi dengan masej jelas sudah pasti akan lebih berkesan. Walaupun dikawasan tegar Bn strategi ini berkesan. Pernahkah kita duduk di rumah dan dalam keadaan tidak tahu nak buat apa kita ambil iklan yang dihantar ke rumah kita dan membacanya sehingga habis. Begitu juga jika risalah dengan imej parti 'penolakan' keras mungkin berlaku. Jika diberi dikawasan umum mungkin risalah dibuang atau tercicir, tetapi jika terus ke rumah kemungkinan risalah kita dibaca dan difahami amat tinggi.
Cuma operasi pengedaran risalah terus ke rumah - rumah ini memerkukan sukarelawan yang amat ramai, meletihkan dan melibatkan perbelanjaan yang sedikit tinggi. Dari minyak, makan minum sukarelawan, masa yang diambil dan seumpamanya.
Kami bekerjasam dengan beberapa pihak untuk mencetak risalah namun semuanya agak terhad. Kami masih memerlukan bantuan anda, sama ada menyediakan tempat untuk kami mencetak bahan atau mencetak sendiri bahan - bahan untuk sama bantu membuat edaran.
Ingat , cabaran kita maklumat, semua kawasan bandar 2008 telah dimenangi kerana edaran maklumat kita kuasai melalui media baru, kini kita harus menyebar luaskan sebaran maklumat ke kawasan yang liputan internet terhad. Malah kita juga harus bersedia untuk mewujudkan sistem edaran maklumat bercetak kerana kemungkinan untuk regim menutup internet menjelang PRU nanti amat tinggi.
Setakat ini ada 9 versi risalah yang membawa jumlah 500,000 keping risalah telah dicetak dan sedang diedar.
Di bawah ini contoh risalah yang dibuat atas nama ABU. Khusus ditujukan sebagai amaran bagi warga asing. Risalah ini beberapa hari ini giat di edar kerana warga asing ramai menggunakan cuti panjang Tahun Baru Cina untuk bersantai. Kami edar di kawasan berhampiran tempat binaan, kilang - kilang dan sebagainya. Dikawasan perumahan mereka kami tidak mengambil gambar untuk tujuan keselamatan.
klik untuk imej lebih besar risalah perbagai bahasa untuk warga asing, boleh bantu cetak dan edarkan dengan garang!! |
hampir 10,000 risalah ABU 'amaran buat warga asing' ini diedar ketika cuti perayaan kali ini. Gambar edaran di Melaka kepada pekerja binaan dari Indonesia. |
bukansekadar risalah ABU - SAMM juga ada mengedarkan perbagai video pendek bagi mempertingkatkan kesedaran rakyat mengenai perbagai isu berkaitan menjelang PRU ke 13 ini. Semua boleh bantu sebar link video atau download dalam bentuk cd edar pada kawan-kawan, atau boleh bantu kami sumbang vcd kosong untuk kami cetak dan edar dalam 'smoke operation ini.
Klik sini untuk muat turun komik tulisan cina
klik sini untuk muat turun komik berbahasa Inggeris
bagi yang sudi hulur bantuan untuk kami lipat gandakan usaha 'smoke operation' ini klik sini untuk menyumbang kepada SAMM
No comments:
Post a Comment