Wednesday, February 13, 2013

Pemukiman SAMM yang 'ala kadar' lahirkan program pecutan akhir yang bermakna

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sebuah ormas muda yang sederhana jika dilihat dari segi kemampuan sumber ternyata kami jauh ke belakang. Namun semangat dan iltizam yang ditanam untuk melihat perubahan struktural (total reform) berlaku dalam negara cukup kuat terpasak.

Pada 1- 3 Febuari 2013 semua komrad peringkat pengurusan SAMM telah bermukim selama 2 hari di Melaka bagi merangka strategi pecutan akhir menjelang PRU ke 13. 3 orang wakil dari setiap negeri. SAMM bukan parti politik, kami juga tidak dinaungi mana - mana parti politik. SAMM ialah ormas massa muda yang mengambil sikap dan garis politik jelas iaitu menumbangkan regim bagi mencapat perubahan struktural dalam negara.

Melalui Rapat 3 hari dua malam tersebut SAMM akhirnya mengeluarkan satu program lengkap yang dikenali sebagai pecutan akhir menjelang PRU ke 13. Program ini akan menjadi pedoman gerakan bagi 8,500 aktivis SAMM seluruh negara.

Program pecutan akhir ini terdiri dari 3 fokus utama :
  • Jelajah 'Amaran : Tipu PRU, Rakyat Bangkit Humban Kamu' , program ini ialah terdri dari ceramah kecil dan besar, pertemuan anak - anak muda diperbagai peringkat bagi menyedarkan betapa kemenangan itu terlalu hampir. Anak muda seharusnya berani tampil kedepan berjuang bersama parti politik. Untuk menjatuhkan Bn tidak ada pilihan lain selain dari mendokong PR buat masa ini. Namun dalam keghairahan tersebut strategi jahat penipuan regim seharusnya diberikan tumpuan dan di dedahkan. Rakyat dipersiapkan minda masuk PRU bersungguh - sunggguh tetapi jika penipuan diteruskan rakyat perlu turun ke jalantanpa arahan. Rangka teliti juga di susun 48 jam dari penipuan rakyat akan ke jalan.
  • 'smoke operation' ialah operasi membanjirkan rakyat dengan maklumat. SAMM dengan kerjasama ABU dan beberapa organisasi lain telah dan sedang mengahasilkan perbagai bahan edaran. Sistem edaran yang SAMM inisiatifkan ini terus ke pintu rumah, kami mengurangkan edaran di tempat awam untuk mengurangkan 'counter attack' dan memberikan penerima maklumat waktu dan suasana yang selesa untuk 'menghadam' maklumat yang dihantar. Semua risalah dan bahan yang dihantar tidak berimej parti politik tetapi punya masej jelas dan tajam. Ia sesuai untuk sasaran seperti Umno tegar dan seumpamanya.
  • menyusun sukarelawan juga menjadi tumpuan pecutan akhir. SAMM setiap program kecil dan besar menyeru semua orang khususnya anak muda. Masa untuk anak muda duduk dibalik facebook dan menekan butang 'like' sahaja sudah berlalu. Ini masa praktis, turun secara fizikal tampil membuat kerja sesuai dengan cita - cita merubah negara.Pertemuandan latihan sukarelawan menjadi tumpuan.


Rapat/ Pemukiman telah berlangsung di sebuah rumah Kampung yang kami sewa dengan harga cukup murah, makan ala kadar, tidur bergelimpangan, mandi kolah besar ramai - ramai, ikatan komrad kami termetri mati. Bagi kami sumber sedikit yang ada jangan dibazir untuk bermukim di hotel atau makan enak tetapi harus diguna semaksima mungkin untuk program menyusunan massa rakyat, penyebaran maklumat dan seumpamanya. Kami rata - rata anak muda biasa - biasa yang tidak kaya namun itu tidak halang cita - cita merubah negara.

Jalan berjuang ini kami telah pilih, pulang bukan pilihan yang ada. Gugur atau menang !





Terima Kasih  kepada Komrad SAMM Melaka yang sudi menjadi tuan rumah kali ini, terima kasih buat semua adik beradik keluarga Besar SAMM kerana memilih jalan payah ini untuk berjuang.

Ingatan pegangan kita dalam berjuang, lakukan semua seperti mana tanpa kita perjuangan ini tidak ada kerana tidak ada orang lain mampu lakukan sebaik kita, tapi jangan tinggi diri kerana tanpa kita perjuangan ini tidak akan mati jalan yang benar Allah pasti hantar pejuang bagi menyambung.

Perjuangan ibarat mata rantai kita bukan terdahulu dan pasti bukan terakhir, namun usaha bersungguh sungguh pastian pusingan rantai kita ialah pusingan rantai kemenangan.

Perjuangan adalah perlaksanaan kata - kata.

klik sini untuk menyumbang kepada SAMM

1 comment:

  1. Anonymous1:39 AM

    Teruskan bard....teringat arwah tan...tgh mlm usung jenazah...untuk perjalanan terakhir...ramai yg pergi meningglkn kita...ada yg tersungkur krn habuan dunia...bagi aku...idialogy perjuangn tetap.....insyaallah aku akn bntu untuk pru ni.....dari sahabatmu...chef

    ReplyDelete