Friday, November 16, 2012

SAMM sokong Md Sabu Istihar harta dan semua calon harus ikuti.

Kenyataan Umum
Solidariti Anak Muda Malaysia

16 Nov. 2011

SAMM sokong Md Sabu Istihar harta dan semua calon harus ikuti.

Solidariti Anak Muda Malaysia dengan ini mengucapkan tahniah di atas komitmen Tn Hj Mohamad Bin Sabu, Timbalan Presiden PAS untuk mengistiharkan harta sebelum menyertai PRU 13 jika dinamakan oleh parti sebagai calon, Komitmen beliau telah dtegaskan melalui ucapan dalam Perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS ke 53 di Kelantan beberapa hari lalu. Tindakan berani ini perlu kerana PRU dan pentadbiran negara masa mendatang ini memerlukan komitmen tinggi pemimpin dan ahli politik yang telus dan penuh berintegriti.

SAMM menyeru rakyat atau pengundi menjadikan pengistiharan harta ini sebahagian syarat wajib untuk mendapatkan undi rakyat. Rakyat seharusnya bangkit tolak pemimpin calon yang tidak mengistiharkan hartanya. Pengistiharan harta juga perlu dibuat secara serius turut mengumumkan harta calon, isteri, anak dan saudara terdekat. Ini penting dan mengelakkan salah guna kuasa dan rasuah. Ramai ahli politik yang menjadi kaya mendadak walaupun baru sahaja memegang jawatan tertentu dalam pentadbiran negara. Baik Bn atau PR selepas mengistiharkan harta sebelum PRU maka apabila ingin memasuki PRU berikut rakyat boleh menilai berapa banyak laba yang diperolehi apabila duduk sesuatu jawatan atau mandat yang diberikan rakyat. Tanpa menafikan sememangnya bukan sedikit mereka yang dahulunya hidup sederhana malah susah tetapi selepas PRU meraih laba yang melampauapabila duduk mengalas sesuatu amanah yang diberi rakyat.

Rakyat juga perlu menilai kejujuran dan kebenaran harta yang diistiharkan dan keadaan semasa kehidupan seseorang bakal calon. Makenisma istihar harta mungkin ada kelemahan tetapi yang penting wajib istihar dan rakyat akan melihat betapa serius kita melakukannya demi menjamin pentadbiran yang berintegriti. Sama ada ia inisiatif SPR menjadikan ia perkara wajib, atau usaha parti politik mahupun individu, yang pastinya rakyat harus menjadikan pengistiharan harta sebagai satu kreteria wajib sebelum memilih calon.

Sekian;


che'GuBard
Penyelaras SAMM kebangsaan

No comments:

Post a Comment